07
May
09

Hikayat Si Baju Merah (6)

Cincin Azimat Untuk Bawa Kakaktua

KIRA-KIRA hampir satu jam kemudian baru Husam sampai ke hotel. Saya tidak mengsyaki apa-apa kepadanya. Tidak terfikir dia melencong ke tempat-tempat lain. Lagi pun siang hari. Kalau malam hari mungkin lain ceritanya. Al maklumlah di Medan ini serba serbi ada. Kata orang.. yang tidak ada hanya mak dan bapak saja.

Husam memang begitu. Pergilah ke mana dengannya dia akan merayau sendiri. Dia tidak suka ramai-ramai. Bukan saja saya mengalaminya, ahli rombongan lain juga yang bersamanya ke luar negara menceritakan hal yang sama, mengenai Husam suka merayau dan merayap sendiri.

haikayat-logo1

Tempat paling yang dia minati ialah kedai buku dan pusat pelancongan. Dia akan cari kedai buku dan sanggup melilau di dalam kedai buku berjam-jam. Husam memang seorang ulat buku, bukan ulat belancas! Sebab itulah dia kaya dengan idea, berfikiran kreatif dan dinamik.

Tetapi saya cuba mengesannya juga tanpa dia sedari. Manalah tau takut-takut berbau minyak kayu putih atau krim yang selalu digunakan oleh tukang picit – tukang urut. Kalau dia pergi ke rumah urut tentu berbau dengan minyak dan krim itu. Tetapi tidak ada, bersih!

Bukan saya ada niat buruk kepadanya, tetapi saja buat sport check. Memang sebagai seorang pemimpin Husam kena baik luar dan dalam, dalam dan luar. Apa-apa pun kalau dilihat dari segi luar saja, semuanya nampak indah sebab ada berbagai kosmetik yang boleh dipakai untuk menampakkan diri cantik dan anggun. Dan sebagai pemimpin sesiapa pun kena dipantau untuk keselamatan dan kesejahteraan peribadinya. Seorang pemimpin bukan saja kena kelihatan sempurna di luar tetapi mesti baik di dalam. Ternyata bak ini Husam terselamat dan tidak terbabas. Dia bukan lelaki suka meracau dan menggemari tempat-tempat hiburan melampau.

Kenapa saya bersikap begitu kerana kurang percaya kepada lelaki dari mana-mana jenis atau pun kumpulan. Walaupun ia seorang pemimpin Pas, parti Islam, tetapi bagi saya tidak boleh percayai 100 peratus. Lelaki adalah lelaki walaupun di mana dan keadaan apa pun mereka berada. Dan saya jenis manusia tidak boleh menyembunyikan kemungkaran yang saya tahu. Walaupun orang tak suka dan menuduh sebagai makan kawan, saya tidak kisah.

Apa lagi saya ada pengalaman melihat sendiri bagaimana seorang wakil rakyat Pas, sebelum itu masih belum menjadi wakil rakyat, berada dalam sebuah bilik urut sedang ‘dipelepak-pelepak’ belakangnya oleh seorang tukang urut perempuan muda dalam keadaan berkemban. Masya-Allah…!

Wakil rakyat itu terbaring atas katil hanya memakai seluar dalam warna putih jenis Byford. Saya tidak berani menuduh yang bukan-bukan. Cuma untuk menenangkan hati saya beranggapan wanita yang mengurut wakil rakyat itu adalah muhrimnya yang berkebtulan bekerja di situ!

Macam mana saya ternampak ini satu hal yang cukup istimewa. Tidak semena-mena tiba-tiba saya ternampak dia memasuki ke sebuah gedung. Saya hairan kenapa dia berada di sini kerana setahu saya di gedung itu tempat lelaki melepaskan lengguh badan. Apa lagi tanpa banyak cerita saya menyusupnya. Entah macam mana saya terlekat di pintu masuk lebih kurang 20 minit. Mungkin saya disyaki oleh hansit (penjaga) gedung itu berniat tidak baik kepada pelanggannya kerana dia nampak saya mengekori dari belakang. Jadi atas kecurigaan itu saya disoal sebelum dibenarkan masuk.

Itu satu cerita, satu cerita lagi mengenai bagaimana juga seorang pemimpin Pas peringkat kawasan terlibat dengan seorang perempuan urut. Juga di Medan. Dia bawa masuk perempuan dan membahagikan kepada kawannya yang bersama dengannya. Terkejut beruk mak yeh si kawan itu apabila perempuan mengetuk biliknya di tengah malam buta. Bila ditanya perempuan itu memberi tahu pemimpin itu yang menyuruhnya bermalam di biliknya.

Kawannya itu yang dianggap lebai sikit menggeletar ‘menerima’ perempuan itu. Baginya perkara itu pelik dan memalukan. Apa lagi selepas itu hebohlah cerita jelek itu di negerinya sehingga sampai ke pengetahuan ketuanya paling atas. Walhasil daripada kejadian itu menyebabkan pemimpin berkenaan tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.

Jadi mengenangkan hal-hal itu semua menjadi saya konfius dan tidak yakin terhadap manusia bernama lelaki tanpa dari kumpulan mana. Mungkin bagi mereka yang mengenali orang politik pada wajah dan suaranya tidak akan merasai apa yang saya lalui ini. Terima saja sebagai baik…

Tetapi Husam bukan begitu. Saya boleh jamin seratus satu peratus dia tidak terbabas dalam hal-hal begini. Husam cukup menjaga tingkah laku dan perhubungan dengan orang awam terutamanya kaum wanita bukan muhrim. Hatta nak bergambar ditempat-tempat menimbulkan masalah juga dia enggan.

Saya masih ingat bagaimana Rosnah Majid, bekas wartawan Utusan Melayu jadi malu sendiri apabila dia menghulurkan salam kepada Husam tetapi tidak disambut. Lama tangan Rosnah tergantung saya lihat sampai mukanya berubah sebab Husam tidak sambut tangannya yang tidak berlapik. Husam saya lihat jadi serba salah. Tetapi nasib baik selepas itu Husam cover kemaluan Rosnah itu dengan cerita-cerita lain.

Peristiwa ini berlaku di Perubatan Pakar Pantai semasa saya bersama beliau mengiringi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke pusat perubatan itu untuk menziarahi Allahyarham Tun Ghabar Baba yang sakit ketika itu.

Gambar hisan: Beginilah lebih kurang rupa burung berkenaan.

Gambar hiasan: Beginilah lebih kurang rupa burung berkenaan.

Berbalik cerita di Medan:

“Ke mana tadi,?” tanya saya kepada Husam. Dia hanya tersengih-sengih seakan berat untuk menceritakan apa yang berlaku.

“Ana pergi semula ke kedai burung tadi,” jelasnya.

“Untuk apa?” soal saya. “Anta beli?” agak saya.

“Aum…. ana dah beli. Pagi-pagi esok sebelum kita bertolak ke airport taukeh burung itu akan hantar burung tu ke sini?” jelasnya selamba saja.

“Nak buat balik macam mana, burung itu dilindungi, salah!” saya mula gelabah.

“Dia akan masukkan dalam sarang (sangkar), dibungkus… tak ada masalah!” dia menjelaskan dengan penuh yakin.

Saya tidak tanya berapa harganya. Tetapi saya cukup yakin harga burung itu tidak kurang daripada RM5,000. Tetapi soal harga tidak kisah, duit ada… boleh lori pun kambing pun beli. Tetapi bagaimana hendak membawa baliknya.

“Ana pernah bawa balik burung dari Jakarta, tidak ada apa-apa masalah,” ceritanya lagi untuk menolak keraguan saya. Atas pengalaman itulah maka dia ulang lagi perbuatan itu.

“Ini cincin, enta pakai ini cincin insyAllahhhh… semuanya akan selamattttt…!,” katanya dengan meniru gaya thabib dalam cerita Ali Baba Dengan 40 Penyamun sambil mencabut cincin dijarinya dan disarungkan ke jari saya. Permata cincin itu kecil sedikit daripada ibu jari kaki… agak kurang normal dengan jari saya. Tetapi kerana dijadikan azimat, pakai juga. Cantik!

“Tak payah pakai-pakai azimatlah, tak boleh bawa..?!” saya cuba bertahan.

“Enta pakai sajahlah….insyAllah lepas… selamat. Kalau burung ini selamat dibawa ke Kota Bharu, enta ambillah ini cincin sebagai upah…,” katanya lagi bersenda sambil ketawa terkekeh-kekeh. Dia selamba saja.

Saya malas berbahas dengan orang yang sudah gila… gila untuk memiliki burung kakak tua berbulu emas. Jadi saya tunggu saja apa yang akan berlaku esok. Namun saya yakin akan timbul masalah di aiport nanti. Namun dalam keadaan resah gerlisah mengenangkan apa yang bakal berlaku esok, terbetik juga di hati untuk memiliki cincin itu. Manalah tahu kalau-kalau berkat cincin itu burung lepas dan cincin itu akan kekal di jari aku!

[Bagaimanakah keadaan di ariport Polonia di Medan? Apakah burung itu selamat dibawa pulang atau apakah yang telah berlaku. Apakah cincin itu dapat membantu? Dan sesuatu yang tidak pernah saya duga berlaku di airport berkenaan, dan di sinilah saya mula mengenali dalaman seorang Husam. Bersambung]


12 Responses to “Hikayat Si Baju Merah (6)”


  1. 1 Ankabut
    Mei 7, 2009 at 1:33 AM

    Aduhh… Tuan tak konar sikit abuk. Kalu perlu konar masuk short-cut, konar ler. Tapi takpe, tentu ada benda suspen lepas ni. Mana tau takut ada flight kena buat emergency landing akibat burung tu bercakap macam bunyi radio transmit ker ape, hehe.

  2. 2 Ghoba
    Mei 7, 2009 at 6:10 AM

    Kepimpinan Ulamak Perjuangan Hidup Mati UMNO.

    Tetapi cita-cita Tok Guru Nik Aziz amat merisaukan UMNO dan mesti digagalkan. UMNO mesti memastikan supaya imej PAS tetap sebagai imej Tok Lebai Kampung. UMNO mahu PAS terus dengan imej penceramah agama yang bercakap bersembur-sembur dan menakutkan orang yang belum tinggi pengetahuan agamanya dari mendekati mereka.

    Respons By Readers

    “Lihatlah sejarah, jangan mudah lupa siapakah yang dulunya pahlawan-pahlawan PAS yang lantang sehingga banyak daripada mereka yang mengkafirkan dan menyesatkan UMNO, kemudian masuk UMNO kerana sebab-sebab tertentu, dan mengeluarkan pula’fatwa’ yang PAS yang sebenarnya sesat. Maklumlah mereka ulama, maka mereka mempunyai A.P untuk mengeluarkan fatwa dan memutuskan hukum-hakam:

    Antara nama-nama yang tertonjol ialah:

    1.Al-Fadil Prof Madya Ustaz Mohd Nor Idris
    2.Al-Fadil Ustaz Datuk Mustafa Taib
    3.Al-Fadil Ustaz Wan Ismail Machang
    4.Al-Fadil Ustaz Abdul Latif Besut
    5.Al-Fadil T.Guru Hj Ghazali Losong
    6. Al-Fadil T. Guru Hj Omar
    7.Al-Fadil T.Guru Mohd Nor Teliar

    Agaknya ketua Dewan Ulama PAS terlupa nama-nama besar ini kerana terlalu semangat hendak mempertahankan asabiyyah geng pengajian aliran arab .

    Lihatlah juga ketika terbentuknya BERJASA, siapakah tokoh-tokoh pemimpin PAS yang bersama-sama Ibrahim Ali membela Datuk Mohd Nasir? dan menyertai BN selepas PAs ditendang?. Ketua Dewan Ulama tentu masih ingat, kerana kita orang biasapun masih ingat bagaimana beliau dengan sikap kasarnya (kurang adab?) menyerang bapa mertuanya, yalah walaupun berlainan faham.Bukankah ramai yang berhijrah meninggalkan PAS ketika itu adalah golongan ulama?

    Bagaimanapun kerana Ketua Dewan Ulama yang sekarang dan yang telah pencen berkata perkara yang di sebaliknya, maka kita akan terus menyokong mereka, maklumlah mereka adalah ulama, maka kita akan laungkan “betul!, betul!, betul! – Saud Said

    http://kickdefella.wordpress.com/

    • 3 Pakcu Pi
      Mei 7, 2009 at 12:04 PM

      Tapi jangan Lupa antara jasa Husam lah juga membolehkan Dato’ Paduka Ibrahim Ali menjadi YB Parlimen Pasir Mas, seorang Calon BEBAS yang bercap BULAN PURNAMA. Yang sekarangbaru tau sapo Berahim Ali.

  3. 4 idolaku HUSAM
    Mei 7, 2009 at 7:39 AM

    sampai episode lima xdok lg criter yg hangat pasal husam…penat lah nak tunggu…kalu star wars smpai episode 6 jer…tak kan hikayat ni smpai 30 episode cam drama samarinda tv3…ke nak wat samapi ratus episode cam criter rosalinda…

  4. 5 PG
    Mei 7, 2009 at 8:49 AM

    Wakil rakyat itu terbaring atas katil hanya memakai seluar dalam warna putih jenis Byford. Saya tidak berani menuduh yang bukan-bukan. Cuma untuk menenangkan hati saya beranggapan wanita yang mengurut wakil rakyat itu adalah muhrimnya yang berkebtulan bekerja di situ!….AYAT-AYAT NI YANG PALING KELAKAR SEKALI.PANDAI MSO BUAT LAWAK.HEHEHE.SAYA PUN RASA YANG PIJAK-PIJAK BADAN DIA TU MUHRIM DIA,MUNGKIN ANAK SAUDARA DIA.HEHEHE

  5. Mei 7, 2009 at 9:27 AM

    Betul ke dulu pak sayuti proksi Husam? Pernah tak Husam menggunakan siasah atau media di bawah kelolaan pak sayuti untuk mengemilangkan namanya?. sekadar persoalan bermain dalam minda.

  6. Mei 7, 2009 at 10:12 AM

    Hi..hi..nampak macam Tuan Hj (Husam) tu nak bergurau dgn Pak Sayuti je… nak test Pak Sayuti percaya ke tidak dengan azimat-azimat ni…tapi arghh..cerita belum habis lagi…..

    5 orang adik perempuan Tuan Hj saya kenal sebab satu sekolah. Berjuruh belaka adik-adiknya yang saya kenal itu. Perangai adik- beradik ni lebih kurang je biasanya.

    InsyaAllah…berkat doa keluarganya yang berjuruh tu…Tuan Hj akan dilindungi Allah hendaknya.

    Manusia ni ada potensi besar utk berubah ke arah yg lebih baik dan lebih baik kerana Allah sendiri yg mencipta fitrah manusia begitu.

    Umar al-Khattab itu asalnya kafir dan pernah bunuh anak perempuannya hidup-hidup. Namun dgn ilmu dan taqwa, Umar menjadi sahabat kedua terbaik buat Rasulullah s.a.w selepas Abu Bakr r.a.

    Doa sahaja buat sahabat-sahabat kita agar Allah tetapkan hati mereka dlm hidayah dan keampunanNya.

  7. 8 shaharinshariton
    Mei 7, 2009 at 2:13 PM

    Masa PRK Permatang Pauh YB Husam berkepit kiri kanan dengan DSAI, la dok nak lawan YB Nasha pula. Sebenarnya apa yang ada dalam agenda YB Husam. Tuan MSO tolong fokuskan sikit tentang yang ni…………..

  8. 9 idolaku HUSAM
    Mei 8, 2009 at 4:38 AM

    leh tak pak MSO…hikayat ni episod dia tiap2 hari MSO upload kan!kalu nak tau tiap2 ari aku dok bukak blog hikayat ni…xsabar nak tggu ending dia…hapi ker sad ker!!

  9. 10 dewahudoh
    Mei 9, 2009 at 8:54 AM

    cepat la kuar kan sambungan citer ni…

  10. 11 muhamed
    Mei 13, 2009 at 6:40 AM

    tu pengalaman peribadi PAk MSO dgn Husam MUsa…..MSO cuba nak relatedkan dgn sikap politik Husam…mungkin betul, mungkin salah…

  11. Mei 14, 2009 at 4:54 AM

    kalau benar itu sikap husam, layak ke Husam nak mempimpin sebuah parti yang dikaitkan dengan gerakan islam? sikap husam tidak ubah seperti anwar Ibrahim suka lempar batu sembunyi tangan…agak2nya adakah husam melalui pihak lain yang lancarkan psy war untuk menjatuhkan imej ulamak dalam parti? sape tau kan..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: