Archive for the 'Catatan' Category

10
Ogo
16

Kelima: Tindakan pantas

TEMPOH sebulan yang ditetapkan oleh doktor pakar ENT Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk saya menjalani ujian CT Scan adalah terlalu lama. Tempoh itu boleh memungkin sesuatu yang tidak baik buat saya. Pembiakan sel kanser terlalu cepat. Makanya saya juga perlu bertindak tangkas dan cepat. Tindakan segera memastikan segala kemungkinan-kemungkinan yang tidak diingini dapat diatasi. Perjalan sel kanser harus dibantutkan?

Kelambatan untuk mendapatkan giliran menjalani imbasan CT Scan di HKL saya sangat-sangat memahami kenapa, walhal masa untuk melaksanakannya tidak sampai 20 minit. Ramai pesakit yang menanti giliran untuk menjalani ujian berkenaan. Walaupun peralatan ini sudah lama diperkenalkan tetapi ia masih belum mencukupi berbanding dengan (ratio) pesakit yang ada. Adalah wajar kalau mesyen x-try  ini ditambah dari masa ke semasa bagi memastikan tidak berlaku kelewatan mendapat rawatan yang boleh menghadirkan kemungkinan-kemungkinan yang buruk itu.

Inilah bahana atau pun “ulah” yang terpaksa dilalui apabila mahu mendapat rawatan di hospital kerajaan. Terpaksa menunggu dan mengikut giliran. Keadaan ini menimpa sesiapa sahaja, tidak kira darjat dan juga kedudukannya. Sebab itulah bagi mereka berwang dan mampu akan mendapatkan rawatan di hospital swasta. Sanggup bergadai dan berhutang untuk mendapat rawatan segera. Atau pun jika ada “cable” ia boleh dipercepatkan. Tindakan itu pula bagi saya sesuatu yang tidak adil kepada yang sudah lama menunggu. Bagi saya melintasi penantian orang lain suatu dosa?

Disebabkan terlalu lama dan bimbang penyakit yang ditanggung mulai merebak saya mencari alternatif lain. Saya perlu berbuat sesuatu sebaik mungkin untuk diri sendiri. Dalam hal ini saya tidak perlu berkompromi dengan sesiapa. Sebaik meninggalkan HKL,  di dalam kereta ketika perjalanan pulang lagi saya sudah berfikir mencari “jalan keluar” alternatif. Saya perlu menyegerakan menjalani ujian berkenaan untuk mengetahui keadaan dan kondisi tubuh saya.

Mengikut prosuder selepas mendapat hasil CT Scan baharulah doktor akan mengetahui dan membuat bacaan (analisa) apa penyakit yang kita alami kemudian menentukan tindakan selanjutnya. Ujian pengimejan itu membantu menguatkan hasil atau petunjuk daripada ujian darah. Ianya akan diselaraskan bagi membuat kesimpulan apa sebenarnya yang berlaku dan tindakan selanjutnya.

Sebenarnya bayangan bahawa saya menghidap penyakit yang paling ditakuti itu membuatkan saya bertindak segera,  membuka plan baharu serta merta. Mula saya berfikir untuk merayu kepada pendaftar unit Radiologis bagi mendapat laluan agar dipercepatkan. Terfikir juga mahu menghubungi pakar ENT HKL Dr Munirah yang merawat saya memohon jasa baik dan rekmin daripadanya. Tetapi mengenangkan tindakan saya itu menyusahkannya, saya tidak jadi berbuat begitu. Saya sangat menghormati bidang kerja orang lain dan berdisiplin.

Sebaik sampai di rumah saya menghubungi seorang kawan, Md Shaupi Deraman memperihalkan hal saya kepadanya. Saya teringat beliau ada kenalan seorang pakar di HUKM. Kawannya itu Profesor Hassan yang mengetuai salah satu Jabatan. Md Shaupi tidak banyak cakap terus menghubungi kawannya itu. Beberapa jam kemudian saya mendapat maklum balas daripadanya, berupa cadangan dan pandangan daripada Prof Hassan yang meminta saya berjumpan dengan pakar ENT yang diaturnya.

Malam terlalu lama

Menanti hari esok untuk berjumpa dengan pakar ENT bagi mengetahui kondisi saya, dirasakan sangat lama. Semacam jarum jam tidak berdetik dan matahari tidak berpusing untuk segera menghadirkan siang. Perasaan itu wujud semuanya kerana saya sudah mula dilambung cemas. Lagi pun menjadi tabiat saya sesuatu perkara sama ada berupa kerja atau apa-apa pun disegerakan dan kalau boleh semua kerja dan urusan mesti dibereskan dalam jam yang sama. Saya seorang yang tidak suka menangguh sesuatu melainkan melibatkan orang lain yang mana saya tidak dapat mengatasinya dengan bersendirian, jadi kena akur kepada pergerakan orang.

Esoknya selepas Subuh sebelum fajar Dudha menjenguk saya dengan ditemani isteri sudah bergerak ke HUKM di Cheras yang jarak dari rumah 24 kilo meter. Pemergian ke HUKM itu adalah pertama kali secara rasmi saya mendapat rawatan di situ. Kali pertama saya menjejak hospital berkenaan ialah pada tahun 2001 menziarahi sahabat saya Idris Othman yang sakit kerana kanser dan kedua ketika menziarahi jenazah bekas Presiden PAS Fadzil Mohd Noor yang juga meninggalkan kerana kanser. Kali terakhit ke situ untuk menziarahi jenazah sepupu yang meninggalkan akibat kaser sinus yang merebak ke otak.

Klinik pakar berkenaan terletak di Tingkat 7 di HUKM. Tingkat 7 menempatkan ward berbayar atau Private Wing. HUKM ada dua bahagian (sektor), satu untuk orang awam dimana kos perubatan dan rawatannya jauh lebih murah berbanding dengan Private Wing yang mengenakan kos yang sama mahal dengan lain-lain hospital swasta. Apabila saya diminta ke ward 7 terfikir mengenai bayaran?

Jam 9:30 pagi saya sudah memasuki ke klinik pakar HUKM. Selepas bertanya pelayan di kauter pendaftaran dan menjelaskan tujuan kedatangan saya, serta menyebut nama pakar yang hendak saya temui, saya disuruh masuk ke klinik. Pakar yang saya hajati untuk menemuinya, Dr Razif sudah sedia menanti kedatangan saya.  Pertemuan itu mudah kerana temu janji telah diaturkan oleh Prof Hassan.

Tanpa banyak bicara saya diperiksa. Dua orang doktor ENT, saya percaya dibawa seliaan Dr Razif membuat pemeriksaan lisan terhadap saya. Mereka bertanya apa-apa yang wajar dan saya menjelaskan mengikut apa yang ditanya. Selepas mereka membuat pemeriksaan ke dalam tekak, melihat tonsil dan bentuk serta kedudukannya baru Dr Razif “menangani” saya. Pemeriksaan tidak sampai 10 minit beliau terus membuat cadangan, agar dilakukan operate untuk membuang tonsil.

“Kita operate sahaja dan tonsil ini kena buang,” jelasnya. Cara dia menjelaskan dan melayani saya ringkas dan mudah. Penuh keyakinan. Nama lagi pakar dan caranya penuh psikologikal.

Sebelum itu Dr Razif memberi penerangan mengenai prosuder pembedahaan dan perkhidmatan di antara Pravite Wing dengan wad umum. Maksudnya yang berbayar dan yang biasa. Menurutnya sekiranya pembedahaan dibuat di Private Wing kosnya agak tinggi, tetapi ia cepat. Sementara pembedahan di ward biasa, ia murah tetapi ia terpaksa menunggu masa sedikit, menanti giliran sebab ramai pesakit.

Saya hanya mendengar penjelasan itu tanpa apa-apa komenter. Saya tidak ada pilihan lain lagi melainkan apa yang diperlukan mempercepatkan proses pembedahan itu. Tindakan perlu segera, tonsil kena dinyahkan.

“Kalau buat di sini (Private Wing) ia agak mahal, tetapi boleh cepat, kalau di wad biasa, lambat …  tetapi kosnya murah?” Jelas Dr Razif seakan memberi pilihan kepada saya. Beliau ikhlas menyebabkan saya berasakan alternatif yang diberikan itu tidak menekan perasaan.

Bagi saya apa yang penting bukan lagi soal wang dan berapa nilainya, yang penting rawatan dan tindakan (pembedahan) perlu disegerakan. Tonsil harus dinyahkan. Wang dan segala kos dengan apa cara pun akan disediakan. Dalam keadaan kritikal begitu wang bukan menjadi perhitungan lagi. Harta benda bukan sesuatu yang perlu diperhitungan dalam situasi begitu.

Namun sebagai orang tidak berada, sebatang kara di kota Kosmopolitan ini terfikir juga, bahawa perbezaan kos itu sangat ketara. Walaupun wang tidak kisah, tetapi ia masih merupakan sesuatu perlu diambil kisah juga. Hidup yang sempurna itu antara penyebabnya ialah kebijaksanaan mengurs wang.

Untuk mendapat penjelasan lanjut, saya bertanya kepada Dr Razif suatu pertanyaan yang tidak sepatutnya diluahkan; “Ada beza ke di antara private dengan ward umum? Maksudnya peralatan yang digunakan, dan pakar mana yang melakukan pembedahan?”

“Sama sahaja, peralatan yang digunakan dan dewan bedah sama. Dan yang buat (bedah) pun saya juga” jelasnya cepat. Penjelasan itu memberi kelegaan kepada saya. Bahawa tidak ada perbezaan dari segi kualiti perubatan di private wing dengan wad biasa kecualilah dari segi fasalitas dan jumlah kos? Apabila mendapat penjelasan itu, terfikir adalah lebih baik menjalani pembedahan dan rawatan di ward biasa, kerana ia boleh menjimatkan kos. Tetapi masalahnya ia terpaksa tunggu, menyebabkan saya tidak memikir panjang dan menyerahkan kepada budibicara Dr Razif.

“Saya serahkan kepada Dr, di sini pun boleh di wad awam pun boleh?” Kata saya penuh keinsafan. Dr Razif mungkin dapat membaca air muka saya yang terdesak menyebabkan beliau memberi sedikit kelonggaran. “Saya akan cuba tenguk jadual pembedahan dulu, kalau boleh buatlah di wad awam, jimat kos sikit,” katanya. Kata-kata itu melegakan saya dan ia merupakan satu penawar. Diplomasi Dr Razif sangat tinggi untuk orang yang dalam keadaan kecemasa dan terdesak seperti saya.

Saya terus terpaku di atas kerusi pemeriksaan, di samping isteri yang hanya memerhati apa yang berlaku dengan penuh taakulan. Saya memahami apa yang berladum dalam hatinya sebagai seorang isteri. Kebimbangan yang bersarang diwajahnya dapat saya hidu dan rasai.

Sementara saya terdiam dan terpaku dan sesekali berintraksi dengan kaki tangan klinik bagi menyapu resah, Dr Razif menekan key borad komputer di meja kerjanya. Tanganya menggerakkan tetikus menaik turun data dalam kompter. Matanya tertumpu kepada skrin. Dia sedang melihat jadual tugas dan appoitment pembedahan. Tekun sekali dia menyemak data-data dalam komputernya.

“Oh, minggu depan ada patien yang tangguhkan pembedahan. Kalau Encik Sayuti mahu, kita buat minggu depan,” kata Dr Razif sambil berpaling ke arah saya.
“Ini sahaja ada tarikh yang kosong, kalau tidak terpaksa tunggu lama …” Jelasnya lagi. Kata-kata itu sekali lagi menjadi penawar kepada saya. Saya berasakan rawatan terhadap saya sudah pun berjalan. Tetapi…?

“Pembedahaan di sini ke ward biasa?” Tanya saya mahukan kepastian. Sebenarnya pertanyaan itu tidak perlu apabila saya telah menyerahkan apa-apa mengenai diri saya atas budibicara dan profesionalismenya. Semacam tidak ada keputusan pasti pula daripada saya.

“Di wad biasa,” jelasnya. “Kalau setuju saya mark di sini dan kita buat minggu depan,” tukasnya lagi.
Saya menoleh ke arah isteri saya. Dia merenung ke muka saya dan menyetujui. “Buatlah tak payah tunggu-tunggu,” suaranya mendesak dan memohon. Saya tahu dia juga cemas kerana inilah pertama kali sepanjang berumah tangga dengan saya, mencecah 32 tahun saya akan menjalani pembedahan.

Dan hari itu Dr Razif telah menetapakan temu janji untuk pembedahan. Saya dikehendaki masuk ke ward 6H pada 23 November 2015. Saya harus ada dalam wad sekurang-sekurang satu malam untuk proses persiapan pembedahan, pemeriksaan darah, tekanan jantung, gula dan segala macamnya. Tarikh ditetapkan untuk pembedahan ialah 28 November.

Penundaan itu, cepat mungkin atas berkatan dan makhbulnya doa saya. 🇲🇾

Wangsa Melawati,
10/08/16

 

08
Ogo
16

Ketiga: Mati tiada tarikh

SEJAK kita mula mengenali hidup dan mengetahui perjalanan sebuah kehidupan akan berakhir dengan sebuah kematian, kita dihadapkan dengan pelbagai cerita dan kisah mengenai kematian. Semua cerita-cerita kematian dianggap tragedi itu menakutkan. Sebenarnya kematian bukan sebuah tragedi tetapi ia adalah perjalanan biasa pola yang diharungi manusia.

Kulinafsin za-ikatimaut, ( كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۗ ) – Tiap-tiap yang bernyawa itu pasti (wajib) akan mati. Lanjutan dari surat An Anbya ayat 35 itu berbunyi; Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Dalam surah Jumaat ayat 8 pula Allah berfirman bermaksud: “Sesungguhnya kematian yang kau lari daripadanya, sesungguhnya ia tetap akan menemuimu.” Maksudnya bahawa kematian itu sesuatu yang sahih.

Kehadirannya pula tidak dapat dibendung. Ini ditegaskan Allah dalam firmanNya dalam surah Yunus 49 bermaksud: “Apabila telah ajal maka tidak dapat ditangguhkan walaupun sesaat, demikian juga didahulukan.”

Ia sesuatu yang pasti dan wajib berlaku. Namun disebabkan kita dihadapkan dengan cerita dan berita yang berbagai-bagai itu, kita menjadi takut kepada kematian. Kematian menjadi sesuatu yang suspen dan misteri. Suatu yang menggerumkan. Kadangkala kita menjadi cemas tanpa hujung pangkal. Laksana kita takut kepada dogengan hantu. Cerita macam mana kononya wujud atau berlaku seksa kuburlah yang mengesankan. Menjadikan diri kita menggeletar lemah dan insaf dengan tiba-tiba tatkala mendengar kronologi mengenainya.

Gara-gara terkesan dengan cerita dan berita itu lalu kita pun menjadi takut untuk mati. Menjadi cemas membayangkan macam mana saat menghadapi sarakara tul maut – kehadiran Malaikatmaut untuk mencabut nyawa kita. Lantas kita membandingkan, (membayangkan) proses itu seperti mana, mencabut lembing atau keris yang tertusuk di dada. Betapa waktu hendak dicabut, apabila ia dijoblus ke dalam hulu hati, aduh… sakitnya.

Apakah cerita-cerita itu benar seperti mana dibayangkan kepada kita itu. Ia tidak ada dijelaskan dalam al Quran, tetapi ditafsirkan daripada firman atau kenyataan yang berbunyi seperti di atas tadi; dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Dari sepotong ayat itu diserkah dan dicerakinkan dengan cerita-cerita tamsil ibarat merngenai kematian dan seksa kubur tadi. Adakalanya ia dikosmetikkan sesedap rasa tanpa mengetahui bahan kosmetik itu.

Adapun cerita seksa kubur itu ditarik atau dihuraikan oleh para penulis kitab (fikah) dengan tujuan dan matlamat tertentu. Antaranya ialah agar kita senantiasa insaf dengan diri kita sendiri. Sedar dengan kehidupan ini. Diharap kesan daripada itu maka kita pun perlu bersiap sedia untuk menghadapi kematian. Jadi kalau kita mengambil peduli menyiapkan keperluannya kenapa kita harus takut? Itulah rahsia disebalik kisah tamsil ibarat itu.

Bagi saya kematian hanya sebuah PERPINDAHAN atau TRANSIT pertama dalam menanti dibawa ke tempat kesudahan yang abadi apabila sebermulanya kita melalui sebuah perjalanan atau kehidupan. Kematian adalah sebuah perjalanan meninggalkan pengkalan persinggahan ini. Ia bukan berakhir segala-galanya kerana dari pengkalan ini harus singgah (transif) di satu lagi pengkalan. Dunia ini hanya pengkalan, tempat persinggahan dari sebuah perjalanan kita yang jauh setelah ia bermula dari alam ghaib, Alam Ruh.

Sebenarnya kita bukan tup..tup terus berada di sini, dilontar dari Syurga dan mendiami dunia ini, tidak. Tetapi kita dihadirkan setelah melalui sebuah perjalanan panjang. Kita terbit dari kegelapan menuju kecerahan kemudian akan kembali ke dalam “kegelapan” semula? Kita bukan buah Apel yang jatuh dari atas kerana tarikan grativiti tanpa ada rentetannya, tidak. Buah Apel itu sendiri jatuh dari atas, dari ranting, yang mana ranting itu ada julai dan dahan serta batang pokok yang teguh dan besar. Nah, begitu juga dengan proses kelahiran kita bersebab dan bermusabab.

Perjalanan hidup kita, bermula dari alam yang tidak kita ketahui dan tidak rasa, yak itu alam Ruh. Dalam surah Sejadah ayat 9 menyebut: “Kemudian dibentuknya (janin) ditiupkan ke dalamnya sebahagian daripada Ruh-Nya”. Di sini bermulanya sejarah keberadaan, kewujudan kita. Dari alam Ruh ini kita akan dibawa ke alam Rahim (Ibu).

Dari alam Ibu akan membawa kita menjelajahi ke alam-alam seterusnya. Alam nyata (dunia) kemudian ke alam Kubur (barzkh). Dari alam ini kita akan berlepas kepada beberapa alam lagi yang bersifat akhirat kemudian menjelmakan semula kita ke dalam nyata, hidup kembali yang kekal abadi.

Kita mulai menyedari proses atau pengembaraan kita begitu bermula dari alam Ibu kerana dilahirkan dari perut Ibu setelah kita melihat kelahiran demi kelahiran adik-adik kita atau anak-anak kita dan cucu-cucu kita. Kejadian itu mengesahkan apa yang kita sendiri lalui sebelum ini. Tetapi jauh lebih mendalam lagi, proses kelahiran itu sendiri sebelum kita didaratkan di alam Ibu ia sangat sofisikated dan unit. Kita boleh bicarakan perkara ini dalam mauduk khas, proses kelahiran manusia di kesempatan lain.

Berbalik kepada cerita asal tadi, kematian dan seksa Kubur. Meskipun kita tidak dapat mengesahkan akan segala seksa Kubur itu akan kita lalui, tetapi ceritanya penuh dengan iktibar. Cerita penyeksaan itu untuk memberikan kesedaran dan keinsafan kepada kita. Gunanya untuk kita menyiapkan bekalan secukupnya. Ibarat kepada pengakalan dan transit tadi, kita sedang menunggu kehadiran kapal (Kematian), yang akan membawa kita. Kerana ia sebuah perjalanan pastilah akan menempuh segala pancaroba dan ujian.

Nah, cerita-cerita seksa Kubur tadi untuk memberi isyarat kepada kita agar bersiap sedia dengan segala macam bekalan. Dan bekalan paling ampuh di sini ialah mengetahui sebenar-benarnya apa itu kematian. Macam mana prosesnya. Dan apakah kematian itu sesuatu yang perlu ditakuti dan menyakitkan. Untuk melengkapkan kita dengan segala bekalan, pengetahuan dan maklumat mengenai kematian itulah, maka cerita cerita seksa Kubur itu dihemburkan kepada kita.

Apabila kita sudah siap sedia semuanya, segala bekalan, maklumat dan pengetahuan sudah ada, ibarat orang yang ingin mengemudikan kapal pelayaran, mereka sudah mengetahui segala seluk belok, sudah ada petunjuk, peta dan tahu membaca arah angin dan sebagainya, dan kini dikenali dengan GPS, maka perjalanan itu akan berlalu dengan tenang dan selamat. Ia akan sampai ke tempat yang ditujuinya dengan jaya. Jikalau pun ada halangan dalam perjalanan, kapal dipukul ribut, berlaku gelombang tinggi dan besar, layar terkoyak kita tidak cemas kerana segala perlengkapan sudah ada, segala ilmu mengatasinya sudah dimiliki. Makanan juga sudah tersedia, ilmu sudah ada, pengetahuan sudah ada macam mana hendak berhadapan dengan keadaan yang kritikal dan mencabar itu.

Jadi begitu jugalah dalam persiapan untuk menghadapi sebuah perjalanan yang dinamakan kematian ini. Kerana itu apabila kita memahami hakikatnya untuk apa kita perlu takut, cemas dan bimbang dengannya. Lagi pun kandatipun kita menghimpun segunung ketakutan dan kebimbangan, kematian atau perjalanan itu akan diteruskan juga bila sampai saatnya. Ia tidak dapat dianjakkan walaupun sesaat, baik dipercepatkan atau dilewatkan Seperti mana ditegaskan dalam surah Yunus: 49 tadi. Apa yang perlu kita hadapi ialah sedia untuk perjalanan demikian yang tidak ada tarikh, melainkan kita seorang yang makrifat dengan diri kita sendiri. Tarikh kematian adalah rahsia yang bukan rahsia.

Kita perlu bersikap opensif terhadap kematian bukan bersikap defensif. Kalau kita mengambil sikap terbuka kita akan bersedia, rela serta lega dalam menantinya. Dengan mengambil sikap demikian kita tenang dan tidak kalut memikirkan hal yang bukan-bukan. Manakala kalau kita bersifat defensif kita akan cemas dan takut dan sikap inilah menyebabkan kita akan menjadi lemah dan hilang harapan untuk hidup. Bersikap demikian juga menjadikan kita umpma meletakkan beban berat atas “neraca” kematian.

Wangsa Melawati,
24 Julai 2016. [wm.kl.7:50 am 29/07/16]

13
Ogo
09

Aku Dan Tok Guru: Pengenalan

POTRET NIK AZIZ DIJADIKAN BENDERA

SEBAGAI anak seorang penyokong kuat parti Pas, saya terdedah dengan cerita-cerita mengenai politik dari sejak kecil lagi dari ayah. Apa yang saya dengar ketika itu ialah Pas dan Perikatan. Nama Umno jarang-jarang kedengaran dan disebut orang kampung saya. Pas sebagai parti Islam manakala Perikatan atau Umno sebagai parti kafir. Menurut ayah, kenapa Umno kafir ialah kerana mereka berkawan dengan Cina dan India. Mereka tubuhkan Perikatan. Alasan ayah seperti mana kata penceramah-penceramah Pas, tindakan Umno itu dilarang oleh al-Quran. Quran ada menyebut mengenai larangan berbaik atau pun berkawan dengan orang kafir apa lagi mengambil mereka sebagai pemimpin!

Logo 2

Antara ayat-ayat yang sering dibaca ialah ayat dalam surat al Maidah, ayat 51 bermaksud;
“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani itu
sebagai ketua sebahagian yang lain. Sesiapa di kalangan kamu yang menjadikan mereka sebagai
pemimpin, maka sesungguhnya ia jadi golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi
petunjuk kepada orang yang zalim”.

Ayat dalam surah al-Maidah, ayat 57 bermaksud; “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan (pemimpin atau ketua) orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahlil kitab yang sebelum kamu dan (jangan kamu jadikan) orang kafir sebagai ketua dan takutlah kepada Allah, jika kamu sungguh-sungguh orang beriman”.

Ayat dalam surah Ali Imran, ayat 188 pula bermaksud; “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu ambil sebagai sahabat setia lain daripada golongan kamu; mereka itu tidak henti-hentinya berikhtiar menarik kecelakaan keatas kamu, mereka itu suka apa yang menyusahkan kamu. Sesungguhnya kebencian telah terbit dari mulut mereka itu, tetapi apa yang tersembunyi dalam hati mereka itu adalah lebih besar. Kami telah terangkan tanda-tanda kepada kamu, jika kamu (mahu berfikir)”.

Ayat dalam surah al-Nisa, ayat 144 bermaksud; “Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang kafir itu sebagai ketua (pemimpin); padahal mereka itu bukan dari kalangan Mukminin; apakah kamu mahu mangadakan satu alasan yang nyata bagi Allah buat (menghukum) kamu?”.

Ayat dalam surah Ali Imran, ayat 119 bermaksud: “Ingatlah! Kamu ini mengasihi mereka itu sedangkan mereka tidak mengasihi kamu dan kamu percaya kepada seluruh kandungan al-Quran sedang mereka apabila bertemu denganmu mereka berkata: ‘Kami beriman’, tetapi apabila berpisah, mereka gigit jari-jari mereka kerana marah bercampur benci kepada kamu. Katakanlah kepada mereka: ‘Matilah kamu bersama kemarahanmu itu’, Allah mengetahui apa yang terkandung dalam dadamu”.

Ayat dalam surah al-Nisa, ayat 139 yang bermaksud; “Berilah khabar kepada orang munafiq, iaitu orang yang mengangkat orang kafir sebagai pemimpin – bukan dari kalangan Mukminin. Patutkah mereka mencari kemuliaan daripada mereka itu? Sesungguhnya kemuliaan itu semuanya bagi Allah”.

Ayat dalam surah al Nisa, ayat 141 yang bermaksud; “Allah sekali-kali tidak memberi jalan bagi orang kafir untuk menguasai orang-orang mukmin”.

Dan juga ayat dalam surah al-Taubat, ayat 23 bermaksud; “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mangambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu menjadi pemimpin, jika mereka memilih kafir daripada iman. Sesiapa mengangkatnya menjadi pemimpin di kalangan kamu, nescaya dia adalah orang yang zalim”.

Itulah antara ayat-ayat Quran yang sering dibaca dan dijadikan sandaran oleh penceramah Pas untuk mengatakan Umno kafir? Ayat-ayat inilah juga menjadi perisai untuk memperkasakan Pas dari dicerobohi ansir luar.

Inilah kertas cogan Nik Aziz yang saya jadikan bendera dan mengarakkanya dengan basik.

Inilah kertas cogan Nik Aziz yang saya jadikan bendera dan mengarakkanya dengan basikal.

Menjadi kafir? Apa dia kafir? Kafir dalam pengertian dan pemahaman saya ketika itu ialah, puak jahat yang tidak menyeru untuk masuk syurga. Puak yang menentang Islam. Musuh Islam. Syurga adalah tempat indah di alam baqa nanti. Semua orang mengakui Islam dan mempercayai alam ghiab, hendak atau berazam untuk memasuki ke syurga. Orang akan melakukan apa saja untuk mendapat syurga. Jadi mana-mana kegiatan atau jalan menuju ke Neraka wajib dijauhi.

Parti Pas pula parti Islam; Parti Isalam se Malaysia, yang mengajar kepada kebaikan dan menentang kemungkaran. Yang mengajak manusia menuju ke syurga. Begitulah pandangan dan penerimaan saya ketika itu.

Sesungguhnya saya tidak memahami sebenar-benarnya apa itu Perikatan atau Umno. Selain itu, ayah sering menyebut perkataan siasah. Parti siasah! Bila bercakap dengan kawan-kawannya, saya dengar ayat kata, kita kena ada siasah. Kena pilih siasah Islam, kalau tidak kita akan jadi kafir. Saya memahami siasah itu ialah Pas.

Namun ayah seorang yang tidak suka mengata. Dia tidak ekstrim. Ayah seorang yang bertoleran dan tidak suka bergaduh. Apa yang ayah faham ayah tidak cakap kepada sesiapa melainkan untuk dirinya saja. Ayah juga bukan seorang pelanggan kedai kopi yang menjadi parlimen di kampung dan tempat mengulas isu-isu politik sehingga ada yang sampai bertampar dan bertumbuk atau bermasam muka bertahun-tahun.

Ayah sebagai anak tok guru lebih banyak di surau. Apa-apa yang penerangan dan penjelasan yang didapati dari ceramah digunakan untuk dirinya dan keluarganya saja. Sebab itu di kampung kami, kampung Gual Nibong, Rantau Panjang ayah dianggap sebagai seorang partisan yang tidak suka mengatakan orang. Dalam erti kata lain tidak mulut celupar. Gemulah Pak Nik Wil pernah mengatakan di Gual Nibong ini orang yang pandai main parti hanya Umur, (Omar Othman) dia tidak pernah mengatakan orang. Pak Nik Wil ialah penyokong kelat parti Perikatan. Di dinding rumahnya penuh dengan gambar Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Sebab sikap dan toleran itulah menyebabkan ayah boleh berkawan dan baik dengan sesiapa saja. Politik ayah telan dalam perut dan tidak dibawa keluar. Saya kira itu kebijaksanaan ayah nyang harus saya hormati dan ikuti.

Saya kurang pasti pergerakan dan penglibatan ayah dalam politik. Apakah dia memegang jawatan sebagai ketua ranting (ketua cawangan) di kampung kami atau tidak. Cuma apa yang saya ingat, di rumah masih ada senaskah buku resit yuran keahlian Pas (cetekan 1961). Apakah ayah seorang Bendahari? Atau pun parti memang mengarahkan mana-man ahlinya memuggut yuran ahli dan penyokong mengikut kampung dan ayah mewakili kampung kami?

Selebihnya saya pernah tengok minit-minit mesyurat yang ada ayah bawa balik. Hampir setiap bulan ayah akan bermesyuatat di Balai Raya yang terletak kira-kira satu kilo meter dari rumah. Ayah rupanya ahli Majlis Kerajaan Tempatan Gual Periok (MTGP). Kerajaan local council. Dalam minit mesyuarat itu nama ayah dicatat sebagai ahli biasa dan di minit lain pula di tahun lain dicatat sebagai timbalan pengerusi. Mungkin itulah jawatan rasmi ayah sepanjang penglibatannya dalam politik.

Yang pastinya ayah tidak akan ketinggalan mengikuti majlis ceramah dan program parti khasnya yang diadakan di sekitar Rantau Panjang dan Pasir Mas. Cakap di mana sahaja ayah akan pergi. Kalau majlis itu agak jauh ayah akan meninggalkan rumah sebelum Magrib dan pulang lewat malam. Ini selalunya kalau majlis itu di luar kawasan.

Bila pualng nanti ayah akan membawa apa-apa risalah atau poster parti. Selalunya bila beliau ke tempat pilihan raya kecil. Ayah akan bawa balik gambar calon dan risalah-risalah tertentu untuk ditunjukkan kepada ibu atau disimpan sebagai dokumen peribadinya. Ayah seorang kolektor.

Di sinilah membolehkan saya selalu melihat poster dan kertas-kertas risalah yang tidak diketahui apa butirannya pada masa itu. Yang dapat dikenali ialah melihat lambang bulan bintang sabit yang di atasnya ada bintang pecah lima. Begitu anggun dan begitu mempersonakan sekali. Begitu indah dan menggamit jiwa. Bulan sabit dan bintang adalah cakrawala akronim kepada Islam. Ia digunakan hampir di seluruh dunia. Itulah lambang atau simbol digunakan Pas waktu itu.

Lambang ini menakutkan Perikatan hinggalah ianya diharam dan Pas terpaksa mengambil bulan purnama mengantikan lambang itu. Alasanya kerana bulan bintang itu digunakan secara rasmi oleh kerajaan untuk institusi kerajaan merujuk kepada hal ehwal agama Islam dan tidak boleh dipakai oleh badan-badan politik. Itu alasan saja. Hakikat sebenarnya Perikatan takut dan gentar dengan lambang berkenaan yang boleh menawan dan menarik hati sesiapa saja.

Selain lambang bulan bintang yang indah dan cantik itu, ayah juga akan bawa balik gambar cogan, maksudnya gambar calon. Biasanya dia akan tampal gambar cogan itu di dinding rumah. Alat pelakat (gamnya) dengan getah sagu. Ketika inilah saya disuruh ayah untuk mengambil pelepah sagu yang sebesar ibu kaki di hujung baruh untuk menampalkan gambar cogan tadi.

Semasa berlangsung pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir, (kini Pengkalan Chepa) pada 20 Oktober 1967, ayah tidak ketinggalan ikut sama meninjau dan membantu. Satu malam ayah menghilang diri, diberitahu dia ke Kota Bharu. Kota Bharu terlalu jauh dari rumah kami ketika itu. Kota Bharu adalah negeri asing. Bandar! Ayah pergi dengan siapa tidak diketahui.

Yang diketahui dia bersama dengan rakan-rakan sekampungya, Hassan Mahmud, (Pak Muda Hassan) Abdul Rahamn Yusuf (Ayah Su) (keduanya Allahyarham) yang terkenal dan dikenali sebagai penyokong Pas nombor wahid di kampung itu, dan beberapa kawan lain Hamzah Awang Hamat, (Pak Da Mejah) Nuh Mat Ali ataupun Yaacob Awang Besar (yang kemudian merupakan bapa mertua saya, semuanya Allahyraham). Inilah orang-orang kuat Pas di kawasan kami. Yang menjadi pengasas dibakar tidak hangus!

Mereka tidak ada kenderaan. Tentunya mereka menaiki kenderaan yang diarah oleh wakil rakyat Rantau Panjang, Ahmad Yatim. Selalunya kalau ada majlis ditempat jauh Ahmad Yatimlah akan mengambil mereka atau menyuruh pemandunya bernama abang Soh ipar kepada Pak Da Mejah datang menjemput ayah dan rakan-rakan yang akrab ini.

Pulang dari Kota Bharu malam itu ayah membawa balik beberapa helai poster dan risalah. Paginya sambil serapan pagi, ubi badak gaul dengan nyiur ayah memberi tahu ibu sambil menunjukkan poster. Katanya; inilah calon Pas yang akan bertanding di Kota Bharu Hilir, seorang ustaz. Namanya Ustaz Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dia kelulusan dari universiti Azhar, Mesir. Ayah menekan perkataan ‘Mesir’. Mesir bagi penduduk kampung kami sangat mulia dan agung, hampir-hampir sama agung dengan Makkah dan Madinah. Sesiapa dapat ke Mesir dan belajar di universiti tertua di dunia itu dikira hebat. Sebelum itu tidak ada seorang pun penduduk kampung kami ke Mesir sehinggalah akhir tahun 70-an.

Omar Othman ayah yang mengajar erti siasah. Meninggal 24 Jun 1996.

Omar Othman ayah yang mengajar erti siasah. Meninggal 24 Jun 1996.

Saya mengambil poster berkenaan dan melihatnya. Gambar seorang anak muda bertubuh kurus berkaca mata. Atas kepalanya ada serban. Saya tidak tahu membaca apa yang dicatat di atas kertas itu yang merupakan slogan antara lain berbunyi; undilah Pas pangkah bulan bintang untuk agama, bangsa dan tanah air, dalam tulisan jawi.

Selepas makan saya dan ayah memasang poster itu di dinding rumah kami. Ayah memasang dua keping untuk menampakkan poster berkenaan gah dan hebat. Ayah ingin tunjukkan kepada orang kampung yang ziarah rumahnya. Begitulah cara ayah mengangungkan calon-calon Pas yang bergelar ustaz. Saya mengambil sehelai yang lebih kecil dan mengibar-ngibarkan dengan tangan. Saya membawa lari mengelilingi dalam rumah, seolah-olah macam bendera Malaysia dilarikan dimusim perarakan kemerdekaan.

“Boleh tak kalau bubuh di basikal,” kata saya kepada ayah. Fikir untuk memasang gambar calon itu dibasikal. Saya memang dibelikan ayah basikal berkaki tiga. Al maklumlah anak sulung dari isteri keduanya, Mek Thom Haji Salleh diberikan sedikit kelebihan.

“Awang nak buat apa?” tanya ayah membahasakan saya sebagai awang, sebagai anak manja dan kesayangan.

“Nak buat bendera,” jelas saya. Ayah tanpa banyak bercerita mengambil parang dan turun ke tanah. Dia mencari ranting buluh untuk dijadikan tiang bendera. Kemudian gambar cogan tadi dikepilkan dan diikatkan dengan getah di handle basikal.

Saya mengayuh basikal yang siap dipasang bendera itu. Untuk menjadikan ia berkibar saya mengayuh selaju mungkin mengeliling atas rumah. Bila bendera itu tidak berkibar kerana kurang kelajuan saya minta kepada ayah untuk turunkan ke tanah.

Di tanah saya mengeliling dan round di halaman rumah. Saya bangga kerana antara rakan-rakan sebaya, sayalah yang ada basikal dan ada bendera pula di atas handle. Megah sungguh. Bendera yang saya bawa dan pusing kampung itu ialah bendera cogan Pas calon Pas pilihan raya kecil Parlimen Kota Bharu Hilir bernama Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. – 12/06/09 [Bersambung]

28
Mei
09

Hikayat Si Baju Merah (11)

Selamat Sampai di Bosnia

HUSAM kurang yakin dengan apa yang saya tuturkan. Atau dia mungkin tidak percaya dengan pandangan (plan) saya itu. Sebab itu dia tidak segera memberi jawaban dan komitmen terhadap persoalan yang saya timbulkan. Namun saya percaya dia mengambilnya sebagai bahan pemikirannya di sepanjang perjalanan itu.

Tanpa disedari, hari sudah memasuki ke gerbang malam. Pemandangan di luar sudah mulai kabur. Bilah-bilah mentari yang menikam alam kini sudah mulai sirna bergantian dengan cahaya neon yang berkelip-kelipan dan bersinar banar. Pemandangan di luar masih juga indah seperti atas kelir wayang gambar..

haikayat-logo1

Apabila kereta api masuk ke kawasan perkampungan, suasana gelap mendakap diri, saat inilah perasaan benar-benar diulik kesayuan dan kesendirian kerana berada jauh dari tanahair. Dan kemesraan sebagai sahabat dengan Husam begitu terasa sekali. Begitu indah dan cukup membahagiakan… sehingga tidak pernah terfikir pelangi yang itu akhirnya akan ditutupi kabus.

Di dalam keretapi itu hanya kami bertiga saja orang asing, orang Asia… dan tepatnya orang Kelantan. Penumpang lain adalah bangsa asing, rakyat Austria, Yugoslavia, Serbs, Solvania, Bosnia dan entah-entah lagi.

Perbualan antara saya dengan Husam menjadi lebih panjang dan kadangkala serius sekali. Sekejap saja melencong ke topik lain, saya membawanya balik ke topik maha penting itu; merancang untuk beliau balik ke Kelantan, menjadi pembantu kemudian pengganti kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ana nak tanya enta sapa-sapa orang enta di Kelantan? Maksud ana yang menjadi penyokong hard core enta?” Sengaja saya bertanya begitu kerana menyedari Husam dalam pemerhatian saya tidak ada penyokong. Dia tidak ada puak di Kelantan dan diri bergerak sendirian. Di Kelantan dia tidak ada kumpulan ‘dikir barat’ maksudnya kumpulan yang sedia nntuk menyokong ideanya.

“Ana tidak ada puak!?” jawabnya rengkas dan ikhlas.

“Bukankah enta pernah memimpina Dewan Pemuda Pas Kelantan. Ke mana para mujahid enta itu semua… takkan seorang pun tidak bersama enta?” ague saya.

“Tak ada!” jelasnya selamba saja sambil menyoal balik, “untuk apa?”

“Untuk menjdi jentera dan penyokong enta di Kelatan nanti. Enta kena ada group sendiri macam mana Tiga Abdul lakukan dulu. Ini penting untuk menggerakan agenda besar itu. Kalau tak ada penyokong payah juga,” kata saya.

“Agenda apa? Ana tidak ada apa-apa agenda!” dia rasa kurang senang bila sebut agenda. Memang Husam seorang yang tidak berfikir ke arah itu ketika itu. Mungkin dia juga tidak ada niat nak berbuat sesuatu sehingga kena wujudkan puak yang kemudian akan menjadi bala tenteranya. Jadi pengampunya.

Dia juga tidak ada cita-cita besar dan berpuas hati dengan statusnya sebagai ahli Parlimen. Dengan hanya jadi ahli parlimen tidak memerlukan penyokong bawahan yang kuat bagi mencapai sesuatu agenda.

Memang perwatakannya juga berbeza dengan wakil rakyat lain. Dia menyendiri dan seolah terpisah dengan kelompok ramai. Husam tidak membawa budaya dan stail wakil rakyat Kelantan yang berselibah, berkain sarung, berkupiah duduk dengan rakyat di kedai-kedia kopi ataupun surau berjam-jam Husam tidak suka dengan stail tidak melambangkan kemajuan itu. Dia seorang Islam yang modern dan Islam yang progresif.

Dia seorang yang banyak bekerja dan berfikir. Mencari idea-idea baru untuk diaplykan dalam kehidupan. Dia banyak menghabiskan masa dalam bilik bacaan daripada bersembang tidak tentu fasal ataupun mengulang-ulang tradisi lama. Dia banyak menghabiskan masanya di rumah ‘isteri keduanya’ berhampiran Renaissance hotel di Kota Bharu, di rumah Az Zaharah.

Pembawan Husam adalah pembawaan seorang intelektual. Ahli parlimen intelek. Tetapi dalam politik pembawan sebegitu menyebabkan ianya tidak popular dari kalangan penyokong dan ahli bawahan. Dia akan nampak terpisah dan sombong dengan rakyat bawahan. Dalam politik sokongan dari semua penjuru adalah penting. Stail kampung dan intelek perlulah dijalinkan bersama. Saya sering menekankan ini kepadanya.

“Ana tak reti main puak-puak ini,” dia ulang sekali lagi memberi mesej kepada saya. Saya faham dengan apa yang dimaksudkan itu. Tetapi dalam politik jika tidak ada puak seseorang itu tidak akan hidup. Puak atau penyokong adalah jambatan dan alat untuk mencapai sesuatu tujuan besar. Apa lagi untuk membangun negeri…dan juga mendapat kedudukan dalam parti.

“Enta jangan rungsing, ana akan cuba lakukan. Ana akan bentuk kumpulan penyokong enta. Dalam politik kumpulan ini penting kerana jika ada apa-apa masalah merekalah yang akan ke depan menjadi galang ganti…,” cerita saya seolah seorang pakar strategi pulak kepadanya. Lagak saya semacam mahu mengajar itik yang sudah pandai berang dan arif menyelam!

Dia terus buat-buat bodoh sahaja. Tetapi mungkin juga kerana naluri tidak suka berpuak dan suka berada dalam kelompok ramai maka beliau tidak membentuk kumpulannya sendiri, Husam tidak ada para sang setia yang rela menggalang tubuhnya di depan Husam dalam medan perang.

“Tok Guru macam mana?” Akhirnya dia cuba meninjau pemikiran saya mengenai apakah penerimaan Tok Guru kelak dengan cadangan atau pelan itu.

“Ana dah katakan, ana akan cuba membawa perkara ini kepada Tok Guru dulu. Tahulah ana melakukannya. Apapun kita kena tengok reaksinya dulu, kalau ok…. baru kita jalankan. Dan ana ada cara untuk menyalurkan kepada Tok Guru… ana yakin Tok Guru akan setuju..,” balas saya menyakinkannya dan sekaligus menyakinkan diri sendiri.

Malam terus merangkak. Perbualan semakin rancak dan Husam menunjukkan keseronokan. Dibenaknya saya sudah dapat mengagak ianya mula tersimpul dengan perancangan itu. Dia mungkin mula merasai benar dan tertarik dengan apa yang saya kemukakan. Ataupun dia sudah punya menyimpan cita-cita itu cuma tidak dibukakan hanya menanti masa untuk ‘dikebek’ oleh sesiapa.

Perbuatan yang serius dan tegang itu sesekali kami silang dengan suasana sekitar. Seorang tua berbangsa Serbs di sebelahan kami menjadi mangsa. Lelaki ini berusia dalam lingungan 65-an. Orang tua ini sejak dari tadi memerhati ke arah kami mendengar percakapan kami dan memahami dari body language saja.

Untuk menghilang tension kami menganggu si tua Serbs ini. Di kala kami mengusik si tua ini baru saya mengenali Husam seorang yang nakal dan tahu bercanda dan pelucu juga orangnya. Dia sebenarnya bukan serius memanjang dan kalau tahu membuka suisnya dia boleh ketawa terkekeh-kekeh mengalahkan ahli lawak jenaka.

Mulanya saya yang mengacah si tua itu dengan bertanya dalam loghat Kelantan. “Nak gi mana… nak kelek kampung ke..?” tanya saya kepada si tua itu. Dia hanya terlungu sambil menyengeh, tidak tahu apa yang saya tanya tetapi tahu pertanyaan itu untuknya.

Bila saya ulang pertanyaan itu baru si tua itu mengangguk-angguk bodoh.

“Oh… pakcik ni rupanya orang Kelantan juga, Sham…(Sham adalah panggilan manja saya kepada Husam. “Iya ke…” balas Husam mula menarik minat sambil menyambung orang Gua Musang ke?

“Oh patutlah dia kelih kita sejak tadi, rupanya dia faham apa yang kita bualkan. Ahr… sudah nanti dia royak ke Tiga Abdul, pecah rahsia ni…naas kita” sambung lagi Husam ketawa melucu.

“Padi padi lagu mana, durian langsat jadi molek ke tahun ni?” tanya saya lagi. Pertanyaan itu biasa diajukan kepada orang-orang tua di Kelantan. Stail orang Kelantan kalau tengok orang tua mereka akan tanya hal tanaman padi atau sawah bendang. Husam terus ketawa geli hati.

“Khozi..khozimun…,” kedengaran orang tua itu menjawab pertanyaan saya. Saya memberi tahu Husam, Husam ketawa besar lucu dengan orang tua ini.

“Anak dara ada ke…?” tanya Husam..dengan nada malu-malu kemudian menyuruh saya mengulangi pertanyaan itu apabila orang tua seakan tidak begitu memahaminya!?

“Pak cik ada berapa orang anak? Anak dara ada ke?” saya mengulangi pertanyaan yang disuruh oleh Husam.

“Khozi… khozium… manakesh…manakesh…” orang tua itu menjawab dalam bahasa ibundanya.

“Ada Sham, manakesh.. manakesh tu maknanya ada, ana rasa dua orang tu,” jelas saya kepada Husam.

Husam sudah tidak dapat menahan lucu, ketawanya kuat sehingga memecahkan suasan atas keretapi. Tubuhnya bergoyang-goyang kerana mengikut alunan ketawa. Inilah pertama kali saya melihat Husam ketawa, terkekeh kekeh…. dan kuat sekali. Seluruh mukanya merah dan begitu gelihati sekali dengan telatah saya dan orang tua Serbs ini.

“Saya penulis, ini Menteri Besar Kelantan….,” balas saya kepada kelaki Serbs bergigit rongak belah atas itu lagi menyambung percakapan yang sama-sama tidak faham. Sekali lagi lelaki itu mengangguk-angguk sambil tessenyum manis dan berkata; “Khozium mankeseh, wakusu… melai’k..?” Saya mengangguk-angguk seolah-olah benar-benar memahami percakapan si tua ni.

Husam terus terlarut dalam ketawa melucunya. Kedua belah matanya saya tengok berair, dia sampai menahan-nahan perutnya kerana lucu dengan telatah saya mengusik si tua Serbs itu.

Saya dan Husam masing-masing memiliki sebutir batu besar - Zagreb.

Saya dan Husam masing-masing memiliki sebutir batu besar - Zagreb.

Starsguard sudah ratusan batu ditinggalkan. Beberapa buah stesen juga ditinggalkan tanpa disedari. Kerana asyik berbicara tidak tersedar keretapi berhenti di beberapa perhentian. Hinggalah sampai di Karibo baru kami tersedar apabila perut dan tekak masing-masing merasa lapar dan haus. Keretapi berhenti agak lama di sini. Saya kiranya ianya sempadan antara dua buah negara. Jadi pemeriksaan secara rawak passport di lakukan.

Kerana merasakan keretapi agak lama berhenti Husam menyuruh saya mencari air atau pun roti, perut sudah berkeroncong. Husam suruh saya cari kantin dan dia akan menjaga beg di tempat duduk. Apandi sudah lama hanyut dalam mimpi, dengkur nyaringnya sesekali mengimbas telinga kami di depan yang berjarakkan tiga meter.

“Enta pergi cari, ada kantin datang bagi tahu,” perintah Husam.

Saya mulanya keberatan bergerak mencari kantin, bimbang akan keselamatan diri. Tetapi kerana perut sudah berbunyi, terpaksa memberanikan diri juga. Kebiasaanya kantin ditempatkan di bahagian depan dan belakang sekali. Saya berjalan ke depan. Meninjau-ninjau. Sebaik didapati ada kantin menyediakan air dan roti saya kembali kepada Husam semula memberitahunya.

“Ada…kantin, nampak ok?”

“Halal ke?” soal Husam.

“Agaknya halal… ramai orang Kelanan duk minum,” balas saya bergurau. Husam sekalai ketawa terkekeh.kekeh mendengar jawaban itu.

Sebaik saya Husam bangkit dari kerusi untuk ke kanti tiba-tiba gerabak di hadapan kami bergoyang menyebabkan kami tidak jadi melangkah. Sekejap kemudian gerabak berkenaan bergerak dan terputus dengan gerabak kami. Wah.. gawat ni. Apa dah jadi dong?

Rupanya berlaku pertukaran haluan kereta api. Sebahagian gerabak ditinggalkan dan sebahagian yang dihadapan (ada kantin) tadi ke haluan lain. Ia berlaku betul-betul pada gerabak kami diami.

Kami jadi terheran-heran dan terkunyeh..kunyeh sendiri. Ketika itu datang gad dari arah belakang. Apabila ditanya katanya gerabak di hadapan itu akan menunju ke lain dan gerabak yang kami duduki akan ke Bosnia.

“Haaaa….! terkejut besar saya dan Husam mendengar itu. Nasib baik saya cepat kembali kalau tidak akan terpisahlah dengan Husam dan Apandi.

“Oh kalau tidak jadi sungai Jamna dan sungai Ganggalah kita Sham…” balas saya kepada Husam. Sekali lagi Husam ketawa sampai berair mata. Kali ini ketawa lucunya lebih kuat daripada tadi. Bayangkan betapa kalau saya terpisah dengan Husam dan Apandi, berada di negeri orang pula, tentu saya akan hilang ghaib di Eropah itu. Mereka juga tidak tahu hendak ‘rasar’ ke mana nak cari saya.

“Oh.. kalau tidak enta kena duk sini (Eropah) lah…. kahwin dengan orang sini…. balik-balik ana 10 nanti,” balas Husam terkekeh kekeh melucu mengenangkan peristiwa itu.

“Iyalah apa taknya, ana nak cari enta macam mana….di sini bukan ana tahu apa-apa !” balas pula lucu tetapi dalam hati rasa sendak dengan lapaz syukur atas apa yang berlaku. Tuhan masih sayangkan kami dan mahu kami erat hingga ke Bosnia. Rasa lapar dan haus hilang dengan tiba-tiba akibat kejadian yang hampir-hampir memisahkan kami itu.

Sedang fajar siddik masih menebarkan sayap, keretapi sekali lagi berhenti. “Bangun kita sudah sampai di Sarajevo..” kendengaran Apandi mengejutkan kami.

“Dah sampai dah..?” tanya Husam mahu kepastian.

Sambil menyapu muka dan menggelengkan kepala dua tiga kali untuk menghilangkan lengguh, kami bergegas turun. Dan sebelum menjejak kaki di Sarajevo saya sempat menerima ikrar dari Husam; “Apa yang dirancangkan sepanjang perjalan tadi, jadi tu.. jangan tak jadi pulak?” kata saya.

“Jadi apa pulak?” tanya Apandi yang sememangnya tidak mengetahui apa yang dibincangkan di separuh perjalanan tadi.

“Iya… terserah kepada enta, ana lantik enta jadi menager ana!” balas Husam berseloroh sambil menggengam erat huluran tangan saya sebagai isyarat ba’iah untuk merealisasikan cita-cita suci itu.

[Sekembali dari Bosnia saya memulakan melaksanakan agenda untuk menobatkan Husam sebagai Menteri Besar Kelantan. Proses yang panjang dan jauh itu ditekuni dengan penuh kesabaran dan tektikal. Ikutilah kisah selanjutnya. Bersambung.]

19
Mei
09

Hikayat Si Baju Merah (9)

Mengejar Kelinci Di Starsguard

DI Starsguard, Jerman saya mulai mengetahui minat Husam yang mendalam kepada alam, flora dan fauna. Minat ini bukan dibuat-buat tetapi lahir dari sanubarinya dan terbawa dalam karektornya. Ia satu kesukaan semula jadi. Minat yang saya saksi dan hayati sendiri. Sebab itu saya kata Husam sebagai seorang yang romantik.

Pantang melihat bunga beliau akan merenung dan menyentuhnya dengan penuh kasih sayang. Sambil membelainya dia akan meminta saya memotretnya. Kadang-kadang dia jadi lebih manja dari seorang gadis pingitan bila berjumpa dengan bunga-bungaan. Saya banyak menyimpan gambar Husam sedang mengusap bunga dan juga binatang seperti kambing dan sebagainya!

haikayat-logo1

Di mana ada jambangan dia minta potretkan gambarnya. Dia akan tersenyum puas kerana dapat sebati dengan alam ciptaan Tuhan itu. Bukan itu saja, kalau dia ternampak buah-buahan bergayutan di dahan atau ranting dia minta abadikan gambarnya di situ. Saya masih ingat bagaimana dia minta saya potretkan segugus buah pinang yang masak merah di Pasir Mas.

Dia juga seorang yang suka mengelamun mengkhayalkan sesuatu yang indah di sebaliknya untuk dibawa ke dalam realiti. Bagi Husam khayalan boleh dianyam menjadi realiti atas keyakinan kalau mahu semua kita boleh dilakukan. Kadang-kadang dia ini melupai hukum alam atau pun sunah alam!

Mengenang sifat dan fiil inilah menjadikan saya mudah membuat simpulan Husam mempunyai sifat pengasih yang tinggi dengan alamiah. Seorang yang mempunyai hati budi yang baik. Jika beliau menjadi pemimpin beliau akan mengasihi rakyat, akan mempedulikan rakyat. Beliau akan membelai rakyat seperti mana Umur Ibnu Aziz, Othman Affan atau pun Omar Khattab ataupun Gandi ataupun Neleson Mendala. Itulah gambaran yang saya terima dari apa yang dipamerkan itu.

Bagi saya sifat-sifat kemanusiaan ini penting menempel kepada diri seseorang bakal menjadi pemimpin besar. Jika mereka tidak mempunyai sifat ini, kasih sayang, prihatin dan mempunyai jiwa yang halus (seni) sia-sialah ia menjadi pemimpin. Rakyat tidak boleh menumpang kasih dengan pemimpin yang tiada pelita jiwa. Seorang yang tidak mempunyai jiwa halus begitu bebal untuk memahami nasib dan penderitaan orang lain.

Sifat dan rasa sayang ini bukan boleh dibuat-buat. Ia bukan boleh dijelmakan atau dikosmetikkan ke atas diri seseorang. Kerana kalau dibuat ia tidak akan mencerminkan kebenaran. Lama kelamaan ia akan jemu. Kalau ia cuba dibuat ia akan jadi keras dan pejal, tidak realistik. Sebab itulah kebanyakan wakil rakyat hanya nampak mesra dan sayangkan rakyat semasa menjelang pemilihan dalam parti atau waktu pilihan raya saja. Lepas itu mereka akan tinggal rakyat terkontang-kanting sendiri.

Musa dan Khidir a.s.

Selepas Subuh saya meninjau bandar Starsguard dengannya. Apandi ada urusanya sendiri, menghadiri seminar juruukur. Sebenarnya Apandi ada dua strategi dalam perjalanan itu, selain untuk bermusafir bersama ke Bosnia dia menghadiri persidangan juruukur sedunia di situ.

Starsguard dikenali dengan bandar Mercedez. Di sinilah komponen dan pemasangan kereta Mercedez dilakukan. Tidak hairanlah kalau hampir 80 pengguna di sini menggunakan kereta mewah ini. Mercedez macamlah kereta Proton Saga atau Proton Perdana yang sering rosak cermin yang digunakan dan menjadi kegilaan di Malaysia. Ia sangat popular di negeri asalnya itu.

Hampir semua teksi juga dari Mercedez. Maknanya Mercedez di sini tidak memberi apa-apa glamour. Di stesen kereta di Starsguard ratusan teksi yang sedang berbaris semuanya dari Mercedez yang setengahnya dipandu oleh perempuan.

Jam 8 pagi bandar ini masih sunyi dan sepi. Udaranya dingin tetapi tidak sampai menyengat tulang hitam. Di bilik hotel tidak ada kipas atau penghawa dingin. Jalan raya lenggang. Apa yang merujakan kami ialah kewangiannya. Bunga-bunga rose yang berbagai jenis yang ditanam dalam pot di tepi-tepi jalan mengeluarkan aroma mengharumkan bandar berkenaan. Sambil berjalan kami menarik nafas panjang-panjang. Saya nampak Husam yang tinggi lampai itu menjadi semakin tinggi bagaikan bangau kurus…apabila menyedup kewangian Starsguard.

Setiap rumah di sini ada pot rose di beranda masing-masing. Begitu juga di sepanjang kaki lima di hadapan kedai penuh dengan pot-pot rose. Seolah satu kemestian setiap kedai mesti meletakkan pot rose di hadapan kedai. Keharuman yang memadapi ruang menyebabkan saya merasakan seolah berada di tepi syurga!

Setiba menjelang Maghrib semalam, saya tidak perasan dengan kewujudan rose-rose itu. Saya mengira ianya datang dari perfume gadis-gadis seksi Jerman yang berpakai baju atas pusat dan menampakkan pinggung. Setiap kali perpapasan saya menghidunya. Saya tidak tahu apakah Husam dan Apandi melakukan hal yang sama! Sara rasa mereka juga begitu cuma tidak mahu menceritakan sebab mereka pemimpin Pas.

Namun masing-masing dapat merasakan kewangian yang semerbak itu. Bila pagi hari baru saya sedari wangian itu datangnya dari rose yang ditanam dalam pot dan menjadi perhiasan kedai itu.

Sambil berjalan kami mengomen sendiri dan masing-masing menyatakan keaguman kepada bandaraya ini yang teratur, mulus, bersih dan penuh surmingah. Lebih-lebih Husam yang begitu menyenangkannya. Husam melihat apa yang ada itu dibandingkan dengan Kota Bharu.

Saya dapat membaca apa yang tersarang didalam kepalanya. Dia pasti mahu jadikan Kota Bharu seperti Starsguard yang wangi dan bersih.

Selalunya Husam bila melihat sesuatu yang baru dia akan cuba bawa balik ke Kelantan. Dia akan memanfaatkan untuk negerinya. Bukan saja mengenai idea tetapi kadang-kadang barangan mentah juga mahu diangkutnya. Ini satu sikap yang perlu ada kepada pemimpin yang kreatif. Inilah saya kata Husam seorang pemimpin hidup (kreatif) yang sengaja dihantarakan Tuhan ke dalam Pas.

Husam begitu leka dengan pemandangan dan keindahan sehingga tidak terasa perjalanan kami sudah menjauhi. Beberapa kali saya cuba menghentikan namun beliau tidak mempedulikannya, keindahan dan kemulusan Starsguard terus menuntunnya dan percakapannya menjadikan saya leka mengikut jejaknya.
Husam bagaikan kumbang yang kemabukan bunga. Dia berlari ke sana ke sini memegang dan mecium rose. “Ambil gambar, cantik ni…” mintanya.

Satu pose Husam yang sedang menunjukkan sejenis cendawan di Starguard.

Satu pose Husam yang sedang menunjukkan sejenis cendawan di Starsguard.

Bila terjumpa kulat atau bunga-bunga rumput yang anih bersinar dan cerah di bumi beliau akan berhenti. Panggil saya dan menjelaskan akan keuntikan rumput atau kulat berkenaan. Diceritakanlah mengenai kehebatan dan kebesaran Allah menjadi mahkluk berpasangan, berjaringan antara satu sama lain untuk manfaat manusia yang hidup. “Hanya manusia yang beriman saja dapat merasai kehebatan Tuhan. Semuanya yang ada dibumi ini diceritakan Tuhan dalam Quran”, ujarnya. Saya hanya mendengar dan akur. Saya mengira dia adalah Khidir a.s. yang mengajar ilmu kepada Musa. Musa tidak boleh bertanya dan berhujah. Lagipun apa yang dijelaskan itu benar.

Perjalanan terus menjauh sehingga menghampir ke sebuah taman kecil. Di pinggir taman itu berlocatan dua tiga ekor kelinci putih dan perang. Melihat itu Husam terus berlari ke arah taman itu. “Arnab… mari kita igat (tangkap) arab Jerman…” jerintanya.

Arnab itu tidak menunjukkan sikap culas dan seolah menanti kehadiran Husam. Husam yakin akan dapat menangkapnya. Arab itu begitu jinak dan manja. Sambil mengigit-gigit rumput dengan mulut halusnya terkunyih-kunyih dia memerhati ke muka Husam. Arnab itu bagaikan tahu yang Husam minat kepadanya.

“Tak boleh, culas tu..,” laung saya masih terkinja-kinja dari belakangnya dan geli hati melihat telatah Husam macam bocah. Hendak tak hendak turut sama mengepong Arab itu. Musa tidak boleh membantah Khidir lagipun Musa sedang mengamati budi dan akhlak Khidir!

Baru Husam nak sambar, Arnab itu berceperian lari masuk ke dalam taman kecil itu yang menjadi kloninya. Husam kejar…dan ghaib dalam taman itu. Sekejap kemudian keluar sambil menyapu-nyapu bajunya yang dihinggap bunga-bunga rumput. “Dia masuk lubang….” katanya kepada saya sambil ketawa geli hati. Itulah Husam si baju petak-petak merah.

Menjelang tengah hari bandar Starsguard yang wangi dengan rose kami tinggalkan. Arnab yang culas tetapi jinak , jinak tetapi culas dan telah mempermainkan kami di pinggir taman tadi kami tinggalkan untuk memulakan langkah ke Sarajevo ibu negara Bosnia Herzegovina.

[Di atas keretapi inilah bermula agenda politik. Di sinilah saya dan Husam bincangkan mengenai nasib Kelantan dan mempengaruhinya agar pulang ke Kelantan membantu Tok Guru. Apakah permintaan Husam atau imbuhan sekiranya dia pulang? Bersambung]

14
Mei
09

Hikayat Si Baju Merah (8)

Perjalanan Panjang Bersama Husam

JUN 2003, Allah s.w.t. mengizinkan saya melalui perjalanan jauh bersama Husam bin Musa dan Apandi bin Mohamed. Apandi ialah bekas ahli Parlimen Jeli. Perjalanan ke Bosnia Herzegovina yang merentasi lapan buah negara di Eropah Timur! Perjalanan atau pun pengembaraan ini penuh dengan kenangan manis dan nostalgik. Perjalanan ini paling bermakna dan paling bererti buat saya sebagai seorang penulis. Iya.. lebih bermakna dari perjalanan ke Aceh dari Jakarta dengan menaiki Herculus tentera Indonesia untuk memberi bantuan kepada mangsa tsunami 2004 di Aceh.

Sesekali ketika kesepian terhimbau juga kepada perjalanan ini. Mengenangkan segala detik-detik manis yang dicipta dalam perjalanan ini, telerai juga air mata. Saya tertanya-tanya sendiri kenapalah sesuatu yang bermula dari sebuah perjalanan jauh ini akhirnya dengan noda di hujung hidup yang belum ternokhtah.

haikayat-logo1

Perjalanan jauh melewati sekurang-kurang sembilan buah negara Eropah Timur itu; Austria, Hungary, Solvania, Yoguslavia, Albania, Croatia dan San Marino itu mengenalkan saya dengan Husam dan Apandi lebih daripada sahabat dan kawan-kawan lain mengenalinya. Apa lagi para pentaksub Husam hari ini, mereka tidak berkesempatan memakai cermin mata Husam untuk melihat dunia dari dimensi dan jiwanya. Saya dapat mengenali mereka berdua lebih dekat sedekat-dekatnya. Suasana apa lagi yang boleh digambarkan betapa dekatnya jarak individu itu dengan individu lain melainkan berada di sebuah kamar yang sama atau berada dimeja makan yang sama?

Menurut salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. kalau kita mahu mengenal diri dan hati budi seseorang kawan hendaklah kita mengembara bersamanya selama sekurang-kurang tiga hari tiga malam. Kalau kita dapat berbuat begitu nescaya kita akan dapat mengenali hati budi, fiil perangai sahabat kita itu sejelas-jelasnya.

Ternyata kata-kata tabiin itu benar. Dengan berjalan bersama, mengembara ke rantau orang kita berpeluang mengenali kawan lebih rapat lagi. Dalam keadaan berjauhan dan di perantau menyebabkan kita terpaksa menjalinkan rasa kemanusiaan lebih tinggi dan mendalam. Berjauhan dengan tanah air menjadikan kita lebih akrab dan mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi. Suasana dan keadaan membentuk kita terpaksa berlaku demikian.

Dan perjalanan jauh bersama Husam yang memakan masa lebih 240 jam itu benar-benar memberi peluang kepada saya mengenal Husam searif-arifnya. Kadang bila menyedari hakikat hari ini saya merasai benci kepada perjalanan itu yang memulakan pengenalan lebih rapat dan lebih mesra. Terasa lebih baik tidak ada perjalanan itu yang menjalinkan kemanusiaan antara kami yang mana akhirnya memburai di jalanan.

Saya rasa, saya orang istimewa kerana berpeluang melalui perjalanan itu. Dengan perjalanan itu saya mengetahui banyak yang orang lain tidak tahu. Misalnya saya boleh mendengar bagaimana dengkur tidurnya semasa beliau belum mewah seperti hari ini. Dapat melihat helaan nafasnya takkala dia sedang bermimpi berkejaran dengan bidadari dari syurga. Atau pun dapat menyaksikan tarikan helaan nafasnya yang kekecapekan seperti mujahid keletihan berlari memancungkan leher munafikin di medan jihad.

Bukan hanya peristiwa di kamar tidur yang penuh simbolik itu, tetapi perjalanan itu juga mengenalkan saya bagaimana sikap zuhud dan alimnya Husam sebagai seorang insan dan ahli parlimen Pas secara realistik. Saya merasakan dia adalah genuine anak didikan dari pasantren siasah sejagat Nik Aziz yang nombor wahid. Perwatakannya dengan Tuhannya dari mata saya hampir menyamai perwatakan Nik Aziz dengan Tuhannya.

Husam seorang yang tidak suka membuang masa. Dia tidak suka menghabiskan masa dengan bari-bari atau cerita-cerita tahyul, fitnah dan porno. Paling tidak pun dia sukakan kisah-kisah dari hikayat 1001 malam, kisah Abu Nawas. Kegemarannya ialah mencungkil dan menghurai maksud atau simbolik di sebalik cerita berkenaan. Jika dia sudah mendapat ilham dia akan berdialog dan berhujah dengan membawa cerita tamsilan itu untuk difahami oleh saya dan dirinya juga.

Selebihnya dia akan diam, tidur dan membaca buku atau al-Quran. Quran kecil senantiasa tersimpan dalam saku bajunya. Di mana dan dalam keadaan yang terhalal untuk dia lakukan dia membaca kitab tanda kemujizatan Muhammad itu. Sikap dan pembawaan ini jarang saya temui dari kalangan ahli parlimen Pas. Dan acap kali juga bila beliau dalam kecemasan misalnya bimbang takut ketinggalan kapal terbang dia akan serius membaca ayat-ayat yang memungkinkan agar kapal terbang tidak meninggalkannya.

Al maklumlah Husam seorang yang ‘lerel’ [Bila saya masukkan perkataan Kelantan bukan bermakna saya mencampur adukkan bahasa dan tidak reti nahu, tetapi inilah strategi dan politik dalam penulisan saya, gaya MSO – Pesanan ini khas kepada pembaca yang otak kemetot yang turut membaca hikayat ini]

Ayat-ayat yang dibaca adalah ayat-ayat terpilih bagi menguatkan semangat dan ketahanan mentalnya sebagai pejuang dan pemimpin. Ayat-ayat mendidik jiwa menjadi sabar, cekal, tabah dan berani dalam menghadapi segala pencaroba. Selepas membaca Quran dia akan berzikir dengan gaya dan caranya sendiri. Husam ada mengambil tariqat untuk menguatkan jiwa dan mendekatkan dirinya kepada Tuhannya. Semuanya saya amati dan perhatikan dengan kemanusiaan dan dengan rasa kagum dan hormat saya kepadanya.

Husam tidak akan mencerita rahsia ketuhanannya kepada kita. Sebolehnya dia akan cuba menyembunyikan yang dia ada cara untuk bertakaruh dengan Tuhan. Dan begitu juga saya tidak mencerita rahsia ketuhanan saya kepadanya. Kami saling rahsia merahsiakan bak ketuhanan ini menjadi rahsia amat peribadi walaupun kami terbuka mengenai dunia lain, termasuk soal-soal berpoligami dan bagaimana kaedahnya serta sebagainya.

Cetusan ke Bosnia

Oh… sebelum saya pergi jauh membawa penjenguk ke destinasi perjalaan kami ke Bosnia Herzegovina elok kalau saya menceritakan sedikit bagaimana tercetusnya ilham ekspidisi ini.

Ia bermula di parlimen. [Bila ada sessi parlimen saya kerap mememui Husam di sana. Ada kalanya penampilan saya berlebihan itu dicemburui dan diejek oleh rakan-rakan. saya sebagai setiausaha peribadi Husam. Wahal kami berkawan, dan seronok berkawan. Husam pula ada motif berkawan dengan saya setidak-tidaknya kalau bukan untuk mendapat maklumat tetapi dia ingin menyemak maklumat yang diperolehi sebelum dibawa ke dewan. Ketika itu Husam adalah ahli parlimen Kubang Kerian. Keintiman saya dengan Husam sehinggakan Husam pernah membawa lauk, ikan air tawar yang dibeli di Tasik Rabah untuk makan dengan saya di parlimen. Saya rasa lauk itu adalah lebihan selepas beliau makan dengan Nazri Aziz pad malamnya].

Saya dan Husam dan salah seroang berasal dari Kelantan yang sama penerbangan di Doha.

Saya dan Husam dan salah seroang berasal dari Kelantan yang sama penerbangan di Doha.

Ia dimulakan oleh Apandi sewaktu kami di kantin. Apandi memberi tahu saya yang dia berhajat untuk ke Bosnia, katanya Husam juga akan pergi. Kemudian Husam pula mencelah agar saya ikut sama. Bukan kepalang gembira saya dengan cadangan itu. Berjalan di luar negara dan menjelajah bumi Allah adalah kesukaan saya sejak dulu lagi, sebelum mengenali Husam saya sudah menjelajah ke hampir Asir Barat dan Timur dan beberapa negara Asia Tenggara baik bersendirian atau ketika mengikut ekspidisi dakwah jemaah Darul Arqam.

“Kalau enta hendak pergi tikit enta kena beli sendiri,” begitulah kata Apandi. Satu syarat yang cukup mudah untuk saya laksnakan pada ketika itu. Kaya tidaklah, tetapi hasil penulisan dan jualan buku era reformasi, khasnya buku “Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa”, “Nonaku Azizah” yang mengisahkan tragedi menimpa Anwar Ibrahim cukup untuk saya ke Amerika atau ke Makkah sebanyak lima kali.

“Berapa?” tanya saya tidak sabar dan ini pasti melegakan Husam kerana beliau tidak perlu fikir soal wang tambang saya. Selalunya orang berpolitik berfikir begitu bila berdepan dengan penulis.

“Tidak mahal, lebih kurang RM3,600 sahaja,” balas Apandi kemudian menjelaskan soal makan dan tempat tinggal, ditanggung beres. Di Bosnia beliau mempunyai seorang relatif di belah isterinya. Relatif ini sudah lama menetap di Bosnia dan mempunyai beberapa projek di sana. Manakala perjalanan banyak menggunakan kereta api laju, menjiamatkan! (bullet train).

Perjalanan akan bermula di Kuala Lumpur, transit di Doha. Selepas di Doha semalaman kami ke Munich, Jerman. Dari Jerman ini kami menaiki kereta api hingga ke Bosnia Herzegovina dengan melintas empat buah negara, Austria, Republik Czech dan Solvenia.

Saya tidak pasti apakah tikit untuk Husam Apandi yang bayar! Tetapi tikit saya, saya membayarnya sendiri. Beberapa hari selepas balik dari perjalanan itu Apandi datang ke rumah untuk mengambil check bayaran tikit berkenaan.

Tetapi saya merasakan tikit untuk Husam, Apandi yang bayar. Apandi seorang yang murah hati dan sering mensponsor pemimpin Pas ke luar negara. Abdul Hadi Awang adalah antara orang yang pernah disponsorkan oleh Apandi. Begitu juga kalau ada pemimpin Pas ketidakcukupan wang Apandi akan menyumbangkan wang zakatnya. Perniagaan Apandi berjaya. Firma juruukurnya untung banyak. Apandi berbuat demikian mungkin kerana sebagai membalas jasa baik dan sebagai imbuhan kepada pemimpin Pas itu.

Kenapa saya yakin begitu, kerana ketika itu Husam tidak seperti hari ini. Poket seluar Husam ketika itu sering kali bocor atau pun tidak berapa kembong sangat. Husam tidak mempunyai firma seperti Apandi yang bernilai jutaan ringgit. Husam hanya seorang ahli parlimen biasa sahaja yang kaya dengan idea tetapi miskin dengan kebendaan. Pada waktu itu Husam belum menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Perancangan Ekonomi dan Kebajikan. Wang untuk diberikan kepada rakyat pun mungkin diambil dari wang isterinya sebagai seorang guru ataupun dipinjaman dari kekawan.

Saya percaya kalau Husam sudah menjadi Exco ketika itu tikit untuk saya juga dibayar. Seperti mana perjalanan ke Aceh tempoh hari tikitnya dibayar oleh beliau, untuk perjalanan Kuala Lumpur Jakarta, dan Medan Kuala Lumpur. Perjalanan dari Jakarta ke Aceh free kerana kami menumpang Heculus TNI. Saya tidak mengeluakan wang satu sen pun untuk perjalanan itu kecuali untuk keperluan peralatan penulisan dan kewartawanan saya saja.

Kenapa saya katakan Husam tidak ada wang ketika itu kerana beliau pernah meminjam wang sebanyak RM10,000 daripada saya. Satu hari beliau menelefon menyuruh saya cari wang RM10,000. Pening kepala saya kerana hari sudah petang, sedangkan dia nak gunakan wang itu esok untuk ke Amerika Syarikat. Kerja sebegini menjadi tabiat Husam dia akan membuat keputusan dan tindakan di minit-minit terakhir. Inilah antara setengah orang tidak tahan dengan beliau.

Keesokkannya beliau datang ke rumah bersama Shukri Abdul Rahman. Shukeri adalah abang kepada Abdul Latiff ketua Pemuda Pas Kelantan yang baru yang mengalahkan Nik Abduh 22 undi, dan juga bekas menantu kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Rahman Yaacob. (Shukeri juga ahli jawatankuasa dewan ulama Pas Kelantan. Masa dia kahwin dengan anak Tun Rahman majlis keraian diadakan di Dewan Felda Jalan Semarak disulami dengan nyanyian termasuk muzik bertali!) Saya membawa Husam ke Bank di Melawati dan mengeluarkan RM10,000 dan diserahkan kepadanya bersaksikan Shukeri.

Satu lagi bukti menunjukkan ketika Husam tidak ‘berdinar’ ketika itu beliau terpaksa menulis dan menerbitkan buku untuk cari wang lebih. Sayalah yang menjadi broker penerbitan buku berkenaan atas nama Lunjnah Penerangan Pas Pusat yang dia jadi timbalan pengerusinya. Judul bukunya ialah; BN Khianati Amanah Rakyat. Penjualnya ialah Mat Nawi (sudah meninggal) seorang penjual buku-buku saya. Setiap seminggu sekali Husam akan tanya wang buku berkenaan. Seingat saya hanya RM1,600 yang sempat saya serahkan yang diambil dari Mat Nawi, yang selebihnya mungkin Mat Nawi bawa wang itu ke kuburnya.

Pinjaman RM10,000 tadi pun dibayar dengan dua keping check pos-dated berjumlah RM5,000 tiap satu. Satu check sempat dibank in manakala yang satu lagi tidak sempat sebab Husam bayar secara ‘tunai janggal’ menerusi volta mata wang asing, termasuk mata wang dollar, Rupiah Indonesia dan Euro. Saya menerima wang itu di hotel Pan-Pasific, Kuala Lumpur tanpa mengiranya apakah wang itu mencukupi jumlah sepatutnya ataupun tidak… halal! Penerimaan ini pun disaksikan kawan saya bernama Md Razdi Mustafa.

Pendeknya hidup Husam ketika itu tidak seloaded hari ini. Masa itu tidak kedengaran cerita Husam campak wang ratusan ribut ringgit macam orang lempar bungkusan pisang goreng atau pun hanya menarik laci membayar hutang kambing jamnapari sejumlah RM64,400 secara cash. Oh lala….

[Cita-cita politik Husam ‘terkobek’ dalam perjalanan dengan keretapi laju dari Starsguard, Jerman ke Bonsia Herzegovia. Dalam musafir ini juga ada peristiwa lucu yang menggambarkan Husam juga seorang yang mesra dan ceria. Dan dalam musafir inilah deklarasi Bosnia dilakukan. Bersambung]

10
Mei
09

Hikayat Si Baju Merah (7)

Salam Selamat Pagi Dari Kakaktua

SEBAIK saya dan Husam turun ke lobi hotel untuk bertolak ke lapangan terbang Polonia, Medan, taukeh burung kakaktua sudah tercegak di situ seperti dijanjikan dengan Husam. Ditangannya tergantung sangkar burung yang ditutup kemas dan rapi dengan kertas. Di dalamnya ada burung kakaktua berbulu emas.

Tanpa memegang sangkar itu Husam mengarah taukeh itu serahkan kepada saya. “Biar bapak Sayuti saja yang bawa,” kata Husam bercanda. Taukeh itu menghulurkan kepada saya. Urusan bayar membayar sudah pun dilangsung petang semalam, ketika Husam bersendirian ke kedai itu. Jadi berapa harga exactlynya saya tidak tahu.

haikayat-logo1

Dengan membimbit sangkar seberat kira-kira dua kilo gram itu dengan tangan kiri dan menarik beg dengan tangan kanan saya menuju ke teksi. Husam jalan berlenggang dengan sebuah beg saja. Perjalanan ke lapangan terbang memakan masa hanya 15 minit saja.

Saya dengan sangkar burung kakaktua berada di depan. Husam masuk awal di belakang. Husam memang suka duduk belakang kalau naik kereta… bukan lagak, tetapi kerana kateh (anggota)nya panjang. Kalau duduk di depan kurang selesa. Sebab itulah bila naik kapal terbang jarang Husam duduk di kelas ekonomi kerena sempit, dia suka pilih ruang bisness clas. Selesa.

Sepanjang perjalanan 15 minit itu macam-macam berserabut dalam kepala. Saya sudah merasakan urusan untuk membawa kakaktua itu bukan mudah. Bawa benda hidup katakan, mana boleh nak sembunyi-sembunyi. Lainlah kalau bawa batu permata ataupun tungul kayu mati, senang boleh disorot dan disembunyikan di mana-mana. Ia tidak bergerak atau berbunyi.

Sambil berfikir sendiri saya melihat-lihat cincin di jari yang disarungkan Husam malam tadi. Cantik! Rasa ingin memilikinya begitu tinggi. Detik emi detik cincin itu makin serasi pula dengan jari saya.

Sampai di Polonia Husam berjalan laju ke depan, menuju ke kounter tikit. Saya mengekori dari belakang. Sampai di pintu untuk masuk ke tempat checking tikit saya disekat tidak boleh jalan terus kerana ada barang dibawa.

“Pak sini dulu..!.” panggil pengawal yang menjaga mesin pengimbas. Dada sudah mula bergeduk geduk, cemas.

“Apa ni pak?” tanya pengawal itu mesra. Husam sudah di kouter tikit. Saya tidak ternampak pun dia ada menyilau kepada saya.

“Barang pak, kado…,” balas saya. Kado itu bahasa Indoensia bermaksud hadiah. Kalau hadiah mungkin bapa pengawal itu mengira benda, kek atau pun apa-apa cenderamata dan akan dilepaskan begitu saja tanpa banyak soal.

“Imbas dulu.. ya!” katanya sambil meminta saya meletakkan sangkar burung di mesin pengimbas.

“Apa perlu pak..?”, saya mula mencari dalih mengelak daripada diimbas bimbang rahsia akan pecah. Haru jadinya nanti.

“Iya… kena imbas dulu. Bapak letak di sini, dan bapak masuk ke pintu itu..” ajarnya kepada saya satu persatu.

Dengan Bismillah dan tidak pun mengharap cahaya dari cincin saya meletakkan sangkar burung berkenaan ke dalam mesin pengimbas itu. Kemudian meletakkan beg saya. Saya melangkah memasuki ke pintu di sebelah dan menunggu di sebelah dalam. Debaran di dada makin kencang.

Rekkkkkk…. siupppp…. rekkkkk! Imbalas berlaku. Kedua barang itu melepasi mesin pengimblas. Muka saya mungkin menjadi putih ketika ini. Lepas. Tidak ada apa-apa terhalang. Pengawal itu hanya tersenyum sahaja. Saya bukan main lagi, rasa lega semacam ruang dalam masjid negara.

Saya cepat-cepat membawa sangkar itu ke kounter tikit mendekati Husam yang sedang urusan tikit. Passport saya ditangannya. Melihat sangkar ditangan saya Husam tersenyum puas. Dia mengira batu cincinya telah menyelamatkan segalanya!

“Apa barang itu mahu masuk luggage , pak…?” tanya si manis yang di kounter tikit bila melihat saya membawa sangkar itu.

“Oh tak… mahu di bawa sendiri…!” bilang saya seramah yang boleh mahu melalikan pemandangan dan pemerhatian pengurus tikit itu kepada sangkar burung itu.

Husam tidak terkata apa-apa.

“Tapi barang ini kebesaran pak, tidak boleh di bawa ke dalam kabin…. harus dimasukkan ke dalam luggage …,” pinta si manis di sebelahnya. “Apa ni pak… bisa lihat?” aju yang seorang pengawal lelaki dengan suara kuat.

“Kado.. pak…!“ jelas saya dengan perasaan mulai gugup.

“Bisa dilihat dulu…!” minta pengawal itu dan cuba membuka kertas yang menutupi sangkar berkenaan. Saya terpaksa mengalah sebab dia sudah mula mengopeknya. Sebaik saja kertas itu terkopek tiba-tiba…”Selamat pagi pak… selamat pagi pak….” si burung kakak tua itu bersuara memberi salam. Saya lihat pengawal itu sedikit terkejut.

“Oh… burung…. burung hidup ni, pak? Masih hidup!” kata pengawal itu. Saya sudah mulai panik dan gelabah tidak tahu nak menjawab macam mana.

“Ada dokumentasinya, pak?” tanya pengawal itu mengenai surat keizinan.

“Dokumentasi apa pak?” tanya saya buat-buat bodoh.

“Begini burung ini dilindungi, harus ada surat keizinan daripada pemerintah. Kalau tak ada, tidak boleh dibawa keluar,” balas seorang pegawal lebih tinggi. Burung kakaktua itu sudah menjadi perhatian umum. Ramai pengawal dan petugas airport yang tidak kena mengena turut melingkungi kami. Semuanya terpesona dengan suara selamat pagi, selamat pagi… si kakatua berbulu emas itu.

Husam sudah gelisah. Dia macam nampak nak melarikan diri saja. Dia menghampiri saya dan menghulurkan boarding pass, passport dan seberkas wang rupiah sebesar lutut. “Enta uruslah, ana naik dulu… dan tunggu di atas,” katanya sambil berlalu memasuki ke ruang menunggu dan meninggalkan saya dengan burung kakaktua.

Saya cuba bersilat dan mempengaruh pengawal itu namun tidak berhasil. Seorang pengawai mencadangkan supaya saya menemui pihak pejabat veterinar yang terletak di sebrang jalan berderketaan lapangan tebang itu. “Baik bapa ke jabatan veteriar dan uruskan dulu dengan pihaknya. Dapat surat keizinan… kalau tidak, burung ini tidak bisa dibawa..,” kata pengawai itu jujur mengajarkan saya.

Tidak ada pilihan lain saya terpaksa membawa burung itu ke pejabat veterinar seperti ditunjukkan. Di sana ada dua orang pengawai, keturunan batak. Kedua-duanya bermisai tebal bertubuh gempal. Macam biasalah orang batak, giginya jarangan digosokan menjadikan wajahnya menakutkan.

“Boleh dibantu pak…. ?” sapa salah seorangnya.

Saya menangkat sangkar burung dan dilihatnya.

“Kenapa pak,?” tanyanya tanpa mengetahui keriuhan yang berlaku di lapangan terbang tadi.

“Saya mahu bawa burung ini ke Malaysia, Pak…. !” jelas saya.

“Tidak boleh pak, burung ini dilindungi, salah dibawa keluar….,” jelasnya tanpa habis mendengar cakap saya.

Serentak itu ditunjukkan jenis-jenis burung bersama gambar yang terpampang di pejabat itu. Pegawai itu turut menyebut denda dan hukumannya sekali kalau engkar.

“Saya tahu pak, tetapi saya sudah terdesak untuk membawa baliknya pak. Burung ini raja (Sultan) saya yang mahu…,” saya memberi alasan.

“Tetapi tidak boleh pak, harus ada surat keizinan dulu…” pengawai itu menjelaskan duduk perkara sebenarnya penuh jujur dan tertib.

“Aduh… pak… bagaiman ya…. Sultan saya mahukan burung ini. Kalau saya gagal membawa baliknya nanti saya dimurkai,” saya terus berhelah. Gementar usah dicerita lagilah.

“Sutlan yang mana? “ tanya yang seorang lagi sudah dapat mengesan pembohongan saya.

“Sultan Kelantan,” balas saya.

“Kapan sultan kamu melihat burung ini, atau dia ada bersama?” soal pengawai itu agak menekan saya.

“Tidak…. Sultan di Malaysia, kelmarin semasa ke kedai burung ini saya memotretnya dengan kamera telefon bimbit kemudian menghantar kepadanya. Sultan saya minat sama burung, Pak. Jadi sebaik dia mlihat gambarnya dia menyuruh saya membawa balik,” dalih saya panjang lebar.

Nasib baik kedua-dua pengawai itu tidak mahu melihat gambar dalam telefon bimbit. Kalau dimintanya, naas jadi saya kerana gambar itu tidak ada sama sekali.

“Tak boleh, pak… kami menjalankan tugas. Maaf.. harus ada surat dulu. Kalau ada surat kami bisa membantunya,” kata pengawai itu tetap berkeras.

“Begini saya cadangan bapak bawa surat daripada Sultan itu ke mari, kami akan cuba menguruskannya. Makannya kita akan kelasifkasikan burung ini sebagai hadiah dari sini,” usul yang seorang lagi memberi jalan penyelesaian.

Saya nampak semakin rumit dan susah. Saya cuba berkeras juga dengan berbagai helah. Akhirnya teringat kepada seberkas wang Rupiah yang dihulurkan Husam tadi.

“Jadi pak, enggak ada cara lain lagi?” saya masih mencuba memancing minat kedua pengawai itu.

“Cara lain bagaimana?,” tanya salah seorangnya.

“Pak bagaimana kalau saya membayar untuk membolehkan saya bawa balik burung ini hari ini juga..?” usul saya. Sumpah memang tidak pernah terbuat saya kerja-kerja haram macam ini, itulah kali pertama dan terakhir dalam hidup saya.

“Maksudnya?” tanya pengawai itu sudah boleh mengagak.

“Iya saya.. saya …..bayar…!” kata saya sambil mengelurakn wang dan diletakkan atas meja pengawai itu. Begitu melihat wang itu muka pengawai itu saya tengok jadi merah padam. Dia marah.

“Pak… saya kata tidak bisa, tidak bisa pak! Ini bukan soal wang. Bapak nampak ini..!” pengawai itu tersinggung dengan apa yang saya lalukan sambil mengangkat gari ke muka saya dan menggoncang-goncangkannya. “Bapa mahu saya garikan, bapak..sekarang,” katanya lagi tegas dan marah. Dia sudah serius.

Aduh… saya jadi lemah gemulai. Tubuh terasa seram sejuk. Tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Saya mencuba hubungi handset Husam berkali-kali tetapi dia tidak diangkat. Haru dan biru jadinya.

Saya membawa semula burung itu ke lapangan terbang. Hendak tidak hendak burung itu terpaksa ditinggalkan. Sah tidak boleh bawa balik. Semua usaha baik cara baik dan cara haram dilakukan, tetapi tidak berhasil. Cincin Husam tidak membantu, wang rasuah juga tidak mahu diterima.

Selepas beberapa kali menghubungi akhirnya dapat dan saya minta dia keluar dari bilik berlepas mendapatkan saya di bawah.

“Macam mana?” tanyanya selamba saja sebaik kami bersua.

“Macam mana apa, ana nasib baik tak kena gari. Kalau kena gari tak fasal-fasal ana kena meringkuk dalam lokap,” balas saya. Husam hanya tesengih tanpa menunjukkan sedikit pun wajah kecewa.

“Burung ini kena tinggalkan, dia mahu surat kebenaran,” jelas saya.

“Enta uruskanlah..,” katanya sambil menarik tangan saya dan mengambil semula cincin yang disarungkan itu. “Kena ambil cincin ini sebab enta gagal,” katanya berlalu naik ke atas semula ke bilik menunggu.

Nasib baiklah pengawai MAS Medan sedia untuk uruskan burung kakaktua berkenaan. Pengawai MAS itu berjanji akan menghantarnya balik ke kedai burung berkenaan sementara kami akan datang mengambilnya dilain kali. Sehingga ke hari ini saya tidak tahu nasib kakaktua itu. Apakah ianya sudah berada di istana Kelantan ataupun masih di Medan?

Kesimpulan daripada perisitwa itu yang dapat disimpulkan; Husam seorang tidak bertanggungjawab kepada kerja-kerja tidak baiknya. Beliau akan melarikan diri bila terjempit. Dia akan memperalatkan sesiapa saja untuk kepentingannya. Dia tidak sayang kepada wang dan harta benda asalkan jiwanya puas. Itulah Husam alias Abdul Malik.

[Siri seterusnya bagaimana idea untuk membawa Husam balik bertanding di Kelantan tahun 2004. Bagaimana reaksi dan permintaan Husam pada awalnya? Dan dimanakah perundingan itu dibuat? Bersambung]

07
Mei
09

Hikayat Si Baju Merah (6)

Cincin Azimat Untuk Bawa Kakaktua

KIRA-KIRA hampir satu jam kemudian baru Husam sampai ke hotel. Saya tidak mengsyaki apa-apa kepadanya. Tidak terfikir dia melencong ke tempat-tempat lain. Lagi pun siang hari. Kalau malam hari mungkin lain ceritanya. Al maklumlah di Medan ini serba serbi ada. Kata orang.. yang tidak ada hanya mak dan bapak saja.

Husam memang begitu. Pergilah ke mana dengannya dia akan merayau sendiri. Dia tidak suka ramai-ramai. Bukan saja saya mengalaminya, ahli rombongan lain juga yang bersamanya ke luar negara menceritakan hal yang sama, mengenai Husam suka merayau dan merayap sendiri.

haikayat-logo1

Tempat paling yang dia minati ialah kedai buku dan pusat pelancongan. Dia akan cari kedai buku dan sanggup melilau di dalam kedai buku berjam-jam. Husam memang seorang ulat buku, bukan ulat belancas! Sebab itulah dia kaya dengan idea, berfikiran kreatif dan dinamik.

Tetapi saya cuba mengesannya juga tanpa dia sedari. Manalah tau takut-takut berbau minyak kayu putih atau krim yang selalu digunakan oleh tukang picit – tukang urut. Kalau dia pergi ke rumah urut tentu berbau dengan minyak dan krim itu. Tetapi tidak ada, bersih!

Bukan saya ada niat buruk kepadanya, tetapi saja buat sport check. Memang sebagai seorang pemimpin Husam kena baik luar dan dalam, dalam dan luar. Apa-apa pun kalau dilihat dari segi luar saja, semuanya nampak indah sebab ada berbagai kosmetik yang boleh dipakai untuk menampakkan diri cantik dan anggun. Dan sebagai pemimpin sesiapa pun kena dipantau untuk keselamatan dan kesejahteraan peribadinya. Seorang pemimpin bukan saja kena kelihatan sempurna di luar tetapi mesti baik di dalam. Ternyata bak ini Husam terselamat dan tidak terbabas. Dia bukan lelaki suka meracau dan menggemari tempat-tempat hiburan melampau.

Kenapa saya bersikap begitu kerana kurang percaya kepada lelaki dari mana-mana jenis atau pun kumpulan. Walaupun ia seorang pemimpin Pas, parti Islam, tetapi bagi saya tidak boleh percayai 100 peratus. Lelaki adalah lelaki walaupun di mana dan keadaan apa pun mereka berada. Dan saya jenis manusia tidak boleh menyembunyikan kemungkaran yang saya tahu. Walaupun orang tak suka dan menuduh sebagai makan kawan, saya tidak kisah.

Apa lagi saya ada pengalaman melihat sendiri bagaimana seorang wakil rakyat Pas, sebelum itu masih belum menjadi wakil rakyat, berada dalam sebuah bilik urut sedang ‘dipelepak-pelepak’ belakangnya oleh seorang tukang urut perempuan muda dalam keadaan berkemban. Masya-Allah…!

Wakil rakyat itu terbaring atas katil hanya memakai seluar dalam warna putih jenis Byford. Saya tidak berani menuduh yang bukan-bukan. Cuma untuk menenangkan hati saya beranggapan wanita yang mengurut wakil rakyat itu adalah muhrimnya yang berkebtulan bekerja di situ!

Macam mana saya ternampak ini satu hal yang cukup istimewa. Tidak semena-mena tiba-tiba saya ternampak dia memasuki ke sebuah gedung. Saya hairan kenapa dia berada di sini kerana setahu saya di gedung itu tempat lelaki melepaskan lengguh badan. Apa lagi tanpa banyak cerita saya menyusupnya. Entah macam mana saya terlekat di pintu masuk lebih kurang 20 minit. Mungkin saya disyaki oleh hansit (penjaga) gedung itu berniat tidak baik kepada pelanggannya kerana dia nampak saya mengekori dari belakang. Jadi atas kecurigaan itu saya disoal sebelum dibenarkan masuk.

Itu satu cerita, satu cerita lagi mengenai bagaimana juga seorang pemimpin Pas peringkat kawasan terlibat dengan seorang perempuan urut. Juga di Medan. Dia bawa masuk perempuan dan membahagikan kepada kawannya yang bersama dengannya. Terkejut beruk mak yeh si kawan itu apabila perempuan mengetuk biliknya di tengah malam buta. Bila ditanya perempuan itu memberi tahu pemimpin itu yang menyuruhnya bermalam di biliknya.

Kawannya itu yang dianggap lebai sikit menggeletar ‘menerima’ perempuan itu. Baginya perkara itu pelik dan memalukan. Apa lagi selepas itu hebohlah cerita jelek itu di negerinya sehingga sampai ke pengetahuan ketuanya paling atas. Walhasil daripada kejadian itu menyebabkan pemimpin berkenaan tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.

Jadi mengenangkan hal-hal itu semua menjadi saya konfius dan tidak yakin terhadap manusia bernama lelaki tanpa dari kumpulan mana. Mungkin bagi mereka yang mengenali orang politik pada wajah dan suaranya tidak akan merasai apa yang saya lalui ini. Terima saja sebagai baik…

Tetapi Husam bukan begitu. Saya boleh jamin seratus satu peratus dia tidak terbabas dalam hal-hal begini. Husam cukup menjaga tingkah laku dan perhubungan dengan orang awam terutamanya kaum wanita bukan muhrim. Hatta nak bergambar ditempat-tempat menimbulkan masalah juga dia enggan.

Saya masih ingat bagaimana Rosnah Majid, bekas wartawan Utusan Melayu jadi malu sendiri apabila dia menghulurkan salam kepada Husam tetapi tidak disambut. Lama tangan Rosnah tergantung saya lihat sampai mukanya berubah sebab Husam tidak sambut tangannya yang tidak berlapik. Husam saya lihat jadi serba salah. Tetapi nasib baik selepas itu Husam cover kemaluan Rosnah itu dengan cerita-cerita lain.

Peristiwa ini berlaku di Perubatan Pakar Pantai semasa saya bersama beliau mengiringi Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke pusat perubatan itu untuk menziarahi Allahyarham Tun Ghabar Baba yang sakit ketika itu.

Gambar hisan: Beginilah lebih kurang rupa burung berkenaan.

Gambar hiasan: Beginilah lebih kurang rupa burung berkenaan.

Berbalik cerita di Medan:

“Ke mana tadi,?” tanya saya kepada Husam. Dia hanya tersengih-sengih seakan berat untuk menceritakan apa yang berlaku.

“Ana pergi semula ke kedai burung tadi,” jelasnya.

“Untuk apa?” soal saya. “Anta beli?” agak saya.

“Aum…. ana dah beli. Pagi-pagi esok sebelum kita bertolak ke airport taukeh burung itu akan hantar burung tu ke sini?” jelasnya selamba saja.

“Nak buat balik macam mana, burung itu dilindungi, salah!” saya mula gelabah.

“Dia akan masukkan dalam sarang (sangkar), dibungkus… tak ada masalah!” dia menjelaskan dengan penuh yakin.

Saya tidak tanya berapa harganya. Tetapi saya cukup yakin harga burung itu tidak kurang daripada RM5,000. Tetapi soal harga tidak kisah, duit ada… boleh lori pun kambing pun beli. Tetapi bagaimana hendak membawa baliknya.

“Ana pernah bawa balik burung dari Jakarta, tidak ada apa-apa masalah,” ceritanya lagi untuk menolak keraguan saya. Atas pengalaman itulah maka dia ulang lagi perbuatan itu.

“Ini cincin, enta pakai ini cincin insyAllahhhh… semuanya akan selamattttt…!,” katanya dengan meniru gaya thabib dalam cerita Ali Baba Dengan 40 Penyamun sambil mencabut cincin dijarinya dan disarungkan ke jari saya. Permata cincin itu kecil sedikit daripada ibu jari kaki… agak kurang normal dengan jari saya. Tetapi kerana dijadikan azimat, pakai juga. Cantik!

“Tak payah pakai-pakai azimatlah, tak boleh bawa..?!” saya cuba bertahan.

“Enta pakai sajahlah….insyAllah lepas… selamat. Kalau burung ini selamat dibawa ke Kota Bharu, enta ambillah ini cincin sebagai upah…,” katanya lagi bersenda sambil ketawa terkekeh-kekeh. Dia selamba saja.

Saya malas berbahas dengan orang yang sudah gila… gila untuk memiliki burung kakak tua berbulu emas. Jadi saya tunggu saja apa yang akan berlaku esok. Namun saya yakin akan timbul masalah di aiport nanti. Namun dalam keadaan resah gerlisah mengenangkan apa yang bakal berlaku esok, terbetik juga di hati untuk memiliki cincin itu. Manalah tahu kalau-kalau berkat cincin itu burung lepas dan cincin itu akan kekal di jari aku!

[Bagaimanakah keadaan di ariport Polonia di Medan? Apakah burung itu selamat dibawa pulang atau apakah yang telah berlaku. Apakah cincin itu dapat membantu? Dan sesuatu yang tidak pernah saya duga berlaku di airport berkenaan, dan di sinilah saya mula mengenali dalaman seorang Husam. Bersambung]

03
Mei
09

Hikayat Si Baju Merah (5)

Cerita Husam dan Kakak Tua Berbulu Emas

BAKAT Husam sebagai wakil rakyat dan tokoh politik (Pas) mulai dicipta dan dikesani sejak beliau menjadi ahli Parlimen, Kubang Kerian 1999 – 2004. Penglibatannya dalam perbahasan di parlimen menyerlahkan kehebatan Husam. Dia sering kali dirujukkan sebagai ahli parlimen yang berbahas dengan menggunakan fact and figure. Husam tidak bercakap kosong dan merapu di parlimen.

Semasa di parlimen jarang sekali saya melihat dia menjampuk ucapan orang lain tidak tentu fasal yang tidak ada kena mengena dengannya. Husam seorang yang serius dan bersopan santun dalam parlimen. Dia tidak suka berjenaka dan menjampuk cakap orang lain sehingga membuang masa. Dia hanya bangun pada waktu yang tepat dan untuk mengemukakan pertanyaan atau memperbetulkan fakta yang salah.

haikayat-logo1

Kerana penampilan itu menyebabkan orang ternanti-nanti perbahasan Husam di parlimen. Pegawai kerajaan juga menanti-nanti apakah yang akan dibangkit dan didedahkan oleh Husam setiap kali ada sidang dewan. Bekas perdana menteri pernah mengatakan, kualiti ahli parlimen yang seperti Husam itulah yang kita mahu. Saya pernah menyampaikan hal ini kepadanya, dan dia hanya tersengih.

Husam seorang rajin membaca dan membuat homework sebelum ke parlimen. Sebab itulah beliau boleh bercakap dan mematikan hujah pihak kerajaan. Adakalanya pihak kerajaan akur dengan apa yang dibentangkan. Ada maklumat dan fakta yang dalam kepalanya tidak ada dalam kepala ahli parlimen kerajaan hatta menteri sendiri. Inilah menunjukkan betapa intelligentnya Husam.

Husam ada ramuan sendiri kenapa beliau mampu tampil menjadi seorang ahli parlimen berkualiti?
Selalunya beberapa hari sebelum dia hendak mengambil bahagian berucap atau membahas sesuatu isu beliau akan ‘mengarahkan’ beberapa orang pembantu sukarelanya untuk mencari bahan ataupun maklumat mengenai isu yang hendak dibangkitkan. Pekerja sukarelawan ini akan mencari segala keperluannya siang malam untuk dihidangkan kepadanya sebagai bekalan di parlimen.

Misalnya saya masih ingat bagaimana pembantu sukarelannya bertungkus lumus mencari fakta dan bahan berhubung dengan perjudian di Genting Highlandas. Isu ini menyebabkan Tengku Adnan Mansor yang menjadi menteri pelancongan ketika itu jadi tidak senang duduk di parlimen. Isu perjudian di Genting menjadi isu nasional yang baik kepada pembangkang.

Kepandaian Husam membina jaringan dengan orang ramailah memungkinkan beliau muncul sehebat itu. Jaringannya bukan saja dengan golongan wartawan, broker politik tetapi turut sama dengan para pegawai kerajaan, swasta dan sebagainya yang banyak menyimpan maklumat-maklumat korporat dan awam.

Husam juga pandai mencari tali hayat bagi membantunya yang tersempit di dalam dewan. Misalnya semasa satu sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan beliau pernah mengSMSkan kepada saya minta bantuan bagaimana hendak membalasah Annuar Musa (ketika itu ketua pembangkang) yang sedang mengkritik hebat kerajaan di sidang Dewan. Husam akan mencari akal dan menghubungi seiapa saja untuk membantunya. Cara dan kebijaksanaan itulah menjadikan Husam hebat dan bertenaga sepanjang masa!

Dalam pada masa sama beliau juga pandai bermain hati dengan para wartawan. Wartawanan cukup menyenangi Husam kerana beliau pandai memberi bahan berita atau pun membuat gimik. Penganugerahan Newsmker of the year oleh protal Malaysiakini membuktikan akan kehebatan Husam dalam jalinan dan kepandaiannya main hatinya dengan wartawan.

Kesukaan wartawan kepada Husam ini sungguh hebat dan jarang digapai oleh ahli parlimen lain. Hebat tidak hebat apabila seorang wartawan pernah menghantarkan sejambak jambangan bunga kepadanya. Saya tidak tahu apakah bunga itu masih ada lagi atau tidak, tetapi ia disimpan sekian lama di rumah salah seorang kawannya di ibu kota. Husam pernah ditunjukkan jambangan itu kepada saya. Bagaimana bau jambangan itu saya sudah lupa…

Inilah cara Husam bekerja dan tidak ramai ahli parlimen lain yang tahu. Apabila beliau ingin sesuatu daripada seorang beliau akan berjumpa orang berkenaan. Dia akan ulang-ulang berjumpa orang itu dalam keadaan apa saja sekalipun. Tidak cukup dengan menelefon dia akan datang sendiri ke rumah orang berkenaan sehinggalah apa yang dihajati dari orang itu akan diperolehi. Kalau perlu mengeluarkan belanja dia tidak akan loket untuk berbuat begitu.

Mengenai sikap Husam yang satu ini saya cukup mengenalinya. Saya ada pengalaman cukup baik untuk membuktikanya sikap dan fiil perangai Husam. Sekali dengar macam dalam hikayat 1001 malam sahaja, tetapi ini adalah realiti mengenai diri Husam. Mungkin sukar untuk dipercayai! Tetapi bagi mereka yang ada kisah dan cerita tersendiri dengan Husam akan tersenyum mendengar pengalaman saya ini.

Pengalaman ini juga menunjukkan sifat Husam di mana kalau dia mahukan sesuatu dia akan usaha dengan apa cara sekalipun. Dia akan sanggup mengunakan apa cara kaedah dan muslihat hatta memperalatkan orang lain. Biarlah orang lain menghadapi masalah atau hampir kena gari tidak mengapa, asalkan hasratnya tercapai. Bagi Husam dia menerima konseop matlamat menghalalkan cara.

Ketika itu saya bersamanya singgah di Medah, Sumatera Utara. Kami dari Aceh menyampaikan bantuan kerajaan negeri Kelantan kepada mangsa tsunami 2004. Disebabkan tidak ada penerbangan terus dari Aceh ke Kuala Lumpur, kami transit di Medah dan esok akan sambung penerbangan ke Kuala Lumpur.

Untuk menghabiskan masa kami round bandar Medah. Jalan-jalan ke serata tempat termasuk makan dan minum. Nak jadikan cerita kami tersasar ke Jalan Bintang. Di disni adalah tempat jualan haiwan dan unggas. Macam-macam binatang ada di sini; kura-kura, ular, musang, kucing, bobong, jibong, arnab dan entah-entah lagi. Burung pula berbaga-bagai… dari burung sebesar ibu jari sampailah burung sebesar anak kambing. Riuh randah kawasan ini dengan bunyian segala macam burung.

Bersama Husam merenung masjid Baitulrahman di Aceh yang teguh meskipun dilanda tsunami 2004.

Bersama Husam merenung masjid Baitulrahman di Aceh yang teguh meskipun dilanda tsunami.

Di sebuah kedai menjual burung Husam sudah terpikat dengan seekor burung kakak tua yang pandai berkata-kata. Husam sangat tertarik dengan burung ini. Sebaik kami melangkah masuk burung ini membunyikan suaranya; selamat pagi pak…! Mulanya saya dan Husam mengira ia datang dari suara anak tuan kedai itu.

“Burung ini ke yang bercakap tadi?” tanya Husam kepada tuan kedai.

“Iya, Pak… ini bisa ngomong… bagus Pak?” tuan kedai menceritakan perihal burung berkenaan yang tercokol atas canggung, kakinya dirantai.

“Berapa umurnya ini?” tanya Husam.

“Oh baru tiga tahun Pak… burung ini usianya panjang, Pak, ada yang sampai hampir 70 tahun. Sekarang ya baru dua tiga rangkai perkataan dapat dilafazkan. Tetapi nanti kalau lama lagi banyak yang bisa dilafazkan,” cerita si pekedai itu makin ramah dan berambu-rambu.

“Dia boleh dangdut ke?” gurau Husam. Eh… tahu juga dia dangdut! Husam sudah terpesona dengan burung berkenaan. Dia mula mengosok-gosok burung itu dan kakak tua itu menunjukkan kemanjaan dengan mengigit-gigit manja jari Husam sambil membunyikan suara manja.

“Tak bengkeng ke …dia?” tanya Husam dalam bahasa Kelantan terlupa yang dia di Indonesia..

“Er maksudnya, pak burung ini enggak garang,?” saya cepat-cepat perbetulkan bahasa slanga Husam.

“Oh enggak..dia baik..bsia dibawah main-main dan begini-beginikan,” cerita tuan kedai itu… sambil mengelus dan menarik-narik kepak burung itu mengajar Husam bagaimana hendak memanjakan kakak tua itu.

Saya sudah naik risau. Husam sudah nampak geram benar dengan burung itu. Beberapa kali saya cuba memberi isyarat untuk beredar nampaknya dia keberatan… dia tertarik dengan kakak tua berbulu emas itu.

[Sampai di hotel Husam tidak terus ke bilik sebaliknya dia menghilang. Ke mana? Dan apa kesudahan dengan burung kakak tua berkenaan, Bersambung]

29
Apr
09

Hikayat Si Baju Merah (4)

Husam dan buku Tiga Abdul

RASA takut dan kecut perut Wan Abdul Rahim Wan Abdullah (cikgu Rahim) kepada Husam Musa tidak dapat diselindungkan. Cikgu Rahim jealous dan dia juga seorang yang cerdik. Cikgu Rahim seorang politician yang licit, membelut. Dia tidak ‘makan’ orang di hadapan tetapi akan menelannya di belakang, memakan orang secara api dalam sekan.

Panjang cerita kalau nak dikisahkan mengenai cikgu Rahim ini yang saya kenal sejak tahun 1980-an lagi. Bagaimana pun satu hal yang saya puji mengenai cikgu Rahim ialah cara dia berpolitik kelas dan tidak suka konfrontasi dengan sesiapa. Betapa cikgu Rahim bergelegak nak marah dia boleh senyum. Saya ada pengalaman dalam hal. Cikgu Rahim bukan senang dengan saya apabila saya menulis buku Tiga Abdul, yang turut mencalarkan kanvas politiknya. Namun dia masih boleh tersenyum dan minum sekali.

haikayat-logo1

Itu yang saya kata dulu cikgu Rahim adalah antara orang yang ada pakai ilmu dan azimat politik Mohd Asri Muda. Boleh tersenyum pada musuh meskipun di dalam hati panas mendidih. Inilah politik stail orang dulu, profesional! Jauh berbanding dengan orang politik hari ini, pantang tegur sikit rajuk dan marahnya sukar diubat. Dahlah itu liat untuk menerima nasihat orang.

Kembali meriwayatkan perihal Husam dulu si baju petak-petak merah ini bergerak aktif dalam Pas kawasan Kota Bharu. Dia adalah ketua pemuda Kota Bharu. Dari sinilah dia naik perlahan-lahan dan akhirnya menguasai Dewan Pemuda Pas Kelantan, menjadi ketua pemuda. Kedudukannya selepas itu berganjak menjadi Naib Yang Dipertua Kota Bharu.

Kemaraan Husam setangga demi setangga ini membimbangkan cikgu Rahim yang dilihat bakal menjadi pesaingannya di Kota Bharu. Cikgu Rahim dapat melihat kehebatan Husam ini sewaktu Husam menjadi setiausaha politik Tok Guru Nik Abdul Aziz. Serentak dengan kenaikan dalam jemaah, jawatan politiknya dan hubungan dengan Nik Aziz juga semakin rapat. Keadaan ini menyebabkan cikgu Rahim tidak lagi menjadi penasihat kepada Nik Aziz.

Cikgu Rahim memerhati perkembangan ini penuh waspada. Kerana sudah membaca apa yang akan berlaku akhirnya, sebelum ular lidi menjadi naga, beliau merasakan perlu berbuat sesuatu bagi mengekang kemaraan Husam di Kota Bharu. Sesuatu harus dibuat segera untuk membendung keadaan sebelum menjadi buruk. Sebagai orang politik lama cikgu Rahim cukup arif dengan politik langkah kepala!

Kebetulan tahun 1999 Husam mula menjadi seorang wakil rakyat sebagai ahli Parlimen Kubang Kerian. Kedudukan ini sangat baik untuk digunakan cikgu Rahim bagi mengawasi Husam dan sekaligus menyahkan Husam dari kawasan Kota Bharu.

Maka proses penghalauan Husam dari Kota Bharu dijalan dengan penuh diplomasi.
Perundingan lantas diadakan dan orang yang memainkan peranan berunding ialah bekas Setiausaha Pas Kawasan Kota Bharu, Allahyarham Zainuddin Abdullah yang dikenali dengan Zainuddin Kubur Maras.
Zainuddinlah yang berunding dengan Husam sambil memberi pandangan untuk politik masa depannya. Rahsia yang tersirat disebalik proses itu ialah untuk menyelamatkan cikgu Rahim.

Disebabkan Husam adalah ahli Parlimen Kubang Kerian jadi eloklah kalau Husam berpindah kawasan dari Kota Bharu ke Kubang Kerian. Dengan bergerak aktif dalam kawasan Kubang Kerian ia memberi dua manfaat kepada Husam dapat membantu Pas Kawasan Kubang Kerian dan sekaligus menambahkan darjat dan sufaatnya dalam politik.

Kubang Kerian dikira kawasan sesuai bagi Husam. Kawasan ini juga mempunyai pengundi yang bercampur, sedarhana dan elit. Dengan kelulusan dan latar belakang Husam kawasan itu pantas untuknya. Kubang Kerian juga dikenali dengan kawasan Pas sejak lama dulu. Mungkin atas perkiraannya sendiri Husam bersetuju berpindah ke kawasan ini.

Mulanya beliau dipilih menjadi Naib Yang Dipertua Kubang Kerian. Disebabkan keuzuran Muhamamd Iraqi yang menjadi ketua ketika itu, akhirnya beliau mengambil alih jawatan YDP hingga sekarang?

Apa yang berlaku di Kota Bharu dan dilakukan oleh cikgu Rahim itu menunjukkan cikgu Rahim bimbang dengan gelagat Husam. Sebagai seorang ahli politik yang suka bermuslihat dan menjerat orang tentu cikgu Rahim walang dia akhirnya terjerat kepada Husam. Bagi cikgu Rahim, Husam bukan kecil anak. Hang Nadim perlu dibunuh.

Dengan perpindah secara terhormat Husam itu maka selamatlah cikgu Rahim kekal di Kota Bharu sehingga hari ini.

Pun begitu politik Husam terus diperhatikan oleh cikgu Rahim. Peristiwa dan kejadian sebelum ini menyebabkan beliau tidak mudah menerima seperti mana yang ada. Dengan apa cara dan apa tindakan, Husam perlu dipantau agar ianya tidak sampai memenjalar dan melembarkan pengaruhnya di Kota Bharu dan juga Kelantan. Tetapi caranya tetap halus dan berhemah iaitu dengan berbaik-baik dengan Husam.

Mulanya ada usaha untuk mengekang Husam dan juga beberapa pemimpin muda seperti Wan Ismail Wan Jusoh, Takiyuddin Hassan dan lain-lain yang dicemburui oleh cikgu Rahim and the geng, kumpulan Tiga Abdul. Tetapi nampaknya tidak berkuasa. Kelicitan dan politik golongan muda khasnya Husam yang canggih menyebabkan cikgu Rahim dan the gengnya terpaksa mengaku kalah.

Kejatuhan cikgu Rahim bersama Abdul Halim Abdul Rahman dan Abdul Fatah Haron yang saya akronimkan menjadi Tiga Abdul memberi ruang cukup baik kepada Husam untuk terus naik kemudian menguasai politik Kelantan. Kejatuhan Tiga Abdul sebenarnya membantu mempercepatkan proses kenaikan Husam dalam politik di Kelantan. Dalam tragedi itu cikgu Rahim dilucutkan jawatan setiausaha badan perhubungan Pas Kelantan manakala Abdul Fatah dilucutukan jawatan ketua penerangan. Perlucutan ini memalukan mereka berdua.

Walaupun Abdul Halim dikekalkan sebagai timbalan pesuruhjaya namun tanpa cikgu Rahim dan Fatah, Abdul Halim tidak dapat berbuat apa-apa. Kehilangan dua kawannya itu menyebabkan tungku yang didakwa mendokong Tok Guru runtuh.

Buku Tiga Abdul menjadi sejarah ianya sangat nostalgik buat saya.

Buku Tiga Abdul menjadi sejarah ianya sangat nostalgik buat saya,

Ada orang mengatakan Husam terlibat dalam menjatuhkan Tiga Abdul, terutamanya bila dikaitkan dengan penulisan buku Tiga Abdul oleh saya. Ingin dijelaskan, Husam tidak terlibat dengan penulisan buku berkenaan. Husam sangat baik ketika itu dan beliau tidak menunjukkan politik-politik buruk saat itu. Malahan ketika saya menulis buku itu dan memberi tahunya, beliau hanya diam, suruh tidak larang pun tidak.

“Apakah ia tidak memecahkan parti?” begitulah tanya beliau kepada saya bila saya menceritakan perihal buku berkenaan. Ketika itu kami baru lepas makan malam di Gombak. (Aduh… makan bersama…).

“Tidak…!” balas saya. “Dan enta jangan larang ana daripada menulisnya,” begitulah balas saya menjadi dia terdiam. Saya menulis Tiga Abdul setelah mendapat green light dan mempunyai cukup bukti dari pihak-pihak yang berautoriti. Sebab itu saya berani dan ia bukan dibuat secara wewenang. Sikap Husam saya lihat begitu terhormat dan berahlak tika itu menyebabkan saya senang berkawan dengannya.

Dijelaskan sebelum saya menulis saya sudah pun mengingatkan watak-watak berkenaan secara baik. Tetapi selepas ingatan dan ‘nasihat’ itu tidak dipedulikan menyebabkan saya tidak ada pilihan lain. Orang politik yang degil, ego dan cuba membuat onar ke atas orang lain patut dibalun! Dan kerana itulah saya membalun sesiapa saja yang dikenali jahat meskipun orang yang pernah saya makan sehidangan.

Bersambung…




Jun 2023
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Kira Imbas (15 April 2009)

Laman