Arkib untuk Mei 2009

28
Mei
09

Pemakluman

Sambutan terhadap blog selasar diarymaya.wordpress.com begitu memberangsangkan. Sehingga hari ini (28/05/09 jam 8:00 pm) jumlah page viewnya sudah mencecah 40,200 satu pencapaian yang diluar dugaan. Ini sekaligus menunjukkan tokoh yang dihikayat itu popular dan menjadi sorotan umum.

Sebagai menghormati kepada tokoh berkenaan, Husam bin Musa yang telah mengistyharkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Pas, saya bercadang untuk menghentikan seketika penulisan hikayat ini bagi mengelakkan salah tanggap yang saya teus-terusan menganggu beliau dan para penyokongnya.

Siri ke 11 baru dipostkan. InsyaAllah saya akan sambungnya semula selepas muktamar Pas. Terima kasih.

Salam hormat MSO.

28
Mei
09

Hikayat Si Baju Merah (11)

Selamat Sampai di Bosnia

HUSAM kurang yakin dengan apa yang saya tuturkan. Atau dia mungkin tidak percaya dengan pandangan (plan) saya itu. Sebab itu dia tidak segera memberi jawaban dan komitmen terhadap persoalan yang saya timbulkan. Namun saya percaya dia mengambilnya sebagai bahan pemikirannya di sepanjang perjalanan itu.

Tanpa disedari, hari sudah memasuki ke gerbang malam. Pemandangan di luar sudah mulai kabur. Bilah-bilah mentari yang menikam alam kini sudah mulai sirna bergantian dengan cahaya neon yang berkelip-kelipan dan bersinar banar. Pemandangan di luar masih juga indah seperti atas kelir wayang gambar..

haikayat-logo1

Apabila kereta api masuk ke kawasan perkampungan, suasana gelap mendakap diri, saat inilah perasaan benar-benar diulik kesayuan dan kesendirian kerana berada jauh dari tanahair. Dan kemesraan sebagai sahabat dengan Husam begitu terasa sekali. Begitu indah dan cukup membahagiakan… sehingga tidak pernah terfikir pelangi yang itu akhirnya akan ditutupi kabus.

Di dalam keretapi itu hanya kami bertiga saja orang asing, orang Asia… dan tepatnya orang Kelantan. Penumpang lain adalah bangsa asing, rakyat Austria, Yugoslavia, Serbs, Solvania, Bosnia dan entah-entah lagi.

Perbualan antara saya dengan Husam menjadi lebih panjang dan kadangkala serius sekali. Sekejap saja melencong ke topik lain, saya membawanya balik ke topik maha penting itu; merancang untuk beliau balik ke Kelantan, menjadi pembantu kemudian pengganti kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ana nak tanya enta sapa-sapa orang enta di Kelantan? Maksud ana yang menjadi penyokong hard core enta?” Sengaja saya bertanya begitu kerana menyedari Husam dalam pemerhatian saya tidak ada penyokong. Dia tidak ada puak di Kelantan dan diri bergerak sendirian. Di Kelantan dia tidak ada kumpulan ‘dikir barat’ maksudnya kumpulan yang sedia nntuk menyokong ideanya.

“Ana tidak ada puak!?” jawabnya rengkas dan ikhlas.

“Bukankah enta pernah memimpina Dewan Pemuda Pas Kelantan. Ke mana para mujahid enta itu semua… takkan seorang pun tidak bersama enta?” ague saya.

“Tak ada!” jelasnya selamba saja sambil menyoal balik, “untuk apa?”

“Untuk menjdi jentera dan penyokong enta di Kelatan nanti. Enta kena ada group sendiri macam mana Tiga Abdul lakukan dulu. Ini penting untuk menggerakan agenda besar itu. Kalau tak ada penyokong payah juga,” kata saya.

“Agenda apa? Ana tidak ada apa-apa agenda!” dia rasa kurang senang bila sebut agenda. Memang Husam seorang yang tidak berfikir ke arah itu ketika itu. Mungkin dia juga tidak ada niat nak berbuat sesuatu sehingga kena wujudkan puak yang kemudian akan menjadi bala tenteranya. Jadi pengampunya.

Dia juga tidak ada cita-cita besar dan berpuas hati dengan statusnya sebagai ahli Parlimen. Dengan hanya jadi ahli parlimen tidak memerlukan penyokong bawahan yang kuat bagi mencapai sesuatu agenda.

Memang perwatakannya juga berbeza dengan wakil rakyat lain. Dia menyendiri dan seolah terpisah dengan kelompok ramai. Husam tidak membawa budaya dan stail wakil rakyat Kelantan yang berselibah, berkain sarung, berkupiah duduk dengan rakyat di kedai-kedia kopi ataupun surau berjam-jam Husam tidak suka dengan stail tidak melambangkan kemajuan itu. Dia seorang Islam yang modern dan Islam yang progresif.

Dia seorang yang banyak bekerja dan berfikir. Mencari idea-idea baru untuk diaplykan dalam kehidupan. Dia banyak menghabiskan masa dalam bilik bacaan daripada bersembang tidak tentu fasal ataupun mengulang-ulang tradisi lama. Dia banyak menghabiskan masanya di rumah ‘isteri keduanya’ berhampiran Renaissance hotel di Kota Bharu, di rumah Az Zaharah.

Pembawan Husam adalah pembawaan seorang intelektual. Ahli parlimen intelek. Tetapi dalam politik pembawan sebegitu menyebabkan ianya tidak popular dari kalangan penyokong dan ahli bawahan. Dia akan nampak terpisah dan sombong dengan rakyat bawahan. Dalam politik sokongan dari semua penjuru adalah penting. Stail kampung dan intelek perlulah dijalinkan bersama. Saya sering menekankan ini kepadanya.

“Ana tak reti main puak-puak ini,” dia ulang sekali lagi memberi mesej kepada saya. Saya faham dengan apa yang dimaksudkan itu. Tetapi dalam politik jika tidak ada puak seseorang itu tidak akan hidup. Puak atau penyokong adalah jambatan dan alat untuk mencapai sesuatu tujuan besar. Apa lagi untuk membangun negeri…dan juga mendapat kedudukan dalam parti.

“Enta jangan rungsing, ana akan cuba lakukan. Ana akan bentuk kumpulan penyokong enta. Dalam politik kumpulan ini penting kerana jika ada apa-apa masalah merekalah yang akan ke depan menjadi galang ganti…,” cerita saya seolah seorang pakar strategi pulak kepadanya. Lagak saya semacam mahu mengajar itik yang sudah pandai berang dan arif menyelam!

Dia terus buat-buat bodoh sahaja. Tetapi mungkin juga kerana naluri tidak suka berpuak dan suka berada dalam kelompok ramai maka beliau tidak membentuk kumpulannya sendiri, Husam tidak ada para sang setia yang rela menggalang tubuhnya di depan Husam dalam medan perang.

“Tok Guru macam mana?” Akhirnya dia cuba meninjau pemikiran saya mengenai apakah penerimaan Tok Guru kelak dengan cadangan atau pelan itu.

“Ana dah katakan, ana akan cuba membawa perkara ini kepada Tok Guru dulu. Tahulah ana melakukannya. Apapun kita kena tengok reaksinya dulu, kalau ok…. baru kita jalankan. Dan ana ada cara untuk menyalurkan kepada Tok Guru… ana yakin Tok Guru akan setuju..,” balas saya menyakinkannya dan sekaligus menyakinkan diri sendiri.

Malam terus merangkak. Perbualan semakin rancak dan Husam menunjukkan keseronokan. Dibenaknya saya sudah dapat mengagak ianya mula tersimpul dengan perancangan itu. Dia mungkin mula merasai benar dan tertarik dengan apa yang saya kemukakan. Ataupun dia sudah punya menyimpan cita-cita itu cuma tidak dibukakan hanya menanti masa untuk ‘dikebek’ oleh sesiapa.

Perbuatan yang serius dan tegang itu sesekali kami silang dengan suasana sekitar. Seorang tua berbangsa Serbs di sebelahan kami menjadi mangsa. Lelaki ini berusia dalam lingungan 65-an. Orang tua ini sejak dari tadi memerhati ke arah kami mendengar percakapan kami dan memahami dari body language saja.

Untuk menghilang tension kami menganggu si tua Serbs ini. Di kala kami mengusik si tua ini baru saya mengenali Husam seorang yang nakal dan tahu bercanda dan pelucu juga orangnya. Dia sebenarnya bukan serius memanjang dan kalau tahu membuka suisnya dia boleh ketawa terkekeh-kekeh mengalahkan ahli lawak jenaka.

Mulanya saya yang mengacah si tua itu dengan bertanya dalam loghat Kelantan. “Nak gi mana… nak kelek kampung ke..?” tanya saya kepada si tua itu. Dia hanya terlungu sambil menyengeh, tidak tahu apa yang saya tanya tetapi tahu pertanyaan itu untuknya.

Bila saya ulang pertanyaan itu baru si tua itu mengangguk-angguk bodoh.

“Oh… pakcik ni rupanya orang Kelantan juga, Sham…(Sham adalah panggilan manja saya kepada Husam. “Iya ke…” balas Husam mula menarik minat sambil menyambung orang Gua Musang ke?

“Oh patutlah dia kelih kita sejak tadi, rupanya dia faham apa yang kita bualkan. Ahr… sudah nanti dia royak ke Tiga Abdul, pecah rahsia ni…naas kita” sambung lagi Husam ketawa melucu.

“Padi padi lagu mana, durian langsat jadi molek ke tahun ni?” tanya saya lagi. Pertanyaan itu biasa diajukan kepada orang-orang tua di Kelantan. Stail orang Kelantan kalau tengok orang tua mereka akan tanya hal tanaman padi atau sawah bendang. Husam terus ketawa geli hati.

“Khozi..khozimun…,” kedengaran orang tua itu menjawab pertanyaan saya. Saya memberi tahu Husam, Husam ketawa besar lucu dengan orang tua ini.

“Anak dara ada ke…?” tanya Husam..dengan nada malu-malu kemudian menyuruh saya mengulangi pertanyaan itu apabila orang tua seakan tidak begitu memahaminya!?

“Pak cik ada berapa orang anak? Anak dara ada ke?” saya mengulangi pertanyaan yang disuruh oleh Husam.

“Khozi… khozium… manakesh…manakesh…” orang tua itu menjawab dalam bahasa ibundanya.

“Ada Sham, manakesh.. manakesh tu maknanya ada, ana rasa dua orang tu,” jelas saya kepada Husam.

Husam sudah tidak dapat menahan lucu, ketawanya kuat sehingga memecahkan suasan atas keretapi. Tubuhnya bergoyang-goyang kerana mengikut alunan ketawa. Inilah pertama kali saya melihat Husam ketawa, terkekeh kekeh…. dan kuat sekali. Seluruh mukanya merah dan begitu gelihati sekali dengan telatah saya dan orang tua Serbs ini.

“Saya penulis, ini Menteri Besar Kelantan….,” balas saya kepada kelaki Serbs bergigit rongak belah atas itu lagi menyambung percakapan yang sama-sama tidak faham. Sekali lagi lelaki itu mengangguk-angguk sambil tessenyum manis dan berkata; “Khozium mankeseh, wakusu… melai’k..?” Saya mengangguk-angguk seolah-olah benar-benar memahami percakapan si tua ni.

Husam terus terlarut dalam ketawa melucunya. Kedua belah matanya saya tengok berair, dia sampai menahan-nahan perutnya kerana lucu dengan telatah saya mengusik si tua Serbs itu.

Saya dan Husam masing-masing memiliki sebutir batu besar - Zagreb.

Saya dan Husam masing-masing memiliki sebutir batu besar - Zagreb.

Starsguard sudah ratusan batu ditinggalkan. Beberapa buah stesen juga ditinggalkan tanpa disedari. Kerana asyik berbicara tidak tersedar keretapi berhenti di beberapa perhentian. Hinggalah sampai di Karibo baru kami tersedar apabila perut dan tekak masing-masing merasa lapar dan haus. Keretapi berhenti agak lama di sini. Saya kiranya ianya sempadan antara dua buah negara. Jadi pemeriksaan secara rawak passport di lakukan.

Kerana merasakan keretapi agak lama berhenti Husam menyuruh saya mencari air atau pun roti, perut sudah berkeroncong. Husam suruh saya cari kantin dan dia akan menjaga beg di tempat duduk. Apandi sudah lama hanyut dalam mimpi, dengkur nyaringnya sesekali mengimbas telinga kami di depan yang berjarakkan tiga meter.

“Enta pergi cari, ada kantin datang bagi tahu,” perintah Husam.

Saya mulanya keberatan bergerak mencari kantin, bimbang akan keselamatan diri. Tetapi kerana perut sudah berbunyi, terpaksa memberanikan diri juga. Kebiasaanya kantin ditempatkan di bahagian depan dan belakang sekali. Saya berjalan ke depan. Meninjau-ninjau. Sebaik didapati ada kantin menyediakan air dan roti saya kembali kepada Husam semula memberitahunya.

“Ada…kantin, nampak ok?”

“Halal ke?” soal Husam.

“Agaknya halal… ramai orang Kelanan duk minum,” balas saya bergurau. Husam sekalai ketawa terkekeh.kekeh mendengar jawaban itu.

Sebaik saya Husam bangkit dari kerusi untuk ke kanti tiba-tiba gerabak di hadapan kami bergoyang menyebabkan kami tidak jadi melangkah. Sekejap kemudian gerabak berkenaan bergerak dan terputus dengan gerabak kami. Wah.. gawat ni. Apa dah jadi dong?

Rupanya berlaku pertukaran haluan kereta api. Sebahagian gerabak ditinggalkan dan sebahagian yang dihadapan (ada kantin) tadi ke haluan lain. Ia berlaku betul-betul pada gerabak kami diami.

Kami jadi terheran-heran dan terkunyeh..kunyeh sendiri. Ketika itu datang gad dari arah belakang. Apabila ditanya katanya gerabak di hadapan itu akan menunju ke lain dan gerabak yang kami duduki akan ke Bosnia.

“Haaaa….! terkejut besar saya dan Husam mendengar itu. Nasib baik saya cepat kembali kalau tidak akan terpisahlah dengan Husam dan Apandi.

“Oh kalau tidak jadi sungai Jamna dan sungai Ganggalah kita Sham…” balas saya kepada Husam. Sekali lagi Husam ketawa sampai berair mata. Kali ini ketawa lucunya lebih kuat daripada tadi. Bayangkan betapa kalau saya terpisah dengan Husam dan Apandi, berada di negeri orang pula, tentu saya akan hilang ghaib di Eropah itu. Mereka juga tidak tahu hendak ‘rasar’ ke mana nak cari saya.

“Oh.. kalau tidak enta kena duk sini (Eropah) lah…. kahwin dengan orang sini…. balik-balik ana 10 nanti,” balas Husam terkekeh kekeh melucu mengenangkan peristiwa itu.

“Iyalah apa taknya, ana nak cari enta macam mana….di sini bukan ana tahu apa-apa !” balas pula lucu tetapi dalam hati rasa sendak dengan lapaz syukur atas apa yang berlaku. Tuhan masih sayangkan kami dan mahu kami erat hingga ke Bosnia. Rasa lapar dan haus hilang dengan tiba-tiba akibat kejadian yang hampir-hampir memisahkan kami itu.

Sedang fajar siddik masih menebarkan sayap, keretapi sekali lagi berhenti. “Bangun kita sudah sampai di Sarajevo..” kendengaran Apandi mengejutkan kami.

“Dah sampai dah..?” tanya Husam mahu kepastian.

Sambil menyapu muka dan menggelengkan kepala dua tiga kali untuk menghilangkan lengguh, kami bergegas turun. Dan sebelum menjejak kaki di Sarajevo saya sempat menerima ikrar dari Husam; “Apa yang dirancangkan sepanjang perjalan tadi, jadi tu.. jangan tak jadi pulak?” kata saya.

“Jadi apa pulak?” tanya Apandi yang sememangnya tidak mengetahui apa yang dibincangkan di separuh perjalanan tadi.

“Iya… terserah kepada enta, ana lantik enta jadi menager ana!” balas Husam berseloroh sambil menggengam erat huluran tangan saya sebagai isyarat ba’iah untuk merealisasikan cita-cita suci itu.

[Sekembali dari Bosnia saya memulakan melaksanakan agenda untuk menobatkan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan. Proses yang panjang dan jauh itu ditekuni dengan penuh kesabaran dan tektikal. Ikutilah kisah selanjutnya. Bersambung.]

24
Mei
09

Hikayat Si Baju Merah (10)

Melantik Husam Jadi Exco?

BERKERETAPI dari Starsguard, Jerman ke Sarejevo, Bosnia Herzegovina sungguh menyeronokan. Memberi pengalaman dan maklumat baru. Pemandangan di luar jendela keretapi meruja dan menyentuh perasaan. Pemandangan bak dalam sebuah lukisan dan kekadang bagaikan sebuah muril panjang itu benar-benar mengugah jiwa hamba. Ia juga sesekali mengembalikan ingatan saya di zaman remaja, ketika bersekolah di Rantau Panjang Kelantan sekitar 70-an dulu.

Masa sekolah dulu jam 5:30 pagi sudah menunggu keretapi di setesen Gual Periok untuk ke Rantau Panjang. Kadang-kadang terpaksa sembahyang Subuh di stesen. Ada kalanya keretapi lewat sampai jam 8:00 pagi. Bila sampai di sekolah sudah dua mata pelajaran lepas. Itu tidak teruk, paling teruk lagi bila keretapi tidak tiba langsung menyebabkan terpaksa ‘mengayuh’ kaki beramai-ramai sejauh 10 kilotmeter di atas landasan keretapi.

haikayat-logo1

Tetapi bagus juga apabila keretapi berkeadaan begitu. Saya boleh menulis dan mencatatkan dalam surat khabar mengenai kelewatan keretapi serta gelagat keretapi yang datang ikut suka hati. Saya masih ingat disebabkan saya kerap menulis hal keretapi menyebabkan saya menjadi perhatian. Seorang gad… pemunggut dan pemeriksa tikit meminta saya supaya tidak menulis perihal keretapi. Katanya kalau awak tak tulis hal kereta api bermasalah awak akan dikecualikan dari dikenakan tikit. Wah… ini rasuah!

Keretapi Tumpat Rantau Panjang ianya dihentikan tahun 1977 kerana perkhidmatan itu menguntungkan apabila ia disalahgunakan oleh para penyeludup beras di samping adanya jalan alternatif Pasir Mas – Rantau Panjang melalui Chabang Salam.

Kereta api di Jerman ini jauh bezanya dengan keretapi di Kelantan hatta Malaysia. Ia bukan saja laju tetapi selesa dan menyeronokkan. Apa lagi ditambah dengan pemandangan di luar, suasana negera Eropah dapat menghilangkan rasa lenguh dan jemu bila melalui perjalanan panjang.

Pemandangan di luar jendela sepanjang perjalanan memberi pengalaman baru. Benarlah kata orang jauh berjalan banyak pengalaman. Banyak membaca luas pengetahuan, termasuk membaca hal-hal karut dalam blog! Iya… kalau kita membuka minda dan tidak dikaratkan dengan rasa taksub dan berfahaman lama kita akan progresif dan maju. Kita dapat menilai antara kaca, intan dan berlian. Paling penting juga kita tidak terkabur disebalik kosmetik orang-orang politik yang penuh dengan retorik sumpah dan janji.

Dan sesungguhnya Tuhan pula tidak sengaja menjadi dunia ini melainkan untuk dijadikan iktibar. Setiap apa yang ada di langit dan di bumi diminta kita supaya mentafsirnya untuk kehidupan yang lebih baik. Begitu juga dengan telatah dan perangai manusia yang tersorot ke dalam mata kita, semuanya perlu ditafsir dan dinilai apakah dan kenapa Tuhan jadikan dia begitu. Akal dibekalkan untuk menilai sebaik mungkin dan bukan pasrah di kaki mereka.

Bagaimana pun hanya mereka yang memiliki sekeping mata hati yang jernih dan bersinar saja mampu melihat dan mentafsir alam dan segala macam isiannya. Kalau memiliki mata besar, sebesar bola sepak sekali pun tetapi sifatnya seperti mata ikan kering, tidak memberi apa-apa natijah baik. Tayang dan tunjuklah apa-apa dia tidak akan nampak kerana mata telah diselaputi taksub yang mendindingkan ia daripada melihat nur kebenaran.

Pemandangan di luar bukan saja menarik minat saya, tetapi Husam juga. Saya lihat Husam tidak lekang mata dari melempar dan melabuhkan pandangan ke luar. Saya pula sibuk memotret gambar dari jendela keretapi dan sesekali memotret wajah Husam yang jauh terlepas dan ralik dengan arca pemandangan di luar.

Melihat Husam terhimbau jauh seolah ia berada di luar gerabak keretapi. Dapat saya bayangkan difikiranya terpeta-peta dengan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin. Mungkin dia mengenangkan bangsanya. Sebagai seorang wakil rakyat dia merasa bertanggungjawab untuk mengubah sikap dan pemikiran bangsanya. Mengubah nasib anak bangsanya. Nasib dan masa depan bangsa itu sangat bergantung kepada pemimpinnya. Jika pemimpin seorang yang kreatif, rajin meneroka ilmu maka bangsa itu akan maju.

Ketika ini Husam belum pakai baju petak-petak merah. Merenung jauh mengenangkan nasib rakyat Kelantan - Starsguard.

Ketika ini Husam belum pakai baju petak-petak merah. Merenung jauh mengenangkan nasib rakyat Kelantan.

Pendeknya masa depan dan latar sosial sesuatu bangsa itu bergantung kepada latar hidup pemimpinnya dan caranya mencambahkan ilmu. Pemimpinlah yang akan mencorakkan warna dan juga sosial budaya rakyatnya. Pemimpin umpama perahu yang akan membawa rakyat ke tengah lautan luas. Kalau pemimpin itu bijak maka rakyat akan selamat menuju ke pulau idaman, sebaliknya kalau pemimpin itu bebal, degil dan dungun maka rakyat juga lebih kurang saja.

Sebab itu kalau kita hendak menilai rakyat di sesebuah negera itu lihat kepada pemimpinnya. Bagaimana pemikirannnya yang dicernakan dalam perbuatan, pidato dan sebagainya. Kalau renyuk pemikiran dan fahamannya maka renyuklah juga rakyat sesebuah negara itu.

“Anta tengoklah ladang gandung itu kemas dan bersistemetik,” tiba-tiba terpantul kata-kata itu dari bibir Husam. Saya terus memotret apa yang dimaksudkan. Di luar sana berbalam-balam ladang jagung yang luas saujana mata memandang. Ladang itu tertib bersih dan indah sekali. Indahnya laksana sebidang permaidani besar terbentang luas…

“Iya… beginilah kalau ia diuruskan oleh orang berilmu dan tamdunan tinggi. Mereka mementingkan soal kebersihan bukan seperti ditempat kita,” saya mencelah memintas apa yang Husam nak ceritakan kepada saya. Dia cuba membaca pemikiran saya supaya membandingkan pemikiran (tamadun) Jerman dengan tamadun Malaysia.

“Enta pemimpin, enta kena ubah pemikiran rakyat. Ia menjadi tanggungjawab enta. Ubah Kelantan jadi seperti Jerman,” saya mula ‘belebel’ dan sekaligus mencabarnya. Husam hanya diam mendengar apa yang saya katanya mungkin dia tidak menyematkannya dalam mindanya.

“Sebab itu ana katakan enta kena kelik ke Kelantan,” saya mula membuka topik yang mencabarnya. Sebenarnya topik ini sudah lama tersimpan dalam benak saya, sejak saya mengenali akan kebolehan dan menghidu bau bakatnya sebagai pemimpin takkala dia berbicara di Parlimen. Ia ditambah dengan keadaan politik Kelantan yang pada saya tidak begitu kondusif. Saya lihat Tok Guru Nik Aziz seolah bersendirian mentadbirkan Kelantan dan banyak sudut-sudut lain terbiar dan memerlukan partisipasi orang seperti Husam.

“Maksud enta..?” tanya dia. Saya percaya ayat itu dia sudah faham. Dia sudah maklum. Tetapi jenis Husam dia suka membuat bodoh saja bila kita mengajukan sesuatu kepadanya. Dia tidak menunjukkan keghairahannya walaupun ghairah itu sudah menyala dalam dadanya. Inilah sifat dan sikap manusia bernama Husam. Makan dalam kata orang Kelantan…

“Enta kelik ke Kelantan ubah pemikiran rakyat Kelantan, ubah minda mereka. Anta mampu melakukannya,” ulang saya kali ini serius. Saya mula menumpulan matanya dan melepaskan pemandangan di luar begitu saja. Saya hadapi sepenuh hati membicarakan soal Kelantan ini. Serius.

Apandi yang duduk dalam satu gerabak tetapi di kerusi yang agak jauh dari kami., kami biarkan. Perbicaraan ini tidak memerlukan penglibatan Apandi! Lagipun dia sedang asyik bercakap dengan seorang perempuan Inggeris mungkin bertanyakan hal-hal di Eropah.

Husam sudah menangkap apa maksud dan tujuan saya. Namun dia tetap ‘mengkura-kura katupkan’ dirinya. Dia masih lagi sesekali mengintai keindahan di luar sana yang benar-benar menggamit hatinya.

“Orang di sini kuat beragama!,” tiba-tiba dia mengalih tajuk perbualan kembali kepada suasana di luar. “Tenguk penuh dengan gereja!,” ujarnya memancing saya. Memang benar dan saya sudah nampak apa yang beliau nampak itu. Dalam pengamatan saya setiap tiga kilo meter akan ada sebuah gereja tercongak di tengah-tengah ladang. Gereja itu kecil saja, tetapi cukup memilukan hati bila melihat.

Gereja yang banyak itu cukup signifiken sekali. Ia melambangkan bahawa peladang yang memiliki kekayaan itu adalah beragama Kristian. Maknanya bumi indah yang kami kagumi itu bukan bumi Islam. Serentak itu juga ia memberi isyarat bahawa Kristian di situ begitu hebat. Tidak ada sebuah masjid pun di situ. Apa yang hendak dilambangkan dengan pembinaan gereja itu meskipun tidak begitu imarak ialah untuk menunjukkan bumi Eropah dalam kekuasaan mereka.

Lambang-lambang penting dalam hidup ini dan ia menjadi strategi dalam mempertahankan kekuatan dan jajah takluk. Lambang-lambang itu juga dibagunkan bagi mengerunkan musuh. Dengan lambang ia menjadikan benteng kekuatan agama ini. Dalam hal ini bagi saya orang Kristian bijak menjaga kekuasan daan pengaruh mereka. Apabila orang melihat banyak gereja secara tidak langsung orang berfikir Kristian hebat dan kuat.

“Enta tengok hutan-hutan dijaga rapi, mereka tidak musnahkan seperti ditempat kita…,” kata Husam sambil merenung ke barisan hutan balak yang tegak berdiri mengeliling ladang gandung. Ia seolah-olah menjadi pagar pula kepada ladang berkenaan. Pemandangan dan kehidupan sungguh harmonis sekali.

“Sebab itu, ana kata enta kena balik. Pilihan raya umum nanti anta kena bertanding di Kelantan, tinggallah Parlimen..,” saya buka cerita sebenarnya. Saya cukup yakin kalau dia menjadi pemimpin di Kelantan Husam tidak akan memusnahkan balak begitu saja, dia akan menjaga alam sekitar serapi yang boleh.

“Untuk apa kalau ana bertanding di state (DUN)?” tanyanya sudah mula menunjukkan minat. Jerat saya hampir mengena.

“Enta kena balik bantu Tok Guru. Enta kena ingat selepas Tiga Abdul (Abdul Halim, Abdul Rahim dan Abdul fatah), musnah, tidak ada sesiapa nak tongkat Tok Guru. Dulu mereka bertigalah menjadi tungku yang menongkat dan menampon Tok Guru. Dia bersendirian. Ana rasa Tok Guru tidak larat untuk bangun Kelantan sendiri, dia memerlukan pembantu yang cekap dan cerdik macam enta” khutabah saya agak panjang.

“Tapi ana suka di Parlimen… ana seronok di parlimen..,” Husam cuba memberi alasan. Memang dia sudah mencitpa nama dan begitu seronok berada di Palrimen. Perbahasannya yang penuh fakta sering ditunggu-tunggu banyak orang. Beliau menjadi perhatian umum. Boleh dikatakan dia menjadi seorang ahli parlimen yang ditunggu-tunggu kehadirianya.

“Tapi ana kira sumbangan anta untuk Kelantan dan politik Pas tidak banyak kalau enta di parlimen,” kata saya dengan menyambung; “Ana nak tanya enta untuk apa enta masuk politik?”. Husam tidak segera menjawab. Dia tersnegeh-sengeh saja. Barangkali dia nak menguji kesungguhan saya dan idea yang saya lontarkan kepadanya.

“Bagi ana kalau seseorang itu menyertai tentera dan hanya kekal menjadi private, tidak guna. Baik dia cari kerja lain. Masuk tentera bermakna kita ingin mempertahankan hak dan menakluki. Seorang tentera mesti ada cita-cita nak jadi jeneral,” ungkap saya berfalsafah dan Husam memahaminya.

“Macam mana caranya?” beliau memberi reaksi rengkas. Bodoh saja pertanyaan itu. Perbicaraan sudah mula menarik dan terbawa jauh ke dalam topik politik Kelantan.

“Enta bertanding di state,” ulang saya.

“Apa yang ana boleh buat kalau setakat jadi Adun biasa? Giliran dia pula berhujah menyoal saya. Saya tahu dia ingin menguji saya ke mana hujung jatuh persoalan yang saya timbulkan itu.

“Tidaklah begitu, kalau enta balik enta akan berperanan merancangkan pembangunan Kelantan, enta kena merancang bagaimana nak mengubah perangai orang Kelantan dan menggunakan segala kekayaan sumber asli Kelantan. Dan politik Kelantan juga enta kena susun semula, ” jelas saya makin bersungguh.

“Apa jaminan enta kalau ana bertanding di state?” soalnya. Dia seperti mengancam saya pula yang bersungguh memintanya bertanding di Kelantan.

“Maksud enta?” ulang saya mahu dia jelaskan isi hatinya.

Salah satu pose istimewa Husam di atas keretapi ke Sarejevo, 2003.

Salah satu pose istimewa Husam di atas keretapi ke Sarejevo, 2003.

“Iyalah kalau ana jadi Adun, takkan setakat itu saja. Dengan Adun apa yang boleh ana lakukan,” balasnya dengan bersungguh. Husam sudah dapat menerima alasan yang saya rungkaikan. Mungkin ketika itu keinginan nak membantu Tok Guru tinggi. Saya mencadangkan itu kerana beliau harus membantu Tok Guru. Lagipun selepas tiga Abdul syahid seharusnya ada panglima lain yang menjaga dan mempertahanakan Tok Guru.

Kenapa Husam? Sebab saya merasakan dia adalah pemimpin pelapis. Pemimpin muda. Beliau boleh berpakat dengan rakan-rakan sebayanya yang lain seperti Nik Mohd Amar Abdullah, Wan Nik Wan Ngah, Takiyuddin Hassan, Wan Ismail Wan Jusoh dan lain-lain. Dan dalam saf pelapis ini saya rasa Husam ada bakat untuk menjadi kepalanya.

Ini juga saya timbulkan sebab saya nampak mereka ini tidak sepakat. Ada semacam pergeseran atau ketidaksefahaman antara satu sama lain. Jadi pada saya Husam perlu balik bagi menyatu dan mengepalai puak ini untuk mengukuhkan kerajaan kepimpinan ulama di Kelantan.

“Paling tidak ana akan usahakan agar enta menjadi Exco Kelantan,” jelas saya kepada Husam, berani. Dan memang pun sekiranya dia diturunkan ke Kelantan untuk menjadi pembantu Tok Guru itulah jawatan yang beliau kena pegang, memegang sesuatu potfolio yang dapat beliau merancang untuk pembangunan Kelantan.

Bila saya sebut dan jelas itu Husam hanya diam sahaja. Dia tidak terkata apa. Dan dia ingat saya hanya bergurau atau pun tidak yakin dengan apa yang saya janjikan itu. Yalah, siapalah saya, hanya penulis cabut yang cuba hendak membina mahligai politiknya di Kelantan.

[Apakah Husam sanggup untuk dilantik menjadi Exco? Dan apa yang saya lakukan selepas itu? Inilah yang saya namakan deklarasi Deklarasi Bosnia. Bagai mana ia bermula? Perjalan masih diteruskan keretapi pula bertambah laju menuju ke Timur Eropah. Bersambung]

19
Mei
09

Hikayat Si Baju Merah (9)

Mengejar Kelinci Di Starsguard

DI Starsguard, Jerman saya mulai mengetahui minat Husam yang mendalam kepada alam, flora dan fauna. Minat ini bukan dibuat-buat tetapi lahir dari sanubarinya dan terbawa dalam karektornya. Ia satu kesukaan semula jadi. Minat yang saya saksi dan hayati sendiri. Sebab itu saya kata Husam sebagai seorang yang romantik.

Pantang melihat bunga beliau akan merenung dan menyentuhnya dengan penuh kasih sayang. Sambil membelainya dia akan meminta saya memotretnya. Kadang-kadang dia jadi lebih manja dari seorang gadis pingitan bila berjumpa dengan bunga-bungaan. Saya banyak menyimpan gambar Husam sedang mengusap bunga dan juga binatang seperti kambing dan sebagainya!

haikayat-logo1

Di mana ada jambangan dia minta potretkan gambarnya. Dia akan tersenyum puas kerana dapat sebati dengan alam ciptaan Tuhan itu. Bukan itu saja, kalau dia ternampak buah-buahan bergayutan di dahan atau ranting dia minta abadikan gambarnya di situ. Saya masih ingat bagaimana dia minta saya potretkan segugus buah pinang yang masak merah di Pasir Mas.

Dia juga seorang yang suka mengelamun mengkhayalkan sesuatu yang indah di sebaliknya untuk dibawa ke dalam realiti. Bagi Husam khayalan boleh dianyam menjadi realiti atas keyakinan kalau mahu semua kita boleh dilakukan. Kadang-kadang dia ini melupai hukum alam atau pun sunah alam!

Mengenang sifat dan fiil inilah menjadikan saya mudah membuat simpulan Husam mempunyai sifat pengasih yang tinggi dengan alamiah. Seorang yang mempunyai hati budi yang baik. Jika beliau menjadi pemimpin beliau akan mengasihi rakyat, akan mempedulikan rakyat. Beliau akan membelai rakyat seperti mana Umur Ibnu Aziz, Othman Affan atau pun Omar Khattab ataupun Gandi ataupun Neleson Mendala. Itulah gambaran yang saya terima dari apa yang dipamerkan itu.

Bagi saya sifat-sifat kemanusiaan ini penting menempel kepada diri seseorang bakal menjadi pemimpin besar. Jika mereka tidak mempunyai sifat ini, kasih sayang, prihatin dan mempunyai jiwa yang halus (seni) sia-sialah ia menjadi pemimpin. Rakyat tidak boleh menumpang kasih dengan pemimpin yang tiada pelita jiwa. Seorang yang tidak mempunyai jiwa halus begitu bebal untuk memahami nasib dan penderitaan orang lain.

Sifat dan rasa sayang ini bukan boleh dibuat-buat. Ia bukan boleh dijelmakan atau dikosmetikkan ke atas diri seseorang. Kerana kalau dibuat ia tidak akan mencerminkan kebenaran. Lama kelamaan ia akan jemu. Kalau ia cuba dibuat ia akan jadi keras dan pejal, tidak realistik. Sebab itulah kebanyakan wakil rakyat hanya nampak mesra dan sayangkan rakyat semasa menjelang pemilihan dalam parti atau waktu pilihan raya saja. Lepas itu mereka akan tinggal rakyat terkontang-kanting sendiri.

Musa dan Khidir a.s.

Selepas Subuh saya meninjau bandar Starsguard dengannya. Apandi ada urusanya sendiri, menghadiri seminar juruukur. Sebenarnya Apandi ada dua strategi dalam perjalanan itu, selain untuk bermusafir bersama ke Bosnia dia menghadiri persidangan juruukur sedunia di situ.

Starsguard dikenali dengan bandar Mercedez. Di sinilah komponen dan pemasangan kereta Mercedez dilakukan. Tidak hairanlah kalau hampir 80 pengguna di sini menggunakan kereta mewah ini. Mercedez macamlah kereta Proton Saga atau Proton Perdana yang sering rosak cermin yang digunakan dan menjadi kegilaan di Malaysia. Ia sangat popular di negeri asalnya itu.

Hampir semua teksi juga dari Mercedez. Maknanya Mercedez di sini tidak memberi apa-apa glamour. Di stesen kereta di Starsguard ratusan teksi yang sedang berbaris semuanya dari Mercedez yang setengahnya dipandu oleh perempuan.

Jam 8 pagi bandar ini masih sunyi dan sepi. Udaranya dingin tetapi tidak sampai menyengat tulang hitam. Di bilik hotel tidak ada kipas atau penghawa dingin. Jalan raya lenggang. Apa yang merujakan kami ialah kewangiannya. Bunga-bunga rose yang berbagai jenis yang ditanam dalam pot di tepi-tepi jalan mengeluarkan aroma mengharumkan bandar berkenaan. Sambil berjalan kami menarik nafas panjang-panjang. Saya nampak Husam yang tinggi lampai itu menjadi semakin tinggi bagaikan bangau kurus…apabila menyedup kewangian Starsguard.

Setiap rumah di sini ada pot rose di beranda masing-masing. Begitu juga di sepanjang kaki lima di hadapan kedai penuh dengan pot-pot rose. Seolah satu kemestian setiap kedai mesti meletakkan pot rose di hadapan kedai. Keharuman yang memadapi ruang menyebabkan saya merasakan seolah berada di tepi syurga!

Setiba menjelang Maghrib semalam, saya tidak perasan dengan kewujudan rose-rose itu. Saya mengira ianya datang dari perfume gadis-gadis seksi Jerman yang berpakai baju atas pusat dan menampakkan pinggung. Setiap kali perpapasan saya menghidunya. Saya tidak tahu apakah Husam dan Apandi melakukan hal yang sama! Sara rasa mereka juga begitu cuma tidak mahu menceritakan sebab mereka pemimpin Pas.

Namun masing-masing dapat merasakan kewangian yang semerbak itu. Bila pagi hari baru saya sedari wangian itu datangnya dari rose yang ditanam dalam pot dan menjadi perhiasan kedai itu.

Sambil berjalan kami mengomen sendiri dan masing-masing menyatakan keaguman kepada bandaraya ini yang teratur, mulus, bersih dan penuh surmingah. Lebih-lebih Husam yang begitu menyenangkannya. Husam melihat apa yang ada itu dibandingkan dengan Kota Bharu.

Saya dapat membaca apa yang tersarang didalam kepalanya. Dia pasti mahu jadikan Kota Bharu seperti Starsguard yang wangi dan bersih.

Selalunya Husam bila melihat sesuatu yang baru dia akan cuba bawa balik ke Kelantan. Dia akan memanfaatkan untuk negerinya. Bukan saja mengenai idea tetapi kadang-kadang barangan mentah juga mahu diangkutnya. Ini satu sikap yang perlu ada kepada pemimpin yang kreatif. Inilah saya kata Husam seorang pemimpin hidup (kreatif) yang sengaja dihantarakan Tuhan ke dalam Pas.

Husam begitu leka dengan pemandangan dan keindahan sehingga tidak terasa perjalanan kami sudah menjauhi. Beberapa kali saya cuba menghentikan namun beliau tidak mempedulikannya, keindahan dan kemulusan Starsguard terus menuntunnya dan percakapannya menjadikan saya leka mengikut jejaknya.
Husam bagaikan kumbang yang kemabukan bunga. Dia berlari ke sana ke sini memegang dan mecium rose. “Ambil gambar, cantik ni…” mintanya.

Satu pose Husam yang sedang menunjukkan sejenis cendawan di Starguard.

Satu pose Husam yang sedang menunjukkan sejenis cendawan di Starsguard.

Bila terjumpa kulat atau bunga-bunga rumput yang anih bersinar dan cerah di bumi beliau akan berhenti. Panggil saya dan menjelaskan akan keuntikan rumput atau kulat berkenaan. Diceritakanlah mengenai kehebatan dan kebesaran Allah menjadi mahkluk berpasangan, berjaringan antara satu sama lain untuk manfaat manusia yang hidup. “Hanya manusia yang beriman saja dapat merasai kehebatan Tuhan. Semuanya yang ada dibumi ini diceritakan Tuhan dalam Quran”, ujarnya. Saya hanya mendengar dan akur. Saya mengira dia adalah Khidir a.s. yang mengajar ilmu kepada Musa. Musa tidak boleh bertanya dan berhujah. Lagipun apa yang dijelaskan itu benar.

Perjalanan terus menjauh sehingga menghampir ke sebuah taman kecil. Di pinggir taman itu berlocatan dua tiga ekor kelinci putih dan perang. Melihat itu Husam terus berlari ke arah taman itu. “Arnab… mari kita igat (tangkap) arab Jerman…” jerintanya.

Arnab itu tidak menunjukkan sikap culas dan seolah menanti kehadiran Husam. Husam yakin akan dapat menangkapnya. Arab itu begitu jinak dan manja. Sambil mengigit-gigit rumput dengan mulut halusnya terkunyih-kunyih dia memerhati ke muka Husam. Arnab itu bagaikan tahu yang Husam minat kepadanya.

“Tak boleh, culas tu..,” laung saya masih terkinja-kinja dari belakangnya dan geli hati melihat telatah Husam macam bocah. Hendak tak hendak turut sama mengepong Arab itu. Musa tidak boleh membantah Khidir lagipun Musa sedang mengamati budi dan akhlak Khidir!

Baru Husam nak sambar, Arnab itu berceperian lari masuk ke dalam taman kecil itu yang menjadi kloninya. Husam kejar…dan ghaib dalam taman itu. Sekejap kemudian keluar sambil menyapu-nyapu bajunya yang dihinggap bunga-bunga rumput. “Dia masuk lubang….” katanya kepada saya sambil ketawa geli hati. Itulah Husam si baju petak-petak merah.

Menjelang tengah hari bandar Starsguard yang wangi dengan rose kami tinggalkan. Arnab yang culas tetapi jinak , jinak tetapi culas dan telah mempermainkan kami di pinggir taman tadi kami tinggalkan untuk memulakan langkah ke Sarajevo ibu negara Bosnia Herzegovina.

[Di atas keretapi inilah bermula agenda politik. Di sinilah saya dan Husam bincangkan mengenai nasib Kelantan dan mempengaruhinya agar pulang ke Kelantan membantu Tok Guru. Apakah permintaan Husam atau imbuhan sekiranya dia pulang? Bersambung]

14
Mei
09

Hikayat Si Baju Merah (8)

Perjalanan Panjang Bersama Husam

JUN 2003, Allah s.w.t. mengizinkan saya melalui perjalanan jauh bersama Husam bin Musa dan Apandi bin Mohamed. Apandi ialah bekas ahli Parlimen Jeli. Perjalanan ke Bosnia Herzegovina yang merentasi lapan buah negara di Eropah Timur! Perjalanan atau pun pengembaraan ini penuh dengan kenangan manis dan nostalgik. Perjalanan ini paling bermakna dan paling bererti buat saya sebagai seorang penulis. Iya.. lebih bermakna dari perjalanan ke Aceh dari Jakarta dengan menaiki Herculus tentera Indonesia untuk memberi bantuan kepada mangsa tsunami 2004 di Aceh.

Sesekali ketika kesepian terhimbau juga kepada perjalanan ini. Mengenangkan segala detik-detik manis yang dicipta dalam perjalanan ini, telerai juga air mata. Saya tertanya-tanya sendiri kenapalah sesuatu yang bermula dari sebuah perjalanan jauh ini akhirnya dengan noda di hujung hidup yang belum ternokhtah.

haikayat-logo1

Perjalanan jauh melewati sekurang-kurang sembilan buah negara Eropah Timur itu; Austria, Hungary, Solvania, Yoguslavia, Albania, Croatia dan San Marino itu mengenalkan saya dengan Husam dan Apandi lebih daripada sahabat dan kawan-kawan lain mengenalinya. Apa lagi para pentaksub Husam hari ini, mereka tidak berkesempatan memakai cermin mata Husam untuk melihat dunia dari dimensi dan jiwanya. Saya dapat mengenali mereka berdua lebih dekat sedekat-dekatnya. Suasana apa lagi yang boleh digambarkan betapa dekatnya jarak individu itu dengan individu lain melainkan berada di sebuah kamar yang sama atau berada dimeja makan yang sama?

Menurut salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. kalau kita mahu mengenal diri dan hati budi seseorang kawan hendaklah kita mengembara bersamanya selama sekurang-kurang tiga hari tiga malam. Kalau kita dapat berbuat begitu nescaya kita akan dapat mengenali hati budi, fiil perangai sahabat kita itu sejelas-jelasnya.

Ternyata kata-kata tabiin itu benar. Dengan berjalan bersama, mengembara ke rantau orang kita berpeluang mengenali kawan lebih rapat lagi. Dalam keadaan berjauhan dan di perantau menyebabkan kita terpaksa menjalinkan rasa kemanusiaan lebih tinggi dan mendalam. Berjauhan dengan tanah air menjadikan kita lebih akrab dan mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi. Suasana dan keadaan membentuk kita terpaksa berlaku demikian.

Dan perjalanan jauh bersama Husam yang memakan masa lebih 240 jam itu benar-benar memberi peluang kepada saya mengenal Husam searif-arifnya. Kadang bila menyedari hakikat hari ini saya merasai benci kepada perjalanan itu yang memulakan pengenalan lebih rapat dan lebih mesra. Terasa lebih baik tidak ada perjalanan itu yang menjalinkan kemanusiaan antara kami yang mana akhirnya memburai di jalanan.

Saya rasa, saya orang istimewa kerana berpeluang melalui perjalanan itu. Dengan perjalanan itu saya mengetahui banyak yang orang lain tidak tahu. Misalnya saya boleh mendengar bagaimana dengkur tidurnya semasa beliau belum mewah seperti hari ini. Dapat melihat helaan nafasnya takkala dia sedang bermimpi berkejaran dengan bidadari dari syurga. Atau pun dapat menyaksikan tarikan helaan nafasnya yang kekecapekan seperti mujahid keletihan berlari memancungkan leher munafikin di medan jihad.

Bukan hanya peristiwa di kamar tidur yang penuh simbolik itu, tetapi perjalanan itu juga mengenalkan saya bagaimana sikap zuhud dan alimnya Husam sebagai seorang insan dan ahli parlimen Pas secara realistik. Saya merasakan dia adalah genuine anak didikan dari pasantren siasah sejagat Nik Aziz yang nombor wahid. Perwatakannya dengan Tuhannya dari mata saya hampir menyamai perwatakan Nik Aziz dengan Tuhannya.

Husam seorang yang tidak suka membuang masa. Dia tidak suka menghabiskan masa dengan bari-bari atau cerita-cerita tahyul, fitnah dan porno. Paling tidak pun dia sukakan kisah-kisah dari hikayat 1001 malam, kisah Abu Nawas. Kegemarannya ialah mencungkil dan menghurai maksud atau simbolik di sebalik cerita berkenaan. Jika dia sudah mendapat ilham dia akan berdialog dan berhujah dengan membawa cerita tamsilan itu untuk difahami oleh saya dan dirinya juga.

Selebihnya dia akan diam, tidur dan membaca buku atau al-Quran. Quran kecil senantiasa tersimpan dalam saku bajunya. Di mana dan dalam keadaan yang terhalal untuk dia lakukan dia membaca kitab tanda kemujizatan Muhammad itu. Sikap dan pembawaan ini jarang saya temui dari kalangan ahli parlimen Pas. Dan acap kali juga bila beliau dalam kecemasan misalnya bimbang takut ketinggalan kapal terbang dia akan serius membaca ayat-ayat yang memungkinkan agar kapal terbang tidak meninggalkannya.

Al maklumlah Husam seorang yang ‘lerel’ [Bila saya masukkan perkataan Kelantan bukan bermakna saya mencampur adukkan bahasa dan tidak reti nahu, tetapi inilah strategi dan politik dalam penulisan saya, gaya MSO – Pesanan ini khas kepada pembaca yang otak kemetot yang turut membaca hikayat ini]

Ayat-ayat yang dibaca adalah ayat-ayat terpilih bagi menguatkan semangat dan ketahanan mentalnya sebagai pejuang dan pemimpin. Ayat-ayat mendidik jiwa menjadi sabar, cekal, tabah dan berani dalam menghadapi segala pencaroba. Selepas membaca Quran dia akan berzikir dengan gaya dan caranya sendiri. Husam ada mengambil tariqat untuk menguatkan jiwa dan mendekatkan dirinya kepada Tuhannya. Semuanya saya amati dan perhatikan dengan kemanusiaan dan dengan rasa kagum dan hormat saya kepadanya.

Husam tidak akan mencerita rahsia ketuhanannya kepada kita. Sebolehnya dia akan cuba menyembunyikan yang dia ada cara untuk bertakaruh dengan Tuhan. Dan begitu juga saya tidak mencerita rahsia ketuhanan saya kepadanya. Kami saling rahsia merahsiakan bak ketuhanan ini menjadi rahsia amat peribadi walaupun kami terbuka mengenai dunia lain, termasuk soal-soal berpoligami dan bagaimana kaedahnya serta sebagainya.

Cetusan ke Bosnia

Oh… sebelum saya pergi jauh membawa penjenguk ke destinasi perjalaan kami ke Bosnia Herzegovina elok kalau saya menceritakan sedikit bagaimana tercetusnya ilham ekspidisi ini.

Ia bermula di parlimen. [Bila ada sessi parlimen saya kerap mememui Husam di sana. Ada kalanya penampilan saya berlebihan itu dicemburui dan diejek oleh rakan-rakan. saya sebagai setiausaha peribadi Husam. Wahal kami berkawan, dan seronok berkawan. Husam pula ada motif berkawan dengan saya setidak-tidaknya kalau bukan untuk mendapat maklumat tetapi dia ingin menyemak maklumat yang diperolehi sebelum dibawa ke dewan. Ketika itu Husam adalah ahli parlimen Kubang Kerian. Keintiman saya dengan Husam sehinggakan Husam pernah membawa lauk, ikan air tawar yang dibeli di Tasik Rabah untuk makan dengan saya di parlimen. Saya rasa lauk itu adalah lebihan selepas beliau makan dengan Nazri Aziz pad malamnya].

Saya dan Husam dan salah seroang berasal dari Kelantan yang sama penerbangan di Doha.

Saya dan Husam dan salah seroang berasal dari Kelantan yang sama penerbangan di Doha.

Ia dimulakan oleh Apandi sewaktu kami di kantin. Apandi memberi tahu saya yang dia berhajat untuk ke Bosnia, katanya Husam juga akan pergi. Kemudian Husam pula mencelah agar saya ikut sama. Bukan kepalang gembira saya dengan cadangan itu. Berjalan di luar negara dan menjelajah bumi Allah adalah kesukaan saya sejak dulu lagi, sebelum mengenali Husam saya sudah menjelajah ke hampir Asir Barat dan Timur dan beberapa negara Asia Tenggara baik bersendirian atau ketika mengikut ekspidisi dakwah jemaah Darul Arqam.

“Kalau enta hendak pergi tikit enta kena beli sendiri,” begitulah kata Apandi. Satu syarat yang cukup mudah untuk saya laksnakan pada ketika itu. Kaya tidaklah, tetapi hasil penulisan dan jualan buku era reformasi, khasnya buku “Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa”, “Nonaku Azizah” yang mengisahkan tragedi menimpa Anwar Ibrahim cukup untuk saya ke Amerika atau ke Makkah sebanyak lima kali.

“Berapa?” tanya saya tidak sabar dan ini pasti melegakan Husam kerana beliau tidak perlu fikir soal wang tambang saya. Selalunya orang berpolitik berfikir begitu bila berdepan dengan penulis.

“Tidak mahal, lebih kurang RM3,600 sahaja,” balas Apandi kemudian menjelaskan soal makan dan tempat tinggal, ditanggung beres. Di Bosnia beliau mempunyai seorang relatif di belah isterinya. Relatif ini sudah lama menetap di Bosnia dan mempunyai beberapa projek di sana. Manakala perjalanan banyak menggunakan kereta api laju, menjiamatkan! (bullet train).

Perjalanan akan bermula di Kuala Lumpur, transit di Doha. Selepas di Doha semalaman kami ke Munich, Jerman. Dari Jerman ini kami menaiki kereta api hingga ke Bosnia Herzegovina dengan melintas empat buah negara, Austria, Republik Czech dan Solvenia.

Saya tidak pasti apakah tikit untuk Husam Apandi yang bayar! Tetapi tikit saya, saya membayarnya sendiri. Beberapa hari selepas balik dari perjalanan itu Apandi datang ke rumah untuk mengambil check bayaran tikit berkenaan.

Tetapi saya merasakan tikit untuk Husam, Apandi yang bayar. Apandi seorang yang murah hati dan sering mensponsor pemimpin Pas ke luar negara. Abdul Hadi Awang adalah antara orang yang pernah disponsorkan oleh Apandi. Begitu juga kalau ada pemimpin Pas ketidakcukupan wang Apandi akan menyumbangkan wang zakatnya. Perniagaan Apandi berjaya. Firma juruukurnya untung banyak. Apandi berbuat demikian mungkin kerana sebagai membalas jasa baik dan sebagai imbuhan kepada pemimpin Pas itu.

Kenapa saya yakin begitu, kerana ketika itu Husam tidak seperti hari ini. Poket seluar Husam ketika itu sering kali bocor atau pun tidak berapa kembong sangat. Husam tidak mempunyai firma seperti Apandi yang bernilai jutaan ringgit. Husam hanya seorang ahli parlimen biasa sahaja yang kaya dengan idea tetapi miskin dengan kebendaan. Pada waktu itu Husam belum menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan. Wang untuk diberikan kepada rakyat pun mungkin diambil dari wang isterinya sebagai seorang guru ataupun dipinjaman dari kekawan.

Saya percaya kalau Husam sudah menjadi Exco ketika itu tikit untuk saya juga dibayar. Seperti mana perjalanan ke Aceh tempoh hari tikitnya dibayar oleh beliau, untuk perjalanan Kuala Lumpur Jakarta, dan Medan Kuala Lumpur. Perjalanan dari Jakarta ke Aceh free kerana kami menumpang Heculus TNI. Saya tidak mengeluakan wang satu sen pun untuk perjalanan itu kecuali untuk keperluan peralatan penulisan dan kewartawanan saya saja.

Kenapa saya katakan Husam tidak ada wang ketika itu kerana beliau pernah meminjam wang sebanyak RM10,000 daripada saya. Satu hari beliau menelefon menyuruh saya cari wang RM10,000. Pening kepala saya kerana hari sudah petang, sedangkan dia nak gunakan wang itu esok untuk ke Amerika Syarikat. Kerja sebegini menjadi tabiat Husam dia akan membuat keputusan dan tindakan di minit-minit terakhir. Inilah antara setengah orang tidak tahan dengan beliau.

Keesokkannya beliau datang ke rumah bersama Shukri Abdul Rahman. Shukeri adalah abang kepada Abdul Latiff ketua Pemuda Pas Kelantan yang baru yang mengalahkan Nik Abduh 22 undi, dan juga bekas menantu kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Rahman Yaacob. (Shukeri juga ahli jawatankuasa dewan ulama Pas Kelantan. Masa dia kahwin dengan anak Tun Rahman majlis keraian diadakan di Dewan Felda Jalan Semarak disulami dengan nyanyian termasuk muzik bertali!) Saya membawa Husam ke Bank di Melawati dan mengeluarkan RM10,000 dan diserahkan kepadanya bersaksikan Shukeri.

Satu lagi bukti menunjukkan ketika Husam tidak ‘berdinar’ ketika itu beliau terpaksa menulis dan menerbitkan buku untuk cari wang lebih. Sayalah yang menjadi broker penerbitan buku berkenaan atas nama Lunjnah Penerangan Pas Pusat yang dia jadi timbalan pengerusinya. Judul bukunya ialah; BN Khianati Amanah Rakyat. Penjualnya ialah Mat Nawi (sudah meninggal) seorang penjual buku-buku saya. Setiap seminggu sekali Husam akan tanya wang buku berkenaan. Seingat saya hanya RM1,600 yang sempat saya serahkan yang diambil dari Mat Nawi, yang selebihnya mungkin Mat Nawi bawa wang itu ke kuburnya.

Pinjaman RM10,000 tadi pun dibayar dengan dua keping check pos-dated berjumlah RM5,000 tiap satu. Satu check sempat dibank in manakala yang satu lagi tidak sempat sebab Husam bayar secara ‘tunai janggal’ menerusi volta mata wang asing, termasuk mata wang dollar, Rupiah Indonesia dan Euro. Saya menerima wang itu di hotel Pan-Pasific, Kuala Lumpur tanpa mengiranya apakah wang itu mencukupi jumlah sepatutnya ataupun tidak… halal! Penerimaan ini pun disaksikan kawan saya bernama Md Razdi Mustafa.

Pendeknya hidup Husam ketika itu tidak seloaded hari ini. Masa itu tidak kedengaran cerita Husam campak wang ratusan ribut ringgit macam orang lempar bungkusan pisang goreng atau pun hanya menarik laci membayar hutang kambing jamnapari sejumlah RM64,400 secara cash. Oh lala….

[Cita-cita politik Husam ‘terkobek’ dalam perjalanan dengan keretapi laju dari Starsguard, Jerman ke Bonsia Herzegovia. Dalam musafir ini juga ada peristiwa lucu yang menggambarkan Husam juga seorang yang mesra dan ceria. Dan dalam musafir inilah deklarasi Bosnia dilakukan. Bersambung]

10
Mei
09

Hikayat Si Baju Merah (7)

Salam Selamat Pagi Dari Kakaktua

SEBAIK saya dan Husam turun ke lobi hotel untuk bertolak ke lapangan terbang Polonia, Medan, taukeh burung kakaktua sudah tercegak di situ seperti dijanjikan dengan Husam. Ditangannya tergantung sangkar burung yang ditutup kemas dan rapi dengan kertas. Di dalamnya ada burung kakaktua berbulu emas.

Tanpa memegang sangkar itu Husam mengarah taukeh itu serahkan kepada saya. “Biar bapak Sayuti saja yang bawa,” kata Husam bercanda. Taukeh itu menghulurkan kepada saya. Urusan bayar membayar sudah pun dilangsung petang semalam, ketika Husam bersendirian ke kedai itu. Jadi berapa harga exactlynya saya tidak tahu.

haikayat-logo1

Dengan membimbit sangkar seberat kira-kira dua kilo gram itu dengan tangan kiri dan menarik beg dengan tangan kanan saya menuju ke teksi. Husam jalan berlenggang dengan sebuah beg saja. Perjalanan ke lapangan terbang memakan masa hanya 15 minit saja.

Saya dengan sangkar burung kakaktua berada di depan. Husam masuk awal di belakang. Husam memang suka duduk belakang kalau naik kereta… bukan lagak, tetapi kerana kateh (anggota)nya panjang. Kalau duduk di depan kurang selesa. Sebab itulah bila naik kapal terbang jarang Husam duduk di kelas ekonomi kerena sempit, dia suka pilih ruang bisness clas. Selesa.

Sepanjang perjalanan 15 minit itu macam-macam berserabut dalam kepala. Saya sudah merasakan urusan untuk membawa kakaktua itu bukan mudah. Bawa benda hidup katakan, mana boleh nak sembunyi-sembunyi. Lainlah kalau bawa batu permata ataupun tungul kayu mati, senang boleh disorot dan disembunyikan di mana-mana. Ia tidak bergerak atau berbunyi.

Sambil berfikir sendiri saya melihat-lihat cincin di jari yang disarungkan Husam malam tadi. Cantik! Rasa ingin memilikinya begitu tinggi. Detik emi detik cincin itu makin serasi pula dengan jari saya.

Sampai di Polonia Husam berjalan laju ke depan, menuju ke kounter tikit. Saya mengekori dari belakang. Sampai di pintu untuk masuk ke tempat checking tikit saya disekat tidak boleh jalan terus kerana ada barang dibawa.

“Pak sini dulu..!.” panggil pengawal yang menjaga mesin pengimbas. Dada sudah mula bergeduk geduk, cemas.

“Apa ni pak?” tanya pengawal itu mesra. Husam sudah di kouter tikit. Saya tidak ternampak pun dia ada menyilau kepada saya.

“Barang pak, kado…,” balas saya. Kado itu bahasa Indoensia bermaksud hadiah. Kalau hadiah mungkin bapa pengawal itu mengira benda, kek atau pun apa-apa cenderamata dan akan dilepaskan begitu saja tanpa banyak soal.

“Imbas dulu.. ya!” katanya sambil meminta saya meletakkan sangkar burung di mesin pengimbas.

“Apa perlu pak..?”, saya mula mencari dalih mengelak daripada diimbas bimbang rahsia akan pecah. Haru jadinya nanti.

“Iya… kena imbas dulu. Bapak letak di sini, dan bapak masuk ke pintu itu..” ajarnya kepada saya satu persatu.

Dengan Bismillah dan tidak pun mengharap cahaya dari cincin saya meletakkan sangkar burung berkenaan ke dalam mesin pengimbas itu. Kemudian meletakkan beg saya. Saya melangkah memasuki ke pintu di sebelah dan menunggu di sebelah dalam. Debaran di dada makin kencang.

Rekkkkkk…. siupppp…. rekkkkk! Imbalas berlaku. Kedua barang itu melepasi mesin pengimblas. Muka saya mungkin menjadi putih ketika ini. Lepas. Tidak ada apa-apa terhalang. Pengawal itu hanya tersenyum sahaja. Saya bukan main lagi, rasa lega semacam ruang dalam masjid negara.

Saya cepat-cepat membawa sangkar itu ke kounter tikit mendekati Husam yang sedang urusan tikit. Passport saya ditangannya. Melihat sangkar ditangan saya Husam tersenyum puas. Dia mengira batu cincinya telah menyelamatkan segalanya!

“Apa barang itu mahu masuk luggage , pak…?” tanya si manis yang di kounter tikit bila melihat saya membawa sangkar itu.

“Oh tak… mahu di bawa sendiri…!” bilang saya seramah yang boleh mahu melalikan pemandangan dan pemerhatian pengurus tikit itu kepada sangkar burung itu.

Husam tidak terkata apa-apa.

“Tapi barang ini kebesaran pak, tidak boleh di bawa ke dalam kabin…. harus dimasukkan ke dalam luggage …,” pinta si manis di sebelahnya. “Apa ni pak… bisa lihat?” aju yang seorang pengawal lelaki dengan suara kuat.

“Kado.. pak…!“ jelas saya dengan perasaan mulai gugup.

“Bisa dilihat dulu…!” minta pengawal itu dan cuba membuka kertas yang menutupi sangkar berkenaan. Saya terpaksa mengalah sebab dia sudah mula mengopeknya. Sebaik saja kertas itu terkopek tiba-tiba…”Selamat pagi pak… selamat pagi pak….” si burung kakak tua itu bersuara memberi salam. Saya lihat pengawal itu sedikit terkejut.

“Oh… burung…. burung hidup ni, pak? Masih hidup!” kata pengawal itu. Saya sudah mulai panik dan gelabah tidak tahu nak menjawab macam mana.

“Ada dokumentasinya, pak?” tanya pengawal itu mengenai surat keizinan.

“Dokumentasi apa pak?” tanya saya buat-buat bodoh.

“Begini burung ini dilindungi, harus ada surat keizinan daripada pemerintah. Kalau tak ada, tidak boleh dibawa keluar,” balas seorang pegawal lebih tinggi. Burung kakaktua itu sudah menjadi perhatian umum. Ramai pengawal dan petugas airport yang tidak kena mengena turut melingkungi kami. Semuanya terpesona dengan suara selamat pagi, selamat pagi… si kakatua berbulu emas itu.

Husam sudah gelisah. Dia macam nampak nak melarikan diri saja. Dia menghampiri saya dan menghulurkan boarding pass, passport dan seberkas wang rupiah sebesar lutut. “Enta uruslah, ana naik dulu… dan tunggu di atas,” katanya sambil berlalu memasuki ke ruang menunggu dan meninggalkan saya dengan burung kakaktua.

Saya cuba bersilat dan mempengaruh pengawal itu namun tidak berhasil. Seorang pengawai mencadangkan supaya saya menemui pihak pejabat veterinar yang terletak di sebrang jalan berderketaan lapangan tebang itu. “Baik bapa ke jabatan veteriar dan uruskan dulu dengan pihaknya. Dapat surat keizinan… kalau tidak, burung ini tidak bisa dibawa..,” kata pengawai itu jujur mengajarkan saya.

Tidak ada pilihan lain saya terpaksa membawa burung itu ke pejabat veterinar seperti ditunjukkan. Di sana ada dua orang pengawai, keturunan batak. Kedua-duanya bermisai tebal bertubuh gempal. Macam biasalah orang batak, giginya jarangan digosokan menjadikan wajahnya menakutkan.

“Boleh dibantu pak…. ?” sapa salah seorangnya.

Saya menangkat sangkar burung dan dilihatnya.

“Kenapa pak,?” tanyanya tanpa mengetahui keriuhan yang berlaku di lapangan terbang tadi.

“Saya mahu bawa burung ini ke Malaysia, Pak…. !” jelas saya.

“Tidak boleh pak, burung ini dilindungi, salah dibawa keluar….,” jelasnya tanpa habis mendengar cakap saya.

Serentak itu ditunjukkan jenis-jenis burung bersama gambar yang terpampang di pejabat itu. Pegawai itu turut menyebut denda dan hukumannya sekali kalau engkar.

“Saya tahu pak, tetapi saya sudah terdesak untuk membawa baliknya pak. Burung ini raja (Sultan) saya yang mahu…,” saya memberi alasan.

“Tetapi tidak boleh pak, harus ada surat keizinan dulu…” pengawai itu menjelaskan duduk perkara sebenarnya penuh jujur dan tertib.

“Aduh… pak… bagaiman ya…. Sultan saya mahukan burung ini. Kalau saya gagal membawa baliknya nanti saya dimurkai,” saya terus berhelah. Gementar usah dicerita lagilah.

“Sutlan yang mana? “ tanya yang seorang lagi sudah dapat mengesan pembohongan saya.

“Sultan Kelantan,” balas saya.

“Kapan sultan kamu melihat burung ini, atau dia ada bersama?” soal pengawai itu agak menekan saya.

“Tidak…. Sultan di Malaysia, kelmarin semasa ke kedai burung ini saya memotretnya dengan kamera telefon bimbit kemudian menghantar kepadanya. Sultan saya minat sama burung, Pak. Jadi sebaik dia mlihat gambarnya dia menyuruh saya membawa balik,” dalih saya panjang lebar.

Nasib baik kedua-dua pengawai itu tidak mahu melihat gambar dalam telefon bimbit. Kalau dimintanya, naas jadi saya kerana gambar itu tidak ada sama sekali.

“Tak boleh, pak… kami menjalankan tugas. Maaf.. harus ada surat dulu. Kalau ada surat kami bisa membantunya,” kata pengawai itu tetap berkeras.

“Begini saya cadangan bapak bawa surat daripada Sultan itu ke mari, kami akan cuba menguruskannya. Makannya kita akan kelasifkasikan burung ini sebagai hadiah dari sini,” usul yang seorang lagi memberi jalan penyelesaian.

Saya nampak semakin rumit dan susah. Saya cuba berkeras juga dengan berbagai helah. Akhirnya teringat kepada seberkas wang Rupiah yang dihulurkan Husam tadi.

“Jadi pak, enggak ada cara lain lagi?” saya masih mencuba memancing minat kedua pengawai itu.

“Cara lain bagaimana?,” tanya salah seorangnya.

“Pak bagaimana kalau saya membayar untuk membolehkan saya bawa balik burung ini hari ini juga..?” usul saya. Sumpah memang tidak pernah terbuat saya kerja-kerja haram macam ini, itulah kali pertama dan terakhir dalam hidup saya.

“Maksudnya?” tanya pengawai itu sudah boleh mengagak.

“Iya saya.. saya …..bayar…!” kata saya sambil mengelurakn wang dan diletakkan atas meja pengawai itu. Begitu melihat wang itu muka pengawai itu saya tengok jadi merah padam. Dia marah.

“Pak… saya kata tidak bisa, tidak bisa pak! Ini bukan soal wang. Bapak nampak ini..!” pengawai itu tersinggung dengan apa yang saya lalukan sambil mengangkat gari ke muka saya dan menggoncang-goncangkannya. “Bapa mahu saya garikan, bapak..sekarang,” katanya lagi tegas dan marah. Dia sudah serius.

Aduh… saya jadi lemah gemulai. Tubuh terasa seram sejuk. Tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Saya mencuba hubungi handset Husam berkali-kali tetapi dia tidak diangkat. Haru dan biru jadinya.

Saya membawa semula burung itu ke lapangan terbang. Hendak tidak hendak burung itu terpaksa ditinggalkan. Sah tidak boleh bawa balik. Semua usaha baik cara baik dan cara haram dilakukan, tetapi tidak berhasil. Cincin Husam tidak membantu, wang rasuah juga tidak mahu diterima.

Selepas beberapa kali menghubungi akhirnya dapat dan saya minta dia keluar dari bilik berlepas mendapatkan saya di bawah.

“Macam mana?” tanyanya selamba saja sebaik kami bersua.

“Macam mana apa, ana nasib baik tak kena gari. Kalau kena gari tak fasal-fasal ana kena meringkuk dalam lokap,” balas saya. Husam hanya tesengih tanpa menunjukkan sedikit pun wajah kecewa.

“Burung ini kena tinggalkan, dia mahu surat kebenaran,” jelas saya.

“Enta uruskanlah..,” katanya sambil menarik tangan saya dan mengambil semula cincin yang disarungkan itu. “Kena ambil cincin ini sebab enta gagal,” katanya berlalu naik ke atas semula ke bilik menunggu.

Nasib baiklah pengawai MAS Medan sedia untuk uruskan burung kakaktua berkenaan. Pengawai MAS itu berjanji akan menghantarnya balik ke kedai burung berkenaan sementara kami akan datang mengambilnya dilain kali. Sehingga ke hari ini saya tidak tahu nasib kakaktua itu. Apakah ianya sudah berada di istana Kelantan ataupun masih di Medan?

Kesimpulan daripada perisitwa itu yang dapat disimpulkan; Husam seorang tidak bertanggungjawab kepada kerja-kerja tidak baiknya. Beliau akan melarikan diri bila terjempit. Dia akan memperalatkan sesiapa saja untuk kepentingannya. Dia tidak sayang kepada wang dan harta benda asalkan jiwanya puas. Itulah Husam alias Abdul Malik.

[Siri seterusnya bagaimana idea untuk membawa Husam balik bertanding di Kelantan tahun 2004. Bagaimana reaksi dan permintaan Husam pada awalnya? Dan dimanakah perundingan itu dibuat? Bersambung]

07
Mei
09

Hikayat Si Baju Merah (6)

Cincin Azimat Untuk Bawa Kakaktua

KIRA-KIRA hampir satu jam kemudian baru Husam sampai ke hotel. Saya tidak mengsyaki apa-apa kepadanya. Tidak terfikir dia melencong ke tempat-tempat lain. Lagi pun siang hari. Kalau malam hari mungkin lain ceritanya. Al maklumlah di Medan ini serba serbi ada. Kata orang.. yang tidak ada hanya mak dan bapak saja.

Husam memang begitu. Pergilah ke mana dengannya dia akan merayau sendiri. Dia tidak suka ramai-ramai. Bukan saja saya mengalaminya, ahli rombongan lain juga yang bersamanya ke luar negara menceritakan hal yang sama, mengenai Husam suka merayau dan merayap sendiri.

haikayat-logo1

Tempat paling yang dia minati ialah kedai buku dan pusat pelancongan. Dia akan cari kedai buku dan sanggup melilau di dalam kedai buku berjam-jam. Husam memang seorang ulat buku, bukan ulat belancas! Sebab itulah dia kaya dengan idea, berfikiran kreatif dan dinamik.

Tetapi saya cuba mengesannya juga tanpa dia sedari. Manalah tau takut-takut berbau minyak kayu putih atau krim yang selalu digunakan oleh tukang picit – tukang urut. Kalau dia pergi ke rumah urut tentu berbau dengan minyak dan krim itu. Tetapi tidak ada, bersih!

Bukan saya ada niat buruk kepadanya, tetapi saja buat sport check. Memang sebagai seorang pemimpin Husam kena baik luar dan dalam, dalam dan luar. Apa-apa pun kalau dilihat dari segi luar saja, semuanya nampak indah sebab ada berbagai kosmetik yang boleh dipakai untuk menampakkan diri cantik dan anggun. Dan sebagai pemimpin sesiapa pun kena dipantau untuk keselamatan dan kesejahteraan peribadinya. Seorang pemimpin bukan saja kena kelihatan sempurna di luar tetapi mesti baik di dalam. Ternyata bak ini Husam terselamat dan tidak terbabas. Dia bukan lelaki suka meracau dan menggemari tempat-tempat hiburan melampau.

Kenapa saya bersikap begitu kerana kurang percaya kepada lelaki dari mana-mana jenis atau pun kumpulan. Walaupun ia seorang pemimpin Pas, parti Islam, tetapi bagi saya tidak boleh percayai 100 peratus. Lelaki adalah lelaki walaupun di mana dan keadaan apa pun mereka berada. Dan saya jenis manusia tidak boleh menyembunyikan kemungkaran yang saya tahu. Walaupun orang tak suka dan menuduh sebagai makan kawan, saya tidak kisah.

Apa lagi saya ada pengalaman melihat sendiri bagaimana seorang wakil rakyat Pas, sebelum itu masih belum menjadi wakil rakyat, berada dalam sebuah bilik urut sedang ‘dipelepak-pelepak’ belakangnya oleh seorang tukang urut perempuan muda dalam keadaan berkemban. Masya-Allah…!

Wakil rakyat itu terbaring atas katil hanya memakai seluar dalam warna putih jenis Byford. Saya tidak berani menuduh yang bukan-bukan. Cuma untuk menenangkan hati saya beranggapan wanita yang mengurut wakil rakyat itu adalah muhrimnya yang berkebtulan bekerja di situ!

Macam mana saya ternampak ini satu hal yang cukup istimewa. Tidak semena-mena tiba-tiba saya ternampak dia memasuki ke sebuah gedung. Saya hairan kenapa dia berada di sini kerana setahu saya di gedung itu tempat lelaki melepaskan lengguh badan. Apa lagi tanpa banyak cerita saya menyusupnya. Entah macam mana saya terlekat di pintu masuk lebih kurang 20 minit. Mungkin saya disyaki oleh hansit (penjaga) gedung itu berniat tidak baik kepada pelanggannya kerana dia nampak saya mengekori dari belakang. Jadi atas kecurigaan itu saya disoal sebelum dibenarkan masuk.

Itu satu cerita, satu cerita lagi mengenai bagaimana juga seorang pemimpin Pas peringkat kawasan terlibat dengan seorang perempuan urut. Juga di Medan. Dia bawa masuk perempuan dan membahagikan kepada kawannya yang bersama dengannya. Terkejut beruk mak yeh si kawan itu apabila perempuan mengetuk biliknya di tengah malam buta. Bila ditanya perempuan itu memberi tahu pemimpin itu yang menyuruhnya bermalam di biliknya.

Kawannya itu yang dianggap lebai sikit menggeletar ‘menerima’ perempuan itu. Baginya perkara itu pelik dan memalukan. Apa lagi selepas itu hebohlah cerita jelek itu di negerinya sehingga sampai ke pengetahuan ketuanya paling atas. Walhasil daripada kejadian itu menyebabkan pemimpin berkenaan tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.

Jadi mengenangkan hal-hal itu semua menjadi saya konfius dan tidak yakin terhadap manusia bernama lelaki tanpa dari kumpulan mana. Mungkin bagi mereka yang mengenali orang politik pada wajah dan suaranya tidak akan merasai apa yang saya lalui ini. Terima saja sebagai baik…

Tetapi Husam bukan begitu. Saya boleh jamin seratus satu peratus dia tidak terbabas dalam hal-hal begini. Husam cukup menjaga tingkah laku dan perhubungan dengan orang awam terutamanya kaum wanita bukan muhrim. Hatta nak bergambar ditempat-tempat menimbulkan masalah juga dia enggan.

Saya masih ingat bagaimana Rosnah Majid, bekas wartawan Utusan Melayu jadi malu sendiri apabila dia menghulurkan salam kepada Husam tetapi tidak disambut. Lama tangan Rosnah tergantung saya lihat sampai mukanya berubah sebab Husam tidak sambut tangannya yang tidak berlapik. Husam saya lihat jadi serba salah. Tetapi nasib baik selepas itu Husam cover kemaluan Rosnah itu dengan cerita-cerita lain.

Peristiwa ini berlaku di Perubatan Pakar Pantai semasa saya bersama beliau mengiringi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke pusat perubatan itu untuk menziarahi Allahyarham Tun Ghabar Baba yang sakit ketika itu.

Gambar hisan: Beginilah lebih kurang rupa burung berkenaan.

Gambar hiasan: Beginilah lebih kurang rupa burung berkenaan.

Berbalik cerita di Medan:

“Ke mana tadi,?” tanya saya kepada Husam. Dia hanya tersengih-sengih seakan berat untuk menceritakan apa yang berlaku.

“Ana pergi semula ke kedai burung tadi,” jelasnya.

“Untuk apa?” soal saya. “Anta beli?” agak saya.

“Aum…. ana dah beli. Pagi-pagi esok sebelum kita bertolak ke airport taukeh burung itu akan hantar burung tu ke sini?” jelasnya selamba saja.

“Nak buat balik macam mana, burung itu dilindungi, salah!” saya mula gelabah.

“Dia akan masukkan dalam sarang (sangkar), dibungkus… tak ada masalah!” dia menjelaskan dengan penuh yakin.

Saya tidak tanya berapa harganya. Tetapi saya cukup yakin harga burung itu tidak kurang daripada RM5,000. Tetapi soal harga tidak kisah, duit ada… boleh lori pun kambing pun beli. Tetapi bagaimana hendak membawa baliknya.

“Ana pernah bawa balik burung dari Jakarta, tidak ada apa-apa masalah,” ceritanya lagi untuk menolak keraguan saya. Atas pengalaman itulah maka dia ulang lagi perbuatan itu.

“Ini cincin, enta pakai ini cincin insyAllahhhh… semuanya akan selamattttt…!,” katanya dengan meniru gaya thabib dalam cerita Ali Baba Dengan 40 Penyamun sambil mencabut cincin dijarinya dan disarungkan ke jari saya. Permata cincin itu kecil sedikit daripada ibu jari kaki… agak kurang normal dengan jari saya. Tetapi kerana dijadikan azimat, pakai juga. Cantik!

“Tak payah pakai-pakai azimatlah, tak boleh bawa..?!” saya cuba bertahan.

“Enta pakai sajahlah….insyAllah lepas… selamat. Kalau burung ini selamat dibawa ke Kota Bharu, enta ambillah ini cincin sebagai upah…,” katanya lagi bersenda sambil ketawa terkekeh-kekeh. Dia selamba saja.

Saya malas berbahas dengan orang yang sudah gila… gila untuk memiliki burung kakak tua berbulu emas. Jadi saya tunggu saja apa yang akan berlaku esok. Namun saya yakin akan timbul masalah di aiport nanti. Namun dalam keadaan resah gerlisah mengenangkan apa yang bakal berlaku esok, terbetik juga di hati untuk memiliki cincin itu. Manalah tahu kalau-kalau berkat cincin itu burung lepas dan cincin itu akan kekal di jari aku!

[Bagaimanakah keadaan di ariport Polonia di Medan? Apakah burung itu selamat dibawa pulang atau apakah yang telah berlaku. Apakah cincin itu dapat membantu? Dan sesuatu yang tidak pernah saya duga berlaku di airport berkenaan, dan di sinilah saya mula mengenali dalaman seorang Husam. Bersambung]

03
Mei
09

Hikayat Si Baju Merah (5)

Cerita Husam dan Kakak Tua Berbulu Emas

BAKAT Husam sebagai wakil rakyat dan tokoh politik (Pas) mulai dicipta dan dikesani sejak beliau menjadi ahli Parlimen, Kubang Kerian 1999 – 2004. Penglibatannya dalam perbahasan di parlimen menyerlahkan kehebatan Husam. Dia sering kali dirujukkan sebagai ahli parlimen yang berbahas dengan menggunakan fact and figure. Husam tidak bercakap kosong dan merapu di parlimen.

Semasa di parlimen jarang sekali saya melihat dia menjampuk ucapan orang lain tidak tentu fasal yang tidak ada kena mengena dengannya. Husam seorang yang serius dan bersopan santun dalam parlimen. Dia tidak suka berjenaka dan menjampuk cakap orang lain sehingga membuang masa. Dia hanya bangun pada waktu yang tepat dan untuk mengemukakan pertanyaan atau memperbetulkan fakta yang salah.

haikayat-logo1

Kerana penampilan itu menyebabkan orang ternanti-nanti perbahasan Husam di parlimen. Pegawai kerajaan juga menanti-nanti apakah yang akan dibangkit dan didedahkan oleh Husam setiap kali ada sidang dewan. Bekas perdana menteri pernah mengatakan, kualiti ahli parlimen yang seperti Husam itulah yang kita mahu. Saya pernah menyampaikan hal ini kepadanya, dan dia hanya tersengih.

Husam seorang rajin membaca dan membuat homework sebelum ke parlimen. Sebab itulah beliau boleh bercakap dan mematikan hujah pihak kerajaan. Adakalanya pihak kerajaan akur dengan apa yang dibentangkan. Ada maklumat dan fakta yang dalam kepalanya tidak ada dalam kepala ahli parlimen kerajaan hatta menteri sendiri. Inilah menunjukkan betapa intelligentnya Husam.

Husam ada ramuan sendiri kenapa beliau mampu tampil menjadi seorang ahli parlimen berkualiti?
Selalunya beberapa hari sebelum dia hendak mengambil bahagian berucap atau membahas sesuatu isu beliau akan ‘mengarahkan’ beberapa orang pembantu sukarelanya untuk mencari bahan ataupun maklumat mengenai isu yang hendak dibangkitkan. Pekerja sukarelawan ini akan mencari segala keperluannya siang malam untuk dihidangkan kepadanya sebagai bekalan di parlimen.

Misalnya saya masih ingat bagaimana pembantu sukarelannya bertungkus lumus mencari fakta dan bahan berhubung dengan perjudian di Genting Highlandas. Isu ini menyebabkan Tengku Adnan Mansor yang menjadi menteri pelancongan ketika itu jadi tidak senang duduk di parlimen. Isu perjudian di Genting menjadi isu nasional yang baik kepada pembangkang.

Kepandaian Husam membina jaringan dengan orang ramailah memungkinkan beliau muncul sehebat itu. Jaringannya bukan saja dengan golongan wartawan, broker politik tetapi turut sama dengan para pegawai kerajaan, swasta dan sebagainya yang banyak menyimpan maklumat-maklumat korporat dan awam.

Husam juga pandai mencari tali hayat bagi membantunya yang tersempit di dalam dewan. Misalnya semasa satu sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan beliau pernah mengSMSkan kepada saya minta bantuan bagaimana hendak membalasah Annuar Musa (ketika itu ketua pembangkang) yang sedang mengkritik hebat kerajaan di sidang Dewan. Husam akan mencari akal dan menghubungi seiapa saja untuk membantunya. Cara dan kebijaksanaan itulah menjadikan Husam hebat dan bertenaga sepanjang masa!

Dalam pada masa sama beliau juga pandai bermain hati dengan para wartawan. Wartawanan cukup menyenangi Husam kerana beliau pandai memberi bahan berita atau pun membuat gimik. Penganugerahan Newsmker of the year oleh protal Malaysiakini membuktikan akan kehebatan Husam dalam jalinan dan kepandaiannya main hatinya dengan wartawan.

Kesukaan wartawan kepada Husam ini sungguh hebat dan jarang digapai oleh ahli parlimen lain. Hebat tidak hebat apabila seorang wartawan pernah menghantarkan sejambak jambangan bunga kepadanya. Saya tidak tahu apakah bunga itu masih ada lagi atau tidak, tetapi ia disimpan sekian lama di rumah salah seorang kawannya di ibu kota. Husam pernah ditunjukkan jambangan itu kepada saya. Bagaimana bau jambangan itu saya sudah lupa…

Inilah cara Husam bekerja dan tidak ramai ahli parlimen lain yang tahu. Apabila beliau ingin sesuatu daripada seorang beliau akan berjumpa orang berkenaan. Dia akan ulang-ulang berjumpa orang itu dalam keadaan apa saja sekalipun. Tidak cukup dengan menelefon dia akan datang sendiri ke rumah orang berkenaan sehinggalah apa yang dihajati dari orang itu akan diperolehi. Kalau perlu mengeluarkan belanja dia tidak akan loket untuk berbuat begitu.

Mengenai sikap Husam yang satu ini saya cukup mengenalinya. Saya ada pengalaman cukup baik untuk membuktikanya sikap dan fiil perangai Husam. Sekali dengar macam dalam hikayat 1001 malam sahaja, tetapi ini adalah realiti mengenai diri Husam. Mungkin sukar untuk dipercayai! Tetapi bagi mereka yang ada kisah dan cerita tersendiri dengan Husam akan tersenyum mendengar pengalaman saya ini.

Pengalaman ini juga menunjukkan sifat Husam di mana kalau dia mahukan sesuatu dia akan usaha dengan apa cara sekalipun. Dia akan sanggup mengunakan apa cara kaedah dan muslihat hatta memperalatkan orang lain. Biarlah orang lain menghadapi masalah atau hampir kena gari tidak mengapa, asalkan hasratnya tercapai. Bagi Husam dia menerima konseop matlamat menghalalkan cara.

Ketika itu saya bersamanya singgah di Medah, Sumatera Utara. Kami dari Aceh menyampaikan bantuan kerajaan negeri Kelantan kepada mangsa tsunami 2004. Disebabkan tidak ada penerbangan terus dari Aceh ke Kuala Lumpur, kami transit di Medah dan esok akan sambung penerbangan ke Kuala Lumpur.

Untuk menghabiskan masa kami round bandar Medah. Jalan-jalan ke serata tempat termasuk makan dan minum. Nak jadikan cerita kami tersasar ke Jalan Bintang. Di disni adalah tempat jualan haiwan dan unggas. Macam-macam binatang ada di sini; kura-kura, ular, musang, kucing, bobong, jibong, arnab dan entah-entah lagi. Burung pula berbaga-bagai… dari burung sebesar ibu jari sampailah burung sebesar anak kambing. Riuh randah kawasan ini dengan bunyian segala macam burung.

Bersama Husam merenung masjid Baitulrahman di Aceh yang teguh meskipun dilanda tsunami 2004.

Bersama Husam merenung masjid Baitulrahman di Aceh yang teguh meskipun dilanda tsunami.

Di sebuah kedai menjual burung Husam sudah terpikat dengan seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata. Husam sangat tertarik dengan burung ini. Sebaik kami melangkah masuk burung ini membunyikan suaranya; selamat pagi pak…! Mulanya saya dan Husam mengira ia datang dari suara anak tuan kedai itu.

“Burung ini ke yang bercakap tadi?” tanya Husam kepada tuan kedai.

“Iya, Pak… ini bisa ngomong… bagus Pak?” tuan kedai menceritakan perihal burung berkenaan yang tercokol atas canggung, kakinya dirantai.

“Berapa umurnya ini?” tanya Husam.

“Oh baru tiga tahun Pak… burung ini usianya panjang, Pak, ada yang sampai hampir 70 tahun. Sekarang ya baru dua tiga rangkai perkataan dapat dilafazkan. Tetapi nanti kalau lama lagi banyak yang bisa dilafazkan,” cerita si pekedai itu makin ramah dan berambu-rambu.

“Dia boleh dangdut ke?” gurau Husam. Eh… tahu juga dia dangdut! Husam sudah terpesona dengan burung berkenaan. Dia mula mengosok-gosok burung itu dan kakak tua itu menunjukkan kemanjaan dengan mengigit-gigit manja jari Husam sambil membunyikan suara manja.

“Tak bengkeng ke …dia?” tanya Husam dalam bahasa Kelantan terlupa yang dia di Indonesia..

“Er maksudnya, pak burung ini enggak garang,?” saya cepat-cepat perbetulkan bahasa slanga Husam.

“Oh enggak..dia baik..bsia dibawah main-main dan begini-beginikan,” cerita tuan kedai itu… sambil mengelus dan menarik-narik kepak burung itu mengajar Husam bagaimana hendak memanjakan kakak tua itu.

Saya sudah naik risau. Husam sudah nampak geram benar dengan burung itu. Beberapa kali saya cuba memberi isyarat untuk beredar nampaknya dia keberatan… dia tertarik dengan kakak tua berbulu emas itu.

[Sampai di hotel Husam tidak terus ke bilik sebaliknya dia menghilang. Ke mana? Dan apa kesudahan dengan burung kakak tua berkenaan, Bersambung]




Mei 2009
I S R K J S A
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Kira Imbas (15 April 2009)

Laman