25
Apr
09

Hikayat Si Baju Merah (2)

Mula kenal Husam

JIKA tidak salah ingatan pertama kali saya mengenali nama Husam ialah apabila membaca laporan sebuah berita dalam Harakah sekitar tahun 1989. Berita itu mengenai kejadian tunjuk perasaan di Lemal, Pasir Mas Kelantan. Lupakan apakah tujuan tunjuk perasaan itu. Dalam laporan akhbar itu ada menyebut antara mereka yang ditahan polis ialah Husam bin Musa, wartawan Harakah. Kameranya juga dirampas polis.

Seorang kawan yang mengaku ditahan bersama Husam, Harun atau Pak Su Harun ada menceritakan peristiwa ini. Pak Su mengaku dia adalah antara orang yang ditahan dengan Husam dan makan nasi bungkus di lokap polis Pasir Mas. Entah benar cerita Pak Su atau tidak walahu’alam. Nampaknya Pak Su melebih-lebih ketika menceritakan kejadian itu. Jadi saya tidak ambil perawi dari Pak Su mengenai kejadian ini. Husam pula bila ditanya soal Pak Su hanya diam saja.

haikayat-logo1

Manakala pertemuan pertama dengan Husam ialah pada tahun 1990. Tempatnya di bawah bangunan SUK. Ketika itu saya ke Pejabat Urusetia Kerajaan Negeri di SUK itu untuk mencari gambar Ustaz Nik Aziz Nik Mat, (ketika itu Nik Aziz dikenali dengan nama ustaz), bagi dijadikan cover buku baru saya ketika itu yang berjudul “Kelantan Selepas Pantang”- bersempena 100 hari Nik Aziz jadi Menteri Besar.

Buku ini mengisahkan kejayaan Pas dalam pilihan raya 1990 dan juga satu flash back megenai kekalahan Pas pada tahun 1978 dan sekaligus menyebabkan kerajaan Kelantan tumbang. Saya ada mengisahkan mengenai sebab musab membawa kepada kejatuhan kerajaan Kelantan pada masa itu. Tidak terlupa saya juga menggarapkan antara halangan dan cabaran yang bakal dihadapi kerajaan Kelantan di masa akan datang.

Apa yang saya pesankan dalam buku itu nampaknya menjadi kenyataan selepas itu. UBN terus attack kerajaan pimpinan Ustaz Nik Abdul Aziz yang dimulai dengan sikap sesetengah pegawai kerajaan negeri yang enggan memberi kerjasama.

Ketika jumpa itu kebetulan Husam baru turun dari pejabatnya. Pakaiannya sangat simple sekali menjelaskan akan kezuhudannya. Berbaju lengan panjang dan kasutnya juga tidak begitu berkilat. Rambutnya biasanya, kurang rapi. Memang tokoh ini tidak mengambil berat kepada pakaiannya. Dia bukan seorang suka berlagak dan tidak tahu melawa! Baginya apa yang ada asalkan boleh digunakan, cukup.

Dia tidak mengenali saya. Saya kenal dia, sebab dia Setiausaha Akhbar Menteri Besar. Kami hanya sempat bersalam dan beberapa minit saja. Perjumpaan itu tidak membekaskan apa-apa kenangan baik kepada saya lebih-lebih lagi kepadanya. Untuk rapat dengan Husam seseorang itu harus ada modal besar.

Dia sendiri melupai saya selepas itu. Saya turut bertanya mengenai gambar Nik Aziz kalau-kalau beliau ada. Beliau tidak memberi apa-apa jawaban dan berlalu begitu saja tanpa menjanjikan apa-apa. Mempamirkan sikap semulajadinya itu acuh tidak acuh kepada orang yang belum dikenalinya.

Itulah pertemuan pertama dengannya. Dari pertemuan pertama saya sudah dapat membaca sedikit sebanyak mengenai diri, perwatakan dan stail politiknya. Mungkin disebabkan saya mengenali dan rapat dengan orang-orang seperti Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Abdul Fatah Harun, Omar Mohammad, Allahyraham Wan Mohamad Jami, Bunyamin Yaacob dan seberais nama-nama lagi, pemimpin lama menyebabkan saya prejudis kepadanya, sebagai seorang yang tidak begitu excellent PRnya.

Husam bersama Razali Yusuf (kiri), inilah gambar pertama yang saya rakam sebagai menandakan bermulanya persahabatan.

Husam bersama Razali Yusuf (kiri), inilah gambar pertama yang saya rakam sebagai menandakan bermulanya persahabatan.

Orang-orang yang saya sebut tadi mempunyai PR yang cukup kelas. Biarpun dia baru mengenali seseorang tetapi dilayannya penuh mesra dan seolah kenal sudah lama. Mereka adalah anak didik ataupun meniru perangai tokoh politik Datuk Mohd Asri Muda bekas Presiden Pas yang terkenal dengan seorang ahli politik yang mempunyai standard PR yang tinggi dan cukup berhemah.

Sesiapa saja yang pernah berjumpa Asri, bersalam dan bercakap dengannya pasti akan terpesona dan tertawan. Apa lagi kalau mendengar pidatonya yang hebat dan mengoncang jiwa, menyebabkan orang akan jadi jatuh hati kepadanya. Itulah Asri yang saya hormati sampai kini. Walaupun beza usia saya dengan beliau boleh dianggap ‘anak bongsu’, namun beliau tidak pernah meremehkan orang dan sedia melayani sesiapa saja sebagai tetamunya.

Selepas pertemuan itu saya tidak tahu di mana pula saya berjumpa dengan Husam. Dan saya tidak tahu juga siapa yang mencari siapa selepas itu. Kalau tidak silap dia mencari saya, menerusi satu pertemuan secara kebetulan. Ketika itu beliau bersama ketua Pemuda Semangat 46, Rozali Yusuf, di satu meja pada majlis di JKR 10. Di sinilah kami bersalaman sekali lagi dan agak lebih mesra. Dia juga sudah mulai mengenali saya, bukan pada fiil tetapi sebagai seorang penulis atau wartawan.

Ketika berlaku krisis negeri Kelantan dengan istana, kami berjumpa lebih kerap. Bukan Husam saja mencari saya, tetapi orang-orang lain juga pemimpin pasca Tiga Abdul kini. Allahyaraham Mazlan Ibrahim yang meninggal dunia dalam satu kemalangan misteri di Siam (al Fatihah untuknya) adalah perantaran saya dengan Husam. Sesuatu maklumat atau apa-apa yang ingin Husam sampaikan – berhubung perkembangan kerajaan negeri, beliau akan lepas melalui Mazlan. Begitu juga perkembangan mengenai Husam, politik dan peribadinya Mazlan yang sampaikan kepada saya. Mazlan ada mediator antara kami.

Ketika krisis antara pegawai kerajaan negeri kemudian mengheretkan Istana dengan kerajaan negeri itu juga menyebabkan saya mulai mengkaji politik Husam. Dia sudah menjadi perhatian saya. Kenyataan-kenyataan akhabrnya sebagai Setiausaha Akhbar, Menteri Besar saya amati dan menganalisanya. Saya nampak Husam menjadi jurucakap kepada Menteri Besar Nik Aaziz. Dalam isu mengenai krisis itu beliau yang banyak menjawab dan menghuraikannya. Bagi saya Husam seorang yang kreatif dan ada idea untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Dalam krisis ini juga beliau berjaya meletakkan dirinya sebagai orang penting dan orang utama di belakang Tok Guru. Tindak tanduk dan penampilannya menenggelamkan usaha dilakukan oleh orang lain termasuk Wan Abdul Rahim, Ustaz Halim yang selaku timbalan menteri besar ataupun pemimpin lain. Di sinilah kebijaksanaan dan kecerdikan Husam berpolitik.

Kalau tidak silap saya, Husamlah orang yang mula-mula mendedahkan mengenai sikap dingin atau perbalahan pihak pegawai kerajaan negeri dengan kerajaan Pas. Perbalahan ini kemudian mengheret kepada pihak istana bergaduh dengan MB Kelantan, sehinggalah membawa ke kemuncaknya Sultan Kelantan enggan bersalam dengan Nik Aziz.

Walaupun politik Nik Aziz lebih diwarnai oleh Setiausaha Politiknya ketika itu, Wan Abdul Rahim, namun Husam juga turut sama membuat kenyataan disamping menjual dirinya di pasaran politik Kelantan. Kapasiti beliau sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas beliau gunakan sebaik mungkin untuk membela kerajaan negeri. Boleh dikatakan ketika inilah Husam mula menunjukkan karismatiknya sebagai pemimpin harapan Kelantan.

Seingat saya beliaulah antara Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan yang cekap menggunakan kedudukan untuk memprojekkan dirinya. Dan ternyata andaian saya itu menjadi kenyataan bila mana akhirnya dengan jawatan ketua pemuda itu di samping dengan kedudukan sebagai pegawai Menteri Besar, baik selaku setiausaha akhbar maupun setiausaha politik beliau berjaya meletakkan dirinya di perseda politik kebangsaan. Ini semua bukan apa, kerana pemikiran, idea serta kekereatifan beliau sebagai seorang pemimpin sangat menyerlah dan tidak terlawan oleh rakan lain.

[Catatan: Khabarnya Husam bakal mendapat menantu pada pentang ini. Di kesempatan ini ‘tanpa koner-koner’, saya mengucapkan tahniah dan selamat menerima menantu sulung]

Bersambung…


6 Responses to “Hikayat Si Baju Merah (2)”


  1. April 25, 2009 at 4:46 AM

    Perkara biasa di akhir zaman, nabi saw dah janjikan akan muncul fitnah dan permasalahan di mana org ramai akan menjadi pening dgn pelbagai masalah ganjil yg akan muncul dan pelbagai hal pelik2 akan timbul.

    (lihat kitab al- fitan wa al-malahim oleh Imam Ibnu Katsir)

    benda halal jadi haram, haram jadi halal, kemudian yg bercakap benar dianggap pendusta dan yang berdusta di anggap benar.

    Sabda baginda: “Sesungguhnya sebelum kedatangan dajjal-dalam riwayat yang lain: sebelum kiamat- adanya tahun-tahun yang penuh tipu daya. Ketika itu didustakan orang yang benar, dianggap benar orang yang dusta, dianggap khianat orang yang amanah, dianggap amanah orang yang khianat, dan bercakap ketika itu al-Ruwaibidoh. Para sahabat bertanya: “Siapakah al-Ruwaibidoh?” Sabda Nabi s.a.w.: Orang lekeh yang berbicara mengenai urusan awam (orang ramai).” Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad, Abu Ya’la, al-Bazzar, Ibnu Majah, al-Kharaiti, dan al-Hakim. Al-Hakim menyatakan isnadnya sahih.dan ini disetujui oleh Al-Zahabi.

  2. 2 suara emas
    April 25, 2009 at 11:58 PM

    tuan mso..

    ape yang tuan fikirkan dan dalam akal tuan sama seperti apa yg saya fikirkan yang mungkin orang lain tidak faham…sy tidaklah mempunyai pglmn yg luas spt tuan…tp sy tahu apa yg husam musa inginkan…apa yg anwar takut….apa yg Tuan Guru hadi lakukan…dan apa yg nik aziz diperdayakan..dan apa yg anak nik aziz terangkan…dan apa langkah terbaik utk selesaikan..

    suara emas….

  3. 3 suara emas
    April 26, 2009 at 12:03 AM

    sifat taksub ke atas orang tertentu membuatkan seseorang tidak dapat berfikir dgn baik..dan sifat benci terhadap seseorg juga membuatkan seseorang itu tdk kritis…sy pernah hentam tuan sebab tuan terlalu membenci dr mahathir…tulisan tuan ketika itu bias…dan ketika tuan terlalu memuji khairi…tuan juga bias ketika itu…tp byk tulisan tuan adlh sgt baik dan bagus utk dibaca…

    suara emas..

    • 4 dewahudoh
      April 26, 2009 at 2:50 AM

      Saya juga menyokong pendapat saudara Sura Emas hampir semua tulisan pak haji MSO adalah baik dan pedas…. Walaupun ada sebahagian tulisan pak haji pahit untuk saya terima tetapi saya akan cuba menerimanya juga. Saya amat mengagumi penulisan tuan haji yang boleh dikatakan agak telus dan berani bersuara… Apabila Umno dikutuk semua menyokong tuan haji apabila Pas dikutuk pula ramai yang berasa tidak senang dengan tuan haji. Saya berharap agar tuan haji kuatkan ssemangat untuk terus menulis kepincangan dalam Pas, biarpun pahit untuk diterima oleh sebahagian besar.. tapi yang pahit itu ubat. Teruskan bebas menulis kerana majoriti wartawan di negara kita ni bias dan rakyat memerlukan informasi yang telus bukannya berat sebelah.

  4. 5 Kempen Manager TP
    April 26, 2009 at 5:28 AM

    APA YANG PENTING KITA JANGAN FANATIK. kEPADA SESIAPA SAJA HATTA KEPADA MSO EMPUNYA BLOG INI. BELIAU JUGA TIDAK MAU DIPUJI JAUH SEKALI DIKEJI.

    SAMA-SAMA INI MENGAJI.

  5. 6 ahmad rabbani
    April 26, 2009 at 4:14 PM

    saya telah nyatakn sebelum ini diarymaya ni adalah time bomb MSO untuk seseorang dan orang itu adalah husam. tulisan MSO dalam kisah paklah tidak menyengat dan tiada apa-apa isi yang bernas.

    Saya telah menjangkakan MSO akan menggunakan diary maya untuk memperihalkan tentang husam tapi saya tidak menyangka sebegini awal hikayat BPPM ini akan keluar, dalam jangkaan saya takkan lah MSO mahu menganayai bekas sahabat beliau sekurang-kurangnya hikayat ini akan keluar hampir-hampir dengan pemilihan setelah husam tercalon untuk mana mana pertandingan jawatan. nampak gaya nya MSO mahu husam lenyap dalam pas klau husam gagal dicalonkan untuk merebut jawatan maka nafas husam dalam politik pon akan semput takkan ada orang akan berdebat dengan orang yang tiada jawatan dalam parti.

    tapi MSO perlu teruskan pedulikanlah pengagung husam yang penting matlamat untuk untuk mendedahkan kisah sebenar siapa husam perlu diteruskan. PEDULIKAN saya kenal tulisan tuan hari ini hentam esok memujuk. Kepada pengagung Husam tak perlu gelabah nak backup husam klua husam jujur ALLAh akan bersamanya klau husam koner-koner insyallah husam hancur.

    satu lagi tuan haji bleh tak tukar tajuk daripada Hikayat BPPM kepada TALKIN UNTUK HUSAM” LAGIPON MSO KAN BUKAN SUKA SGT DENGAN HUSAM 2.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: