20
Apr
09

Pak Lah Menangis Siapalah Tahu (5)

PAK LAH menghadiri perhimpunan agung Umno pada 25 Mac tanpa ada semangat dan seceria sebelum ini. Dia hadir kali ini hanya untuk menyelesaikan hutang dituntut yang tidak seharus beliau lunasi, iaitu mengumumkan penyerahan jawatan kepada Najib Razak. Kalau bukan kerana memerlukan endorsment mengikut prosedur Najib sudah pun menang tanpa bertanding, jadi Pak Lah tidak perlu hadir. Namun Pak Lah kena hadir juga untuk mengesahkan saja.

Pemgumuman itu pun orang sudah tidak mahu dengar lagi. Sebab Najib sudah sah menjadi presiden Umno. Malahan beberapa bulan sebelum itu, tepatnya selepas Pak Lah umumkan tidak mempertahankan jawatan orang sudah maklum, bahawa Najiblah yang akan menggonggong jawatan itu bersama jawatan Perdana Menteri.

Apa yang hendak ditunggu ialah bilakah penyerahan jawatan sebagai Perdana Menteri. Walaupun berkali-kali Pak Lah jelaskah dia akan serahkan, hanya tunggu masa, namun orang Najib masih ragu. Masih ada tidak percaya. Ada yang cuba memberi gambaran yang Pak Lah seorang pembohong dan akan menganiyaan Najib. Justeru Pak Lah perlu didesak dan ditekan agar menyerahkan jawatan itu secepat mungkin.

Mahathir juga tidak yakin Pak Lah akan menyerahkan jawatan itu. Beliau secara sedar atau tidak mengarahkan orang tertentu agar menggunakan apa jua cara bagi memastikan Pak Lah nyah cepat dari Putrajaya.

Di rumah malam sebelum perhimpunan agung Umno Pak Lah menangis. Inilah tangisan yang cukup bererti kepadanya. Tangisan penyesalan atau tangisan sebuah perjuangan? Atau Pak Lah menangis kerana apa? Atau kerana kedua-duanya sekali. Yang nyatanya air mata Pak Lah luruh begitu banyak malam itu. Beliau sengaja menangis dan melepaskan segala kesebakan dan kesihan agar kolam air matanya kering. Sebab esok sewaktu menghadiri perhimpunan beliau tidak mahu menangis lagi.

Abdullah bersama cucunya Jibreail

Abdullah bersama cucunya Jibreail

Apa yang berlaku merujakan Jeanne. Tetapi bagi seorang perempuan apalah yang Jeanne dapat lakukan. Selain daripada menumpahkan simpati dan melihat saja Pak Lah.

Dalam suasana lain, pada malam sehari sebelum beliau membentangkan ucapan dasarnya, Pak Lah rimas dengan nasib dialami menantunya, Khairy Jamaluddin. Muka Pak Lah menjadi berubah-berubah menunggu keputusan perlawanan Ketua Pemuda. Apa lagi sesekali Pak Lah mendapat tahu Khairy kalah, sesesekali lain pula maklumat yang tiba. Saat ini sungguh menekan perasaan Pak Lah. Di sini menjelaskan walaupun dia tidak berkempen untuk menantunya seperti orang lain berkempen untuk anak, tetapi Pak Lah meletak harapan tinggi kepada Khairy.

Pak Lah langsung tidak cuba ‘memasuki’ ke dalam melihat apa yang berlaku. Saat maklumat mengatakan Khairy kalah ketika inilah wajah Pak Lah menjadi seperti mayat, pucat lesi. Walaupun dia tabah, namun perubahan ketara sekali. Pak Lah seolah tidak boleh menerima hakikat kalau menantunya kalah.

Ada sebab kalau Pak Lah mengharapkan Khairy menang. Kerana Khairylah legasinya dalam Umno. Khairy akan menjadi pengharapannya bagi menerusi pejuangannya dalam Umno. Selama ini pun Khairy secara diplomasi dan tegas mempertahankan polisi dan dasar Pak Lah.

Baginya kalau Khairy menang kemanangan itulah memberi sedikit penawar kepadanya walaupun tidak berjaya menyebuhkan, namun asal ada penawar sahaja cukuplah. Setidak-tidaknya Pak Lah berusaha juga untuk mengubati penyakit.

Ternyata kemenangan Khairy memberi kebahagiaan kepada Pak Lah. Dengan semangat kemenangan menantu yang disayangi itu beliau melangkah dengan penuh yakin dan mempamerkan dia sebagai berjiwa besar. Tidak ada bayangan atau parut kelukaan dimukanya yang mentafsirkan remuk radam jiwanya. Kemenangan Khairylah ‘memberani’ dan mengagahkan diri Pak Lah untuk menghadiri perhimpunan. Sedikit sebanyak juga kemenangan Shahrizat Abdul Jali turut sama memberi penawar, setidak-tidanya bukan semua orangnya kalah.

Dalam perhimpunan agung Umno Pak Lah dapat bergurau senda seperti biasa. Beliau dapat ketawa seperti selalu-selalunya. Sepanjang ucapannya beliau memberi amanat kepada semua perwakilan supaya menjaga parti dan memberi sokongan kepada penggantinya. Tidak ada emosi dan tidak ada kedukaan yang terpamer daripada Pak Lah yang menunjukkan orang yang sulit untuk meninggalkan kuasa dan jawatan.

Cuma pada penggulungan Pak Lah agak emosi sedikit bila mana beliau menjelaskan yang beliau tidak marah kepada Muhyiddin Yaasin yang meminta maaf kepadanya sebelum itu. “Muhyiddin Pak Lah tidak marah walaupun apa yang berlaku….” begitulah ujar Pak Lah.

Pelan peralihan kuasa yang akhir menyingkirkan Pak Lah sebelum hari siang adalah tanggunjawab Muhyiddin. Najib hanya ikur dan enggan dengan jujur dan sukacita sahaja. Pak Lah boleh belasah habis-habisan Muhyiddin ketika itu, namun itu bukan jenis Pak Lah.

Perhimpunan semuanya berjalan dengan lancar dan menggembirakan Pak Lah. Kemenangan Khairy telah mengubat segala sakitnya. Namun apa paling merujakan Pak Lah ialah kehadiran Mahathir sewaktu beliau berucap. Kemunculan itu seakan menggelapkan sekejap akal fikir Pak Lah. Mungkin terkejut dan mungkin juga merasa terkilan kerana beberapa jam sebelum itu Mahathir mengatakan tidak mahu hadir majlis yang kotor dengan rasuah. Mahathir sindir kepada kemenangan Khairy. Sekali lagi sindiran dan kata-kata Mahathir itu seperti menjuruskan asam ke tempat luka.

Namun Pak Lah alu-alukan juga kedatangan Mahathir yang berada di tempat permerhati khas. Mahathir tersengeh-sengeh seolah dia diraikan. Sesuatu yang menggeli geleman Pak Lah apabila di hujung perhimpunan itu Mahathir di bawa naik ke pentas untuk berjumpa barisan kepimpinan baru dan tentu juga untuk berjumpa dengan Pak Lah. Dalam keadaan terpaksa Pak Lah terpaksa juga mengikut atucara persidangan dan mereka mengangkat tangan dan menjulang ke atas.

Pak Lah terus tersenyum namun dalam hatinya, Tuhan saja yang tahu. Pak Lah menangis siapalah tahu?


7 Responses to “Pak Lah Menangis Siapalah Tahu (5)”


  1. 1 Melvin
    April 21, 2009 at 9:10 AM

    Dalam October 2003, Pak Lah tersenyum sambil memegang buku rekod diari kerajaan dengan berkata, “Dr Mahathir bagi pada saya ni..” sambil menunjukkan buku tersebut di hadapan para wartawan di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra. Dalam bulan April 2009, Pak Lah langsung tidak bersalaman dengan Tun Dr Mahathir ketika di istana menyaksikan upacara angkat sumpah Dato Sri Najib sebagai PM ke-6. Hanya Jeanne yang bersalam dengan Tun Dr M dan Tun Siti Hasmah. Pak Lah berjalan terus tanpa ekor matanya memandang Tun. Kesian…kesian…sesungguhnya benarlah bahawasanya Pak Lah menangis tiada siapa yang tahu..tapi bila Dollah tidur, semua orang tahu..kah kah kah

  2. 2 Tapai
    April 21, 2009 at 1:30 PM

    Memang ada yg sedar akan keperitan dan kesedihan yg Pak Lah tanggung, tapi bukan dengan perincian yg diceritakan sebegini. Tahniah MSO, teruskan usaha sdr. Yang faham kesedihan Pak Lah suami isteri tentulah berasa kasihan tapi hakikatnya masih ramai diluar sana,yg berpolitik hanya sekadar mengejar fulus,mengejar harta, mengejar pangkat, langsung tidak mempedulikan hati seorang negarawan veteran yg pernah mereka gelarkan pemimpin.Yg penting utk kumpulan ini ialah bertukar kiblat sokongan, bertuhankan ketua baru demi perut!!Selammaaattt…….!!!!

  3. 3 afja02
    April 21, 2009 at 2:49 PM

    Salam MSO dan pembaca sekalian.

    Saya mengikuti penulisan tuan di dairimaya, adalah diharapkan agar segala penulisan tuan benar dan saheh bukan berdasarkan ilusi..

  4. 4 aku geram
    April 21, 2009 at 4:13 PM

    yang geramnya dulu pembangkang juga beriuhan perlekeh paklah..kata paklah tak layak jadi perdana menteri. dakwa paklah kuat tidur..sekarang najib razak dah jadi pm..jawabla korang..anwar apa ceritaaaa!!!

  5. 5 ibnuhassan
    April 22, 2009 at 8:24 AM

    Salam MSO…

    Sejak ke udaranya ruangan dairimaya ini, saya ketagihan untuk membaca episod seterusnya. Ketagihan ini membawa kepada berulangnya klik ke blog tuan.. untuk memastikan ada update yang telah disediakan.. kadang marah kadang benci kadang simpati.. bukan pada Pak Lah ..tapi pada tuan laa. sebab lambat buat update… untuk baca ceita baru..

    Memang dalam hidup ini ada cerah ada gelap, ada putih ada hitam, penuuh dengan pancaroba untuk kita menghadapi perjalanan hidup.. kita ssemua dilahirkan sebagai pemimpin, ada pemimpin kecik ada pemimpin besar.. kalau kita tak mampu menjadi pemimpin besar, usah dihulur kepala untuk dipinang menjadi pemimpin besar, kelak diri yang merana..menangis tiada siapa yang tahu..

    Namun perjalanan setiap daripada kita telah ditentukan, setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. kadang bila kuasa telah tiada, baru kita sedari betapa lemahnya kita, betapa tersilapnya kita ..tapi apa gunanya..menyesal dulu pendapatan menyesal kendian banyak telah terkorban.. kini langit bagi Pak Lah dah tentu tinggi..bumi dah tentu luas… kerana semua dah kembali menjadi realiti.. bukan lagi ilusi..

    Kepada Pak Lah bersaralah dengan tenang.. jangan buat macam yang satu lagi tu… penuhkan masa dengan perkara yang dulu tertinggal… hiduplah dalam realiti ..buanglah fantasi.

    p/s.
    Tun Mahathir pejabatnya di Putrajaya – indah tersadai di tepi tasik..dengan pelbagai kemudahan
    yang disediakan sendiri untuk bersara.. beliau merancang perasaaannya dengan segala kemudahan kekal .. tiada siapa boleh menghalang atau menafikan menjadi penasihat eksekutif dengan elaun yang tersendiri

    Pak Lah .. apa persiapannya????????????????????

    wassalam

  6. April 23, 2009 at 2:02 AM

    zaman paklah penasihatnya ‘budak tingkat 4’
    zaman najib penasihatnya ‘orang tua Ground Zero’

  7. 7 atukoi
    April 23, 2009 at 1:24 PM

    salam bapak MSO
    saya merupakan pengikut setia MSO blog dan tentunya diari maya ini!

    ulasan tentang “Pak Lah menangis siapa yang tahu” :

    utk saya, semacam tergantung tulisan MSO, diawal-awal MSO melontarkan banyak soalan dan persoalan, namun setelah selesaai membaca 6 siri, ternyata soalan dan persoalan itu terus kekal di kepala saya🙂 , tidak ada jawapan, segalanya diserahkan kepada saya utk menjawabnya :-)… dan tidak lah saya terjawab soalan-soalan itu kerana jawapan saya tetaplah sebuah sangkaan…

    aduhai… bosku MSO, kasih CLEAR la sikit!
    apa-apa pun terima kasih atas tulisan-tulisan yang bagus-bagus
    🙂
    atukoi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: