Arkib untuk 23 April 2009

23
Apr
09

Hikayat Si Baju Merah (1)

Namanya bukan Husam

SELURUH orang di Malaya mengenalinya dengan nama Husam. Husam bin Musa. Orang tidak kenal dia dengan nama-nama lain selain nama itu. Itulah nama yang tercatat dalam surat beranak dan juga borang pencalonan dalam pilihan raya. Di Kelantan pula bila sebut nama Musa, iaini bapa Husam orang akan terkenang kepada satu nama lagi, iaitu Annuar. Annuar bin Musa. Nama mereka sinonim keduanya anak Musa. Mereka bukan adik beradik, tetapi tokoh politik di Kelantan. Ada sifat-sifat tertentu mereka semacam sinonim saja.

haikayat-logo1

Annuar Musa dikenali sebagai anak Musa yang bersifat antogonis. Suka melaram dan glamour dengan kekayaan. Manakala Husam pula dikenali dengan nama anak Musa yang protoganis, warak dan hidup serba serdahana. Semuanya dilakar kerana sejarah dan perjalanan politik masing-masing. Hari ini Husam jauh meninggalkan Annuar Musa yang sedang berlegar di keliling kubur dan akan memasuki ke lahad politik sehari dua lagi.

Apabila Najib Razak menyusun semula badan-badan perhubungan Umno negeri-negeri sudah pasti riwayat Annuar Musa sebagai pengerusi perhubungan Umno Kelantan akan hilang dan tersapu. Anak Musa yang satu ini selepas ini akan menjadi kepingan kaca berserpihan saja di Kelantan, tidak akan dipedulikan oleh sesiapa lagi.

Nama Husam dipilih oleh ayahnya Haji Musa. Haji Musa seorang tok guru. Mungkin nama Husam itu ditemui dalam kitab-kitab lama yang ditelaah oleh ayahnya. Macam juga nama saya, Sayuti, juga ditemui arwah datuk dalam kitab Imam As Sayuti (eh malulah angkat diri…).

Dalam sejarah Islam Husam adalah seorang pahlawan, hebat dan mempunyai kuasa ajaib, iaitu Husam bin Tsabit. Husam bin Tsabit juga seorang penyair dimana puisi-puisinya mendapat pujian Rasulullah. MasyaAllah…!

Menurut riwayatnya meskipun kepalanya di pancung dan terpisah dengan badan, namun ia bertangkup kembali. Alhamudlilah saya sempat menziarahi tempat di mana Husam dipancung dan pusaranya di Ukzebekistan. Saya sempat berdoa agar roh dan semangat kepahlawanan dan ketakwaan Husam bin Tsabit masuk ke dalam diri saya, sebagai bekalan untuk jadi pejuang menerusi pena di jalan Allah.

Tentu Haji Musa mempunyai harapan dan impian agar anaknya itu menuruti jejak Husam bin Tsabit itu. Orang-orang dulu sangat mementingkan kepada nama-nama anak kerana mempercayai nama anak adalah doa harian yang memberi keberkatan. Kalau nama anak dinama dengan pengertian yang baik-baik, nescaya anak itu akan juga jadi baik.

Dalam pada itu banyak juga orang tidak tahu, bahawa pada awalnya Haji Musa ingin menamakan anak lelaki yang besar panjang dilahirkan 1959 itu dengan nama lain. Menurut jiran keluaraga Husam nama yang dipilih oleh Haji Musa ialah Abdul Malik. Tetapi menurut jiran itu, (Alias M Noor) nama itu tidak dibenarkan oleh ayah Haji Musa, kerana sebab-sebab tertentu.

Abdul Malik bererti pemerintah atau raja. Mungkin ada tanda-tanda pada anak lelaki itu (Husam) yang tidak membenarkan (tanggung) untuk anaknya itu dinamakan dengan Al Malik, satu nama yang bermaksud raja besar yang menakluki langit dan bumi.

Mungkin sahaja kalau dia besar nanti dia akan mempunyai kuasa raja. Hebat macam raja sedangkan beliau dilihat dan ditilik ada kelemahan yang memungkinkan dia tidak daya untuk memikul tanggungjawab dan peranan sebagai raja yang adil, jujur, ikhlas dan tidak munafik. Kalau terjadi hal demikian ianya akan menyulitkan hidupnya kelak. Jadi atas makrifah itu maka nama Abdul Malik itu ditukar dengan nama Husam.

Alias M Noor (berkot dan berkupiah) bersama Husam di satu majlis hari raya.

Alias M Noor (berkot dan berkupiah) bersama Husam di satu majlis hari raya.

Apapun Husam tetap memiliki kelebihan yang orang lain tidak miliki atau tidak terlawan dengannya. Orang bernama Pak Shid (tukang urut sahwat) pernah menceritakan mengenai kelebihan dan kehebatan Husam. Pak Shid ini juga pernah dibawa balik Husam ke rumahnya di Kampung Kota. Pak Shid masih ada, dan rumhanya di kampung Sireh Kota Bharu. Sesiapa meragui boleh bertanya langsung dengan Pak Shid (saya sedia beri nombor telefonnya). Atau pergilah di kampung Sireh tanya, mana Pak Shid tukang urut orang akan tunjuk rumah Pak Shid.

Jadi nama Abdul Malik itu ditukar kepada Husam. Maka nama itu kekallah sehingga ke hari ini, sehingga seluruh Malaya mengenali nama Husam sebagai Husam, Datuk Husam bin Musa yang kini mempunyai anak lebih sembilan orang!

Adapun kenapa saya memanggilnya dengan nama ‘baju petak-petak merah’ saja ada sejarah dan insidennya tersendiri? Sejarahnya tidak panjang, tetapi ada signifikennya. Meskipun ramai orang marah dengan panggilan itu dan dianggap sebagai menghinanya, namun saya akan tetap memanggilnya hatta kalau Husam sudah jadi Perdana Menteri pun saya akan memanggilnya sebagai perdana menteri ‘baju petak-petak merah’.

Biarlah nama itu kekal di hujung pena saya sebagai tanda saya pernah mengenalinya dan dia pernah mengenali saya selama 13 tahun. Tempoh 13 tahun satu tempoh lama, sama lama dengan masa yang diambil Rasulullah untuk mendakwah kaum Musyrikin di Makkah agar beriman dengan Islam. Jadi apapun orang kata kepada saya dengan panggilan itu, saya tidak akan peduli kerana saya lebih arif apa yang saya lakukan dari tafsiran-tafsiran oleh orang taksub kepadanya.

Baju merah tidak menjadi kepelikan dan keganjilan di Kelantan. Baju merah panggilan terhormat dan ada valuenya tersendiri. Misalnya seorang tok dalang wayang, bernama Dollah di Kok Lanas, dipanggil sebagai Dollah Baju Merah. Ke mana dia pergi dan orang bercakap mengenainya orang akan menyebutnya dengan nama Dollah Baju Merah.

Nama itu membawa tuah dan keramat kepada Dollah. Pada saya disebabkan orang politik tidak jauh bezanya dengan Tok Dalang wayang, yang boleh menggerakkan patung (rakyat) dan boleh membuat macam-macam suara dan watak, (kreatif dan hipokrasi), maka tidak menjadi kesalahan kalau Husam juga dikenali dengan nama orang ‘baju petak-petak merah’. Lagipun warna merah adalah warna darah lambang keberanian. Bukankah Husam seorang yang berani?

Apalah ada pada nama? Kata Willian Shakespear, kalau sekuntum bunga ros ia tetap wangi kalaupun ianya dipanggil dengan nama bunga tahi ayam. Demikian juga dengan Yang Berhormat Datuk Paduka Husam bin Musa, namalah dia dengan seribu nama jelek dan busuk lain tetapi dia tetap akan berbau harum kalau aura politiknya juga wangi. Sama sekali bukan bermaksud saya menyamankan Husam dengan Dollah Baju Merah.

Bersambung…




April 2009
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Kira Imbas (15 April 2009)

Laman