12
Jun
09

Pemakluman

Aku dan Tok Guru: Mentafsir Nik Aziz Sebagai Politician dan Ulama, akan muncul

InsyaAllah dalam masa terdekat ini saya akan memuatkan beberapa kisah Aku dan Tok Gurudan kenangan saya bersama Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menerusi diarymaya ini. Catatan ini merupakan pengamatan peribadi saya terhadap beliau sebagai ahli politik dan sebagai seorang murabbi. Ianya akan bermula seawal pertama kali saya menyebut namanya dan melihat wajahnya disekeping poster pilihan raya yang dibawa balik arwah ayah ke rumah sekitar tahun 1967.

Waktu itu usia saya dalam lingkungan tujuh atau lapan tahun. Catatan ini akan dinamakan “Aku dan tok Guru – Mentafsir Nik Aziz sebagai politician dan ulama”. Catatan ini adalah pandangan peribadi saya dan penilaian saya selama saya menuruti jejak perjuangannya dalam Pas, disamping cerita-cerita tentangnya dari pertuturan yang dapat diyakini.

Kemunculan catatan ini juga tidak berkala, maksudnya tidak ada jadual khususnya. Kemunculannya ia bergantung atas kerajinan dan selera saya untuk menggarapkannya. Mudah-mudahan Allah s.w.t. memberi kekuatan untuk saya mengerjakannya. Juga diharap catatan ini akan memberi gambaran dan maklumat sebenarnya kepada umum mengenai keistimewaan dan kelemahan Nik Aziz sebagai politician dari aliran tinta pena saya. Kepada peminat diarymaya diucapkan selamat mengikuti catatan ini. MSO


14 Responses to “Pemakluman”


  1. 1 nona
    Jun 12, 2009 at 4:01 AM

    tak sabar menunggu kisah ini. semoga Allah memberi kekuatan kpd tuan.

  2. 2 orghe kapong
    Jun 12, 2009 at 7:58 AM

    salam sdr
    sangat teruja dgn usaha yg akan sdr lakukan.tidak semua yg kenal walaupun tok guru itu sememangnya terkenal. ini kerja molek.ghoyat hok sengoti.biar sema orghe pehe. saya secara pribadi menunggu nunggu setiap usaha menulis begini. bukannya apa, tapi supaya akan menjadi khazanah bacaan dan ilmu, insyaallah utk hari hari muka. bagi diri ambo, memang seronok ikuti kisah ayah jid ni….bahkan ambo pun ada sikit pengelaman peribadi dgn ayah jid ni…masa tu ambo selalu jumpa dia atas urusan resmi. nasihat dia ko ambo…tak boleh dilupa sampai la ni…bendanya mudah tapi sanagat mengenankan. kalu sdr nak taupun, ambo boleh ghoyat…tak dak hal punya..sebab benda@ilmu molek atas urusan manusia dgn tuhe….

  3. 3 shaharinshariton
    Jun 13, 2009 at 11:13 AM

    Saudara MSO, kenapa nak ubah cerita baru? Cerita HUSAM pun belum selesai lagi. Macam tergantung saja. Buatlah endingnyaa dulu sebelum ke cerita baru.

  4. 4 affandi
    Jun 13, 2009 at 3:26 PM

    salam
    memang betullah npe nak tukar tajuk baru plak..cerita hsam belum lg selesai..tkn lepas husam

  5. 5 syed gila
    Jun 14, 2009 at 5:11 AM

    mso,habiskan cerita husam dulu

  6. 6 Ajeem
    Jun 14, 2009 at 12:00 PM

    Salam MSO,

    Saya agak kecewa kerana saudara hentikan penulisan mengenai si baju petak-petak merah.takanlah hanya kerana poll tersebut semangat saudara dah berkecai?saudara menulis berdasarkan ilmu dan pengalaman bukannya desakan orang lain.takan dah kecut dengan cacian konco-konco si husam tu..tolonglah MSO teruskan penulisan itu.saya yakin majoriti pembaca pasti akan teruja.lagi pun undian poll tidak semestinya tepat kerana apabila menggunakan PC atau laptop yang berlainan maka seseorang boleh mengundi lebih dari sekali.fikir-fikirkanlah!

  7. 7 rozaimin
    Jun 14, 2009 at 2:06 PM

    Tuan Haji kiranya menghormati keputusan poll yang nyata ramai pihak yang tidak suka cerita Haji Husam diperpanjangkan.Kita semua harus menghormati keputusan Tuan Haji MSO untuk tidak menulis sambungan kisah tersebut.
    Jangan kita semua mendesak beliau lagi kerana saya percaya secara tak langsung cerita Haji Husam akan diselitkan dalam kisah baru tentang Tuan Guru.Saya percaya ramai yang ternanti nanti kisah Tuan Guru yang telah memimpin kerajaan negeri Kelantan selama ini.
    Kisah suka duka Tuan Guru amat dinantikan oleh semua orang baik rakyat Kelantan atau pun orang luar Kelantan.Ahli PAS waima ahli UMNO pun ternanti nanti kisah Tuan Guru kerana kejayaan beliau memimpin negeri.
    Selamat maju jaya dan jangan berhenti menulis selagi Tuan Haji menulis untuk kebaikan ummah…Rasanya Tuan Haji patut baca dan komen masalah yang menimpa umat melayu pada hari ini seperti yang dihidangkan oleh majalah MASTIKA keluaran terbaru.
    Secara tidak langsung apa yang terjadi pada masa kini adalah kerana silap tadbir pihak pemerintah kerana lalai dan tidak mengutamakan perkara yang berkaitan akhirat dan melebihkan duniawi dalam setiap perkara……

  8. 8 penyu
    Jun 15, 2009 at 1:50 AM

    salam..abis tu cmna dgn husam musa?adakah mso terima tekanan yg sgt hebat ? potong stimla.cerita dah nk smpai klimaks. mso leh email saya utk sambung crita tu.hehehehe

  9. 9 Salahuddin
    Jun 22, 2009 at 4:18 PM

    assalamualikum Tuan Hj MSO…

    Tuan Hj MSO, Saya adalah peminat Tuan Hj. MSO dalam Blog ini.. Saya mengikuti setiap tulisan yang Tuan Hj MSO tulis dari siri Pak Lah Hinggalah tergantungnya penulisan Tuan Hj. MSO Mengenai si baju petak-petak merah.. Saya agak terkilan kerana perjuangan Tuan Hj. MSO untuk menulis mengenai si baju petak-petak merah terhenti… kerana saban minggu saya sentiasa menanti penulisan mengenai si petak-petak merah itu… agak terkedu saya apa bila melihat tiada lagi ruang untuk saya mengenali bakal pemimpin yang agak versetil itu. diharap Tuan Hj. MSO tidak terpengaruh dengan poll yang di buat tidak menyebelahi Tuan Hj. MSO. saya menghormati keputusan yang Tuan Hj. MSO buat. akan tetapi adalah lebih baik Tuan Hj. MSO meneruskan penulisan itu supaya peminat-peminat yang mengikuti penulisan Tuan Hj. MSO tidak kecewa serta takut pembaca-pembaca blog ini akan membuat andaian yang buruk terhadap si petak-petak merah itu… Adakah Si petak-petak merah itu sendiri yang meminta Tuan Hj. MSO berhenti dari menulis kisahnya?? jikalau Si petak-petak merah itu meminta Tuan Hj. MSO menghentikan penulisan mengenainya, saya akan akur.. akan tetapi jikalau kerana orang yang menyuruh Tuan Hj. MSO adalah orang bawahannya saya akan rasa kecewa yang amat sangat.. di harap Tuan Hj. MSO perlu bertanya kepada si Petak-petak merah itu. adakah perlu Tuan Hj. MSo teruskan ataupun tidak? jikalau jawapan yang di berikan oleh si petak-petak merah untuk meneruskan penulisan dia adalah pemimpin yang berani untuk di nilai oleh rakyat. tetapi jikalau sebaliknya dia seolah-olah takut pada bayang-bayang dia sendiri.. di harap selepas komenter yang saya berikan ini dapat membuat semangat Tuan Hj. MSO tidak luntur oleh desakan-desakan pihak-pihak yang tidak menyokong Tuan Hj. MSO.

  10. 10 diarymaya
    Jun 25, 2009 at 9:26 AM

    Assamualaikum, saya membaca dan mendengar semua permintaan termasuk juga kritikan berhubung penulisan Hikayah si Baju Merah. Banyak yang meminta agar ianya diteruskan. Ingin dijelaskan di sini saya akan meneruskan atas sifat saya sebagai penulis. Sehubungan itu penulisan diary “Aku dan tok Guru” ditangguhkan. Adapun bila penulisan Hikayat si Baju Merah akan disambungkan tergantung kepada masa dan keselesaan saya untuk menulis. Kepada peminat yang memberi sokongan dan dokongan diucapkan berbanyak terima kasih. Sesungguhnya dokongan andalah mengagahi saya untuk terus berjuang menerusi pena. Salam hormat dari saya, MSO.

  11. 11 Ajeem
    Julai 7, 2009 at 4:41 PM

    terima kasih kerana mendengar sungutan para peminat MSO untuk coretan bersama baju petak-petak merah..harap dipercepatkan…tak sabar rasanya dah dekat sebulan niii…

  12. 12 OneMuslim
    Ogos 13, 2009 at 7:20 AM

    setuju la….cerita si petak merah belum lg habis ni dah bersambung dgn cerita tokguru plk….potong steam betul la…..kena cerita tu!!!!

  13. Ogos 13, 2009 at 8:45 AM

    assalamualaikum tuan mso…

    permulaan yg best dn keno dgn “angin”…..tp bersiap2 la….lepas ni temu pulok dgn hok tok keno dgn “angin”……apapun itulah hakikat kehidupan manusia sblum d panggil mengadap tuhan…….

    kepada yang nak sangat tahu cerita si baju petak merah tu,….”bakpo mun duk bersungguh bena nok tau ceghita oghenyo.????..bejela teh.”

    harap tuan mso diberikan kesihatan uhtuk terus menulis…

    sekian…

    membangun bersama Islam

    love MSO, love SH AL ATTAS

  14. 14 Hayat
    Ogos 16, 2009 at 2:22 AM

    Assalamualaikum.
    Saya seronok baca cerita kecil dalam Pas di Gual Nibung. Watak spt Pak Nik Wil dan Pak Muda Hassan, saya kenal mereka. Terkilan juga Haji MSO tak masukkan fakta yang Hamzah Awang Hamat (Pak Da Mejah..saya selalu gunting rambut dengan beliau)pernah jadi calon PAS di DUN Gual Periok pada tahun 1978. Undi yang dia dapat pun 1,978 (Kalau tak silap saya)…Akhir kata, semoga MSO terus aktif menulis dan sejahtera selalu.
    Terimakasih.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: