03
May
09

Hikayat Si Baju Merah (5)

Cerita Husam dan Kakak Tua Berbulu Emas

BAKAT Husam sebagai wakil rakyat dan tokoh politik (Pas) mulai dicipta dan dikesani sejak beliau menjadi ahli Parlimen, Kubang Kerian 1999 – 2004. Penglibatannya dalam perbahasan di parlimen menyerlahkan kehebatan Husam. Dia sering kali dirujukkan sebagai ahli parlimen yang berbahas dengan menggunakan fact and figure. Husam tidak bercakap kosong dan merapu di parlimen.

Semasa di parlimen jarang sekali saya melihat dia menjampuk ucapan orang lain tidak tentu fasal yang tidak ada kena mengena dengannya. Husam seorang yang serius dan bersopan santun dalam parlimen. Dia tidak suka berjenaka dan menjampuk cakap orang lain sehingga membuang masa. Dia hanya bangun pada waktu yang tepat dan untuk mengemukakan pertanyaan atau memperbetulkan fakta yang salah.

haikayat-logo1

Kerana penampilan itu menyebabkan orang ternanti-nanti perbahasan Husam di parlimen. Pegawai kerajaan juga menanti-nanti apakah yang akan dibangkit dan didedahkan oleh Husam setiap kali ada sidang dewan. Bekas perdana menteri pernah mengatakan, kualiti ahli parlimen yang seperti Husam itulah yang kita mahu. Saya pernah menyampaikan hal ini kepadanya, dan dia hanya tersengih.

Husam seorang rajin membaca dan membuat homework sebelum ke parlimen. Sebab itulah beliau boleh bercakap dan mematikan hujah pihak kerajaan. Adakalanya pihak kerajaan akur dengan apa yang dibentangkan. Ada maklumat dan fakta yang dalam kepalanya tidak ada dalam kepala ahli parlimen kerajaan hatta menteri sendiri. Inilah menunjukkan betapa intelligentnya Husam.

Husam ada ramuan sendiri kenapa beliau mampu tampil menjadi seorang ahli parlimen berkualiti?
Selalunya beberapa hari sebelum dia hendak mengambil bahagian berucap atau membahas sesuatu isu beliau akan ‘mengarahkan’ beberapa orang pembantu sukarelanya untuk mencari bahan ataupun maklumat mengenai isu yang hendak dibangkitkan. Pekerja sukarelawan ini akan mencari segala keperluannya siang malam untuk dihidangkan kepadanya sebagai bekalan di parlimen.

Misalnya saya masih ingat bagaimana pembantu sukarelannya bertungkus lumus mencari fakta dan bahan berhubung dengan perjudian di Genting Highlandas. Isu ini menyebabkan Tengku Adnan Mansor yang menjadi menteri pelancongan ketika itu jadi tidak senang duduk di parlimen. Isu perjudian di Genting menjadi isu nasional yang baik kepada pembangkang.

Kepandaian Husam membina jaringan dengan orang ramailah memungkinkan beliau muncul sehebat itu. Jaringannya bukan saja dengan golongan wartawan, broker politik tetapi turut sama dengan para pegawai kerajaan, swasta dan sebagainya yang banyak menyimpan maklumat-maklumat korporat dan awam.

Husam juga pandai mencari tali hayat bagi membantunya yang tersempit di dalam dewan. Misalnya semasa satu sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan beliau pernah mengSMSkan kepada saya minta bantuan bagaimana hendak membalasah Annuar Musa (ketika itu ketua pembangkang) yang sedang mengkritik hebat kerajaan di sidang Dewan. Husam akan mencari akal dan menghubungi seiapa saja untuk membantunya. Cara dan kebijaksanaan itulah menjadikan Husam hebat dan bertenaga sepanjang masa!

Dalam pada masa sama beliau juga pandai bermain hati dengan para wartawan. Wartawanan cukup menyenangi Husam kerana beliau pandai memberi bahan berita atau pun membuat gimik. Penganugerahan Newsmker of the year oleh protal Malaysiakini membuktikan akan kehebatan Husam dalam jalinan dan kepandaiannya main hatinya dengan wartawan.

Kesukaan wartawan kepada Husam ini sungguh hebat dan jarang digapai oleh ahli parlimen lain. Hebat tidak hebat apabila seorang wartawan pernah menghantarkan sejambak jambangan bunga kepadanya. Saya tidak tahu apakah bunga itu masih ada lagi atau tidak, tetapi ia disimpan sekian lama di rumah salah seorang kawannya di ibu kota. Husam pernah ditunjukkan jambangan itu kepada saya. Bagaimana bau jambangan itu saya sudah lupa…

Inilah cara Husam bekerja dan tidak ramai ahli parlimen lain yang tahu. Apabila beliau ingin sesuatu daripada seorang beliau akan berjumpa orang berkenaan. Dia akan ulang-ulang berjumpa orang itu dalam keadaan apa saja sekalipun. Tidak cukup dengan menelefon dia akan datang sendiri ke rumah orang berkenaan sehinggalah apa yang dihajati dari orang itu akan diperolehi. Kalau perlu mengeluarkan belanja dia tidak akan loket untuk berbuat begitu.

Mengenai sikap Husam yang satu ini saya cukup mengenalinya. Saya ada pengalaman cukup baik untuk membuktikanya sikap dan fiil perangai Husam. Sekali dengar macam dalam hikayat 1001 malam sahaja, tetapi ini adalah realiti mengenai diri Husam. Mungkin sukar untuk dipercayai! Tetapi bagi mereka yang ada kisah dan cerita tersendiri dengan Husam akan tersenyum mendengar pengalaman saya ini.

Pengalaman ini juga menunjukkan sifat Husam di mana kalau dia mahukan sesuatu dia akan usaha dengan apa cara sekalipun. Dia akan sanggup mengunakan apa cara kaedah dan muslihat hatta memperalatkan orang lain. Biarlah orang lain menghadapi masalah atau hampir kena gari tidak mengapa, asalkan hasratnya tercapai. Bagi Husam dia menerima konseop matlamat menghalalkan cara.

Ketika itu saya bersamanya singgah di Medah, Sumatera Utara. Kami dari Aceh menyampaikan bantuan kerajaan negeri Kelantan kepada mangsa tsunami 2004. Disebabkan tidak ada penerbangan terus dari Aceh ke Kuala Lumpur, kami transit di Medah dan esok akan sambung penerbangan ke Kuala Lumpur.

Untuk menghabiskan masa kami round bandar Medah. Jalan-jalan ke serata tempat termasuk makan dan minum. Nak jadikan cerita kami tersasar ke Jalan Bintang. Di disni adalah tempat jualan haiwan dan unggas. Macam-macam binatang ada di sini; kura-kura, ular, musang, kucing, bobong, jibong, arnab dan entah-entah lagi. Burung pula berbaga-bagai… dari burung sebesar ibu jari sampailah burung sebesar anak kambing. Riuh randah kawasan ini dengan bunyian segala macam burung.

Bersama Husam merenung masjid Baitulrahman di Aceh yang teguh meskipun dilanda tsunami 2004.

Bersama Husam merenung masjid Baitulrahman di Aceh yang teguh meskipun dilanda tsunami.

Di sebuah kedai menjual burung Husam sudah terpikat dengan seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata. Husam sangat tertarik dengan burung ini. Sebaik kami melangkah masuk burung ini membunyikan suaranya; selamat pagi pak…! Mulanya saya dan Husam mengira ia datang dari suara anak tuan kedai itu.

“Burung ini ke yang bercakap tadi?” tanya Husam kepada tuan kedai.

“Iya, Pak… ini bisa ngomong… bagus Pak?” tuan kedai menceritakan perihal burung berkenaan yang tercokol atas canggung, kakinya dirantai.

“Berapa umurnya ini?” tanya Husam.

“Oh baru tiga tahun Pak… burung ini usianya panjang, Pak, ada yang sampai hampir 70 tahun. Sekarang ya baru dua tiga rangkai perkataan dapat dilafazkan. Tetapi nanti kalau lama lagi banyak yang bisa dilafazkan,” cerita si pekedai itu makin ramah dan berambu-rambu.

“Dia boleh dangdut ke?” gurau Husam. Eh… tahu juga dia dangdut! Husam sudah terpesona dengan burung berkenaan. Dia mula mengosok-gosok burung itu dan kakak tua itu menunjukkan kemanjaan dengan mengigit-gigit manja jari Husam sambil membunyikan suara manja.

“Tak bengkeng ke …dia?” tanya Husam dalam bahasa Kelantan terlupa yang dia di Indonesia..

“Er maksudnya, pak burung ini enggak garang,?” saya cepat-cepat perbetulkan bahasa slanga Husam.

“Oh enggak..dia baik..bsia dibawah main-main dan begini-beginikan,” cerita tuan kedai itu… sambil mengelus dan menarik-narik kepak burung itu mengajar Husam bagaimana hendak memanjakan kakak tua itu.

Saya sudah naik risau. Husam sudah nampak geram benar dengan burung itu. Beberapa kali saya cuba memberi isyarat untuk beredar nampaknya dia keberatan… dia tertarik dengan kakak tua berbulu emas itu.

[Sampai di hotel Husam tidak terus ke bilik sebaliknya dia menghilang. Ke mana? Dan apa kesudahan dengan burung kakak tua berkenaan, Bersambung]


7 Responses to “Hikayat Si Baju Merah (5)”


  1. 1 MERBOK JAMBUL
    Mei 3, 2009 at 1:42 PM

    AH MSO cerita fasal Husam dengan burung kakak tua pulok doh….

    Tapi Husam memang suka membela binatang, burung, kambing, katak, ayam serama entah macam-macam ada di rumahnya.

    Tetapi dalam bab peliharan kambinglah, menyebabkan MSO dengan Husam renggang kerana katanya Husam langgar kontrak membeli kambing.

    Sepatutnya kambing yang dibeli dari sumber duit Kerajaan Kelantan hendaklah mengunakan kaedah tender terbuka, bukan runding dan beli dengan kawan-kawan kroni saja.

    • 2 diarymaya
      Mei 4, 2009 at 3:22 AM

      Kepada Merebah Jambul, di jelaskan di sini…. saya setuju kalau sdr mengatakan saya renggang dengan Husam kerana projek kambing. Tetapi apa sebenarnya berlaku saya bukan pertikaikan mengenai pembelian menerusi kroni atau langgar kontrak itu, tidak… itu tidak ada kena mengena dengan saya.
      Tetapi apa yang menyebabkan saya marah kepada Abdul Malik ini kerana sikap tidak bertanggunngjawabnya dalam hal ini. Sikap yang sering saya katakan sebagai lempar batu sembunyi tangan. Dia boleh menidakkan apa yang beliau lakukan dan segala penyakit dihumbankan ke atas kepala orang lain.
      Sebenarnya juga saya tidak bersetuju dengan beberapa sikap dan pendekatan politik Husam yang sukar untuk saya terima kerana sebab-sebab prinsip juga. Akan dikisahkan dalam hikayat ini nanti. Penjelasan ini diharap dapat memperbetulkan salah tanggap sdr dan juga yang lain. Salam.

  2. 3 antihusam
    Mei 3, 2009 at 7:50 PM

    penulis kena cerita sikit bagaimana husam dan kickdefella dajalkan musuh politik dia di kelantan iaitu ustaz nik amar dan maya karin.

    politik husam terlalu hodoh dan busuk !

  3. 4 idolaku HUSAM
    Mei 4, 2009 at 1:32 AM

    seronok betul baca hikayat ni….penuh dgn suspen!!buatkan tak sabar2 nak baca episod seterusnya….hebat betul MSO main dgn ayat!!betullah apa yg dikata…pena lebih tajam dr mata pedang!MSO kena ingat tuuuu…episod ni paling seronok dibaca…

  4. 5 dewahudoh
    Mei 4, 2009 at 4:46 PM

    Tuan Haji main drama plak… memang menimbulkan tanda tanya pula kisah ni siap ada sambungan… apa2 pun saya akan terus sabar menanti sambungan kisah ni… Memang susah kita nak tahu kisah disebalik tabir seseorang pemimpin kalau tiada orang yang beritahu…. semoga kisah ini telus dan tiada unsur khianat ataupun nak cover line… kalu baik cerita la yang baik kalu ada yang tak baik cerit lah juga… biar semua orang tahu juga serba sedikit tentang Husam…

  5. 6 ABCD
    Mei 4, 2009 at 5:13 PM

    Teringat kisah Tupai yang Pak MSO ceritakan dahulu yang Datuk Husam bawa naik MAS. Rupanya ada lagi kisah yang hampir sama.

  6. 7 affandi
    Mei 8, 2009 at 12:54 PM

    memang menarik cerita ini…penuh dg suspen…syabas pak mso s


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: