23
Apr
09

Hikayat Si Baju Merah (1)

Namanya bukan Husam

SELURUH orang di Malaya mengenalinya dengan nama Husam. Husam bin Musa. Orang tidak kenal dia dengan nama-nama lain selain nama itu. Itulah nama yang tercatat dalam surat beranak dan juga borang pencalonan dalam pilihan raya. Di Kelantan pula bila sebut nama Musa, iaini bapa Husam orang akan terkenang kepada satu nama lagi, iaitu Annuar. Annuar bin Musa. Nama mereka sinonim keduanya anak Musa. Mereka bukan adik beradik, tetapi tokoh politik di Kelantan. Ada sifat-sifat tertentu mereka semacam sinonim saja.

haikayat-logo1

Annuar Musa dikenali sebagai anak Musa yang bersifat antogonis. Suka melaram dan glamour dengan kekayaan. Manakala Husam pula dikenali dengan nama anak Musa yang protoganis, warak dan hidup serba serdahana. Semuanya dilakar kerana sejarah dan perjalanan politik masing-masing. Hari ini Husam jauh meninggalkan Annuar Musa yang sedang berlegar di keliling kubur dan akan memasuki ke lahad politik sehari dua lagi.

Apabila Najib Razak menyusun semula badan-badan perhubungan Umno negeri-negeri sudah pasti riwayat Annuar Musa sebagai pengerusi perhubungan Umno Kelantan akan hilang dan tersapu. Anak Musa yang satu ini selepas ini akan menjadi kepingan kaca berserpihan saja di Kelantan, tidak akan dipedulikan oleh sesiapa lagi.

Nama Husam dipilih oleh ayahnya Haji Musa. Haji Musa seorang tok guru. Mungkin nama Husam itu ditemui dalam kitab-kitab lama yang ditelaah oleh ayahnya. Macam juga nama saya, Sayuti, juga ditemui arwah datuk dalam kitab Imam As Sayuti (eh malulah angkat diri…).

Dalam sejarah Islam Husam adalah seorang pahlawan, hebat dan mempunyai kuasa ajaib, iaitu Husam bin Tsabit. Husam bin Tsabit juga seorang penyair dimana puisi-puisinya mendapat pujian Rasulullah. MasyaAllah…!

Menurut riwayatnya meskipun kepalanya di pancung dan terpisah dengan badan, namun ia bertangkup kembali. Alhamudlilah saya sempat menziarahi tempat di mana Husam dipancung dan pusaranya di Ukzebekistan. Saya sempat berdoa agar roh dan semangat kepahlawanan dan ketakwaan Husam bin Tsabit masuk ke dalam diri saya, sebagai bekalan untuk jadi pejuang menerusi pena di jalan Allah.

Tentu Haji Musa mempunyai harapan dan impian agar anaknya itu menuruti jejak Husam bin Tsabit itu. Orang-orang dulu sangat mementingkan kepada nama-nama anak kerana mempercayai nama anak adalah doa harian yang memberi keberkatan. Kalau nama anak dinama dengan pengertian yang baik-baik, nescaya anak itu akan juga jadi baik.

Dalam pada itu banyak juga orang tidak tahu, bahawa pada awalnya Haji Musa ingin menamakan anak lelaki yang besar panjang dilahirkan 1959 itu dengan nama lain. Menurut jiran keluaraga Husam nama yang dipilih oleh Haji Musa ialah Abdul Malik. Tetapi menurut jiran itu, (Alias M Noor) nama itu tidak dibenarkan oleh ayah Haji Musa, kerana sebab-sebab tertentu.

Abdul Malik bererti pemerintah atau raja. Mungkin ada tanda-tanda pada anak lelaki itu (Husam) yang tidak membenarkan (tanggung) untuk anaknya itu dinamakan dengan Al Malik, satu nama yang bermaksud raja besar yang menakluki langit dan bumi.

Mungkin sahaja kalau dia besar nanti dia akan mempunyai kuasa raja. Hebat macam raja sedangkan beliau dilihat dan ditilik ada kelemahan yang memungkinkan dia tidak daya untuk memikul tanggungjawab dan peranan sebagai raja yang adil, jujur, ikhlas dan tidak munafik. Kalau terjadi hal demikian ianya akan menyulitkan hidupnya kelak. Jadi atas makrifah itu maka nama Abdul Malik itu ditukar dengan nama Husam.

Alias M Noor (berkot dan berkupiah) bersama Husam di satu majlis hari raya.

Alias M Noor (berkot dan berkupiah) bersama Husam di satu majlis hari raya.

Apapun Husam tetap memiliki kelebihan yang orang lain tidak miliki atau tidak terlawan dengannya. Orang bernama Pak Shid (tukang urut sahwat) pernah menceritakan mengenai kelebihan dan kehebatan Husam. Pak Shid ini juga pernah dibawa balik Husam ke rumahnya di Kampung Kota. Pak Shid masih ada, dan rumhanya di kampung Sireh Kota Bharu. Sesiapa meragui boleh bertanya langsung dengan Pak Shid (saya sedia beri nombor telefonnya). Atau pergilah di kampung Sireh tanya, mana Pak Shid tukang urut orang akan tunjuk rumah Pak Shid.

Jadi nama Abdul Malik itu ditukar kepada Husam. Maka nama itu kekallah sehingga ke hari ini, sehingga seluruh Malaya mengenali nama Husam sebagai Husam, Datuk Husam bin Musa yang kini mempunyai anak lebih sembilan orang!

Adapun kenapa saya memanggilnya dengan nama ‘baju petak-petak merah’ saja ada sejarah dan insidennya tersendiri? Sejarahnya tidak panjang, tetapi ada signifikennya. Meskipun ramai orang marah dengan panggilan itu dan dianggap sebagai menghinanya, namun saya akan tetap memanggilnya hatta kalau Husam sudah jadi Perdana Menteri pun saya akan memanggilnya sebagai perdana menteri ‘baju petak-petak merah’.

Biarlah nama itu kekal di hujung pena saya sebagai tanda saya pernah mengenalinya dan dia pernah mengenali saya selama 13 tahun. Tempoh 13 tahun satu tempoh lama, sama lama dengan masa yang diambil Rasulullah untuk mendakwah kaum Musyrikin di Makkah agar beriman dengan Islam. Jadi apapun orang kata kepada saya dengan panggilan itu, saya tidak akan peduli kerana saya lebih arif apa yang saya lakukan dari tafsiran-tafsiran oleh orang taksub kepadanya.

Baju merah tidak menjadi kepelikan dan keganjilan di Kelantan. Baju merah panggilan terhormat dan ada valuenya tersendiri. Misalnya seorang tok dalang wayang, bernama Dollah di Kok Lanas, dipanggil sebagai Dollah Baju Merah. Ke mana dia pergi dan orang bercakap mengenainya orang akan menyebutnya dengan nama Dollah Baju Merah.

Nama itu membawa tuah dan keramat kepada Dollah. Pada saya disebabkan orang politik tidak jauh bezanya dengan Tok Dalang wayang, yang boleh menggerakkan patung (rakyat) dan boleh membuat macam-macam suara dan watak, (kreatif dan hipokrasi), maka tidak menjadi kesalahan kalau Husam juga dikenali dengan nama orang ‘baju petak-petak merah’. Lagipun warna merah adalah warna darah lambang keberanian. Bukankah Husam seorang yang berani?

Apalah ada pada nama? Kata Willian Shakespear, kalau sekuntum bunga ros ia tetap wangi kalaupun ianya dipanggil dengan nama bunga tahi ayam. Demikian juga dengan Yang Berhormat Datuk Paduka Husam bin Musa, namalah dia dengan seribu nama jelek dan busuk lain tetapi dia tetap akan berbau harum kalau aura politiknya juga wangi. Sama sekali bukan bermaksud saya menyamankan Husam dengan Dollah Baju Merah.

Bersambung…


26 Responses to “Hikayat Si Baju Merah (1)”


  1. April 23, 2009 at 11:10 AM

    macam2 tuan kata (hina?) sejak lebih setahun lalu.. sampai skrg husam tidak pernah menghina tuan.. kebersihan hati kita jelas terpancul drpd kata2 kita pd org yg tak pernah hina kita.. sucikan hatimu, insya Allah kejernihan iman akan terpancar

    • 2 diarymaya
      April 23, 2009 at 12:48 PM

      saya nak royat sikit saja, sdr mungkin tidak tahu apa yang husam lakukan (hina) saya, tunggulah saya menceritakannya dengan penuh adil.

      • April 23, 2009 at 2:37 PM

        mudah2an Allah akan mbalas penghinaan husam kpd tuan.. namun yg jelas, tidak kedengaran langsung phinaan tersebut secara terbuka dan meluas seantero alam dunia n maya.. sekurang2nya tidak seperti tuan yg seolah2 mahu mberitahu dunia ttg kejahatan seorg yg bernama husam

  2. 4 AnakMudaParlimenBatu
    April 23, 2009 at 11:23 AM

    Husam Musa, tokoh yang begitu dikenali dalam perjuangan PAS, siapa yang tak kenal beliau, rakan baik kepada DSAI sebab selalu sangat dengan DSAI dalam apa jua keadaan …..

    Sudah lama saya dengar anda memanggil husam dengan panggilan sebegitu, agak pelik juga, adakah anda berdua bermusuh ataupun sekadar panggilan kampung sahaja, cerita dengan lebih lanjut, nak tau juga …….

    http://khairilazuar.wordpress.com

  3. 5 khadijah
    April 23, 2009 at 1:19 PM

    1.Mudah-mudahan saya tidak terpengaruh dengan apa yang mso coretkan. Bukankah apabila kita menutup aib saudara kita, Allah akan tutup aib kita. Mso bukalah sehabis-habisnya aib Haji Husam. Kalau tak terlihat aib MSO di dunia ni, sama2lah kita tgk aib MSO kat sana. So, tak payahlah nak sensasikan citer yang MSO tak boleh lupa sampai bila2.
    2. Ssetahu saya(STPM-Kertas 2 Sejarah)

  4. 7 khadijah
    April 23, 2009 at 1:21 PM

    1.Mudah-mudahan saya tidak terpengaruh dengan apa yang mso coretkan. Bukankah apabila kita menutup aib saudara kita, Allah akan tutup aib kita. Mso bukalah sehabis-habisnya aib Haji Husam. Kalau tak terlihat aib MSO di dunia ni, sama2lah kita tgk aib MSO kat sana. So, tak payahlah nak sensasikan citer yang MSO tak boleh lupa sampai bila2.
    2. Setahu saya(STPM-Kertas 2 Sejarah)nama Penyair Rasullullah SAW bukannya Husam bin Tsabit tapi Hassan bin Tsabit. Dari segi sebutan tu dah tak kena, maknanya dalam bahasa melayu lagi lah jauh…

  5. 8 abah
    April 23, 2009 at 5:15 PM

    nampaknya ramai yg marah kat MSO bila di sebut psl husam ni..sy sndiri penyokong PAS amat bersetuju MSO menceritakan sape sbnrnta husam ni…mmg dia bijak berpolitik dan bagus pentadbiran..tp harus diingat matlamat tidak menghalalkan cara..harap2 dato husam tidak lari dri perjuangan PAS yg sebenarnya..

  6. 9 red warrior
    April 23, 2009 at 6:16 PM

    tak salah mencerita yang benar walaupun pahit…

  7. 10 dewahudoh
    April 24, 2009 at 12:17 AM

    Tak sabar rasanya untuk menunggu sambungan seterusnya… apapun diharap tuan haji teruskan menulis sambungan kisah ini biarpun mendapat kritikan dari penyokong2 fanatik D. Husam. Saya rasa tuan haji layak mengeluarkan pandangan sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana2 pihak, kerana kredibilti dan pengalaman tuan haji dalam penulisan politik amat luas dan lama…

    Syabas…

  8. 11 Ghoba
    April 24, 2009 at 1:22 AM

    TAHNIAH, memang seperti yang saya jangka, kisah @ riwayat Husam menjadi pilihan saudara selepas Pak Lah. Nampak ada hal yang besar disembunyikan@ pergolakan dalaman antara Tuan & Dato Husam.

    Kekadang manusia tak lari dari kesilapan, tambah2 lagi org berpolitik tak semuanya maksum.
    Kenapa kita harus berdendam sampai nak jatuhkan kredibiliti seseong kepada semua org. Allah Maha Adil. Kita ada SPRM, POLIS, kalau buat silap laporkan aja, pihak jabatan berkenaan lagi suka kalau org politik pembangkang ni kena tuduh rasuah ke, berzina ke, main nombor ekor ke. Keikhlasan timbul dari hati, kita tak suka cara seseorg kita tak boleh nak condem.. maybe kita je yang berprasangka buruk sedangkan rakyat kebanyakkan sebalikknya. Walla’hualam.

    p/s: Bekas pengundi Dato Husam (MP Kubang Kerian)

  9. April 24, 2009 at 1:54 AM

    Assalamualaikum tuan,

    saya merupakan peminat setia tulisan tuan, jelas setiap petikan yang tuan titipkan mempunyai keasliannya yang tersendiri, syabas diucapkan.

    Apa yang menjadi kemuskilan di hati saya ialah kenapa selepas hikayat paklah tamat disambung pula dengan hikayat baju petak merah? kenapa tidak dipilih individu lain yang sepatutnya dihikayatkan terlebih dahulu selepas hikayat paklah?

    Terdetik juga dihati saya mungkin tuan mahu mengambil kesempatan muktamar parti pas yang akan datang untuk menjatuhkan si baju petak merah seperti Kerajaan Selangor menyerang si Khir Toyo sebelum pertandingan ketua pemuda umno tempoh hari. Jika itulah strategi yang tuan gunakan alamatnya kelabu lah nasib sibaju petak merah untuk mencabar lebih jauh pada muktamar pas itu nanti bagi menduduki kerusi yang lebih tinggi.

    Apa pun itu hanya prasangka saya sahaja, kalau perkara tersebut salah maka saya minta maaf banyak2 kepada tuan. Mungkin setiap perkara itu ada hikmahnya, pergeseran tuan dengan sibaju petak merah mungkin berbentuk peribadi, janganlah pula diseretkan segalanya kedalam pergeseran tersebut.

    Saya doakan semoga perhubungan tuan dengan sibaju petak merah semakin rapat seperti dulu kerana kedua-duanya merupakan orang yang saya hormati dalam bidang masing-masing.

  10. 13 idolaku HUSAM
    April 24, 2009 at 7:02 AM

    aku pon tak paham ngan MSO kenapa marah sgt kat husam…pasal kambing jamnapari ker, teruk sgt perngai husam smpai benci yg amat MSO pd HUSAM, xreti aku nak pikir, apa salah nya husam pada MSO…MSO jgn lah tuan dok mengadu domba, fitnah memfitnah…sudah semstinya stiap manusia wat kesalahan…tp takkan lah kesalahn sekelumit…diwujudkan blog semata2 nak burukkan org itu…

  11. 14 amir_rash
    April 24, 2009 at 7:11 AM

    saya memang minat tulisan TUAN HAJI mso. inilah kelebihan saudara dan tahniah.. betul dan saya amat yakin saudara amat tahu apayang ada dalam baju baju petak-petak merah. tapi perlukah untuk dihebahkan untuk tatapan semua???? dan bersihkah niat TUAN HAJI mso untuk menulis … tuhan saja yang tahu.. tapi apa yang saya tahu TUHAN saya yang saya beriman dengannya dan NABI saya yang saya jadi kan contoh melarang saya membuka AIB orang walau siapa pun dia dan jahat macam mana dia serta kuatnyer umno dier… saya tak tahu orang lain… saya tak cukup duit lagi nak pergi haji…

  12. 15 helmi
    April 24, 2009 at 8:19 AM

    assalamualaikum

    pertamanya saya harap MSO juga Datuk Husam c hat sejahtera selalu di bumi Allah S.W.T ini. pergeseran antara anda berdua rasanya telah lama semenjak era kambing jamnapari lagi. saya rasa ini isu peribadi yang seharusnya saudara berdua selesaikan secara elok menerusi perundingan di tempat yang sesuai seperti di masjid, surau ataupon balasoh tetapi tidak elok rasanya jikalau anda bergaduh dan mengaibkan peribadi anda berdua di alam blog ini. Tuan MSO baru balik dari menjadi tetamu Allah di bumi Mekah dan tentunya selepas balik kita berjanji dengan diri kita, utk membuang sifat2 yang tidak elok dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Saudara ada anak begitu juga Husam ada anak. adakah anda fikir pergaduhan ini antara anda berdua sahaja. tidak, pasti tidak. anak2 anda akan menjadi meluat dengan keturunan Husam dan begitulah juga sebaliknya. bilakah ini akan berakhir? Jadi lah seperti Rasulullah yang sanggup memjadi pemaaf.
    terima kasih. semoga anda berdua diarahmati Allah SWT selalu

    amin

  13. 16 pt-91
    April 24, 2009 at 8:25 AM

    menjadi hak tuan mso lah nak tulis pasal biografi sapa dulu sapa kemudian, kenapa nak ada sebelum dan selepas pulak..

    tuan mso sendiri cakap dia kenal dato husam selama 13 tahun maknanya apa saiz kasut dia pakai sampai garam atau gula jenis apa yg dato husam selalu makan pastinya tuan mso tahu.

    kita sepatutnya menilai sesuatu itu dengan akal, harus faham apa beza politik dan isu peribadi

    apa yg dibentangkan cumalah biografi seorang tokoh sahaja…
    tak lebih dan tak kurang drp itu…

    Malaysia sekarang sedang cuba untuk menempuh sebuah demokrasi yang sebenarnya..
    apa ertinya kebebasan dan setakat mana kebolehan yang kita miliki untuk kita putuskan segala hal dalam hidup ini..

    dalam politik JIWA BESAR adalah perlu…. dedah sikit bukan bermakna satu dunia ni boleh terbalik..

    rilek bro…

  14. April 24, 2009 at 10:37 AM

    Dah ada orang nasihatkan bahawa jangan diungkit-ungkitkan kisah lama dan peribadi orang, kalau diteruskan juga, terpulanglah. Yang memberi nasihat, sudah lepaslah tanggungjawabnya. Adapun yang membaca, usah-usahlah diperpanjangkan.

    Panjang usia perkenalan bukan satu aset atau lesen untuk kita membongkar keaiban sesiapa pun. Tambah-tambah di alam politik ini, tempias fitnah kadangkala bagaikan taufan dan ombak.

    Semoga Allah ampuni kita semua…Ameen.

  15. 18 iman imtiyaz
    April 24, 2009 at 10:49 AM

    1.Memey la hak MSO sebab blog dia. Nak tulis kisah sapa pun hak dia la walaupun nak cerita pasal dalam kelambu dia sekalipun. Tapi kenalah terima juga nasihat orang lain. Barangkali yang memberi reaksi membela haji husam bukan penyokong totok dia tapi positifkanlah fikiran. Mereka ni nak betulkan keadaan. Tak mau biarkan MSO berdosa dengan umpat keji terhadap Haji Husam walupun menurut MSO Haji Husam dah buat dia tak lupa penghinaan Haji Husam kepadanya.
    Wallahua’lam.

  16. 19 khairilazuar
    April 24, 2009 at 1:14 PM

    Pak MSO,
    apakah ini tujuan anda membuka blog diarymaya, hanya kerana hendak menegakkan keadilan utk diri anda, kalaulah anda dihina oleh saudara Husam, itu antara anda dengan beliau. Apabila anda membuka pekung di dada untuk kehancuran orang lain, APA PANDAGAN ORANG LAIN TERHADAP SIFAT ANDA? Anda bermain dengan orang politik sedangkan anda bukan orang politik jadi satu benda yang tidak masuk akal untuk anda persembahkan ke dalam blog ini.

    Tulisan anda tentang Pak Lah, saya senang sekali. Apabila tentang Husam, mulanya ianya semacam nampak menarik tetapi kalau nak pertahankan hak anda yang tidak ditanya oleh orang lain, itu satu yang cukup merugikan anda.

    Anda seorang penulis yang cukup saya meminati, jangan sampai ingin membuka sifat balas dendam, anda akan dibenci kelak…………

    http://khairilazuar.wordpress.com

  17. 20 adam harris
    April 24, 2009 at 2:55 PM

    saya merupakan salah seorang yang mendokong puak Erdogan dalam PAS..dan saya kalau boleh semahu-mahunya Dato Husam mengambil alih pentadbiran tertinggi PAS bersama-sama sosok Erdogan yang lain seperti Dr Zul, Dr Syed Azman, Kamaruddin Jaafar, Mohd Sabu, Ir. Nizar, Khalid Samad..sosok-sosok inilah yang saya rasakan akan membuatkan lapisan masyarakat India & Cina lagi kuat menyokong PAS…saya tak kisah kalo bapak MSO mahu mengupas isu Dato Husam..sesungguhnya, memang bersebab Dato Husam dicemburui oleh lawan yang di dalam PAS kerna dia cukup berkebolehan..orang tak akan cemburu jika nampak kita berpotensi, tak gitu bapak MSO?

  18. 21 aimar
    April 24, 2009 at 4:13 PM

    sudah-sudahlah tuan MSO. Bagi saya dato’ Husam Seorang yang ikhlas dalam perjuangan. dia bukanlah seorang yang gilakan duit, harta, pangkat, dsb. saya tersentuh bila tengik dia sanggup naik keta honda sivik lama bila lepas ceramah kat bandar baru bangi ttahun lepas. ini menampakkan dia seorang yang merendah diri. janganlah kerana berlaku sedikit salah faham kita sampai nk menjatuhkan pemimpin yang baik. dato’ Husam tak pernah pula nak kutuk atau hina tuan MSO. Itulah perbezaannya saudara MSO dan Dato’ Husam. Terima kasih.

  19. 22 sri bulan
    April 25, 2009 at 3:51 PM

    Saya peminat setia tulisan MSO dan peminat Dato Husam. Saya harap dalam keghairahan MSO menulis ttg Husam, jgn pula lupakan adab sebagai penulis muslim. Penulis muslim dan beriman walaupun berfikiran terbuka dan menjunjung kebebasan sebagai penulis,namun tidak sampai mendedahkan keaiban saudara sendiri yang boleh menimbulkan fitnah dan salah faham. Jika ini berlaku ia akan menimbulkan kerugian kepada perjuangan islam.Hasrat MSO untuk menulis ttg Husam tidak boleh dihalang, namun perlu sentiasa ingat akan adab-adab sebagai penulis yang beriman dan bertaqwa agar tidak mendatangkan dosa.

  20. 23 BERKUBE
    April 25, 2009 at 5:48 PM

    Yang orang PAS dok menceritakan keburukan UMNO tu boleh pulok??

    Pesen demo lagun tu

  21. 24 Geng Endorgang
    April 26, 2009 at 2:23 PM

    Mesti ada kes berat. Sebab tu kena ugut bayar duit atau apa-apa khidmat.
    Kalau tak buat salah, ugut macam mana pun tak dok masaalah

  22. 25 khadijah
    April 27, 2009 at 4:39 PM

    Waalaikumussalam Pak MSO. Syukran. Secara peribadi saya amat menghormati Pak MSO. Tulisan2 Pak MSO memang banyak menyedarkan saya dari ketaasuban kepada pimpinan PAS. Ketika saya mencoret komentar buat Pak MSO tempoh hari, saya sedih apabila penulis yang saya hormati ini seolah-olah hilang etika sebagai penulis muslim. Maafla kalau Pak MSO terguris. Sebagai seorang muslim bukankah punyai hak untuk menegur sekiranya mendapati saudaranya akan menyimpang? Namun sekiranya Pak MSO masih ketegag (Klate kata keras pedal) teruskanlah. Alhamdulillah, saya sudah menjalankan tugas saya sebagai muslim.

    khadijah haji abdullah
    sg petani, kedah.
    Wassalam.

  23. 26 nawi
    April 29, 2009 at 7:50 AM

    Dengarlah.. Bacalah.. mengapa perlu kita sempitkan fikiran tampa mahu membaca tulisan orang terlebih dahulu.. apa yang peliknya..? dizaman awal Islam hingga sekarang ini..Rasulullah SAW dikatakan ahli sihir.. orang gila dan pelbagai nama lain yang teruk… hina dan bangsat…

    apakah satu yang aib utk kita mendengar org mengutuk seseorang yang berjuang atas DASAR PERJUANGAN YANG RASULULLAH SAW mulakan…? Sesungguhnya, kita tidak patut memuja manusia, pujalah semangat dan perjuangannya..

    sedarilah kita telah terlalu lama dijajah british.. Constantinople dibuka oleh Kerajaan Islam Uthmaniyyah pada 1473.. 1511 Melaka dijajah oleh Portugis… Umat Islam telah lama berada dibawah kuasa asing.. kecuali umat Islam yang berada dibawah jajahan takluk Siam…

    Kita telah lama hidup dalam kaedah pengasingan kuasa pemerintahan, perundangan dan adat istiadat.. sehingga kita bisa menganggap pemerintahan, perundangan adalah diluar bidang Agama ( baca Islam )

    Biarkanlah Tuan MSO meneruskan ceritanya berkenaan siapa saja.. kerana.. pada yang beriman.. sudah ada 2 malaikat yang menjagai siang dan malam… yang tak putus2 menulis buku amalan..

    Teruskan Tuan MSO.. moga dipercepatkan.. diperhabiskan dan dimulakan pula dengan hikayat HERO PASIR MAS..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: