27
Apr
09

Hikayat Si Baju Merah (3)

Husam Mula Dicemburui

CARA Husam berkerja terutamanya dalam menguruskan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan media menerusi jawatannya sebagai pegawai akhbar (1990 – 1993) mula menjadi perhatian umum. Orang mula melihat bakat dan kebolehannya. Husam bijak menggunakan kebolehan dan pengalamannya sebagai pemberita. Peluang yang diberikan kepadanya untuk menjaga Nik Aziz menjadikan komunikasi MB itu dengan media massa berjalan baik, lancar dan berkesan.

Pastinya kebolehan Husam yang satu ini membawa perubahan kepada Pas terutamanya kepada hidup Nik Aziz sebagai ahli politik dengan media massa. Nik Aziz yang sebelum ini mungkin agak kekok untuk berdepan dengan media kerana belum pernah, tidak melalui jalan sulit dengan ada Husam di sampingnya.

haikayat-logo1

Nik Aziz khasnya berterima kasih banyak kepada Husam dalam soal ini kerana berjaya meletakkan imejnya selaku seorang menteri besar kepada media massa. Kerja ini bukan mudah sebenarnya. Banyak menteri besar gagal untuk meletakkan imej dalam media massa dalam keadaan baik dan menarik. Justeru Pas Kelantan harus berbangga dengan adanya Husam kerana berjaya melakukan tugasnya sebagai pegawai akhbar dengan baik.

Mungkin tidak ramai yang tahu bagaimana Husam boleh dilantik menjadi pegawai akhbar Menteri Besar Kelantan itu. Perlantikan Husam itu adalah satu hal yang menarik. Beliau ditempatkan di situ bukan atas kehendak Dewan Harian atau menjadi pilihan orang-orang yang menguasai Nik Aziz pada masa itu.

Perlantikan tidak menerusi Dewan Harian inilah menjadi punca awal yang timbul antara beliau dengan pemimpin veteran dalam Pas yang selama ini mengawal politik Nik Aziz. Yang merasakan merekalah yang menjadi raja kepada Nik Aziz. Bermakna kehadirannya bukan atas restu Dewan Harian Pas. Selalunya perlantikan pegawai politik kepada MB semestinya diteliti ataupun ditapis oleh Dewan Harian terlebih dahulu.

Tujuan penapisan ini ada baiknya, pertama untuk mengenal pasti aliran pemikiran seseorang pegawai itu, kecenderongan ideologi politiknya. Ini lebih penting daripada soal-soal profesionalnya dan karektor lain kerana ia dibimbangi takut mempengaruhi parti. Maklumlah kedudukan MB yang juga Pesuruhjaya Pas negeri sangat penting. Jika MB atau Pesuruhjaya dapat dipengaruhi oleh anasir luar maka rosaklah parti dan kerajaan. Perlahan-lahan landasan dan matlamat parti akan terpesong dan tergelecah dari ril sebenar.

Ramai yang tidak tahu tokoh wartawan dan bekas pemimpin Pas, Subky Latiff yang mencadangkan nama Husam sebagai pegawai akhbar. Menurut Subky beliau mengemukakan nama Husam memandang Husam ada kebolehan dalam bidang itu dan kebetulan tidak ada calon lain di Kelantan. “Husam saya lihat dia budak cerdik,” begitulah ulas Subky Latiff kepada saya suatu hari dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan fardu Jumaat. Bakat Husam ini mungkin dikesani Subky melihat semasa Husam bekerja dengannya di Harakah.

Katanya, mulanya Husam tidak bersedia dengan jawatan itu. Dia mengaku dia tidak ada pengalaman. Husam juga mengaku dia gagal sebagai Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kelantan yang ketika itu ketuanya Muhammad Hussein yang kini ahli Parlimen Pasir Puteh. Beliau tidak dapat membantu Muhammad Hussein untuk merubah atau memberi wajah baru kepada dewan pemuda Kelantan.

Bagaimana pun kata Subky beliau menyuruh juga Husam agar jadi pegawai akhbar MB. Maknanya perlantikan Husam itu secara bidan terjun saja. Dalam keadaan tidak sedia itulah beliau berkhidmat sebagai pegawai akhbar kepada Nik Aziz.

Atas kesungguhan dan keikhlasannya ketika itu untuk membantuk Nik Aziz dan Pas, dia berjaya juga menjadi seorang pegawai akhbar yang baik dan dikenali.

Tahun 1993 Husam berganjak kedudukan dilantik sebagai Setiausaha Politik, Menteri Besar menggantikan Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (Cikgu Rahim). Perlantikan ini dilihat sebagai satu kenaikan pangkat buatnya. Perlantikan ini memberi peluang lebih baik lagi kepada Husam untuk mengawal Menteri Besar di samping membina imej politiknya sendiri di Kelantan. Kerjanya yang berkualiti juga sudah mula diterima dan mengubah suasana Pas.

Malangnya ada yang cemburu dengan kebolehan Husam itu. Ini kerana Husam dilihat sudah mula memainkan peranan dengan menyuntik idea-idea politik kepada Nik Aziz. Ilmu gerakan Islam (JIM) yang dipelajarinya semasa di kampus sudah mula dipergunakan. Perlahan-lahan dia mula mencorak atau pun mengendorsekan politik Nik Aziz mengikut acuannya. Jemaah Husam semasa di kampus Universiti Malay dulu ialah JIM.

Keadaan inilah menyebabkan beliau dicemburi oleh golongan veteran. Sikap kurang senang veteran ini juga dibumbui dengan sikap Husam sendiri yang kurang mesra alam dan tidak reti hipokrit untuk mengambil hati orang tua. Perwatakan, perhubungan (PR)nya sangat lemah sehingga orang mengecopkannya sebagai seorang manusia yang berkerja secara lone ranger dan tidak suka berada dalam majlis atau pun bermesyuarat yang bertele-tele.

Satu masa kebencian sesetengah golongan veteran kepada Husam sudah sampai ke kemuncaknya. Ada usaha kecil sengaja ditimbulkan supaya beliau ditendang dari berada di sisi Nik Aziz. Namun kerana kedudukan Husam yang begitu rapat dan mula disayangi Nik Aziz serta kemampuannya menunjukkan kerja baik menyebabkan usaha itu tidak menjadi. Dirinya yang masih putih dan bersih juga turut membantu mengelakkan beliau disingkir dari kedudukan itu.

Husam sangat menghormati Nik Aziz bukan saja sebagai bekas bos tetapi sebagai tok guru.

Husam sangat menghormati Nik Aziz bukan saja sebagai bekas bos tetapi sebagai tok guru.

Rasa kurang senang paling ketara pernah ditunjukkan oleh Cikgu Rahim. Dalam satu mesyuarat Wan Abdul Rahim pernah memarahi Husam agar tidak menunjuk-nunjukkan kepandaian. “Tak usah nak tunjuk pandai sinilah…” itulah ayat dilapazkan Wan Abdul Rahim. Kata-kata ini menjadi rujukan mengenai pertelingkahan atau hubungan dingin antara mereka berdua.

Mungkin tidak elok kalau dicatatkan apakah punca atau sebab mengapa Wan Abdul Rahim benar-benar marah dengan Husam ketika itu!

Hubungan Husam dan Cikgu Rahim menjadi dingin selepas itu. Ia berjangkit kepada beberapa individu veteran lain. Kedinginan ini pernah ditunjukkan oleh Cikgu Rahim bila mana beliau mengadakan kenduri kahwin anaknya, beliau tidak mengundang Husam. Menurut Husam, hanya dia yang tidak dijemput manakala pemimpin lain semuanya dijemput. Ada nada sedih ketika Husam memberi tahu itu dan saya memujuknya dengan mengatakan,”ana juga tidak dijemput,”!

(Tidak diketahui pula apakah semasa mengadakan kenduri menyambut menantu kelmarin Husam turut menjemput Cikgu Rahim). Tetapi hari ini semuanya sudah terbalik. Yang jelasnya Cikgu Rahim katanya beriya mahukan Husam bertanding jawatan timbalan presiden Pas dan secara tidak langsung telah mengendorsenya dalam sebuah akhbar. Apakah Cikgu Rahim ada agenda, walahu’alam.

Sikap veteran itu terhadapnya disedari Husam.Tetapi sebagai orang yang suka bersendirian dan ikhlas berkerja beliau tidak melayan segala itu. Husam seorang yang tidak suka mencari perbalahan! Baginya satu yang ditumpu membantu Nik Aziz. Inilah satu kelebihan lain yang ada kepada Husam yang boleh melindungi perangainya yang satu lagi itu, iaitu kurang mesra alam dan akan meninggalkan orang dikenali itu selepas madunya dikepah!

Husam seorang manusia ada watak dan keyakinan kepada dirinya sendiri. Walaupun keyakinan itu abnormal namun itulah yang menjadi kebanggaan sesetengah orang. Dalam berdepan dengan musuh Husam tidak pernah menunjukkan belang tetapi dia ada cara tersendiri bagaimana hendak mematikan langkah musuhnya. Politik lempar batu sembunyi tangan adalah senjata utamanya!

Bersambung


8 Responses to “Hikayat Si Baju Merah (3)”


  1. 1 PIUT TOK GURU
    April 27, 2009 at 8:21 AM

    SYABAS MSO. Tulisan tuan banyak benarnya. Saya tak faham mengapa sebelum ni ramai mengutuk tuan , mengata itu dan ini, ketika siri I & II keluar. Mungkin ceritanya tak berapa sedap dengar oleh peminat dan pemuja Husam.

    Tapi bagi siri III ini, ceritanya ada pahit manis. Banyak manis dan baik cerita sejarahnya. Begitu lah kaedah penulisan biodata Husam yang tiada koner-koner oleh MSO. Masa manis kita terima, masa pahit juga perlu terima.

    • 2 Ankabut
      April 27, 2009 at 9:36 AM

      Ya, saya setuju. Kadang2, sesetengah orang langsung tak boleh menerima sebarang teguran atau kritikan. Di mana keunggulan “berlapang dada” yang dibanggakan? Dalam konteks Hikayat Si Baju Merah ini pula, baru mula siri pertama dah macam2 komen negatif. Sabar la sikit. Baru nak start dah CUTTT!!Potong stim betul.

  2. 3 NH Shah Alam
    April 27, 2009 at 9:10 AM

    Sudah lama saya mengikuti penulisan MSO terutamanya mengenai Orang Baju Petak Merah (OBPM).
    Sesiapa yang sudah biasa berhubung dengan orang baju petak merah ini, memang sudah masak dengan feil dan perangai OBPM. Tak perlu saya jelaskan disini, yang pasti ulasan dari MSO tetap berbisa daripada saya.

    Apa pun kita tunggu coretan seterusnya mengenai OBPM dari MSO.. Apa yang pasti kesan dari coretan Diarymaya OBPM akan menguntungkan beliau dalam Pemilihan Pucuk Pimpinan PAS atau tidak, sama-sama kita tunggu nanti. Tapi yang pasti apa yang saya tahu Sdr MSO tetap mengharapkan OBPM akan menjadi Menteri Besar Kelantan bagi mengganti TGNA bagi mengurus tadbir negeri “Serambi Mekah”.

    Wassalam.

    -NH SHAH ALAM-

  3. 4 Omar
    April 27, 2009 at 3:23 PM

    Assalamualaikum wbt

    Saya percaya bahawa saudara MSO sedang memprojekkan saudara Husam Musa sebagai pemimpin utama PAS, dengan keterbukaan dan ketulusan, kurang lebih dan buruk baiknya Husam.

    Tiada siapa tiada lemah. Dalam celah-celah lemah Husam itulah, MSO beragenda dengan Husam. Syabas!

  4. 5 anak pak
    April 27, 2009 at 4:03 PM

    kalau benar la pak ni menyebar fitnah..tapi kenapa yang mengutuk dan mengeji ni dok layan diarymaya ni? baru brapa hari di siarkan..tgk rating dh lebih 12ribu manusia hit laman ini…
    hmmm siapa kita nk jatuh hukum pada manusia lain?
    semuga pak selalu dalam berkah Yang Maha Esa..

    dan si baju petak merah semoga anda jg terus dipimpin oleh Yang Maha Esa untuk menjadi pemimpin yang sebenar2nya…

    p/s:tokleh komeng sikik, settok angin slalu..boring tol

  5. 6 idolaku HUSAM
    April 28, 2009 at 9:28 AM

    buat masa ni aku masih seronok membaca cerita pasal idolaku husam ni….xnampak lg perkataan, ayat, hujah MSO yg boleh menyakitkan hati dan perasaan aku!! setakat gaduh2 dingin dgn cikgu wan rahim apa lah sgt!!biasa dlm politik…aku akan terus membaca…nak menilai mana buruk perangai nya HUSAM atau MSO! buat masa ni MSO mendahului kerana apaaaaa….dok gebang di pelusok media maya ni…tntang husam!!gelaran yg dibagi aku rasa sudah cukup kalau di bg napar sigro!…aku akan terus membaca & komen!!jgn pulak MSO melenting pasal komen org ramai pasal sesuatu isu tempoh ari (lupa lak isu nya)dalam blog tinta merah!!sama jugak pegangan MSO “hanya kita memahami diri kita”
    Wassalam!!

  6. 7 Geng Endorgang
    April 29, 2009 at 8:22 AM

    Suasana politik sekarang, aku pun dah tak faham. Bagi YB-YB PAS yang pertama kali dapat jadi YB, di Kawasaan kerusi yang ditandinginya majoriti pengundi bukan Melayu dan menag pulak, menyebabkan tingkah laku dan akal politik semakin tidak Islam. Sekarang sudah pandai kitab yang tak penah dibaca pada kita sejak dulu.

    YB jenis ini lah yang dah mula lupa Hudud, dah mula pandai lupa jihad, dan dah pandai cari ayat-ayat cinta dengan non Muslim.

  7. 8 muhamed
    April 30, 2009 at 4:09 AM

    sesiapa sahaja berhak menyatakan pandangan….samaada benar atau tidak…pertimbangkanlah…dak g2 Tuan MSO……lagipun MSO bukan ahli Pas..dia nak tibai ke..nak sekeh ke…ikut suka dia mugo blog dia…hehehehehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: