29
Apr
09

Hikayat Si Baju Merah (4)

Husam dan buku Tiga Abdul

RASA takut dan kecut perut Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (cikgu Rahim) kepada Husam Musa tidak dapat diselindungkan. Cikgu Rahim jealous dan dia juga seorang yang cerdik. Cikgu Rahim seorang politician yang licit, membelut. Dia tidak ‘makan’ orang di hadapan tetapi akan menelannya di belakang, memakan orang secara api dalam sekan.

Panjang cerita kalau nak dikisahkan mengenai cikgu Rahim ini yang saya kenal sejak tahun 1980-an lagi. Bagaimana pun satu hal yang saya puji mengenai cikgu Rahim ialah cara dia berpolitik kelas dan tidak suka konfrontasi dengan sesiapa. Betapa cikgu Rahim bergelegak nak marah dia boleh senyum. Saya ada pengalaman dalam hal. Cikgu Rahim bukan senang dengan saya apabila saya menulis buku Tiga Abdul, yang turut mencalarkan kanvas politiknya. Namun dia masih boleh tersenyum dan minum sekali.

haikayat-logo1

Itu yang saya kata dulu cikgu Rahim adalah antara orang yang ada pakai ilmu dan azimat politik Mohd Asri Muda. Boleh tersenyum pada musuh meskipun di dalam hati panas mendidih. Inilah politik stail orang dulu, profesional! Jauh berbanding dengan orang politik hari ini, pantang tegur sikit rajuk dan marahnya sukar diubat. Dahlah itu liat untuk menerima nasihat orang.

Kembali meriwayatkan perihal Husam dulu si baju petak-petak merah ini bergerak aktif dalam Pas kawasan Kota Bharu. Dia adalah ketua pemuda Kota Bharu. Dari sinilah dia naik perlahan-lahan dan akhirnya menguasai Dewan Pemuda Pas Kelantan, menjadi ketua pemuda. Kedudukannya selepas itu berganjak menjadi Naib Yang Dipertua Kota Bharu.

Kemaraan Husam setangga demi setangga ini membimbangkan cikgu Rahim yang dilihat bakal menjadi pesaingannya di Kota Bharu. Cikgu Rahim dapat melihat kehebatan Husam ini sewaktu Husam menjadi setiausaha politik Tok Guru Nik Abdul Aziz. Serentak dengan kenaikan dalam jemaah, jawatan politiknya dan hubungan dengan Nik Aziz juga semakin rapat. Keadaan ini menyebabkan cikgu Rahim tidak lagi menjadi penasihat kepada Nik Aziz.

Cikgu Rahim memerhati perkembangan ini penuh waspada. Kerana sudah membaca apa yang akan berlaku akhirnya, sebelum ular lidi menjadi naga, beliau merasakan perlu berbuat sesuatu bagi mengekang kemaraan Husam di Kota Bharu. Sesuatu harus dibuat segera untuk membendung keadaan sebelum menjadi buruk. Sebagai orang politik lama cikgu Rahim cukup arif dengan politik langkah kepala!

Kebetulan tahun 1999 Husam mula menjadi seorang wakil rakyat sebagai ahli Parlimen Kubang Kerian. Kedudukan ini sangat baik untuk digunakan cikgu Rahim bagi mengawasi Husam dan sekaligus menyahkan Husam dari kawasan Kota Bharu.

Maka proses penghalauan Husam dari Kota Bharu dijalan dengan penuh diplomasi.
Perundingan lantas diadakan dan orang yang memainkan peranan berunding ialah bekas Setiausaha Pas Kawasan Kota Bharu, Allahyarham Zainuddin Abdullah yang dikenali dengan Zainuddin Kubur Maras.
Zainuddinlah yang berunding dengan Husam sambil memberi pandangan untuk politik masa depannya. Rahsia yang tersirat disebalik proses itu ialah untuk menyelamatkan cikgu Rahim.

Disebabkan Husam adalah ahli Parlimen Kubang Kerian jadi eloklah kalau Husam berpindah kawasan dari Kota Bharu ke Kubang Kerian. Dengan bergerak aktif dalam kawasan Kubang Kerian ia memberi dua manfaat kepada Husam dapat membantu Pas Kawasan Kubang Kerian dan sekaligus menambahkan darjat dan sufaatnya dalam politik.

Kubang Kerian dikira kawasan sesuai bagi Husam. Kawasan ini juga mempunyai pengundi yang bercampur, sedarhana dan elit. Dengan kelulusan dan latar belakang Husam kawasan itu pantas untuknya. Kubang Kerian juga dikenali dengan kawasan Pas sejak lama dulu. Mungkin atas perkiraannya sendiri Husam bersetuju berpindah ke kawasan ini.

Mulanya beliau dipilih menjadi Naib Yang Dipertua Kubang Kerian. Disebabkan keuzuran Muhamamd Iraqi yang menjadi ketua ketika itu, akhirnya beliau mengambil alih jawatan YDP hingga sekarang?

Apa yang berlaku di Kota Bharu dan dilakukan oleh cikgu Rahim itu menunjukkan cikgu Rahim bimbang dengan gelagat Husam. Sebagai seorang ahli politik yang suka bermuslihat dan menjerat orang tentu cikgu Rahim walang dia akhirnya terjerat kepada Husam. Bagi cikgu Rahim, Husam bukan kecil anak. Hang Nadim perlu dibunuh.

Dengan perpindah secara terhormat Husam itu maka selamatlah cikgu Rahim kekal di Kota Bharu sehingga hari ini.

Pun begitu politik Husam terus diperhatikan oleh cikgu Rahim. Peristiwa dan kejadian sebelum ini menyebabkan beliau tidak mudah menerima seperti mana yang ada. Dengan apa cara dan apa tindakan, Husam perlu dipantau agar ianya tidak sampai memenjalar dan melembarkan pengaruhnya di Kota Bharu dan juga Kelantan. Tetapi caranya tetap halus dan berhemah iaitu dengan berbaik-baik dengan Husam.

Mulanya ada usaha untuk mengekang Husam dan juga beberapa pemimpin muda seperti Wan Ismail Wan Jusoh, Takiyuddin Hassan dan lain-lain yang dicemburui oleh cikgu Rahim and the geng, kumpulan Tiga Abdul. Tetapi nampaknya tidak berkuasa. Kelicitan dan politik golongan muda khasnya Husam yang canggih menyebabkan cikgu Rahim dan the gengnya terpaksa mengaku kalah.

Kejatuhan cikgu Rahim bersama Abdul Halim Abdul Rahman dan Abdul Fatah Haron yang saya akronimkan menjadi Tiga Abdul memberi ruang cukup baik kepada Husam untuk terus naik kemudian menguasai politik Kelantan. Kejatuhan Tiga Abdul sebenarnya membantu mempercepatkan proses kenaikan Husam dalam politik di Kelantan. Dalam tragedi itu cikgu Rahim dilucutkan jawatan setiausaha badan perhubungan Pas Kelantan manakala Abdul Fatah dilucutukan jawatan ketua penerangan. Perlucutan ini memalukan mereka berdua.

Walaupun Abdul Halim dikekalkan sebagai timbalan pesuruhjaya namun tanpa cikgu Rahim dan Fatah, Abdul Halim tidak dapat berbuat apa-apa. Kehilangan dua kawannya itu menyebabkan tungku yang didakwa mendokong Tok Guru runtuh.

Buku Tiga Abdul menjadi sejarah ianya sangat nostalgik buat saya.

Buku Tiga Abdul menjadi sejarah ianya sangat nostalgik buat saya,

Ada orang mengatakan Husam terlibat dalam menjatuhkan Tiga Abdul, terutamanya bila dikaitkan dengan penulisan buku Tiga Abdul oleh saya. Ingin dijelaskan, Husam tidak terlibat dengan penulisan buku berkenaan. Husam sangat baik ketika itu dan beliau tidak menunjukkan politik-politik buruk saat itu. Malahan ketika saya menulis buku itu dan memberi tahunya, beliau hanya diam, suruh tidak larang pun tidak.

“Apakah ia tidak memecahkan parti?” begitulah tanya beliau kepada saya bila saya menceritakan perihal buku berkenaan. Ketika itu kami baru lepas makan malam di Gombak. (Aduh… makan bersama…).

“Tidak…!” balas saya. “Dan enta jangan larang ana daripada menulisnya,” begitulah balas saya menjadi dia terdiam. Saya menulis Tiga Abdul setelah mendapat green light dan mempunyai cukup bukti dari pihak-pihak yang berautoriti. Sebab itu saya berani dan ia bukan dibuat secara wewenang. Sikap Husam saya lihat begitu terhormat dan berahlak tika itu menyebabkan saya senang berkawan dengannya.

Dijelaskan sebelum saya menulis saya sudah pun mengingatkan watak-watak berkenaan secara baik. Tetapi selepas ingatan dan ‘nasihat’ itu tidak dipedulikan menyebabkan saya tidak ada pilihan lain. Orang politik yang degil, ego dan cuba membuat onar ke atas orang lain patut dibalun! Dan kerana itulah saya membalun sesiapa saja yang dikenali jahat meskipun orang yang pernah saya makan sehidangan.

Bersambung…


12 Responses to “Hikayat Si Baju Merah (4)”


  1. 1 mansorabbas
    April 29, 2009 at 1:06 PM

    Assalamualaikum .
    1. Saya cukup minat tulisan tuan sebab ” straight to the point ” tidak seperti lain-lain penulis yang berbelit-belit.
    2. Saya bukan ahli PAS tapi Husam salah seorang pemimpin PAS yang saya kagumi.
    3. Tuan ada menyebut demokrasi itu kotor tapi itulah sistem yang terbaik buat masa sekarang.
    4. ALLAH dah cipta manusia untuk tadbir bumi.Pentadbiran tidak dapat lari daripada politik.
    5. Politik itu perlu tapi kalau disalahgunakan akan timbul ” side effects” sama seperti ubat batuk kalau digunakan dengan betul tidak mendatangkan mudarat.
    Sekian .Teruskan kerja tuan kalau niat baik akan dapat pahala.

    Wallah u a’lam.
    mansorabbas@yahoo.com

  2. 2 shaharinshariton
    April 29, 2009 at 2:10 PM

    hebat sungguh pendedahan tuan, maaf saya cuba meramal adakan di akhir pendedahan, entah epissod yang keberapa, Husan juga akan tuan balun. Sekarang tuan angkat Husam….kemudiaan tuan akan libas pari.

    • April 29, 2009 at 4:40 PM

      Tahniah MSO…pendedahan yang amat baik. Sama2 kita buang kelaut cino selatan orang JIM macam husam ni.
      Sama2 kita bunoh kerea politik dia.
      Takdok guna satu sen pun orang macam husamni pada pas…dulu org hanya kenal pas dari ulamak tapi sejak husam masuk org mula tgk pas dari pelbagai lapangan profesional..buat apa orang laguni dalam pas..baik kita biar umno memerintah sebab oreang umno jauh lebih baik dari husam ni.
      Mari kita cuba hancurkan husam dari dalam dan luar. Kita dah tgk dia terlalu bersungguh dalam pas untuk berkuasa.Jangan sampai org macam ni kuasai pas dan negara baik kita biar umno selamanya memerintah atau mso yang memerintah lagi bagus

  3. 4 adam harris
    April 29, 2009 at 2:35 PM

    kami dari golongan muda professional akan bersungguh-sungguh mendokong Husam..biarlah apa yang bapak MSO mau nulis..persetankan aja! Hidup PAS-Erdogan! Sudah sampe masanya PAS kelihatan sebagai parti Islam yang liberal tapi ingat, jangan tinggalkan perjuangan yang lepas..

    golonga-golongan muda professional seperti kami sudah muak dengan kepimpinan lapis yang berusia yang terlampau berlembut serta hanya menunggu untuk menangkis serangan tanpa memulakan serangan itu dahulu…

    Saya dengan ini mengisytiharkan akan mendokong sosok-sosok Erdogan / liberal seperti Husam, Kamaruddin Jaafar, Dr. Zul, Dr. Syed Azman, Mohammad Sabu, Khalid Samad…

  4. 5 pt-91
    April 30, 2009 at 1:45 AM

    orang politik perlu mengota apa yang dikata itu sahaja
    mengaku silap dan meminta maaf bukan petanda kelemahan dan kekalahan
    thats why it make us human

  5. 6 idolaku HUSAM
    April 30, 2009 at 3:19 AM

    kata MSO….Orang politik yang degil, ego dan cuba membuat onar ke atas orang lain patut dibalun! Dan kerana itulah saya membalun sesiapa saja yang dikenali jahat meskipun orang yang pernah saya makan sehidangan

    kata aku….lambat nya perjalanan hikayat BPM ni….xsabar rasanya…kat mana jahat & buruk nya…

  6. 7 Nabil Lawak
    April 30, 2009 at 6:13 AM

    Sekarang dah masuk episod 4 megenai Husam di tulis dan diolah oleh MSO. Apa yang aku dapat fikir ialah MSO membuka sejarah lampau perjalanan hidup politik Husam. Apakah itu dinamakan mendedah aib orang??? atau apakah itu penulisan sejarah politik sesaorang tokoh…?

    Kau fikir lah sendiri…………..

    Jangan masa kita setuju kita kata bagus, masa kiterkena atas batang hidung kita, kita kata mendedah aib orang atau mengumpat pulok……….

    Kau fikir lah sendiri…………..

  7. 8 affandimajid
    April 30, 2009 at 8:53 AM

    salam…
    tahniah pendedahan yang konsisten..dulu memang saya kagum dg husam dan kini kekaguman saya terhadap beliau masih lg tetap sama beliau seorang tokoh politik yang berani dan berpandangn jauh serta bijak..
    namun harapan saya terhadap beliau agar beliau tidak hanya menjadi pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi melebihi perjuangn..agar bliau tidak rebah ditengah jalan disebabkn menjuahi prinsip perjuangn..sekian….

  8. April 30, 2009 at 4:29 PM

    ulama atau tidak, bergantung kepada ahli jemaah

    husam, Dr Haron Din, ustaz nasha atau sesiapa sahaja, asalkan berwala’ parti akan diterima.
    cuma jangan jadi anwariyyun sahaja

  9. 10 pt-91
    Mei 1, 2009 at 4:27 AM

    walaupun benci dan hati mendiddih yg tahap suhunya melebihi tahap suhu matahari tetapi politik orang pas patut dipuji krn masih mengekalkan nilai murni dan sopan santun melayu muslim yang sebenar – benarnya….

    TAHNIAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT, ANAK – ANAK BUAH ANDA MEMANG HEBAT !!!

  10. 11 Nikabduh FanClub
    Mei 1, 2009 at 8:41 AM

    BILA NK KELUR PART 5,TAK SABOR LG NI………..

  11. 12 Lim Ah Leng
    Mei 1, 2009 at 9:15 AM

    saya harap sangat ada suatu masa dedahkan sejarah seorang pemimpin pas kelantan yang menepis kuat bahu saya selepas ceramah di bandar machang kerana saya berada di tempat laluannya..saya tak perasan itu adalah laluan.orang,saya pun masa tu tengah memandang ke tepi tak perasan lansung..masa ceramah dan berkempen punya la nampak bersopan, aduhai orang politik….


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: