14
May
09

Hikayat Si Baju Merah (8)

Perjalanan Panjang Bersama Husam

JUN 2003, Allah s.w.t. mengizinkan saya melalui perjalanan jauh bersama Husam bin Musa dan Apandi bin Mohamed. Apandi ialah bekas ahli Parlimen Jeli. Perjalanan ke Bosnia Herzegovina yang merentasi lapan buah negara di Eropah Timur! Perjalanan atau pun pengembaraan ini penuh dengan kenangan manis dan nostalgik. Perjalanan ini paling bermakna dan paling bererti buat saya sebagai seorang penulis. Iya.. lebih bermakna dari perjalanan ke Aceh dari Jakarta dengan menaiki Herculus tentera Indonesia untuk memberi bantuan kepada mangsa tsunami 2004 di Aceh.

Sesekali ketika kesepian terhimbau juga kepada perjalanan ini. Mengenangkan segala detik-detik manis yang dicipta dalam perjalanan ini, telerai juga air mata. Saya tertanya-tanya sendiri kenapalah sesuatu yang bermula dari sebuah perjalanan jauh ini akhirnya dengan noda di hujung hidup yang belum ternokhtah.

haikayat-logo1

Perjalanan jauh melewati sekurang-kurang sembilan buah negara Eropah Timur itu; Austria, Hungary, Solvania, Yoguslavia, Albania, Croatia dan San Marino itu mengenalkan saya dengan Husam dan Apandi lebih daripada sahabat dan kawan-kawan lain mengenalinya. Apa lagi para pentaksub Husam hari ini, mereka tidak berkesempatan memakai cermin mata Husam untuk melihat dunia dari dimensi dan jiwanya. Saya dapat mengenali mereka berdua lebih dekat sedekat-dekatnya. Suasana apa lagi yang boleh digambarkan betapa dekatnya jarak individu itu dengan individu lain melainkan berada di sebuah kamar yang sama atau berada dimeja makan yang sama?

Menurut salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. kalau kita mahu mengenal diri dan hati budi seseorang kawan hendaklah kita mengembara bersamanya selama sekurang-kurang tiga hari tiga malam. Kalau kita dapat berbuat begitu nescaya kita akan dapat mengenali hati budi, fiil perangai sahabat kita itu sejelas-jelasnya.

Ternyata kata-kata tabiin itu benar. Dengan berjalan bersama, mengembara ke rantau orang kita berpeluang mengenali kawan lebih rapat lagi. Dalam keadaan berjauhan dan di perantau menyebabkan kita terpaksa menjalinkan rasa kemanusiaan lebih tinggi dan mendalam. Berjauhan dengan tanah air menjadikan kita lebih akrab dan mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi. Suasana dan keadaan membentuk kita terpaksa berlaku demikian.

Dan perjalanan jauh bersama Husam yang memakan masa lebih 240 jam itu benar-benar memberi peluang kepada saya mengenal Husam searif-arifnya. Kadang bila menyedari hakikat hari ini saya merasai benci kepada perjalanan itu yang memulakan pengenalan lebih rapat dan lebih mesra. Terasa lebih baik tidak ada perjalanan itu yang menjalinkan kemanusiaan antara kami yang mana akhirnya memburai di jalanan.

Saya rasa, saya orang istimewa kerana berpeluang melalui perjalanan itu. Dengan perjalanan itu saya mengetahui banyak yang orang lain tidak tahu. Misalnya saya boleh mendengar bagaimana dengkur tidurnya semasa beliau belum mewah seperti hari ini. Dapat melihat helaan nafasnya takkala dia sedang bermimpi berkejaran dengan bidadari dari syurga. Atau pun dapat menyaksikan tarikan helaan nafasnya yang kekecapekan seperti mujahid keletihan berlari memancungkan leher munafikin di medan jihad.

Bukan hanya peristiwa di kamar tidur yang penuh simbolik itu, tetapi perjalanan itu juga mengenalkan saya bagaimana sikap zuhud dan alimnya Husam sebagai seorang insan dan ahli parlimen Pas secara realistik. Saya merasakan dia adalah genuine anak didikan dari pasantren siasah sejagat Nik Aziz yang nombor wahid. Perwatakannya dengan Tuhannya dari mata saya hampir menyamai perwatakan Nik Aziz dengan Tuhannya.

Husam seorang yang tidak suka membuang masa. Dia tidak suka menghabiskan masa dengan bari-bari atau cerita-cerita tahyul, fitnah dan porno. Paling tidak pun dia sukakan kisah-kisah dari hikayat 1001 malam, kisah Abu Nawas. Kegemarannya ialah mencungkil dan menghurai maksud atau simbolik di sebalik cerita berkenaan. Jika dia sudah mendapat ilham dia akan berdialog dan berhujah dengan membawa cerita tamsilan itu untuk difahami oleh saya dan dirinya juga.

Selebihnya dia akan diam, tidur dan membaca buku atau al-Quran. Quran kecil senantiasa tersimpan dalam saku bajunya. Di mana dan dalam keadaan yang terhalal untuk dia lakukan dia membaca kitab tanda kemujizatan Muhammad itu. Sikap dan pembawaan ini jarang saya temui dari kalangan ahli parlimen Pas. Dan acap kali juga bila beliau dalam kecemasan misalnya bimbang takut ketinggalan kapal terbang dia akan serius membaca ayat-ayat yang memungkinkan agar kapal terbang tidak meninggalkannya.

Al maklumlah Husam seorang yang ‘lerel’ [Bila saya masukkan perkataan Kelantan bukan bermakna saya mencampur adukkan bahasa dan tidak reti nahu, tetapi inilah strategi dan politik dalam penulisan saya, gaya MSO – Pesanan ini khas kepada pembaca yang otak kemetot yang turut membaca hikayat ini]

Ayat-ayat yang dibaca adalah ayat-ayat terpilih bagi menguatkan semangat dan ketahanan mentalnya sebagai pejuang dan pemimpin. Ayat-ayat mendidik jiwa menjadi sabar, cekal, tabah dan berani dalam menghadapi segala pencaroba. Selepas membaca Quran dia akan berzikir dengan gaya dan caranya sendiri. Husam ada mengambil tariqat untuk menguatkan jiwa dan mendekatkan dirinya kepada Tuhannya. Semuanya saya amati dan perhatikan dengan kemanusiaan dan dengan rasa kagum dan hormat saya kepadanya.

Husam tidak akan mencerita rahsia ketuhanannya kepada kita. Sebolehnya dia akan cuba menyembunyikan yang dia ada cara untuk bertakaruh dengan Tuhan. Dan begitu juga saya tidak mencerita rahsia ketuhanan saya kepadanya. Kami saling rahsia merahsiakan bak ketuhanan ini menjadi rahsia amat peribadi walaupun kami terbuka mengenai dunia lain, termasuk soal-soal berpoligami dan bagaimana kaedahnya serta sebagainya.

Cetusan ke Bosnia

Oh… sebelum saya pergi jauh membawa penjenguk ke destinasi perjalaan kami ke Bosnia Herzegovina elok kalau saya menceritakan sedikit bagaimana tercetusnya ilham ekspidisi ini.

Ia bermula di parlimen. [Bila ada sessi parlimen saya kerap mememui Husam di sana. Ada kalanya penampilan saya berlebihan itu dicemburui dan diejek oleh rakan-rakan. saya sebagai setiausaha peribadi Husam. Wahal kami berkawan, dan seronok berkawan. Husam pula ada motif berkawan dengan saya setidak-tidaknya kalau bukan untuk mendapat maklumat tetapi dia ingin menyemak maklumat yang diperolehi sebelum dibawa ke dewan. Ketika itu Husam adalah ahli parlimen Kubang Kerian. Keintiman saya dengan Husam sehinggakan Husam pernah membawa lauk, ikan air tawar yang dibeli di Tasik Rabah untuk makan dengan saya di parlimen. Saya rasa lauk itu adalah lebihan selepas beliau makan dengan Nazri Aziz pad malamnya].

Saya dan Husam dan salah seroang berasal dari Kelantan yang sama penerbangan di Doha.

Saya dan Husam dan salah seroang berasal dari Kelantan yang sama penerbangan di Doha.

Ia dimulakan oleh Apandi sewaktu kami di kantin. Apandi memberi tahu saya yang dia berhajat untuk ke Bosnia, katanya Husam juga akan pergi. Kemudian Husam pula mencelah agar saya ikut sama. Bukan kepalang gembira saya dengan cadangan itu. Berjalan di luar negara dan menjelajah bumi Allah adalah kesukaan saya sejak dulu lagi, sebelum mengenali Husam saya sudah menjelajah ke hampir Asir Barat dan Timur dan beberapa negara Asia Tenggara baik bersendirian atau ketika mengikut ekspidisi dakwah jemaah Darul Arqam.

“Kalau enta hendak pergi tikit enta kena beli sendiri,” begitulah kata Apandi. Satu syarat yang cukup mudah untuk saya laksnakan pada ketika itu. Kaya tidaklah, tetapi hasil penulisan dan jualan buku era reformasi, khasnya buku “Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa”, “Nonaku Azizah” yang mengisahkan tragedi menimpa Anwar Ibrahim cukup untuk saya ke Amerika atau ke Makkah sebanyak lima kali.

“Berapa?” tanya saya tidak sabar dan ini pasti melegakan Husam kerana beliau tidak perlu fikir soal wang tambang saya. Selalunya orang berpolitik berfikir begitu bila berdepan dengan penulis.

“Tidak mahal, lebih kurang RM3,600 sahaja,” balas Apandi kemudian menjelaskan soal makan dan tempat tinggal, ditanggung beres. Di Bosnia beliau mempunyai seorang relatif di belah isterinya. Relatif ini sudah lama menetap di Bosnia dan mempunyai beberapa projek di sana. Manakala perjalanan banyak menggunakan kereta api laju, menjiamatkan! (bullet train).

Perjalanan akan bermula di Kuala Lumpur, transit di Doha. Selepas di Doha semalaman kami ke Munich, Jerman. Dari Jerman ini kami menaiki kereta api hingga ke Bosnia Herzegovina dengan melintas empat buah negara, Austria, Republik Czech dan Solvenia.

Saya tidak pasti apakah tikit untuk Husam Apandi yang bayar! Tetapi tikit saya, saya membayarnya sendiri. Beberapa hari selepas balik dari perjalanan itu Apandi datang ke rumah untuk mengambil check bayaran tikit berkenaan.

Tetapi saya merasakan tikit untuk Husam, Apandi yang bayar. Apandi seorang yang murah hati dan sering mensponsor pemimpin Pas ke luar negara. Abdul Hadi Awang adalah antara orang yang pernah disponsorkan oleh Apandi. Begitu juga kalau ada pemimpin Pas ketidakcukupan wang Apandi akan menyumbangkan wang zakatnya. Perniagaan Apandi berjaya. Firma juruukurnya untung banyak. Apandi berbuat demikian mungkin kerana sebagai membalas jasa baik dan sebagai imbuhan kepada pemimpin Pas itu.

Kenapa saya yakin begitu, kerana ketika itu Husam tidak seperti hari ini. Poket seluar Husam ketika itu sering kali bocor atau pun tidak berapa kembong sangat. Husam tidak mempunyai firma seperti Apandi yang bernilai jutaan ringgit. Husam hanya seorang ahli parlimen biasa sahaja yang kaya dengan idea tetapi miskin dengan kebendaan. Pada waktu itu Husam belum menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan. Wang untuk diberikan kepada rakyat pun mungkin diambil dari wang isterinya sebagai seorang guru ataupun dipinjaman dari kekawan.

Saya percaya kalau Husam sudah menjadi Exco ketika itu tikit untuk saya juga dibayar. Seperti mana perjalanan ke Aceh tempoh hari tikitnya dibayar oleh beliau, untuk perjalanan Kuala Lumpur Jakarta, dan Medan Kuala Lumpur. Perjalanan dari Jakarta ke Aceh free kerana kami menumpang Heculus TNI. Saya tidak mengeluakan wang satu sen pun untuk perjalanan itu kecuali untuk keperluan peralatan penulisan dan kewartawanan saya saja.

Kenapa saya katakan Husam tidak ada wang ketika itu kerana beliau pernah meminjam wang sebanyak RM10,000 daripada saya. Satu hari beliau menelefon menyuruh saya cari wang RM10,000. Pening kepala saya kerana hari sudah petang, sedangkan dia nak gunakan wang itu esok untuk ke Amerika Syarikat. Kerja sebegini menjadi tabiat Husam dia akan membuat keputusan dan tindakan di minit-minit terakhir. Inilah antara setengah orang tidak tahan dengan beliau.

Keesokkannya beliau datang ke rumah bersama Shukri Abdul Rahman. Shukeri adalah abang kepada Abdul Latiff ketua Pemuda Pas Kelantan yang baru yang mengalahkan Nik Abduh 22 undi, dan juga bekas menantu kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Rahman Yaacob. (Shukeri juga ahli jawatankuasa dewan ulama Pas Kelantan. Masa dia kahwin dengan anak Tun Rahman majlis keraian diadakan di Dewan Felda Jalan Semarak disulami dengan nyanyian termasuk muzik bertali!) Saya membawa Husam ke Bank di Melawati dan mengeluarkan RM10,000 dan diserahkan kepadanya bersaksikan Shukeri.

Satu lagi bukti menunjukkan ketika Husam tidak ‘berdinar’ ketika itu beliau terpaksa menulis dan menerbitkan buku untuk cari wang lebih. Sayalah yang menjadi broker penerbitan buku berkenaan atas nama Lunjnah Penerangan Pas Pusat yang dia jadi timbalan pengerusinya. Judul bukunya ialah; BN Khianati Amanah Rakyat. Penjualnya ialah Mat Nawi (sudah meninggal) seorang penjual buku-buku saya. Setiap seminggu sekali Husam akan tanya wang buku berkenaan. Seingat saya hanya RM1,600 yang sempat saya serahkan yang diambil dari Mat Nawi, yang selebihnya mungkin Mat Nawi bawa wang itu ke kuburnya.

Pinjaman RM10,000 tadi pun dibayar dengan dua keping check pos-dated berjumlah RM5,000 tiap satu. Satu check sempat dibank in manakala yang satu lagi tidak sempat sebab Husam bayar secara ‘tunai janggal’ menerusi volta mata wang asing, termasuk mata wang dollar, Rupiah Indonesia dan Euro. Saya menerima wang itu di hotel Pan-Pasific, Kuala Lumpur tanpa mengiranya apakah wang itu mencukupi jumlah sepatutnya ataupun tidak… halal! Penerimaan ini pun disaksikan kawan saya bernama Md Razdi Mustafa.

Pendeknya hidup Husam ketika itu tidak seloaded hari ini. Masa itu tidak kedengaran cerita Husam campak wang ratusan ribut ringgit macam orang lempar bungkusan pisang goreng atau pun hanya menarik laci membayar hutang kambing jamnapari sejumlah RM64,400 secara cash. Oh lala….

[Cita-cita politik Husam ‘terkobek’ dalam perjalanan dengan keretapi laju dari Starsguard, Jerman ke Bonsia Herzegovia. Dalam musafir ini juga ada peristiwa lucu yang menggambarkan Husam juga seorang yang mesra dan ceria. Dan dalam musafir inilah deklarasi Bosnia dilakukan. Bersambung]


32 Responses to “Hikayat Si Baju Merah (8)”


  1. 1 shaharinshariton
    Mei 14, 2009 at 1:39 PM

    Macamana cepat sangat boleh jadi kaya? Apaakah tuan MSO nak tunjukkan yang Husam juga ada buat perangai macam UBN kumpul kekayaan jika ada peluang?

  2. 2 dewahudoh
    Mei 14, 2009 at 2:42 PM

    Dalam tajuk ni banyak cerita sampingan yang tuan haji selitkan… bagus lah, sekurang2nya ia menambahkan suspen dan info2 yang tidak diketahui oleh orang lain…. semoga dalam cerita akan datang tuan haji akan menyelitkan kisah2 lain pula.. tapi jangan banyak sangat nanti tak jadi cerita bosnia pula…

  3. Mei 14, 2009 at 8:27 PM

    Assalamualaikum Ji..

    Haji taknak ke buat iklan kat web haji ni? Satu hari ratus-ratus malah ribu2 kunjung.. boleh masuk apa? Che Det yang kaya tu pun buat.. huhu

  4. 4 Ajeem
    Mei 14, 2009 at 8:28 PM

    penulisan kali ini lebih ‘detail’ dan ada kalanya hal sulit seperti ini tidak perlu didedahkan kepada umum kerana ia terlalu ‘personal’.tapi sekiranya ia ‘membuka mata’ kepada umum maka ia amat wajar.terima kasih coretan yang ditunggu ramai.

    catatan: tertarik hati hal poligami versi MSO…oh lala…

    • 5 diarymaya
      Mei 14, 2009 at 11:41 PM

      Terima kasih Ajeem, merinding bulu roma saya dan dada sebak mendapat komen yang semurni ini. Ia memberi semangat dan juga menyebabkan saya berfikir banyak kali untuk ‘mengobek’ lebih luas. InsyaAllah saya akan senantiasa ingat kepada setiap pesanan penjenguk dan saya tidak akan melampau, akan tetap benar tanpa koner-koner.

  5. Mei 15, 2009 at 1:17 AM

    Salam Perubahan. Semua orang ada baik dan buruknya, dalam jemaah semua itu berguna selagi niat lurus kerana Allah..

    • 7 Kordofan
      Mei 15, 2009 at 3:56 AM

      Jangan dipersoalkan tentang niat. Kerana itu bukan urusan kita. Kita hanya boleh menilai berdasarkan tindakan dan sifat luaran. Kejujuran dan keikhlasan itu ada dalam tindakan. Tapi kita tidak akan nampak. Hanya dengan menghayati rentetan peristiwa dan perbuatan. Kita hanya boleh mengagak. Itu pun hanya mengagak.

  6. Mei 15, 2009 at 2:38 AM

    cerita tuan haji yang ini bagus tap cerita burung kakak tua tu.. rasanya tuan haji pun terlebih emosi la. kawal emosi tuan haji k..good story…

  7. 9 Putera Wan Kembang
    Mei 15, 2009 at 6:54 AM

    Pak MSO, teruskan dengan aktiviti nabi ma’ruf nahi mungkar tuan itu. Ia suatu amal yang syumul. Semuga kita semua jelas bahawa buat sesuatu yang baik tapi dengan niat tak baik, atau buat sesuatu yang tak baik tapi dengan niat yang baik – kedua-duanya itu tidak memenuhi ciri tuntutan syar’iyyah. Dan kita akan dibalas baik dan buruk perbuatan kita itu dengan sewajarnya.

  8. 10 zumd nor
    Mei 15, 2009 at 12:17 PM

    mengarut tak dok tujuan melainkan tunjuk pandai dan suka buat spekulasi aje mso ni..tak ke mana melainkan meluat aje org yang membacanya.

  9. 12 affandi
    Mei 15, 2009 at 12:47 PM

    salam…
    semoga begitulah harapan saya agar pak mso teruskan berkarya tanpa prejudis dan tnpa emosi…saya amat myukainya bahkn pengunjung2 blog pak mso pun amat tertarik dg pendedahan ini…honestly saya memang tk sngka orang yang saya kagumi ini(dato husam) mcm nie die punya fe’il..namun saya amat berharap agar die berubah sayang sb die berbakat dan bijak bleh jadi pemimpin yang disegani kawn dan lawan

  10. Mei 15, 2009 at 1:10 PM

    @ Affandi,

    Feil enta bagaimana pulak? Setiap manusia ada buruk dan baiknya. Mungkin dari satu sudut Husam ada buruk, sudut lain baik dia dari kita. Dan setiap penilaian orang juga berbeza-beza. Orang yang paling Allah suka ialah “orang yang berdosa dan sentiasa bertaubat”.

    • 14 diarymaya
      Mei 15, 2009 at 3:40 PM

      Sdr Ibnu Ali, serta penjenguk budiman untuk pengetahuan saya tidak suka kalau ruangan komen di diarymaya ini digunakan untuk berpolemik ataupun mempertikaikan pandangan orang lain. Kalau sdr nak komen saya tak jadi masalah, terserah kepada saya nak lepas atau tidak. Harap ambil perhatian. Salam.

    • 15 affandi
      Mei 16, 2009 at 10:17 AM

      alhamdulillah
      saudara ali memang itulah yang disuruh oleh Allah untuk tegur menegur diantara satu sama lain…lebih2 lagi dlm soal pemimpin,,sebenarnya saya memang sygkn dato husam tk slah klu sy menegur dia lgkn para sahabat nabi teramat suka jika ditegur bahkn disaran jika mereka melakukn kesalahn maka tegurlah..
      memang saya buknlh manusia yg baik namum saya ingin dpemimpin oleh orang yg berkelayakn sbgai pemimpin dan kita semua tidak mahu dato husam tergelincir atau tersasar itulah gunanya tegurn..kadangkala rakyat ibarat bapa kepada pemimpin…dan begitu juga sebaliknya…andai kata saya silap maka tegurlah saya.(bertaubat itu rahsia diantara manusia dg ALLAH)wallahualam.

      • 16 Putera Wan Kembang
        Mei 16, 2009 at 11:37 PM

        Tapi… Pak MSO, kenapa teguran kepada Pak Husam harus dibuat dengan mencanangkan cerita-cerita dan keaiban dia ke seantero planet (menggunakan platform maya)? Kenapa tidak teguran ini dibuat secara terus? Rasanya itu lebih ikhlas dan Pak Husam tentu berbesar hati untuk menerimanya. Ketahuilah Pak MSO, bapak memiliki at least 2 pilihan dalam kaedah kononnya ‘menegur kerana sayangkan Pak Husam’ ini, dan bapak memilih jalan mencanang kepada umum. Niat bapak mungkin baik, tapi caranya…

  11. Mei 16, 2009 at 10:38 AM

    Dah follow 8 siri, rasa tak sabor nak baca siri berikutnya…
    Tu lah agaknya penangan penulis power…..

  12. 18 hizbul
    Mei 16, 2009 at 8:07 PM

    Janganlah meletakkan kepentingan diri melibihi prinsip diri…

  13. 19 budak baru
    Mei 17, 2009 at 2:39 AM

    Apakah Pak MSO, Hj Apandi dan Dato Paduka Husam akan sampai ke Bosnia???

    Apakah Pak MSO, Hj Apandi dan Dato’ Paduka Husam akan mengisytiharkan deklarasi Bosnia??

    Apakah yang menyebabkan Pak MSO dan Dato’ Paduka Husam berseteru??

    jeng, jeng, jeng!!!

    (bersambung…)

  14. Mei 17, 2009 at 4:51 AM

    salam Putera wan kembang, saya tak nampak pAK mso ingin mengaibkan Husam, semua yang diceritakan adalah pengalaman hidupnya sepanjang mengenali husam, tidak salah rasanya kita mengkaji sikap seseorang berdasarkan kenalan yang pernah rapat denganya. Jika Pak Mso koner-koner sebagai pembaca tentu kita akan dapat menilai mana sejauh mana hasil penulisan MSO. Syabas MSO saya mengakumi penulisan saudara…

    • 21 Putera Wan Kembang
      Mei 17, 2009 at 9:28 AM

      En. Tom Yam,

      Hadis pertama dalam senarai himpunan Hadis 40 Imam Nawawi, Nabi s.a.w. bersabda “setiap perbuatan bermula dgn niat…”.Niat yang baik tapi cara tidak baik atau cara yang baik tapi niat tidak baik kedua-duanya tidak memenuhi tuntutan syar’iyyah.kita perlu akui Pak Husam bukan insan sempurna tapi dengan ketidaksempurnaan beliau sebagai seorang ahli politik Pas tidak menjustifikasikan kita untuk membongkar cerita, pe’el atau keboborakan beliau.

      Jika Pak Husam kaki maksiat dan pelaku dosa besar secara sedar dan konsisten, maka TGNA/Pas perlu sayugia mengkesampingkan Pak Husam gitu. Justeru kita perlu menolaknya sebagai seorang pemimpin.

      Ingat, Pak Husam is sinnable and mortal, just like us the earthlings.

      If there are other beings who are proven better them him, let them stand up and lead us.

  15. 22 yie kapcai
    Mei 17, 2009 at 8:28 AM

    saya telah forwardkan siri cerita mso ke satu mailing list kelolaan satu lujnah dlm dewan pemuda pas kelate.setelah itu, saya telah mendapat bbrp sms&pangilan telefon supay menhentikan forwad tulisan ini mailing itu krn dikatakan telah membuka aib husam.tp pada pendapat saya sendiri, sebagai pemimpin, seseorang itu kena bersedia dengan apa saja perkara yg silakukan,terutam sedia utk dibukakan aib&perkara2 yg xbtul.jika takut utk dibukakan aib&xmahu dibukakan perkara2 yg xbtul, pemimpin itu kenalah buat perkara&benda2 yg btul jer…jgn buat benda yg xbtul.

    • Mei 17, 2009 at 10:19 AM

      banyak dugaan bila bergelar pemimpin.akan diperhati setiap masa.. cuba fikirkan,kita juga bnyk kelemahan tapi x siapa yang endahkan sebab kita hnya pengikut tetapi bila dah ada title “pimpinan”, orang akan sentiasa mencari kesalahan, kebanyakan kebaikan akan dilupakan.. Alangkah indah hidup kalau semua ini kerana Allah, tegur menegur kerana Allah, menulis kerana sayangkan pengikut(umat).. maaf jika tersalah makna. BACK TO ISLAM

  16. 24 rozaimin
    Mei 17, 2009 at 1:34 PM

    Rasa cara yang lebih elok adalah berjumpa dengan pucuk pimpinan pas atau pun datuk husam sendiri dalam merungkaikan masalah ini.Adalah tidak elok mencanangkan keburukan orang lain seantero dunia dan lebih banyak pak haji menulis secara negatif ini sebenarnya menunjukkan yang pak haji semacam berdendam dengan datuk husam secara tidak langsung.Cari lah pendekatan positif nescaya tidak ada manusia yang maksum dalam dunia melainkan kekasih Allah.Cuma kita hendaklah melihat dari sudut pertimbangan akal kita siapa yang lebih banyak berbuat kebaikan dan kurang mudarat kepada agama dan bangsa kita.
    Apa-apa pun selamat menulis dan semoga mendapat lebih banyak pahala hasil dari dakwah teknik moden ini.Semoga tidak diazab di neraka Allah kerana terfitnah orang.Sekian

  17. 25 farizzaini
    Mei 18, 2009 at 12:40 AM

    dalam utusan semalam, hj husam kata tak perlu dia nak komen apa2 pasal blog2 yg xbertanggungjawab ni! setakat nak berspekulasi, bercerita dgn paggil org ni baju petak2…bagus lah dato’…xyah dok layan lah org cam ni….cam aku…baca stakat nak hiburkan hati di masa lapang….baca hikayat ni tak ubah cam baca novel!!

  18. 26 Ghoba
    Mei 18, 2009 at 2:00 AM

    nasihat saya pada yie kapcai, selagi hikayat si baju merah ni belum habis, jgnlah terlalu cepat membuat analisis & conculsion dan sebarkan cerita yang mungkin xbenar 100%. Penyebar fitnah adalah lebih besar dari membunuh.

  19. 27 dewahudoh
    Mei 18, 2009 at 2:54 AM

    Kepada Ghoba… aku rasa tak salah yie kapchai nak sebarkan kepada orang lain. Mungkin cerita ini bukan 100% benar… tapi tak salah jika semua ahli Pas dapat membaca tulisan Pak MSO, sekurang2nya. kita mahu ahli Pas boleh terbuka mindanya, jangan jd macam umno minda tertutup, tidak mahu dengar cerita keburukan pemimpin sendiri… sbb tu Umno menuju kearah kehancuran… adakah saudara ingi lihat Pas hancur spt umno juga…

  20. Mei 18, 2009 at 4:30 AM

    Saya berpendapat, cara “membongkar” seperti ini kadangkala perlu dilakukan. Lebih2 lagi kalau teguran secara peribadi dan berhemah telah dibuat, malangnya tiada apa2 hasil yang positif.

  21. 29 amintahar
    Mei 18, 2009 at 6:19 AM

    assalamualaikum

    kata Presiden PAS mendedahkan keburukan pemimpin adalah bukan mengumpat. Seingat saya ketika pru 12 kenyataan ini dinyatakan.Kkalau orang membaca kitab jurhu wa ta’dil karangan ibn hajar pasti mendapati semuanya tentang kebaikan dan keburukan ulama’2 hadith..

    Samalah dengan orang yang ditanya tentang seseorang yang mahu dipinang, orang yang ditanyai mesti mendedahkan apa yang ditanya..

    Cumanya kepada MSO berhati2lah dengan niat (untuk maslahah umat) dan semuanya mestilah benar
    wassalam.

  22. 30 baju putih
    Mei 18, 2009 at 7:17 AM

    Penulis yg luhur tidak perlu risau dgn pandangan2 negatif pembaca.Biasalah dalam menghadapi kerenah yg pelbagai,ada yg suka ada yg tidak.Teruskan menulis dgn jujur Pak MSO.Anda adalah penulis berpengalaman yg telah berpuluh tahun dalam bidang ini.

    Penulisan yg jujur tidak semestinya berkaitan yg indah2,yg muluk2 saja.Kalau begitu hambarlah jadinya,lebih kepada mengampu dan propaganda.Dah namapun hikayat sudah tentu penuh dgn cerita suka duka,pahit dan manis,baik dan buruk barulah terserlah warna-warni penceritaan.Bukankah hidup kita pun begitu?

  23. 31 agletek
    Mei 18, 2009 at 12:30 PM

    Baca lah dengan hati dan akal…
    jangan beremosi ketika membaca…
    siasat sendiri…..
    banyak hal yg berlaku dalam PAS kawasan tetapi ditutup…
    dengan alasan nak jaga perpaduan parti…
    lama-lama akan menjadi barah dalam parti…
    kita lihat bagaimana Nik Abduh menggunakan blog utk menegur…
    lihat siapa yg melenting mempertahankan diri?
    kenapa?
    fikirlah….
    kenapa ada deklarasi 13 Mei?
    siapa yg aturkan program ni?
    kenapa?
    fikir sendiri…
    jangan jadi spt UMNO…
    butakan mata dan hati tgk pemimpin memerah kekayaan tanpa pedulikan nasib rakyat…
    pekakkan telinga bila cerita perangai buruk di ceritakan…
    kita perlu terima teguran dan kritikan…
    baiki diri dan parti…
    inilah yg memantapkan PAS….
    fikirlah…..dengan akal yg diberi oleh NYA….

  24. 32 affandi
    Mei 18, 2009 at 12:36 PM

    salam..
    alhamdulillah…n thank to your opinion n you remind me about that mr amintahar…you still remember wht tok guru said before…ana pun dah lupa.Kenapa ia mengaibkn?tidakkah seorng pemimpin itu public figure tidak timbul soal mengumpat jika dato husam tidak mahu menjawab itu terpulanglh pada dia…mungkin die lebih selesa begitu…dan ana rasa pun dia tkperlu menjawabnya…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: