10
May
09

Hikayat Si Baju Merah (7)

Salam Selamat Pagi Dari Kakaktua

SEBAIK saya dan Husam turun ke lobi hotel untuk bertolak ke lapangan terbang Polonia, Medan, taukeh burung kakaktua sudah tercegak di situ seperti dijanjikan dengan Husam. Ditangannya tergantung sangkar burung yang ditutup kemas dan rapi dengan kertas. Di dalamnya ada burung kakaktua berbulu emas.

Tanpa memegang sangkar itu Husam mengarah taukeh itu serahkan kepada saya. “Biar bapak Sayuti saja yang bawa,” kata Husam bercanda. Taukeh itu menghulurkan kepada saya. Urusan bayar membayar sudah pun dilangsung petang semalam, ketika Husam bersendirian ke kedai itu. Jadi berapa harga exactlynya saya tidak tahu.

haikayat-logo1

Dengan membimbit sangkar seberat kira-kira dua kilo gram itu dengan tangan kiri dan menarik beg dengan tangan kanan saya menuju ke teksi. Husam jalan berlenggang dengan sebuah beg saja. Perjalanan ke lapangan terbang memakan masa hanya 15 minit saja.

Saya dengan sangkar burung kakaktua berada di depan. Husam masuk awal di belakang. Husam memang suka duduk belakang kalau naik kereta… bukan lagak, tetapi kerana kateh (anggota)nya panjang. Kalau duduk di depan kurang selesa. Sebab itulah bila naik kapal terbang jarang Husam duduk di kelas ekonomi kerena sempit, dia suka pilih ruang bisness clas. Selesa.

Sepanjang perjalanan 15 minit itu macam-macam berserabut dalam kepala. Saya sudah merasakan urusan untuk membawa kakaktua itu bukan mudah. Bawa benda hidup katakan, mana boleh nak sembunyi-sembunyi. Lainlah kalau bawa batu permata ataupun tungul kayu mati, senang boleh disorot dan disembunyikan di mana-mana. Ia tidak bergerak atau berbunyi.

Sambil berfikir sendiri saya melihat-lihat cincin di jari yang disarungkan Husam malam tadi. Cantik! Rasa ingin memilikinya begitu tinggi. Detik emi detik cincin itu makin serasi pula dengan jari saya.

Sampai di Polonia Husam berjalan laju ke depan, menuju ke kounter tikit. Saya mengekori dari belakang. Sampai di pintu untuk masuk ke tempat checking tikit saya disekat tidak boleh jalan terus kerana ada barang dibawa.

“Pak sini dulu..!.” panggil pengawal yang menjaga mesin pengimbas. Dada sudah mula bergeduk geduk, cemas.

“Apa ni pak?” tanya pengawal itu mesra. Husam sudah di kouter tikit. Saya tidak ternampak pun dia ada menyilau kepada saya.

“Barang pak, kado…,” balas saya. Kado itu bahasa Indoensia bermaksud hadiah. Kalau hadiah mungkin bapa pengawal itu mengira benda, kek atau pun apa-apa cenderamata dan akan dilepaskan begitu saja tanpa banyak soal.

“Imbas dulu.. ya!” katanya sambil meminta saya meletakkan sangkar burung di mesin pengimbas.

“Apa perlu pak..?”, saya mula mencari dalih mengelak daripada diimbas bimbang rahsia akan pecah. Haru jadinya nanti.

“Iya… kena imbas dulu. Bapak letak di sini, dan bapak masuk ke pintu itu..” ajarnya kepada saya satu persatu.

Dengan Bismillah dan tidak pun mengharap cahaya dari cincin saya meletakkan sangkar burung berkenaan ke dalam mesin pengimbas itu. Kemudian meletakkan beg saya. Saya melangkah memasuki ke pintu di sebelah dan menunggu di sebelah dalam. Debaran di dada makin kencang.

Rekkkkkk…. siupppp…. rekkkkk! Imbalas berlaku. Kedua barang itu melepasi mesin pengimblas. Muka saya mungkin menjadi putih ketika ini. Lepas. Tidak ada apa-apa terhalang. Pengawal itu hanya tersenyum sahaja. Saya bukan main lagi, rasa lega semacam ruang dalam masjid negara.

Saya cepat-cepat membawa sangkar itu ke kounter tikit mendekati Husam yang sedang urusan tikit. Passport saya ditangannya. Melihat sangkar ditangan saya Husam tersenyum puas. Dia mengira batu cincinya telah menyelamatkan segalanya!

“Apa barang itu mahu masuk luggage , pak…?” tanya si manis yang di kounter tikit bila melihat saya membawa sangkar itu.

“Oh tak… mahu di bawa sendiri…!” bilang saya seramah yang boleh mahu melalikan pemandangan dan pemerhatian pengurus tikit itu kepada sangkar burung itu.

Husam tidak terkata apa-apa.

“Tapi barang ini kebesaran pak, tidak boleh di bawa ke dalam kabin…. harus dimasukkan ke dalam luggage …,” pinta si manis di sebelahnya. “Apa ni pak… bisa lihat?” aju yang seorang pengawal lelaki dengan suara kuat.

“Kado.. pak…!“ jelas saya dengan perasaan mulai gugup.

“Bisa dilihat dulu…!” minta pengawal itu dan cuba membuka kertas yang menutupi sangkar berkenaan. Saya terpaksa mengalah sebab dia sudah mula mengopeknya. Sebaik saja kertas itu terkopek tiba-tiba…”Selamat pagi pak… selamat pagi pak….” si burung kakak tua itu bersuara memberi salam. Saya lihat pengawal itu sedikit terkejut.

“Oh… burung…. burung hidup ni, pak? Masih hidup!” kata pengawal itu. Saya sudah mulai panik dan gelabah tidak tahu nak menjawab macam mana.

“Ada dokumentasinya, pak?” tanya pengawal itu mengenai surat keizinan.

“Dokumentasi apa pak?” tanya saya buat-buat bodoh.

“Begini burung ini dilindungi, harus ada surat keizinan daripada pemerintah. Kalau tak ada, tidak boleh dibawa keluar,” balas seorang pegawal lebih tinggi. Burung kakaktua itu sudah menjadi perhatian umum. Ramai pengawal dan petugas airport yang tidak kena mengena turut melingkungi kami. Semuanya terpesona dengan suara selamat pagi, selamat pagi… si kakatua berbulu emas itu.

Husam sudah gelisah. Dia macam nampak nak melarikan diri saja. Dia menghampiri saya dan menghulurkan boarding pass, passport dan seberkas wang rupiah sebesar lutut. “Enta uruslah, ana naik dulu… dan tunggu di atas,” katanya sambil berlalu memasuki ke ruang menunggu dan meninggalkan saya dengan burung kakaktua.

Saya cuba bersilat dan mempengaruh pengawal itu namun tidak berhasil. Seorang pengawai mencadangkan supaya saya menemui pihak pejabat veterinar yang terletak di sebrang jalan berderketaan lapangan tebang itu. “Baik bapa ke jabatan veteriar dan uruskan dulu dengan pihaknya. Dapat surat keizinan… kalau tidak, burung ini tidak bisa dibawa..,” kata pengawai itu jujur mengajarkan saya.

Tidak ada pilihan lain saya terpaksa membawa burung itu ke pejabat veterinar seperti ditunjukkan. Di sana ada dua orang pengawai, keturunan batak. Kedua-duanya bermisai tebal bertubuh gempal. Macam biasalah orang batak, giginya jarangan digosokan menjadikan wajahnya menakutkan.

“Boleh dibantu pak…. ?” sapa salah seorangnya.

Saya menangkat sangkar burung dan dilihatnya.

“Kenapa pak,?” tanyanya tanpa mengetahui keriuhan yang berlaku di lapangan terbang tadi.

“Saya mahu bawa burung ini ke Malaysia, Pak…. !” jelas saya.

“Tidak boleh pak, burung ini dilindungi, salah dibawa keluar….,” jelasnya tanpa habis mendengar cakap saya.

Serentak itu ditunjukkan jenis-jenis burung bersama gambar yang terpampang di pejabat itu. Pegawai itu turut menyebut denda dan hukumannya sekali kalau engkar.

“Saya tahu pak, tetapi saya sudah terdesak untuk membawa baliknya pak. Burung ini raja (Sultan) saya yang mahu…,” saya memberi alasan.

“Tetapi tidak boleh pak, harus ada surat keizinan dulu…” pengawai itu menjelaskan duduk perkara sebenarnya penuh jujur dan tertib.

“Aduh… pak… bagaiman ya…. Sultan saya mahukan burung ini. Kalau saya gagal membawa baliknya nanti saya dimurkai,” saya terus berhelah. Gementar usah dicerita lagilah.

“Sutlan yang mana? “ tanya yang seorang lagi sudah dapat mengesan pembohongan saya.

“Sultan Kelantan,” balas saya.

“Kapan sultan kamu melihat burung ini, atau dia ada bersama?” soal pengawai itu agak menekan saya.

“Tidak…. Sultan di Malaysia, kelmarin semasa ke kedai burung ini saya memotretnya dengan kamera telefon bimbit kemudian menghantar kepadanya. Sultan saya minat sama burung, Pak. Jadi sebaik dia mlihat gambarnya dia menyuruh saya membawa balik,” dalih saya panjang lebar.

Nasib baik kedua-dua pengawai itu tidak mahu melihat gambar dalam telefon bimbit. Kalau dimintanya, naas jadi saya kerana gambar itu tidak ada sama sekali.

“Tak boleh, pak… kami menjalankan tugas. Maaf.. harus ada surat dulu. Kalau ada surat kami bisa membantunya,” kata pengawai itu tetap berkeras.

“Begini saya cadangan bapak bawa surat daripada Sultan itu ke mari, kami akan cuba menguruskannya. Makannya kita akan kelasifkasikan burung ini sebagai hadiah dari sini,” usul yang seorang lagi memberi jalan penyelesaian.

Saya nampak semakin rumit dan susah. Saya cuba berkeras juga dengan berbagai helah. Akhirnya teringat kepada seberkas wang Rupiah yang dihulurkan Husam tadi.

“Jadi pak, enggak ada cara lain lagi?” saya masih mencuba memancing minat kedua pengawai itu.

“Cara lain bagaimana?,” tanya salah seorangnya.

“Pak bagaimana kalau saya membayar untuk membolehkan saya bawa balik burung ini hari ini juga..?” usul saya. Sumpah memang tidak pernah terbuat saya kerja-kerja haram macam ini, itulah kali pertama dan terakhir dalam hidup saya.

“Maksudnya?” tanya pengawai itu sudah boleh mengagak.

“Iya saya.. saya …..bayar…!” kata saya sambil mengelurakn wang dan diletakkan atas meja pengawai itu. Begitu melihat wang itu muka pengawai itu saya tengok jadi merah padam. Dia marah.

“Pak… saya kata tidak bisa, tidak bisa pak! Ini bukan soal wang. Bapak nampak ini..!” pengawai itu tersinggung dengan apa yang saya lalukan sambil mengangkat gari ke muka saya dan menggoncang-goncangkannya. “Bapa mahu saya garikan, bapak..sekarang,” katanya lagi tegas dan marah. Dia sudah serius.

Aduh… saya jadi lemah gemulai. Tubuh terasa seram sejuk. Tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Saya mencuba hubungi handset Husam berkali-kali tetapi dia tidak diangkat. Haru dan biru jadinya.

Saya membawa semula burung itu ke lapangan terbang. Hendak tidak hendak burung itu terpaksa ditinggalkan. Sah tidak boleh bawa balik. Semua usaha baik cara baik dan cara haram dilakukan, tetapi tidak berhasil. Cincin Husam tidak membantu, wang rasuah juga tidak mahu diterima.

Selepas beberapa kali menghubungi akhirnya dapat dan saya minta dia keluar dari bilik berlepas mendapatkan saya di bawah.

“Macam mana?” tanyanya selamba saja sebaik kami bersua.

“Macam mana apa, ana nasib baik tak kena gari. Kalau kena gari tak fasal-fasal ana kena meringkuk dalam lokap,” balas saya. Husam hanya tesengih tanpa menunjukkan sedikit pun wajah kecewa.

“Burung ini kena tinggalkan, dia mahu surat kebenaran,” jelas saya.

“Enta uruskanlah..,” katanya sambil menarik tangan saya dan mengambil semula cincin yang disarungkan itu. “Kena ambil cincin ini sebab enta gagal,” katanya berlalu naik ke atas semula ke bilik menunggu.

Nasib baiklah pengawai MAS Medan sedia untuk uruskan burung kakaktua berkenaan. Pengawai MAS itu berjanji akan menghantarnya balik ke kedai burung berkenaan sementara kami akan datang mengambilnya dilain kali. Sehingga ke hari ini saya tidak tahu nasib kakaktua itu. Apakah ianya sudah berada di istana Kelantan ataupun masih di Medan?

Kesimpulan daripada perisitwa itu yang dapat disimpulkan; Husam seorang tidak bertanggungjawab kepada kerja-kerja tidak baiknya. Beliau akan melarikan diri bila terjempit. Dia akan memperalatkan sesiapa saja untuk kepentingannya. Dia tidak sayang kepada wang dan harta benda asalkan jiwanya puas. Itulah Husam alias Abdul Malik.

[Siri seterusnya bagaimana idea untuk membawa Husam balik bertanding di Kelantan tahun 2004. Bagaimana reaksi dan permintaan Husam pada awalnya? Dan dimanakah perundingan itu dibuat? Bersambung]


45 Responses to “Hikayat Si Baju Merah (7)”


  1. 1 soklan
    Mei 10, 2009 at 3:58 AM

    sungguh tidak bertanggungjawap, terima kasih pak mso, seharusnya sudah lama pak mso mengumpat hal pemimpin yg berperangai seperti husam..jika seblm ini saya masih cuba berbaik sangka dgn husam skrg hilang sudah hormat saya pada husam 100%..jemaah PAS tidak perlukan pemimpin spt ini..patutlah Allah masih tidak mengizinkan PAS memerintah Malaysia, kerana masih ada pemimpin yg berperangai jahat..perlu tunggu kelahiran al-fateh sbg pemimpin baru kemenangan mutlak Islam terhasil.

  2. 2 affandi
    Mei 10, 2009 at 6:06 AM

    salam,,
    mengapa seorang pemimpin yg hebat masih ada sifat pengecut..??

  3. 3 ZulZ
    Mei 10, 2009 at 6:31 AM

    Salam Pak MSO,
    Saya suka ulasan tuan,saya percaya ramai orang diperkenakan oleh orang lain demi kepentingannya. episod ini baru nampak ujung pangkalnya kepapa selalu menyerang si Baju PMM ini.

  4. 4 idham
    Mei 10, 2009 at 7:23 AM

    buat aku mula sangsi dengan….

  5. Mei 10, 2009 at 1:16 PM

    salam..
    kah..kah..nasib baik pak mso tidak lebamkan mata husam dengan cincin tuh..kah..kah..

  6. 6 ahmad sungai pinang
    Mei 10, 2009 at 1:56 PM

    liciknyo laa..bakpo kenat saing lagu tu..arap2 pengganti TG Nik Aziz seorang ulama juga..supaya rakyat kelantan tidak bermenteri besarkan orang licik..

  7. 7 dewahudoh
    Mei 10, 2009 at 4:33 PM

    Orang politik memang macam tu saya rasa tuan haji sendiri yang lebih memahami tabiat mereka, cuma saya harap tuan haji rela mendedahkan lebih banyak lagi keburukan pemimpin2 Pas agar ahli bawahan mengetahui perihal mereka, dan mereka juga perlu ditolak demi menjamin kesucian perjuangan Parti PAS.

  8. 8 katakpuru
    Mei 10, 2009 at 6:17 PM

    KALU GITU SUPO CRITO HUSAM BAWAK BREHIM ALI KO P.MAS,LEPAS GEGE DIO BUAT TAK RETI JAHHHHHHHHHH
    APO JENIH OGHE NIH….!!!!!

  9. Mei 10, 2009 at 9:41 PM

    Pak Sayuti sy kire saye antara ribuan rakyat yg kecewa dgn sikap pemimpin PAS yg semacam Musa ini. betul seperti apa yg Soldan ckp kan.Tuhan xkan benarkan PAS perintah MAlaysia selagi ada org2 mcm ni.Yg paling saye terkejut yg masuk rumah urut tu.aduh.pening kepale. kepade fanatism PAS jgn terkejut lah kalo ade org yg rase kan PAS pon same je mcm UMNO.teruskan PAk Sayuti dgn pendedahan semacam ini.supaya rakyat lebih tahu yg mana kaca yg mane permata.

  10. 10 ambe
    Mei 11, 2009 at 1:28 AM

    apa sbnr nya niat & matlamat MSO dedahkan isu ni ya…apa agenda nya

  11. 11 idolaku HUSAM
    Mei 11, 2009 at 2:30 AM

    huhh pertama kali aku simpati dgn pak MSO…episod ni da cukup mnggugat peratus keidola an aku terhadap HUSAM….aku rasa habis jer hikayat ni 100% semanagt idola bukan lg HUSAM tp mencari tokoh lain yg boleh dijadikan idola sbenar…(harapan aku tak begitu, tak mau begitu)…

  12. 13 mohd nasir
    Mei 11, 2009 at 3:14 AM

    selamat sejahtera tuan MSO & pemgunjung laman ini
    jika benar peel perangai husam seperti apa yang di ceritakan
    amat malang sekali bagi jemaah PAS jika berketuakan org seperti ini
    tak mustahil jika org seperti ini yg memimpin…satu hari kelak PAS akan jadi sepertimana UMNO hari ini

  13. 14 Ajeem
    Mei 11, 2009 at 4:33 AM

    Salam MSO,moga sihat selalu dan dimurahkan rezeki.pendedahan yang mengkagumkan.saya berharap agar MSO dapat mendedahkan hal ehwal Mat Sabu terutamanya kes Khalwat yang heboh suatu ketika dahulu.hal ini penting kerana beliau juga calon kepada jawatan terpenting Pas.terima kasih.

  14. 15 bob
    Mei 11, 2009 at 6:16 AM

    Orang macam ni nak jadi Timb Presiden? Konon nak halatuju PAS jelas. Jelas apa bendanya ada pemimpin hipokrot macam ni. Padanlah macam Anwar. Aku lebih rela dapat pemimpin yang lemah daripada pemimpin yang suka memperalatkan orang..

  15. 16 Ghoba
    Mei 11, 2009 at 6:34 AM

    Penangan pertama selepas baca artikel MSO mmg rasa terkedu, betul ke begitu watak Husam tapi tuan2 harus ingat disebabkan olahan ayat yang sedap xsemestinya semua jalan ceritanya betul. kita baru mendengar ulasan sebelah pihak MSO, tp belum lagi dengar hujah Husam. Penulis yang berkualiti akan pastikan semua pembaca artikel@ kisahnya akan tertawan dengan kisah ceritanya. Awas jangan terperangkap…

  16. 18 perpo
    Mei 11, 2009 at 6:46 AM

    kesian pak mso, apa la nasib dpt teman mcm tu… buruk siku sgguh cz ambik balik cincin tu.

  17. 19 sharingan
    Mei 11, 2009 at 7:43 AM

    Saudara Ghoba, memang betul kita jangan terperangkap. Mungkin saudara boleh kata MSO ni ada kepentingan, tapi cubalah tanya sendiri orang-orang yang dekat dengan Husam, samada dalam kerajaan Negeri Kelantan ataupun dalam kepimpinan PAS Pusat. Sejauh mana watak dan sikapnya..

    Saya tak rasa saudara MSO ni ada kepentingan peribadi sebab dia bukannya ahli politik. Takde untungnya kat dia Husam menang atau kalah.

  18. 20 Ghoba
    Mei 11, 2009 at 8:59 AM

    Dalam Islam pun kita disuruh sentiasa bersangka baik & jgn terlalu cepat membuat keputusan selagi tidak mendengar hujah sebelah pihak yang kena tuduh, tak kan kita yg celik it, dah balik pemikirannya ke zaman kuno yg hanya percaya berita tv3 & tv1 sahaja yg betul. Ana bersangka baik pada semuanya tp ada bab-bab yg MSO ulas hanya melibatkan pihak dia shj, sebagai contoh dialog diatas berkaitan MSO dengan Pegawai Veteriner Indonesia tu. sapa tahu ayat begitu yang diucapkan. wallahua`alam

  19. 21 ambe
    Mei 11, 2009 at 9:13 AM

    lepas sy baca kalimah2 MSO nii mmg sy rasa kureeng skit ngan husam..
    adakah itu yg d mahukan oleh MSO..tp skdr bbrapa minit ptama shj..
    sbb nya…ini hnya lah kyataan dr sbelah MSO shj..tidak pula dr Husam..
    so..kalu dua2 pihak yg bsuara..tu baru bleh buat kputusan…
    yg kudus yg mulus yg tulus hnya dr penulis…org yg dtulis hnya yg hudoh dan mhudohkan shj..

    apapon..sy tetap ttunggu2 episod sterusnya..

  20. 22 Awadi
    Mei 11, 2009 at 10:56 AM

    Apa ni?agak2 r..ni pun mso dedahkan psl x puas hati isu kambing.kalau x smpai mati cite ni xkan kuar.hal kambing pun mso kalah dlm court sbb mso nk untung berlipat ganda sbgai org tgh tp husam nk beli trus tanpa org tgh,murah.kalau sy slap,btulkan.
    Tp sy cukup yakin kalau bkn kerana kambing,cite ni smpai mati xkan kuar.
    Mntang2 husam x bls dr dl lg,mso makin menjadi jadi.
    Ko mmg hbat

    • 23 diarymaya
      Mei 11, 2009 at 12:45 PM

      Maaf saya jawab komen ini. Sdr Awadi beli cerita ni tepi jalan atau dekat-dekat kubur rumah Husam saja agaknya? Saya tidak kalah dalam court.
      Mengenai kambing, ia tidak ada keneamengena dengan saya. Harap sdr Awadi dapatkan maklumat yang sahih dan jangan jadi orang malang terjatuh ke dalam
      lubang fitnah dalam neraka. Kalau sdr tak puas hati dan keliru dan dikelirukan, sila jumpa saya direct untuk dapat penjelasan. Salam.

      • 24 Saya
        Mei 12, 2009 at 2:55 AM

        Kawan saya ada sms Hj, Husam bertanyakan tentang hikayat bapak sayuti ini. dia jawab ringkas “CERITA REKAAN”

        Wallahu a’lam. Allah lebih mengetahui siapa yang benar, adakah cerita ini benar atau rekaan

  21. 25 Ajeem
    Mei 11, 2009 at 11:21 AM

    nampaknya ada pihak yang mempertikaikan kredibiliti tulisan MSO dalam artikel ini.saya yakin ianya betul dan saya sentiasa percaya dengan tulisan MSO selaku seorang penganalisis politik yang berpengalaman dan seorang ustaz.sedangkan menteri pusat ‘bergegar lutu’ bila terkena pena MSO inikan pula husam.jika husam ada ‘telur’ maka beliua harus mengambil langkah ‘kilat’ untuk menepis semua ini.pendedahan seumpama ini bukan senang dicari kerana ia ‘direct to the point’ bukannya seperti di pentas politik yang mana sandiwara melebihi realiti.sepatutnya pembaca sekalian berterima kasih kepada MSO.sebaik-baik pemimpin adalah seseorang yang luar dan dalamnya diketahui umum.terima kasih.

  22. 26 sharingan
    Mei 11, 2009 at 12:15 PM

    ya.. samajugak macam saranan Presiden PAS kepada Najib supaya membersihkan namanya yang dikaitkan dengan skandal Altantuya. Husam juga wajib membersihkan namanya kalau tak betul. Saman MSO ke..

  23. 27 affandi
    Mei 11, 2009 at 12:26 PM

    salam…
    seorng pemimpin harus bertnggung jawab diatas tingkah lakunya,,,barulah bleh dikatakn pemimpin yg bertnggung jwb…jika tulisn pak mso ni tk btul dato paduka husam blh mjawbnya….aku sygkn pas wlaupun bkn ahlinya sb dasar perjuangannya,,,tp syng ahlinya..buat aku jadi kurang yakin untuk bernaung dibawah kepimpinan pas suatu masa nanti…

  24. 28 has
    Mei 11, 2009 at 1:13 PM

    salam pak mso
    sya salah seorg peminat husam dalam politik.tapi setelah membaca coretan ini sya mula rasa was2 terhadap org spt husam ni..

  25. 29 agletek
    Mei 11, 2009 at 4:30 PM

    salam…
    begitu detail ceritanya….
    tu belum masuk bab kambing mengambing dan lain-lain lagi….
    teruskan MSO…
    saya mengikutinya….

  26. 30 Saing sobat
    Mei 11, 2009 at 4:56 PM

    Sesiapa yang membuka aib seseorang mukmin di dunia ,allah akan membuka seluas2nya aibnya di akhirat,Sesiapa yang menutup aib seseorang mukmin di dunia ,allah akan menutup aibnya di akhirat-hadis

    Fikir2 lah ,dunia ini terlalu hina utk ditangisi

  27. 31 Awadi
    Mei 11, 2009 at 5:19 PM

    Minta maaf kalau sy silap. Tp perkara trsebut hanya ddedahkan stelah msalah kambing.jgn mcm ni.ini seolah olah hanya mndedahkn kburukan seseorg bila dh x puas hati.kalau btul ckp sy salah@fitnah,asal x approve komen sy?
    Skali lg sy mohon maaf kalau sy tersilap kata.
    Apa kata mso berdebat dgn husam?ini semcm x adil sblh pihak sj bg pandangan.
    Walauapapun,sy sokong husam. Perlu dingat,masing2 ad kelemahan. Begitu juga dgn nik abduh yg dkaitkan dgn balak.tp dia berdiam diri sj.adakah die bersalah?
    Jd,x adil kalau hanya kerana mso dh terkena skali (itu kalau btl la) seolah olah mggambarkn kesuluruhan keperibadian beliau?setiap org ad weak spot.
    Sy amat berhrp agar husam mnerbitkn buku bg menjwb segala tuduhan secepat mgkin.

  28. 32 Kamara
    Mei 12, 2009 at 12:13 AM

    Betul ke MSO tidak berdendam dengan si baju petak merah. Kita nak dengar lagi bab kambing

  29. 33 perpo
    Mei 12, 2009 at 2:12 AM

    syabas pak mso, berani kerna benar…..

  30. 34 gorgom1
    Mei 12, 2009 at 3:33 AM

    Bila Tuan MSO catatkan cerita atau nukilan mengenai pemimpin2 UBN.. kita especially totok PR mesti suka membaca..mesti terima bulat2 apa yang ditulis…tapi bila Tuan MSO bercerita atau menulis mengenai pemimpin2 PR..ada yang tak suka cerita tersebut, ada yang kata Tuan MSO memfitnah..macam-macam lagi…apa ni, bukak sikit minda..fair and square la (UBN pun sama macam PR – dah nama pun parti politik)..at least kita tahu bagaimana perangai pemimpin..nak percaya atau tidak itu semua terpulang kepada kita sebagai pembaca -lu pikir lah sendiri.

  31. 35 agletek
    Mei 12, 2009 at 8:42 AM

    teruskan ajer Pak Sayuti….
    ada banyak yg penyokong PR kena tahu perihal pemimpin mereka…..
    saya juga membaca blog kickdefella….
    serta blog Husam juga…..
    so kita ada akal dan nilai sendiri….
    agak-agak ada citer pasal Ladang Rakyat tak?…
    saja bertanya

  32. 36 PUTRAWANKEMBANG
    Mei 13, 2009 at 4:36 AM

    ” Dan tiadalah kehidupan dunia ini melainkan gurau dan main-main. Dan sesungguhnya akhirat itulah yang sebenarnya kehidupan, kalau mereka mengetahuinya.” Ayat 64, al Ankabuut.

    Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar
    Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan … ”

    Walau apa cerita Pak MSO, dan walau apa alasan Pak Husam tentang ‘gurau dan main-main’ mereka itu, mereka perlu meletakan akhirat sebagai fokus dan paksi mereka. Dan semua ini bermula dengan niat; kerana kebaikan atau kejahatan (fitnah, berbohong) akan dibalas sewajarnya walau sebesar nukleus sekali pun.

    Wassalam.

  33. 37 ahmad rabbani
    Mei 13, 2009 at 6:25 AM

    Bagi saya Husam ni penganut pahaman Michaevali. Sama macam Tun Mahathir. Anwar Ibrahim selepas keluar penjara pon menjadi penganut pahaman yang sama. banyak tipu helah dan auta.

    Hikayat BPPM ini adalah dendangan MSO untuk khalayak bagi menilai Husam dan ulasan – ulasan melalui diary maya ini akan berterusan dengan kisah peribadi sahaja.

    mulai hari ini pembaca perhatikan kisah peribadi akan diwar-warkan dalam Hikayat ini pabila sentuh mengenai kerja MSO akan memuji Husam dan tidak akan menipu. MSO seorang yang bijaksana MSO tahu memilih intan dan permata

  34. Mei 13, 2009 at 7:15 AM

    terima kasih atas artikel ni.. setelah membaca baru saya tahu .. tapi tuan MSO, setiap tulisan hendaklah dimulakan dgn niat yang betul dan sentiasalah memohon ampun. mengaibkan orang adalah perkara yang tidak elok akan tetapi jika niat betul utk memberitahu orang lain tentang kebenaran I’Allah kberkatan dtg

  35. 39 Ajeem
    Mei 13, 2009 at 2:50 PM

    Salam MSO,saya sentiasa ternanti artikel baru dari blog MSO.jahanamkan cacian atau persepsi buruk penjenguk blog yang pro husam.mereka bukannya tahu hal sebenar.mereka menilai berdasarkan bayang-bayang yang kelihatan disebalik tabir bukannya realiti.mereka bukannya orang yang pernah makan bersama husam apatah lagi tidur sebilik.sabar separuh daripada iman.tulisan MSO hanya dihargai oleh orang-orang yang waras dan bukannya menilai secara membuta tuli….terima kasih.

  36. 40 ZULKIFLI JAMAASIM
    Mei 14, 2009 at 2:41 AM

    Salam, Tuan MSO

    Rentetan pendedahan ini janganlah nanti Tuan MSO hendak dipukul oleh Sdr Husam, sama seperti tindakannya kepada Sdr Mohamad Sabu.

    Saya sarankan, dalam setiap siri pendedahan, Tuan selitkan gambar Bapak dengan Husam siap dengan captionnya sekali. Real, gitu. Dalam hal lawatan ke Indonesia ini, gambar sangat berperanan untuk meyakinkan penjenguk (walaupun Tuan tidak memaksa penjenguk yakin).

    Terus berani, Tuan!

  37. 41 muhamed
    Mei 14, 2009 at 5:15 AM

    ulasan ckit…

    biasa la dah namanya manusia…..ada la cilap mana2..mana ada yg perfect…ok dah tu Husam….

    gini la..kawe saing baik dgn Si Ali…dlam duk saing baik mesti ada masa kawe trasa hati dgn Si Ali..adat persahabtan gitulah kan…

    saya xnampak kepeluan utk kita golongkan Husam dalam peel hudoh….kalau dah MSO saing baik dgn dia dulu.masa tu patutnya MSO nasihat lah dia..tu la tujuan saing…ada apa2 xkena bagi nasihat..aku nasihat mu..mu nasihat aku..

    bagi kawe small matter je ni..benda peribadi gini bagi kawe xpatut bg kawe di jadikan bahan debatan terbuka dlm blog…hak MSO utk trasa hati dgn Husam tu..meme hak MSO lah…xleh naksekat hok ore

  38. 42 hizbul
    Mei 16, 2009 at 8:02 PM

    SAlam Tuan MSO..

    Semoga tuan sihat sejahtera…

    Rasa2 mula2 malas sangat nak komen mengenai insan bernama Husam Musa ini…Semasa belajar dekat Universiti dulu kadang2 pensyarah saya ada menyebut pandangan2 ekonomi hasil dari idea Husam Musa..Maklumlah Husam Bijak dalam soal ekonomi terutamanya ekonomi Islam…Pensyarah saya menyebut soal ini bukan disebabkan sifat kepartian tetapi soal ilmu…Dulu saya kenali Husam ini sebagai seorang yang bijaksana dalam soal ekonomi Islam..Dari soal perjuangan mungkin saya tidak berapa tahu dan pasti…Tetapi sejak Anwar kata nak tubuhkan kerajaan…Saya merasakan ada sesuatu yang tak betul berlaku terhadap insan bernama Husam Musa ini…Tiba2 beliau begitu rapat dengan Anwar…Adakah kerana soal kuasa…??

    Mengenai penulisan tuan ini..Saya tak nak komen lebih2…Tetapi kita ada akal dikurniakan tuhan untuk fikir secara rasional..

    Tuan teruslah menulis demi menegakkan kebenaran…Tidak kiralah isu itu mengenai BN ataupun PR…Manusia yang fanatik dengan parti memang sukar menerima kebenaran…Soal parti dan kuasa keutamaan mereka…Bukannya soal ketelusan atau keadilan…Bila terkena pada batang hidung sendiri melompat tak tentu pasal..Soal kambing pun nak dijadikan alasan…

    Harap Husam nafikan kenyataan ini dengan hujah yang bernas dan kuat jika beliau merasakan ini adalah cerita rekaan…

    sekian..
    teruskan perjuangan menjadi penulis yang tidak memihak dan menegakkan kebenaran..

  39. 43 mat jihad
    Mei 18, 2009 at 9:29 AM

    Tuan MSO….orang JIM memang macam tu…
    dia akan menggunakan seseorang untuk naik & ada wawasan tersendiri…
    kami di kawasan ………… …………….. dah terkena dah sekarang
    dengan puak-puak JIM ni…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: