19
Apr
09

Pak Lah Menangis Siapalah Tahu (4)

KUWAIT adalah negara terakhir yang dilawati Pak Lah sebelum berundur paksa sebagai perdana menteri. Beliau berangkat ke Kwait saat-saat Umno hendak mengadakan perhimpunan agung pada 24 hingga 27 Mac. Pak Lah terus melakukan kerjanya untuk negara tanpa mempedulikan apa yang berlaku. Pak Lah seperti tidak tahu apa yang berlaku dan tugasnya kepada negara mesti diteruskan.Pemergian itu juga seolah-olah beliau mahu berada jauh daripada api yang sedang menyala untuk membakarnya. Beliau mahu berihat disamping mencari kekuatan untuk menghadapi perhimpunan agung yang berhawa dengan gelora nafsu untuk melihatnya tiada lagi di pentas dalam Dewan Merdeka.

Abdullah melambai tangan perpisahan dengan kakitangan JPM.

Abdullah melambai tangan perpisahan dengan kakitangan JPM.

Pak Lah seboleh-boleh tidak mahu berlaku sesuatu yang buruk disaat persaraan paksa itu. Beliau tidak mahu suasana perhimpunan hari itu nanti penuh dengan emosi dan dilimpahi dengan air mata. Itu tidak baik bagi parti dan juga untuk seorang pemimpin yang seharusnya dalam keadaan apa perlu tabah dan gigih menghadapi apa juga cabaran.

Jauh sekali untuk beliau bersandiwara kononya sedih dengan keadaan yang berlaku dan menangis tersedu-sedu. Itu bukan perangai Pak Lah.

Bak ini Pak Lah memang seorang yang tabah. Saya pernah melihat bagaimana pengikut Pak Lah menangis terisak-isak kerana kekalahannya dalam pertandingan Naib Presiden tahun 1987, namun Pak Lah biasa saja. Malahan beliau pula yang memujuk pengikutnya itu jangan menangis. Begitulah tabah dan kuatnya jiwa Pak Lah.

Tentulah juga pemergian ke Kuwat itu untuk menyelesaikan kekusutan yang berlaku, sekiranya boleh. Pak Lah mahu mencari ketenangan akhir bagi mencapai ketenangan abdi seperti mana yang disebut dalam puisinya, Mencari Damai Abadi.

Ada pandangan nakal pemergian Pak Lah ke luar negara itu untuk mencari akal bagaimana untuk beliau mempertahankan kedudukan seperti mana yang didesak kepadanya. Kebetulan pada masa itu Presiden Pas, Abdul Hadi Awang juga pergi ke Dubai maka sempat timbul rumours mengatakan mereka berdua bertemu di sana. Walhal apa yang berlaku mereka hanya berselisih di udara sahaja.

Abdul Hadi pergi sesudah jet eksekutif perdana menteri sudah take-off meninggalkan lapangan terbang Kuwait.

Apakah semasa di Kuwat Pak Lah mendapat apa-apa ilham? Tidak… tiada ilham yang merubahkan keputusannya. Tiada juga ilham yang boleh merombak atau bagaimana hendak merombak persetujuan dengan Umno yang beliau akan berundur.

Yang jelas kepulangan dari luar negara terakhir sebagai PM itu adalah kepulangan yang paling mengilankan Pak Lah. Mungkin! Kepulangan itu tidak seperti kepulangan pada awal-awal beliau menjadi perdana menteri. Tidak ada siapa yang menyambut kepulangan itu kecuali tiga orang yang sudah pencen, Annuar Musa, Shahidan Kassim dan Kadir Sheikh Fadzil.

Tidak ada seorang pun menteri, kecuali timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri V Muragah, yang lain entah ke mana. Mungkin ada yang gerun dan merasakan tidak perlu lagi menanti kepulangan Pak Lah kerana beliau tidak akan lagi jadi perdana menteri selepas itu. Atau ada yang bimbang jika pergi nanti dilaporkan kepada Najib dan menganggap mereka adalah penyokong kuat Pak Lah. Dalam saat seperti itu menteri kena jaga gerak geri nanti kalau sudah dicop susah untuk cari makan.

Sambutan kali ini jauh berbeza. Semasa beliau jadi PM dulu tidak cukup ruang menanti di lapangan terbang Subang. Mereka yang menanti tidak sabar menunggu Pak Lah turun, kalau boleh atas belakang jet pun mereka mahu naik untuk tunjukkan muka kepada Pak Lah yang mereka hadir.

Keadaan itu tidak menghairankan Pak Lah. Beliau sudah pun ada pengalaman dan laluan pahit itu sudah dihirup sebelum ini. Lumrah dalam politik sudah dimamah dan ditelannnya. Begitulah juga nasib Pak Lah semasa beliau bercuti sebatikal selama enam tahun. Tidak ada siapa yang peduli dan tegur. Pak Lah juga kehilangan sahabat kecuali yang setia dan jujur berkawan dengannya.

Hal ini pernah disebut oleh Allahyarhamah isterinya, Hendon Mahmod (Kak Endon). Kak Endon dalam interviu sulung sebagai isteri perdana menteri pernah menceritakan bagaimana hina dinanya Pak Lah sewaktu kehilangan jawatan satu masa dulu. Tidak ada siapa yang hendak tegur dan sapa Pak Lah. Usahkan nak menunggu di airport jumpa di aiport pun tidak ada siapa nak tegur dan melarikan diri. Begitu sekali hinannya Pak Lah.

Mengalir air mata Kak Endon menceritakan nasib yang dialami Pak Lah ini. Ertinya kepedihan itu suah dilalui Pak Lah dan kini beliau sedang menghadamnya sekali lagi. Kalau dulu Pak Lah merawat rawan diri dengan Kak Endon kini Jeanne yang mengambil alih tugas itu.

Mungkin bagi Jeanne akan merasai pengalaman baru apabila suami yang berkuasa dan sudah hilang kuasa. Tentu beliau dapat mengenali erti kawan dan lawan. Mana kawan sejati mana kawan yang hanya menumpang untuk memberi darjat kepada suami.

Tetapi bagi Pak Lah ia sudah melalui segala kepahitan itu. Jadi tidak hairanlan kalau penyokong dan pengikut pasang surut seperti ombak di lautan. Kawan tidak ubah seperti sampah-sampah di lautan yang bergerak bersama ombak. Masa berada, berkuasa dan berkedudukan sampah itu akan datang bersama ombak dan bila ombak sudah tidak sampah itu akan hanyut kembali ke tempat asalnya.

Pak Lah mungkin sudah membayangkan apa yang berlaku di airport setibanya beliau itu. Tidak ada bunga manggal dan kain sepanduk lagi mengalu-alukan dan memujanya lagi. Slogan cemerlang, gemilang dan terbilang juga sudah hilang melayang. Dan beliau sendiri sudah pun memuktamadkan apa yang akan dilakukan. Biarlah….

Kedukaan dan rasa terharu di airport itu tidak setuk dialami di pejabat. Apa yang berlaku di pejabat sungguh melukakan hati Pak Lah. Apabila beliau memasuki pejabat di Putrajaya betapa terkejutnya dia gambarnya sebagai perdana menteri yang dissangkutkan di dinding sudah dijatuhkan. Betapa perasaan Pak Lah melihat keadana itu. Beliau masih perdana menteri, tetapi gambarnya sudah diguugurkan.

Perbuatan siapakah itu? Apakah ianya atasa arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN)? Hanya KSN yang boleh membuat arahan. Bila ditanya tidak ada siapa berani menjawab. Pak Lah tidak marah, cuma dia ingin tahu siapakah empunya angkara. Pak Lah sikit pun tidak berkecil hati … kalau gambarnya hendak digugurkan tetapi tunggulah selepas beliau rasmi berundur.

Bukan sekadar itu saja perbuatan menganggu itu juga berlalu di kediman rasmi di Seri Perdana. Belaum Pak Lah dan keluarganya keluar sudah ada orang yang datang menjenguk bilik, ukur itu dan ini. Cakap nak tukar karpet itu dan karpet ini.

Perbuatan itu sungguh melampau dan biadab sekali. Perbuatan orang yang rakus dan tidak sabar. Apa yang dilakukan ke atas Pak Lah dan Jeanne laksana gengestar. Perbuatan inilah yang menyebabkan Pak Lah hina dan menangis. Menangis bukan sayangkan jawatan tetapi menangis kerana perbuatan biadab orang yang tidak mengenang budi. Orang yang bernafsu besar untuk mengambil alih tempatnya. Bersambung


2 Responses to “Pak Lah Menangis Siapalah Tahu (4)”


  1. 1 pt-91
    April 19, 2009 at 1:16 PM

    kasihan…
    apapun MOHON AMPUN DAN MAAF sekiranya berkasar bahasa terhdap pak lah dulu
    pak lah mungkin melakukan kesilapan yang meyakitkan hati tapi manusia akhir zaman ni mana ada yang sempurna pun, lagipun bukan niat kita sesama manusia nak menganiaya orang lain, cuma kadang2 tu tak sedar apa yg kita buat tu memang menyakitkan hati orang lain

    selamat bersara pak lah semoga Allah meyelamatkan kita semua

  2. 2 putraim
    April 21, 2009 at 3:34 AM

    Pak Lah selamat bersara, carilah ketenangan abadi selamanya… jauhi politik yang terlalu kotor itu….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: