19
May
09

Hikayat Si Baju Merah (9)

Mengejar Kelinci Di Starsguard

DI Starsguard, Jerman saya mulai mengetahui minat Husam yang mendalam kepada alam, flora dan fauna. Minat ini bukan dibuat-buat tetapi lahir dari sanubarinya dan terbawa dalam karektornya. Ia satu kesukaan semula jadi. Minat yang saya saksi dan hayati sendiri. Sebab itu saya kata Husam sebagai seorang yang romantik.

Pantang melihat bunga beliau akan merenung dan menyentuhnya dengan penuh kasih sayang. Sambil membelainya dia akan meminta saya memotretnya. Kadang-kadang dia jadi lebih manja dari seorang gadis pingitan bila berjumpa dengan bunga-bungaan. Saya banyak menyimpan gambar Husam sedang mengusap bunga dan juga binatang seperti kambing dan sebagainya!

haikayat-logo1

Di mana ada jambangan dia minta potretkan gambarnya. Dia akan tersenyum puas kerana dapat sebati dengan alam ciptaan Tuhan itu. Bukan itu saja, kalau dia ternampak buah-buahan bergayutan di dahan atau ranting dia minta abadikan gambarnya di situ. Saya masih ingat bagaimana dia minta saya potretkan segugus buah pinang yang masak merah di Pasir Mas.

Dia juga seorang yang suka mengelamun mengkhayalkan sesuatu yang indah di sebaliknya untuk dibawa ke dalam realiti. Bagi Husam khayalan boleh dianyam menjadi realiti atas keyakinan kalau mahu semua kita boleh dilakukan. Kadang-kadang dia ini melupai hukum alam atau pun sunah alam!

Mengenang sifat dan fiil inilah menjadikan saya mudah membuat simpulan Husam mempunyai sifat pengasih yang tinggi dengan alamiah. Seorang yang mempunyai hati budi yang baik. Jika beliau menjadi pemimpin beliau akan mengasihi rakyat, akan mempedulikan rakyat. Beliau akan membelai rakyat seperti mana Umur Ibnu Aziz, Othman Affan atau pun Omar Khattab ataupun Gandi ataupun Neleson Mendala. Itulah gambaran yang saya terima dari apa yang dipamerkan itu.

Bagi saya sifat-sifat kemanusiaan ini penting menempel kepada diri seseorang bakal menjadi pemimpin besar. Jika mereka tidak mempunyai sifat ini, kasih sayang, prihatin dan mempunyai jiwa yang halus (seni) sia-sialah ia menjadi pemimpin. Rakyat tidak boleh menumpang kasih dengan pemimpin yang tiada pelita jiwa. Seorang yang tidak mempunyai jiwa halus begitu bebal untuk memahami nasib dan penderitaan orang lain.

Sifat dan rasa sayang ini bukan boleh dibuat-buat. Ia bukan boleh dijelmakan atau dikosmetikkan ke atas diri seseorang. Kerana kalau dibuat ia tidak akan mencerminkan kebenaran. Lama kelamaan ia akan jemu. Kalau ia cuba dibuat ia akan jadi keras dan pejal, tidak realistik. Sebab itulah kebanyakan wakil rakyat hanya nampak mesra dan sayangkan rakyat semasa menjelang pemilihan dalam parti atau waktu pilihan raya saja. Lepas itu mereka akan tinggal rakyat terkontang-kanting sendiri.

Musa dan Khidir a.s.

Selepas Subuh saya meninjau bandar Starsguard dengannya. Apandi ada urusanya sendiri, menghadiri seminar juruukur. Sebenarnya Apandi ada dua strategi dalam perjalanan itu, selain untuk bermusafir bersama ke Bosnia dia menghadiri persidangan juruukur sedunia di situ.

Starsguard dikenali dengan bandar Mercedez. Di sinilah komponen dan pemasangan kereta Mercedez dilakukan. Tidak hairanlah kalau hampir 80 pengguna di sini menggunakan kereta mewah ini. Mercedez macamlah kereta Proton Saga atau Proton Perdana yang sering rosak cermin yang digunakan dan menjadi kegilaan di Malaysia. Ia sangat popular di negeri asalnya itu.

Hampir semua teksi juga dari Mercedez. Maknanya Mercedez di sini tidak memberi apa-apa glamour. Di stesen kereta di Starsguard ratusan teksi yang sedang berbaris semuanya dari Mercedez yang setengahnya dipandu oleh perempuan.

Jam 8 pagi bandar ini masih sunyi dan sepi. Udaranya dingin tetapi tidak sampai menyengat tulang hitam. Di bilik hotel tidak ada kipas atau penghawa dingin. Jalan raya lenggang. Apa yang merujakan kami ialah kewangiannya. Bunga-bunga rose yang berbagai jenis yang ditanam dalam pot di tepi-tepi jalan mengeluarkan aroma mengharumkan bandar berkenaan. Sambil berjalan kami menarik nafas panjang-panjang. Saya nampak Husam yang tinggi lampai itu menjadi semakin tinggi bagaikan bangau kurus…apabila menyedup kewangian Starsguard.

Setiap rumah di sini ada pot rose di beranda masing-masing. Begitu juga di sepanjang kaki lima di hadapan kedai penuh dengan pot-pot rose. Seolah satu kemestian setiap kedai mesti meletakkan pot rose di hadapan kedai. Keharuman yang memadapi ruang menyebabkan saya merasakan seolah berada di tepi syurga!

Setiba menjelang Maghrib semalam, saya tidak perasan dengan kewujudan rose-rose itu. Saya mengira ianya datang dari perfume gadis-gadis seksi Jerman yang berpakai baju atas pusat dan menampakkan pinggung. Setiap kali perpapasan saya menghidunya. Saya tidak tahu apakah Husam dan Apandi melakukan hal yang sama! Sara rasa mereka juga begitu cuma tidak mahu menceritakan sebab mereka pemimpin Pas.

Namun masing-masing dapat merasakan kewangian yang semerbak itu. Bila pagi hari baru saya sedari wangian itu datangnya dari rose yang ditanam dalam pot dan menjadi perhiasan kedai itu.

Sambil berjalan kami mengomen sendiri dan masing-masing menyatakan keaguman kepada bandaraya ini yang teratur, mulus, bersih dan penuh surmingah. Lebih-lebih Husam yang begitu menyenangkannya. Husam melihat apa yang ada itu dibandingkan dengan Kota Bharu.

Saya dapat membaca apa yang tersarang didalam kepalanya. Dia pasti mahu jadikan Kota Bharu seperti Starsguard yang wangi dan bersih.

Selalunya Husam bila melihat sesuatu yang baru dia akan cuba bawa balik ke Kelantan. Dia akan memanfaatkan untuk negerinya. Bukan saja mengenai idea tetapi kadang-kadang barangan mentah juga mahu diangkutnya. Ini satu sikap yang perlu ada kepada pemimpin yang kreatif. Inilah saya kata Husam seorang pemimpin hidup (kreatif) yang sengaja dihantarakan Tuhan ke dalam Pas.

Husam begitu leka dengan pemandangan dan keindahan sehingga tidak terasa perjalanan kami sudah menjauhi. Beberapa kali saya cuba menghentikan namun beliau tidak mempedulikannya, keindahan dan kemulusan Starsguard terus menuntunnya dan percakapannya menjadikan saya leka mengikut jejaknya.
Husam bagaikan kumbang yang kemabukan bunga. Dia berlari ke sana ke sini memegang dan mecium rose. “Ambil gambar, cantik ni…” mintanya.

Satu pose Husam yang sedang menunjukkan sejenis cendawan di Starguard.

Satu pose Husam yang sedang menunjukkan sejenis cendawan di Starsguard.

Bila terjumpa kulat atau bunga-bunga rumput yang anih bersinar dan cerah di bumi beliau akan berhenti. Panggil saya dan menjelaskan akan keuntikan rumput atau kulat berkenaan. Diceritakanlah mengenai kehebatan dan kebesaran Allah menjadi mahkluk berpasangan, berjaringan antara satu sama lain untuk manfaat manusia yang hidup. “Hanya manusia yang beriman saja dapat merasai kehebatan Tuhan. Semuanya yang ada dibumi ini diceritakan Tuhan dalam Quran”, ujarnya. Saya hanya mendengar dan akur. Saya mengira dia adalah Khidir a.s. yang mengajar ilmu kepada Musa. Musa tidak boleh bertanya dan berhujah. Lagipun apa yang dijelaskan itu benar.

Perjalanan terus menjauh sehingga menghampir ke sebuah taman kecil. Di pinggir taman itu berlocatan dua tiga ekor kelinci putih dan perang. Melihat itu Husam terus berlari ke arah taman itu. “Arnab… mari kita igat (tangkap) arab Jerman…” jerintanya.

Arnab itu tidak menunjukkan sikap culas dan seolah menanti kehadiran Husam. Husam yakin akan dapat menangkapnya. Arab itu begitu jinak dan manja. Sambil mengigit-gigit rumput dengan mulut halusnya terkunyih-kunyih dia memerhati ke muka Husam. Arnab itu bagaikan tahu yang Husam minat kepadanya.

“Tak boleh, culas tu..,” laung saya masih terkinja-kinja dari belakangnya dan geli hati melihat telatah Husam macam bocah. Hendak tak hendak turut sama mengepong Arab itu. Musa tidak boleh membantah Khidir lagipun Musa sedang mengamati budi dan akhlak Khidir!

Baru Husam nak sambar, Arnab itu berceperian lari masuk ke dalam taman kecil itu yang menjadi kloninya. Husam kejar…dan ghaib dalam taman itu. Sekejap kemudian keluar sambil menyapu-nyapu bajunya yang dihinggap bunga-bunga rumput. “Dia masuk lubang….” katanya kepada saya sambil ketawa geli hati. Itulah Husam si baju petak-petak merah.

Menjelang tengah hari bandar Starsguard yang wangi dengan rose kami tinggalkan. Arnab yang culas tetapi jinak , jinak tetapi culas dan telah mempermainkan kami di pinggir taman tadi kami tinggalkan untuk memulakan langkah ke Sarajevo ibu negara Bosnia Herzegovina.

[Di atas keretapi inilah bermula agenda politik. Di sinilah saya dan Husam bincangkan mengenai nasib Kelantan dan mempengaruhinya agar pulang ke Kelantan membantu Tok Guru. Apakah permintaan Husam atau imbuhan sekiranya dia pulang? Bersambung]


20 Responses to “Hikayat Si Baju Merah (9)”


  1. 1 agletek
    Mei 19, 2009 at 4:49 AM

    ooo…
    patutlah YB HUsam ni selalu melawat Gunung Stong…
    pencinta alam semulajadi ni….
    inilah pemimpin yg dicari….
    lojing pun selalu juga dilawati…
    semoga satu hari nanti Lojing akan menjadi kawasan pelancongan yg menarik spt di Starsguard…

    • 2 dewahudoh
      Mei 19, 2009 at 4:06 PM

      Sdr agletek..
      Tak semestinya YB Husam melawat Gunong Stong atau Lojing hanya untuk menikmati keindahan alam.. Banyak lagi kebarangkalian yang boleh berlaku di sana… Kat sana banyak pokok balak…. hehehe..

      Kalu nak menikmati alam YB Husam juga boleh melawat Taman Negara tapi kat sana pokok2 tak boleh ditebang.. cuma boleh tengok je.

      • 3 agletek
        Mei 20, 2009 at 6:04 AM

        Tahu tak per….
        kita kena bersangka baik….
        tapi satu persoalan bagus jugak tu utk difikirkan…
        ke mana perginya balak-balak yg ditumbangkan utk buat ladang rakyat di jajahan G.Musang…
        FELCRA pun masuk tanam selepas area tu clear habiss…….
        pastu pembahagian kawasan setelah hasil keluar berapa?

  2. 4 farizzaini
    Mei 19, 2009 at 8:12 AM

    alah episod ni patut di ignore kan jer….bukan penting pon…stakat kejar arnab!!aku tau laaaa, MSO nak gambarkan husam ni kadang2 perangai ngalah kan budak!…heeee sajae jer nak bikin saspen2!!

  3. 5 roossellee
    Mei 19, 2009 at 8:43 AM

    Syok baca…… jauh berjalan luas pandangan….

  4. 6 NH Shah Alam
    Mei 19, 2009 at 9:33 AM

    Ulasan dalam dalam episod 9 menceritakan kehebatan dan kebaikan Husam.
    Sudah tentu penyokong2 tegar Husam akan seronok membacanya. Komen2 yang diberi cukup positif.. Tapi lihat dalam episod yang seterusnya, kalau MSO tulis yang panas2 mengenai husam, sudah pasti penyokong tegar husam akan mengamuk sakan..

  5. 7 hizbul
    Mei 19, 2009 at 7:45 PM

    salam Tuan MSO

    pelik saya ada juga yg persoalkan episod ini..maybe depa x faham moral of story episod ini…

    x sabar menanti episod seterusnya..

  6. 8 meow4ever
    Mei 19, 2009 at 9:35 PM

    Salam..Diharapkan diarymaya MSO dapat diupdate dengan kadar segera…xsabar nak bacer artikel seterusnya..! Semoga Allah memberikan kekuatan Kepada MSO ketika menulis..heheheh

  7. 9 affandi
    Mei 19, 2009 at 11:52 PM

    salam…
    itulah sifat2 yg perlu ada dlm diri manusia lebih2 lg seoarng yg bkal jd pemimpin bijak kreatif,penyayang,berpandangn jauh dan menpunyai jiwa yg murni…sifat2 ini bleh menghasilkn pancaran aura kpada sesiapa yg mengenali pemimpin tersebut samada kwn atau lawn.

  8. 10 Ghoba
    Mei 20, 2009 at 1:04 AM

    Biasalah semua org ada baik buruknya, kalau MSO cerita yg baik shj xkan keluar Hikayat ni, dan kalau imej Husam ni buruk plak xkan jadi YB dia…

  9. 11 Budak Baru
    Mei 20, 2009 at 1:11 AM

    Dalam Episod 8, tuan ada menulis:
    “Mengenangkan segala detik-detik manis yang dicipta dalam perjalanan ini, telerai juga air mata. Saya tertanya-tanya sendiri kenapalah sesuatu yang bermula dari sebuah perjalanan jauh ini akhirnya dengan noda di hujung hidup yang belum ternokhtah.”

    Adakah tuan rasa jika tuhan tidak menakdirkan perjalanan ini berlaku, tuan akan terus bersahabat dengan Dato’ Husam?

    Tuan, sahabat adalah sangat berharga. Kita tidak sanggup untuk kehilangannya. Kenangan-kenangan indah bersamanya membuat kita mengenalinya dengan lebih dekat. Maka kita lebih mengasihinya. Sungguh indah kita ikhlas bersahabat hanya kerana Allah. Namun, lebih dekat kita dengan sahabat kita, maka lebih banyak rahsianya kita ketahui. Mungkin ada antaranya yang menjadi sebab kita berpisah dengan sahabat kita itu. Itulah antara sunnah Allah terhadap alam.

    • 12 Ankabut
      Mei 21, 2009 at 12:48 AM

      Saya pernah terdengar suatu ungkapan (mungkin orang lain ada versi yang lain):

      “Jangan terlalu sayang kpd sesuatu/seseorang kerana kelak kamu mungkin akan membencinya. Dan jangan terlalu membencinya kerana kelak kamu mungkin akan menyayanginya”.

  10. 13 Syah
    Mei 21, 2009 at 1:53 AM

    Dalam dunia politik, tidak ada perkara yang mustahil.Hari ini seseorang itu kawan kita namun mungkin esok ianya adalah sebaliknya.

    Sebab itu politik itu ibarat gula…ada kalanya kalau kita menggunakanya pada kadar kuantiti yang berpatutan ianya akan menyedapkan makanan kita namun kalau kita berlebihan-lebihan ianya akan membawa kemudaratan kepada kita.

    Mungkin kisah persahabatan MSO yang diceritakan melalui muka maya ini menimbulkan kebencian kepada MSO kerana menyangkakan ianya agenda menjatuhkan kredibiliti seseorang namun kalau kita amati dari sudut rohani itu sendiri ianya sebuah kisah yang memberi pengajaran kepada pembaca diari maya ini bahawasanya dalam hidup kita apa-apa pun boleh terjadi seandainya kita jadikan politik itu sebagai darah-daging kita

  11. Mei 21, 2009 at 9:32 AM

    saya pula bukan penyokong husam dan juga bukan ahli pas ataupun mana2 parti politik yang wujud di Malaysia ini tapi mengikuti perkembangan politik baik UBN or PR dengan penuh minat. gelagat setiap pemimpin politik dan penulis blog. ada pepatah mengatakan. “kalau kita nak mengetahui tentang kebaikan seseorang, tanyalah pada sahabatnya manakala kalau kita mahu mendengar keburukan tentang keburukan seseorang tanyalah musuhnya”. jadi, pendapat saya, blog ini ada baiknya kerana kita dapat menilai seseorang pemimpin politik tetapi sayangnya kita hanya dapat menilai kebaikan atau keburukan pemimpin tersebut daripada kacamata penulis blog tersebut. Jika seseorang penulis menyokong seseorang pemimpin atau parti politik, maka elok la pemimpin atau parti tersebut dan sebaliknya. Cuma, kadang-kadang saya tertanya. maksum sangatkah semua penulis blog? seolah2 hanya kita sahaja yang benar!!!

    • 15 diarymaya
      Mei 21, 2009 at 9:44 AM

      Kepada sdr Nazri, saya ulang di sini kalau sdr ada kisah-kisah menarik yang baik dan mencerminkan kehebatan Husam sila kirimkan kepada saya untuk disiarkan di sini. Bukan sdr Nazri saja tetapi sesiapa juga yang mempunyai kisah dan penulis menarik yang boleh memberi gambaran Husam lebih baik daripenulis blog ataupun tokoh politik lain. Sila kirimkan untuk dikongsi bersama, saya bersedia poskan di sini. Dan saya sebutkan bahawa saya tidak mengundang khas kepada sesiapa juga untuk membaca diarymaya ini, terserah kepada anda pembaca. Salam.

      • 16 radzi
        Mei 22, 2009 at 8:48 PM

        salam MSO…
        saya ni takdelah belajar agama tinggi sangat…
        cumenye ada suatu hadis yang saya dengar dari ustaz saya…
        ada suatu ketika, Rasulullah SAW sedang melalui sahabat2 yang tengah mengumpat… kata nabi: janganlah kamu mengumpat saudara kamu, ia umpama kamu makan daging saudara kamu sendiri…. lalu balas sahabat2: tapi kami katakan tentang perkara yang benar2 berlaku… kata nabi SAW: kalau kamu berkata perkara yang benar, jadilah ia satu umpatan namun jika perkara itu salah, maka jadilah ia fitnah (Au Ka Ma Qaal, maafkan saya kerana tak hafal matan dan sanad hadis).

        Dunia blog ini sgt terbuka,maksudnya ia dikongsi oleh seluruh dunia. Jadi kalau ada perkara mengaibkan, satu dunia boleh tahu.

        bukankah byk lg uslub da’wah dan menyampaikan nasihat?

    • 17 Ankabut
      Mei 21, 2009 at 12:55 PM

      Jika kita berdiri di garis tengah tidak timbul persoalan “maksum sangatkah?”, kerana setiap individu ada persepsi dan pertimbangan masing-masing.

  12. 18 power pas gurl
    Mei 22, 2009 at 7:37 AM

    ahahahahahah……romantik….romantik la sangat tu….kejor arnab cam bebudak… ade owang kate die kawin 2…betol ke???

  13. 19 Tok Wali
    Mei 22, 2009 at 1:51 PM

    saya amat berharap tuan MSO terus menulis progile orang politik sebegini. Kalau perlu boleh dijadikan novel.

    Jangan kita hanya melihat kebaikan tanpa melihat keburukan. Dan jangan kita hanya melihat keburukan tanpa melihat kebaikan. Apa yang penting kita lihat dan amatilah pengkisahan ini sehingga akhir……………..dimana hujung jatuhnya.

    Apa yang penting kita punyai akal dan nafsu. Guna lah akal dan nafsu untuk mencari kebenaran dan kepastian.

    Al-Fatihah buat pak Su Weil, Manik Urai. Walaupun kelulusannya tidak profesional, tetapi kerjaya politiknya amat profesional.

  14. 20 Putera Wan Kembang
    Mei 23, 2009 at 6:17 AM

    Tumpang lalu. Terima kasih. Stephen R. Covey dalam buku tersohornya ‘7 Habits of Highly Successful People’ mengingatkan kita, lebih kurang berbunyi, “… Berhati-hati dengan cara anda berfikir, kerana dari pemikiran itu akan lahir perbuatan. Berhati-hati dengan apa yg anda buat, kerana dari perbuatan itu lahirnya amalan. Berhati-hati dgn apa yang anda amalkan, kerana dari amalan ia akan menjadi satu tabiat. Dan ketahuilah bahawa dari tabiat inilah lahirnya budaya (satu cara hidup)…”

    By the way, kalu ada ustaz@alim ulama’ yg mengikuti blog-blog seumpama, mohon diberi panduan di mana garis pemisah di antara blogging utk menceritakan kebobrokan pemimpin dan mengumpat.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: