17
Apr
09

Pak Lah Menangis Siapalah Tahu (2)

ORANG membuat kesimpulan mudah dengan pesaraan paksa Pak Lah kononya beliau sudah senang lenang. Hartanya sudah bertimbun-timbun. Orang selalu mengaitkan dengan rumah besar anaknya, Kamaluddin di Brisbane Australia. Jadi untuk apa Pak Lah susah payah lagi, semuanya sudah ada. Apa yang beliau perolehi selama lima tahun jadi PM sudah pun mencukupi.Memang benar Pak Lah lebih kaya daripada petani dan penarik beca. Pak Lah lebih kaya daripada pemandu teksi dan penjual nasi lemak. Pak Lah lebih kaya daripada pengurus bank dan juga pegawai kanan kerajaan bertaraf jusa. Tetapi jika diukur dengan betul siapa yang paling kaya kalau dibandingkan Pak Lah dengan Daim Zainuddin, dengan Dr Mahathir Mohahamd, dengan Syed Albukhri ataupun dengan Najib Razak sendiri?

Abdullah dilingkungi supaya jangan berhenti

Abdullah dilingkungi supaya jangan berhenti

Kekayaan Pak Lah senagaja digembar gemburkan sedangkan hakikatnya tidak begitu. Sebenarnya Pak Lah bukan tidak sayang kepada kuasa dan kedudukannya. Beliau sayang. Siapa yang tidak mahu hidup dalam keadaan di sanjung dan dihormati. Ke mana pergi orang akan berderu untuk menyambutnya. Orang akan iring berjalan dan hidangkan segala makanan lunak dan lazat. Apa lagi kalau dengan kuasa itu dapat melakukan sesuatu kepada nusa dan bangsa.

Dengan kuasa itu dapat membawa kebaikan kepada rakyat. Tetapi kenapa Pak Lah tidak mempertahankan kedudukan dan kuasa? Jawabnya senang saja dia tidak mahu. Dia tidak mahu bergaduh. Biarlah dia mengambil sikap mengalah demi kebaikan semua. Gerombolan yang datang untuk merepuhnya cukup kuat dan cukup hebat. Pak Lah tidak berdaya untuk menangkisnya.

Walaupun ada mereka yang bersimpati, datang menghulurkan tangan untuk membantu Pak Lah namun beliau tidak dapat berbuat apa-apa. Bukan saja dalam Umno di luar Umno juga datang menyatakan sokongan dan berjanji untuk berdiri mempertahankan kedudukan itu bersama.

Mereka datang kerana bimbang dengan nasib bangsa dan negara. Mereka kurang percaya kepada penggantinya dapat membawa kebaikan. Semua itu dilihat kepada sejarah dan latar belakang kehidupan si pengganti itu. Persepsi yang berlegar di sekeliling diri penggantinya juga menyebabkan orang takut dan bimbang kalau Pak Lah melepaskan kuasa dan kedudukan itu kepadanya. Pembangkang sendiri datang menemui Pak Lah, memberi jaminan akan menyokong Pak Lah. Pak Lah boleh berdiri di atas kuasanya selama setakat yang wajar. Duduklah, asalkan jangan terlepas kepada Najib.

Anwar Ibrahim yang suatu waktu dulu bermusuh Pak Lah juga menawarkan budi dan khidmat. Begitu juga dengan Abdul Hadi Awang, juga sedia memberi sokongan. Bagi Abdul Hadi Pas rela berketuakan Pak Lah daripada Najib. Malahan sikap Abdul Hadi itu seakan berkerat rotan dan berpatah arang dengan Najib demi Pak Lah.

Tengku Razaleigh Hamzah juga melahirkan hasrat demikian. Mereka ini bukan saja berkata-kata dari luar jendela rumah Pak Lah, tetapi bertemu secara berhadapan muka. Abdul Hadi bertemu dengan Pak Lah atas agenda Unity Government. Tengku Razakeigh berjumpa dengan Pak Lah sebagai sahabat lama. Mereka berdua berjumpa sekurang-kurang sekali atas hasrat dan tujuan sama.

Anwar Ibrahim juga berjumpa dengan Pak Lah. Peristiwa di Hulu Langat adalah perjumpaan terakhir mereka berdua yang memberi tafsir mereka keinginan untuk kerjasama. Orang di luar pun syok dengan pertemuan itu. Pendeknya semua orang yang datang menghulurkan tangan untuk membantu Pak Lah begitu bersungguh. Mereka mengenepikan kepentingan diri buat sementara.

Abdul Hadi sanggup dikecam oleh partinya. Anwar juga seperti tidak akan peduli kepada apa yang rakan-rakan Pakatan Rakyat lain katanya, khasnya DAP yang kini berada dalam zone selesa apabila mendapat Pulau Pinang. Dan Tengku Razaleigh rela menurun darjatnya. Cuma tunggu dari belah Pak Lah sahaja. Permintaan dan desakan itu menimbulkan delima kepada Pak Lah. Menjadikan Pak Lah pusing kepala untuk memutuskannya.

Beliau berhadapan dengan dua persimpangan samada akur kepada tekanan atau melawan arus yang mendatang. Cuma sayang sedikit segala tawaran, sokongan dan janji itu ia datang sewaktu Pak Lah sudah nazak. Sesudah nyawa di halkum. Semasa Pak Lah masih sihat, bertenaga dan berkuasa sokongan begitu seakan tidak pernah menjelma.

Malahan masing-masing turut sama terjebat dalam perangkap yang dipasang oleh musuh-musuh Pak Lah yang berkepalakan Mahathir Mohamad. Masa terus merangkak dan Pak Lah semakin terhimpi dan terkepit. Arus dan gelombang pula semakin mengganas dan kejam. Ruang-ruang yang ada tidak memberi kesempatan lagi kepada Pak Lah untuk berfikir. Musuh seakan tahu dan bijak tidak memberi ruang pernafasan lagi. Pak Lah teruk diasak dan diasak.
Apakah peristiwa menyebabkan Pak Lah akhirnya mengambil keputusan berundur?Bersambung.


3 Responses to “Pak Lah Menangis Siapalah Tahu (2)”


  1. 1 aza
    April 17, 2009 at 8:49 AM

    salam MSO.

    Tahniah atas munculnya DIARYMAYA . Satu saluran pengetahuan alternatif utk rakyat kebanyakan mengetahui kisah2 pemimpin kita samada kerajaan atau pembangkang. tahniah sekali lagi.

  2. 2 PASOLA
    April 18, 2009 at 3:05 PM

    Tangisan dibelakang tabir …….. adalah sebenarnya tangisan.
    Manakala tangisan di atas pentas adalah tawa yang berdrama

  3. April 18, 2009 at 4:57 PM

    Assalamu’alaikum Sdr Sayuti….Saya tertarik dengan nukilan sdr. tetapi jika sdr dpt perbesarkan sedikit font tulisan sdr ni tentu akan lebih menarik keana font yg kecil sebegini sukar untuk dibaca dan dihayati, lebih-lebih lagi yang sudah ada gangguan pada deria penglihatan.

    Apapun, usaha sdr ini amat memberangsangkan.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: