22
Apr
09

Pak Lah Menangis Siapalah Tahu (6)

SEMALAM Pak Lah, Jeanne serta anggota keluarga dan orang gajinya telah meninggalkan dengan rasmi kediaman perdana menteri Sri Perdana. Leganya hati orang yang mengidam dan tidak sabar-sabar untuk menguasai dan menghiasai kediaman berkenaan dengan perabut serba baru. Ke mana Pak Lah berpindah?

Kerajaan ada menyediakan sebuah rumah sementara di Putrajaya untuk bekas perdana menteri. Besarnya sedarhana tetapi cukuplah untuk sepasangan suami isteri yang sudah pencen seperti Pak Lah bersama Jeanne, orang gaji dan anggota keluarga lain.

Nori dan Khairy sudah ada rumah. Banglow di Putrajaya peninggalan ibunya, Kak Endon.
Semua barang-barang peribadi Pak dan Jeanne yang telah lama dibungkus dan dikemaskan sudah pun diangkut setengahnya ke kediaman sementara itu dan sebahagian lain ke rumah mereka di di Sungai Penchala. Kalau ikut arahan, Pak Lah kena tinggalkan kediaman itu pada 20 April ini. Lama sebelum itu kotak-kotak telah dihantar ke kediaman itu oleh orang tertentu.

Pemandangan rumah Abdullah di Sungai Penchala.

Pemandangan rumah Abdullah di Sungai Penchala.

Bingung juga Jeanne pada mulanya untuk apa dengan kotak-kotak itu? Beliau tidak pula memesan untuk mengisi apa-apa barangan. Rupa-rupanya ia dikirimkan atas arahan orang tertentu bagi memudahkan Jeanne masukan barang-barang peribadi dan lekas-lekas tinggalkan kediaman rasmi perdana menteri itu.

Pak Lah meninggalkan kediaman bersama kenangan yang dicatatnya selama kira-kira lima tahun di situ. Banyak kenangan yang berlaku di situ bagi hidup Pak Lah. Di rumah itulah juga isterinya Kak Endon menghembuskan nafas terakhir di mana peristiwa itu sangat menghiba dan menyayukan. Betapa tidak orang yang mendampingi, setia dan jujur terpaksa meninggalkan Pak Lah lebih awal dan tidak dapat menemani Pak Lah bagi meneruskan kehidupan dan perjuangan sampai ke saat-saat akhir.

Pak Lah juga ada menternak ayam dan menanam pokok ulam-ulaman. Ada pokok petai belalang dan lain-lain di sekitar Sri Perdana. Reban ayam di bina berdekatan rumah kediaman pekerja kompleks berkenaan. Ada kalanya ayam-ayam itu dibiarkan berkeliaran. Suasana di kompleks itu seperti suasana rumah kampung. Pak Lah begitu mesra dan jatuh hati dengan kehidupan tradisi.

Kediaman itu begitu nosltagik sekali. Ia umpama sebuah perkampungan kecil bagi Pak Lah. Pak Lah dan Jeanne membina lanskap berasaskan kampung. Jeanne sendiri ada taman ramuan yang menyediakan semua jenis pokok ubat-ubatan. Ia tidak tanaman import tetapi semuanya tanaman tempatan.

Apakah Pak Lah membawa bersama ayam ternakannya? Dan bagaimana dengan pokok tanamannya. Apakah ia juga akan dicantas seperti mana orang-orangnya dicantas satu persatu sebaik saja beliau tidak lagi menjadi perdana menteri? Begitukah? Biarlah… kalau boleh pokok tanaman itu tumbuh dengan senang dan bebasnya. Khasnya taman ramuan yang diusahakan Jeanne itu dikekalkan, biar dia menjadi tugu memoir buat Pak Lah dan Jeanne. Pokok-pokok itu tidak berdosa dan tidak pun menjadi halangan kepada kuasa politik sesiapa.

Jangan pula terjadi seperti mana peninggalan pokok bunga dan tanam-tanamaan Jeane semasa di rumah Sri Stria dulu. Semua pokok-pokok tanaman Jeanne ditebang dan dibunuh begitu saja sebaik Jeanne pindah ke Seri Perdana dan rumah itu didiami oleh penghuni barunya.

Pak Lah akan tinggal di rumah sementara kerajaan itu sehinggalah rumahnya di Sungai Pencahala siap sepenuhnya. Buat masa ini rumah itu masih belum siap sempurna. Di rumah Sungai Pencahala Pak Lah juga ada menanam pokok dan menternak angsa.

Di rumah inilah Pak Lah akan tinggal bersama Jeanne nanti. Kini beliau mendatangi rumah ini dua kali seminggu untuk melihat tanaman dan haiwan ternakannya. Sebagai mengenang jasa-jasanya kerajaan ada juga memberi sebidang tanah untuk Pak Lah membina rumah sebagai hadiah terletak di Carcosa Seri Negara. Ia bukan rumah Carcosa Seri Negara seperti mana difahamkan tetapi tanah kosong untuk dibina rumah. Itu pun nama masih lagi beliau ditukar ke atas nama Pak Lah. Entah dapat atau sebaliknya.

Selain itu sebagai ganjaran persaraan Pak Lah ada memohon bantuan sebanyak RM6 juta untuk membuka pejabat sebagai aktiviti selepas beliau bersara. Permohonan itu adalah turutan apa yang Dr Mahathir Mohamad lakukan dengan yang mewujudkan Yayasa Perdana sebagai wadah penerus perjuangan selepas bersara. Kalau Mahathir mendapat peruntukan sebanyak RM10 juta, cukuplah bagi Pak Lah separuh dari itu. Tetapi khabarnya Najib bersedia untuk meluluskan RM2 juta sahaja.

Hari ini, Jeanne pula menghadiri majlis serah tugas selaku Pengerusi Bakti kepada Rosmah Mansur. Majlis itu turut sama disertai oleh bekas pengerusi Bakti, Siti Hasmah Mohd Ali. Katanya majlis Bakti hari ini sudah bertukar corak. Kalau semasa Jeanne menjadi pengerusi tidak ada karoeke dan tarian pocho-pocho tetapi hari ini karoeke bergema kembali dan ahli Bakti pula ramai-ramai menari pocho-pocho.

Rosmah sendiri menyanyi dua buah lagu manakala Siti Hasmah menyanyi tiga buah lagi dari CD yang dibawa oleh Siti Hasmah. Nampaknya Siti Hasmah juga kembali berkuasa dan bersemangat semula seperti suaminya Mahathir Mohamad sebaik saja Najib mengangkat sumpah menjadi perdana menteri.

Pada 11 Mei nanti Pak Lah akan bercuti ke luar negara. Negara menjadi pilihan Pak Lah ialah Italy. Pak Lah akan bercuti selama dua minggu di atas kapal sambil memancing. Mungkin percutian itu memberi masa rihat yang panjang dan ketenangan buatnya. Mudah-mudahan saja percutian itu akan mengilham untuknya sesuatu yang baik. Sekembali nanti hendaknya adalah apa-apa yang akan Pak Lah lakukan sebagai menghabiskan sisa-sisa usianya.

Kepada Pak Lah dan Jeanne diucapkan selamat bercuti semoga sepanjang percutian nanti diberikan Allah s.w.t. kesihatan, kekuatan iman dan ilham baik untuk terus membangun agama, bangsa dan negara menerusi kesempatan yang ada. Tamat.


6 Responses to “Pak Lah Menangis Siapalah Tahu (6)”


  1. 1 Tapai
    April 22, 2009 at 12:53 PM

    Aiks? tamat setakat tu saja? Selamat bersara Pak Lah….semoga Damai Abadi…harapnya Lak Lah dapat baca Diarymaya ni. Kalau Pak lah bagi komen kan best? he he…Pak lah tak nak jadi blogger ke mcm yg sorang lagi tu…??? Tapi saya rasa Pak Lah bukan jenis suka kata kat org mcm di blog yg sorang tu? Setuju kawan2?

  2. 2 Tapai
    April 22, 2009 at 12:54 PM

    Sorry Pak Lah…typo plak dah…

  3. 3 nama
    April 22, 2009 at 3:23 PM

    Rasa nya penulis ada tertukar Jeanne dengan Endon…Rasa Jeanne tak pernah duduk di Sri Satria dengan menanam pokok ramuan herba

  4. 4 ahmad rabbani
    April 23, 2009 at 4:42 AM

    satu usaha yang menarik dari MSO dapatlah kita mengenali paklah tapi maaf cakaplah saya berpendapat diarymaya ini adalah time bomb MSO untuk seseorang. Saya kenal tulisan MSO. Saudara bijak bermain isu, saudara akan membuat pihak yang dikritik berdebar dan saudara jugalah yang akan mengulas untuk meredakan. semua itu atas nama kebenaran kononnya. Saya tak kesah kerana MSO kenal dengan keadilan dan kebenaran.

    Saya amat yakin diarymaya adalah time bomb untuk seorang pemimpin yang menjadi harapan sebuah parti politik. Tapi demi untuk keadilan dan mengelakkan masyarakat terus dibebalkan oleh pemimpin yang sentiasa berlagak bijak ini teruskanlah……

  5. Mei 26, 2009 at 1:30 AM

    sedih juga membaca cerita ini ..hari-hari terakhir seorang Perdana Menteri .

    tetapi pak lah telah meninggalkan kerajaan dan jawatan PM dengan baik kepada penggantinya ..

    semoga Pak lah dan Jeanne sentiasa sihat dan bahagia..

  6. Mei 28, 2009 at 9:23 AM

    aku pelik kenapa jeane bini paklah x pakai tudung.sedangkan u all tau ape hukum nyer.dan ape tanggapan org islam yang lain seorang isteri pm tidak menunjukkan contoh dan tauladan.so pikir la


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: